CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 13

[Tempatan] {8} 7 Ogos lihat anak bulan Syawal !

[Copy link]
Post time 30-7-2013 07:17 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur, 30 Julai : Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu  tarikh Hari Raya Puasa  ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, di sini.


Jawatankuasa itu akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi,  Tanjung Bidara, Melaka, Telok Kemang, Port Dickson, Bukit Melawati, Kuala Selangor, dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam  di Selangor, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan. - BERNAMA

p/s rukyah bole, falak pun bole...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 07:41 AM | Show all posts
sesapa nak tgk anak bulan bolehlah berkunjung ke tempat2 yang dinyatakan. Kalau takde aral, insyaallah anak bulan boleh nampak petang 7 ogos nih..

anyway..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:00 AM | Show all posts
heheh... ape pon raya sudah di tentukan melalui rukyah dan hisab
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:17 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:46 AM | Show all posts
Ok lah tu ..intai anak bulan ....untuk Bulan Syahwal ...bulan2 seterusnya ....ikut kalander Ompuhtih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:52 AM | Show all posts
Naper tak pakai kalendar Cina. Makin dekat hari ke-15, bulan makin penuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2013 12:36 PM | Show all posts
jom gi tgk anak bulan syawal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:38 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-7-2013 10:00 AM
heheh... ape pon raya sudah di tentukan melalui rukyah dan hisab

hisab sudah... rukyahnye 7 ogos tu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 12:42 PM | Show all posts
neotoxin posted on 30-7-2013 12:38 PM
hisab sudah... rukyahnye 7 ogos tu la

itu lah hehe... apa2 pon dalam kalender dah di sah kan

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:51 PM | Show all posts
Tak kisahlah raya 7,8,9,10 ker... Sbb raya dah x bermakna pd ku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:05 PM | Show all posts
ainie_1008 posted on 30-7-2013 12:51 PM
Tak kisahlah raya 7,8,9,10 ker... Sbb raya dah x bermakna pd ku...

Sama la aku......orang nak raya atau tidak...aku tak rasa apa apa lg dh. Dah biasa tak beraya sakan w/pun sedara ramai.........kali ni aku nak gi Ikea on first raya......2nd raya aku nak startpuasa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:30 PM | Show all posts
samalah dengan aku..hari raya adalah macam hari-hari biasa yang lain...dah takde istimewanya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:40 PM | Show all posts
SANKURIANG posted on 30-7-2013 01:05 PM
Sama la aku......orang nak raya atau tidak...aku tak rasa apa apa lg dh. Dah biasa tak beraya saka ...

ko pon gi IKEA ker first raya? nnti berjumpalah kita kat sana yea..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:51 PM | Show all posts
ainie_1008 posted on 30-7-2013 02:40 PM
ko pon gi IKEA ker first raya? nnti berjumpalah kita kat sana yea..

Mmg aku nak pulun gi Ikea, skrg ni org lain shopping aku buat bodo aja.....aku nk enjoy kat Ikea. Memula aku nak ke China atau Istanbul, tp anak aku nak periksa SPM, so aku tangguhkan dulu.....Istanbul Aku Datang atau Beijing wa lai lai lorrr.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.215559 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list