View: 4032|Reply: 42
|
[Tempatan]
Ibu beragama Hindu menang kes tentukan agama anak lepas suami peluk Islam
[Copy link]
|
|
Ibu beragama Hindu menang kes tentukan agama anak lepas suami peluk Islam
Oleh RITA JONG
July 25, 2013
Latest Update: July 25, 2013 09:50 pm Polemik hak pertukaran agama kanak-kanak bawah umur yang diberikan kepada ibu atau bapa di negara ini membuka episod baru apabila Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membenarkan permohonan seorang guru tadika beragama Hindu untuk membatalkan sijil kelahiran anaknya yang ditukar agama kepada Islam oleh suaminya selepas lelaki itu memeluk Islam.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng dalam keputusannya membatalkan tindakan lelaki berkenaan, K Patmanathan yang menukarkan agama tiga anaknya kepada Islam, berkata lelaki itu boleh menukar agamanya, tetapi tidak mempunyai hak untuk mengenepikan hak anak berkenaan dan ibu mereka terhadap kebebasan memilih agama masing-masing.
Lee membatalkan ketiga-tiga sijil pertukaran agama semua tiga kanak-kanak bawah umur berkenaan yang dibuat tanpa pengetahuan ibu mereka iaitu pemohon dalam kes itu, M Indira Gandhi.
Lee membenarkan permohonan semakan kehakiman Indira untuk membatalkan sijil yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak itu.
Indira menamakan pendaftar pertukaran agama negeri, pengarah Jabatan Agama Islam Perak, kerajaan negeri dan pusat, Kementerian Pendidikan dan Patmanathan sebagai responden.
Lee membenarkan permohonan itu tanpa kos.
Indira, 38, memfailkan semakan itu pada tahun 2009.
Patmanathan, 44, memeluk Islam pada Mac 2009 dan kini dikenali dengan nama Muhammad Ridzuan Abdullah. Beliau kemudian menukar agama tiga anaknya pada 2 April tahun sama.
Pada bulan yang sama, Mahkamah Syariah memberikan hak jagaan ketiga-tiga anak mereka kepada Patmanathan dan Indira kemudian mencabar perintah itu di mahkamah sivil.
Mahkamah Tinggi kemudian memberikan Indira perintah interim untuk hak jagaan anak mereka.
Indira mendakwa Patmanathan menyerbu masuk ke dalam rumahnya dan menggunakan paksaan terhadapnya dan anak mereka, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa,yang pada masa itu masing-masing berumur 12, 11 dan setahun, sebelum keluar bersama sijil kelahiran mereka.
Patmanathan kemudian mengambil anak perempuan bongsu mereka dan sehingga kini polis gagal mengesan kedudukan mereka.
Dalam keputusan semalam, Lee berkata, sijil berkenaan dibatalkan kerana ia tidak mengikut perlembagaan apatah lagi ia diberikan tanpa mendengar keterangan ibu kepada anak berkenaan.
"Perkara ini tidak mengikut perlembagaan kerana di bawah Artikel 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ibu mempunyai hak sama rata dalam membesarkan anak untuk mengikut agamanya sendiri," katanya.
"Tetapi, keputusan ini tidak memberi kemenangan kepada sesiapa, tetapi, kita perlu belajar untuk hidup dalam suasana harmoni."
Beliau juga berkata, perkara itu tidak sah kerana Undang-Undang Syariah Perak sendiri menetapkan bahawa kanak-kanak perlu hadir untuk mengucapkan keimanan mereka.
Lee turut memerintahkan cubaan menukar agama anak bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Indira berkahwin dengan Patmanathan pada tahun 1993 mengikut adat dan upacara keagamaan Hindu. Mereka tidak sepakat dalam menuntut hak jagaan anak sejak empat tahun lalu. - 25 Julai, 2013.
P/s:- Hindu telah menang...
|
|
|
|
|
|
|
|
JandaMerana posted on 26-7-2013 12:05 AM
BeRGuMbiRalah keling
Ni kes pertama selepas pembetulan semula hari tu...kebenaran kedua ibubapanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Ridzuan Abdullah gaduh dgn M Indira Gandhi, Lee Swee Seng tepuk tangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau undang2 cakap dia bukan Islam atau Islam tak sah, tapi di hatinya Islam, hanya Allah sahaja yg tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 26-7-2013 12:17 AM
Kalau undang2 cakap dia bukan Islam atau Islam tak sah, tapi di hatinya Islam, hanya Allah sahaja yg ...
Bila anak2 itu mencapai umur 18 tahun dan ingin mengikut agama bapanya..ibunya tak ada hak lagi utk membawa kemahkamah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 26-7-2013 12:32 AM
Kalau time nie bebudak tu masih Islam di hati mereka, tapi undang2 cakap diorg bukan Islam, bagi a ...
Tapi...kalau pun hati mereka masih islam..tapi dirumahnya ibunya memberi makan biawak atau daging babi serta membuat kerja2 kufur dan menduakan Allah...Allah pun tahu juga. |
|
|
|
|
|
|
|
hangpa kena ingat, suami isteri itu asalnya hindu.....
yg kasik masuk islam tu akal takdak kaa? tak tau hak ibu ke atas anak2 kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
keling paria ni kecohlah..paria |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik raja sultan melayu kita pandai..
Conversion laws: Rulers put the brakes
S Pathmawathy
4:42PM Jun 29, 2009
The Rulers' Conference today decided that any amendments to the laws pertaining to matters of conversion and religion must be referred to the state religious authorities first. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni kecoh bukan main tp klu india tu msk islam terus jd Melayu pula. Blh join umno. What a hypocrite. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga di kekal kan nur Islam dalam hati dan diri budak2 tu .. tak kira la ibu nya bagi makan apa sekali pun .. tak kira lah apa ajaran ibu mengikut kepercayaan beliau.
sedangkan bapak nya membesar dengan agama hindu .. boleh memeluk agama Islam..
insyaAllah .. dengan izin NYA takde menda yang mustahil |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 26-7-2013 05:30 AM
semoga di kekal kan nur Islam dalam hati dan diri budak2 tu .. tak kira la ibu nya bagi makan apa se ...
bapaknya masuk islam sbb kahwin dgn pompuan lain...... utk rampas hak penjagaan anak2, lalu di'Islam'kan sekali......
adil kaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah bapanya tidak bertindak lebih berhikmah...
biarlah anak2 dgn si ibu...dan ko sdri jgn lupa tanggungjawab utk bagi nafkah zahir dan kasih sayang utk anak2 tu..bergaul dgn baik dgn anak2 dan bekas isteri..
tunjukkan wpun berlainan agama, hubungan anak ayah takkan putus...
mudah-mudahan si anak dan ex tu terbuka hati utk peluk Islam..
kalau buat benda2 mcm ni bukan makin elok..makin org benci adalah... |
|
|
|
|
|
|
|
islam dalam ic/surat beranak pon nak gaduh ke?
mcm kes rebut anak semata jek
|
|
|
|
|
|
|
|
I have a strong feeling bapak ni masuk islam untuk ambil anak2 secara paksa dari ibu mereka....
anyway....yes kalau dah diterapkan keislaman dalam jiwa mereka kerana dah lama bapa tu ambik...i rasa derang still can praktis being muslim dan by 18 derang boleh convert balik.... ....
.but then kalau si bapa convert himself dan anak2 tu for wrong reason...dan tak praktis dan mendalami serta mempercayai nescaya agama yang di anut tu hanya pada kertas..and make them cofused. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan as a muslim dlm situasi seperti wanita tu living in America contohnya.... tiba2 husband convert agama lain dan anak2 dia bawa convert sama...makamah pula bagi bapa hak penjagaan anak2 dibawah umur tu....as a mother is there any justice to her and the kids? |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 si bapak mmg ikhlas peluk agama islam.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|