CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4107|Reply: 13

Tingkat Empat

[Copy link]
Post time 27-7-2013 06:50 AM | Show all posts |Read mode
TINGKAT EMPAT

(Lagenda penasihat kehormat Perdana Menteri)




Legend mungatakan Purdana Muntri (PM) ado punasihat-punasihat yang digular subagai geng Tingkek Ompek (bertingkek-tingkek).
Kalu tak silap den yang golar-golar lineup bulakang tabir ni tuntunya dari bapak wawasan doploh-doploh kita - Chedet.
Bilo turun jo, mulo la tak sutuju bagai...moh kito sunaraikan yo!

Chedet ni mulo label maso jaman Pak Lah dolu, dia habaq...

1.        Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2.        Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3.        Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

4.        Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

5.        Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

6.        Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

7.        Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

8.        Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

9.        Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

10.        Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

11.        Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

12.        Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

13.        Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

14.        Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

15.        Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

- chedet.cc, 14/02/2009


Apo-apo pon, sotiap statement Chedet pasti ado kepuntingan beliao. Kerna sojak dipajak Visi2020 kian malap akibat kehadharian legasinya. Jadik, dungan itulah den nak potek siket andaian/serkapan si TUKANG SAPU dalam blognya akan bokas PM hadhari...

Senarai panel penasihat Pak Lah (yang telah menjadi rahsia umum):

1. Penasihat I : Kamaluddin Abdullah, isteri dan keluarga ipar-duai (dengar khabarnya ada bau-bau bacang dengan Patrick Lim Badawi);

2. Penasihat II : BERUK dan Nori (serta keluarga sebelah Rembau, termasuk pemuda yang terus terlantik menjadi menteri penuh, Sang Shaziman);

3. Penasihat III : Keluarga di Kepala Batas, seperti Ibrahim, yang terkenal dengan jenama BRAHIM'S nya, dan pembekal utama bekalan makanan untuk ATM. Dengar khabarnya, cuba nak buka restoran di luar negara, tapi masih belum mencipta nama;

4. Penasihat IV : Keluarga Mahmud Ambak, yang mempunayi rangkaian perniagaan besar (kekayaan Kamaluddin dikatakan oleh Pak Lah diwarisi dari rangkaian ini), termasuk pembekal alat ganti dan kejuruteraan untuk ATM. Bahkan, kepulangan Pak Lah ke pangkuan MINDEF mungkin untuk memastikan kesinambungan kontrak Penasihat III dan Penasihat IV, selepas pencennya Pak Lah nanti;

5. Penasihat V : Keluarga isteri barunya, Jeane. Dengar khabarnya, dah mempunyai firma broker projek tersendiri;

6. Penasihat VI : Golongan cerdik teramat pandai di tingkat 4, yang berkait rapat dengan Penasihat II dan I; dan

7. Penasihat VII : Golongan cerdik teramat pandai "tak bertingkat", seperti Hamid Othman, Mashitah, Musa Hitam, Shahidan Kassim, Mat Tyson, dan sebagainya. Ada di antaranya menjadi penulis draf Islam Hadhari.

- tukangsapu


Udah jatoh pon si Pak Lah, sebolum tu Chedet mai dok habaq pulok supayo Najib tak buek bondo sehadhari, dio habaq lagik...


1.        Satu inovasi yang diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila sahaja dia menjadi Perdana Menteri ialah penubuhan satu badan penasihat khas yang dianggotai oleh menantu, anak dan kawan-kawan muda mereka. Kononnya mereka ini bijak dan pandai lebih daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Pendapat mereka ini lebih dipercayai oleh Abdullah daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO.

2.        Lulusan Oxford dan Cambridge memang dianggap istimewa, tetapi yang lulus dari universiti-universiti ini bercambah dan ia tidak menjamin kebolehan yang luarbiasa. Lagi pun, orang-orang muda ini tidak punyai pengalaman mendalam dalam pentadbiran, politik dan ekonomi negara.

3.        Yang lebih buruk ialah mereka mempunyai kepentingan tertentu dan berhajat untuk mendapat pulangan wang yang banyak daripada pengaruh mereka keatas Perdana Menteri dan Kerajaan.


4.        Hasilnya ialah prestasi pemerintahan Abdullah merosot terutama dalam bidang politik dimana kekalahan yang teruk di alami oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-12. Akhirnya Abdullah dipaksa untuk berehat lebih awal.

5.        Dengan perletakan jawatan Abdullah pada Mac 2009, timbalannya Dato Seri Najib akan mengambilalih dan menjadi Perdana Menteri. Apakah Najib akan bebas daripada jenis penasihat ala Tingkat Empat?

6.        Saya diberitahu Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya. Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah dan Tingkat Empat, bahkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama.

7.        Mempunyai penasihat bagi PM adalah baik. Tetapi apabila penasihat mempunyai syarikat sendiri dan dapat menggunakan pengaruh ke atas Perdana Menteri untuk meraih keuntungan daripada projek-projek Kerajaan atau dana-dana yang dimiliki oleh Kerajaan nasihat yang diberi mungkin terpengaruh dengan minat untuk memperkayakan diri.

8.        Kita lihat peranan yang dimainkan oleh ECM-Libra. Apakah Ethos, yang juga terlibat dengan Tingkat Empat, akan menjadi seperti ECM-Libra? Ethos Capital, sebuah syarikat pelaburan jenis Equity Capital tidak banyak berbeza daripada hedge fund. Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sekarang berjumlah RM300 bilion untuk mereka mengurus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40 peratus. Najib mungkin ingat bagaimana Orange County di California menjadi bankrap kerana pelaburan dalam hedge fund.

9.        Nasihat badan penasihat yang dianggotai oleh orang-orang muda yang amat disanjungi oleh Tun Musa Hitam telah bawa bencana kepada Abdullah. Najib harus berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali.

- chedet.cc 28/10/2008


Bokan si Pak Lah jo hangin satu badan dungan ketopatan laser Chedet, malah Najib pon naik rimas bak ang~!
Moh kito tingok sunarai TUKANG SAPU akan punasihat-punasihat PM 1Malaysia sebolum senarai betul kuluar, ini andaian dia...


Bakal senarai panel penasihat Pak jib (kemungkinan):

1. Penasihat I : Rosmah Mansor, penasihat dan pakar fesyen rambut, batu permata, dan keterampilan, serta penasihat khas Kem Khidmat Negara. Juga mempunyai leluhur di Rembau.

2. Penasihat II : Anak-anak Allahyarham Tun Razak (5 lelaki termasuk Najib) yang nama masing-masing M.... N..... Antaranya terkenal sebagai pakar kewangan dan rebentuk binaan.

3. Penasihat III : Sepupu Najib sebelah Toh Puan Rahah yang berketurunan Turki, seperti Hishamuddin Hussein. Pakar dalam menentukan keperluan persekolahan, seperti peralatan ICT, dsb. (Presiden UMNO I dan IV berdarah Turki, Presiden UMNO II berdarah Siam; tetapi darah Presiden UMNO V yang berketurunan India diperkatakan orang).

4. Penasihat IV : Yayasan Noah dan pewarisnya. Ada kaitan dengan puncak genting (link dengan Penasihat III).

5. Penasihat V : Keluarga di Pekan, seperti pewaris Mentiga, dan leluhurnya.

6. Penasihat VI : Keluarga isteri lama, berserta anak-anak hasil perkongsian dengan bekas isteri, berserta besannya, seperti Iron Lady.

7. Penasihat VII : Keluarga isteri baru, seperti anak-anak Rosmah dengan bekas suami dulu, berserta menantu, seperti Dr Fazli (mungkin mempunyai pengaruh yang agak kurang impaknya).

8. Penasihat VIII : Masih kosong. Tingkat masih belum ditentukan. Misi dan Visi Pemerintahan masih dipilih. Pelan kesinambungan Wawasan 2020; Islam Hadhari, DEB, dan sebagainya, masih dirangka (mungkin sudah ada, tapi tak nampak bayangnya lagi). Ethos dianggap sebagai penawar RESUME terbaik untuk mengisi jawatan kosong ini. Penasihat lama, seperti Razak Baginda, mungkin diambil semula.

Tutapi ingat, yang ini sunarai awal. Tingkek-tingkek yang bawoh mungkim ado yang disapu/pecat.
Moh kito andai sapo yg pogang tingkek-tingkek punasihat sebonar NAJIB...
(AMARAN KERAS! - Penasihat I tidaklah sukali-sukali buleh diubah sesuko ati jo...bak ang~!)



p/s: Susiapa yang lobih tahu tu, silo lah munjawab pop kuiz ni yo...sekian.

POP KUIZ
- Sila namakan PM yang berpunasihat TINGKAT EMPAT seperti gambar di bawah:



Den golak dolu laa...

Last edited by Dzunnun on 27-7-2013 06:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2013 12:47 PM | Show all posts


oo..cerita punaisehat kassem pantolon  25%..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 05:40 PM | Show all posts
salah bod kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 05:43 PM | Show all posts
Kekacakkan KJ memang lagend dan misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pls translate.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 11:49 PM | Show all posts
rosemary70 posted on 27-7-2013 05:40 PM
salah bod kot...

Bod mano yang sosuwai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2013 11:51 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 27-7-2013 05:43 PM
Kekacakkan KJ memang lagend dan misteri.

Topat sukali...haha. Namo pon opis dio kek blakang bangunan JPM tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 11:54 PM | Show all posts
ogata posted on 27-7-2013 10:37 PM
Pls translate.

Oppsss... Sorry ya, but encoded.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ala guna bahasa melayu betoi ar..bukan semua pandai bahasa negeri 9 ni..pening aku eh
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 05:51 AM | Show all posts
aku rasa ni macam salah bod la..
tapi semua orang politik ada penasihat sendiri
agar tak tersalah buat tindakan
nak berucap pun teks dah disediakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 11:57 PM | Show all posts
belacan_gurl posted on 29-7-2013 09:19 AM
ala guna bahasa melayu betoi ar..bukan semua pandai bahasa negeri 9 ni..pening aku eh

Ala...sikit jah. Baco lah apo yg bolih baco.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2013 12:00 AM | Show all posts
pelukis.plan posted on 30-7-2013 05:51 AM
aku rasa ni macam salah bod la..
tapi semua orang politik ada penasihat sendiri
agar tak tersalah  ...

Punasihat bkn sobarang punasihat nih...'level four boys' nih dipolopor Abam KJ kito lah.


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 03:11 AM | Show all posts
aku x paham
ni citer pasal apa ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 01:25 AM | Show all posts
leenaz posted on 3-8-2013 03:11 AM
aku x paham
ni citer pasal apa ye

Pasol punasihat PM kito lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074348 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list