CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7752|Reply: 28

Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu: PRODUK APA?????

[Copy link]
Post time 24-7-2013 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu

Dua pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.
Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.
Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.
Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).
Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.
Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.
Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.
Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.
"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.
"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.
Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 09:32 AM | Show all posts
aura white ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:38 AM | Show all posts
Maixara kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 09:39 AM | Show all posts
Errr....  Maixara kot....
Ni dr official fanpage "Assalam,
Ada sedikit salah faham didalam akhbar hari ini. Hanya produk MCS diambil oleh KKM yang dibuat ujikaji. Ini kerana KKM baru mengeluarkan pekeliling semua produk mengandungi Glutathione adalah sebagai suplemen dan bukan makanan tambahan. Sekejap lagi Hq akan upload pic salinan uji kaji lab test yang telah dibuat utk rujukan. Tiada isu ttg pengilangan kerana kilang kami dlm proses utk GMP.
Sebelum ini produk MCS dikategorikan sbg makanan tambahan dan tidak perlukan MAL No drpd KKM. Tp sejak akhir jun lalu pekeliling KKM telah menukar semua produk ada glutathione dikira sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.
Jadi selepas ini semua produk termasuk minuman yg ada glutathione akan dikategorikan sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.
Kkm juga mengatakan ada org pengadu ttg hal ini. Itu sebab mereka dtg mengambil MCS utk buat Lab test. Maybe si pengadu berniat menjatuhkan kerana turut melibatkan Butik dan Restoran milik Pn Ainna. Wallahuallam"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 09:46 AM | Show all posts
Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.


Sapa pelakon lelaki tu, korang?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:47 AM | Show all posts
cruz2 posted on 24-7-2013 09:38 AM
Maixara kan?

macam yer jer maixara... 109 skrg 90.... isk... sy ada 1... tak bukak pon lagi... huhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2013 09:48 AM | Show all posts
...erksssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:55 AM | Show all posts
alya_aisya posted on 24-7-2013 09:46 AM
Sapa pelakon lelaki tu, korang?????

aaron aziz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2013 10:01 AM | Show all posts





Yang ni ke korang????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 10:02 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:49 AM | Show all posts
senang jd kaya kan jual produk2 kecantikan nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:52 AM | Show all posts
ohhh kene aniaya la ni...sian beliau
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:58 AM | Show all posts
nasib xpernah guna product ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:17 AM | Show all posts
poyohabis posted on 24-7-2013 10:49 AM
senang jd kaya kan jual produk2 kecantikan nie...

i pernah dapat approach dari kilang untuk keluarkan produk sendiri tapi x nak sebab rasa semua produk sama je sebab kilang yg sama

kos murah je tapi bila nak bagi kat stokist & dealer - harga jual terus cecah ratus2.

kesian kat pengguna tertipu tapi pengguna pun tak fikir 100x nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:21 AM | Show all posts
alya_aisya posted on 24-7-2013 09:46 AM
Sapa pelakon lelaki tu, korang?????

aaron aziz jd duta kedai frozen yogurt pengasas ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 01:21 PM | Show all posts
aku tau ni maixara sbb aku pun makan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:39 PM | Show all posts
maixara c essential....bagus ke...x pernah try laaa..tapi kalau dah ada kes...nak try pown x berani....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Juju posted on 24-7-2013 11:17 AM
i pernah dapat approach dari kilang untuk keluarkan produk sendiri tapi x nak sebab rasa semua pro ...

biasa la kan lps tu ckp harga ditetapkn oleh hq...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:06 PM | Show all posts
CikTwins posted on 24-7-2013 10:58 AM
nasib xpernah guna product ni...

ye, tu lah..nsib tak pena guna. hehe

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069437 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list