CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5149|Reply: 26

[Jenayah] Nasi berlauk ayam ‘lipas’

[Copy link]
Post time 30-7-2013 08:03 AM | Show all posts |Read mode

Tudung periuk dipenuhi lipas berhampiran ketulan ayam goreng ditemui ketika Ops Ramadan di sebuah premis makanan di Georgetown, semalam.

Georgetown: Sebanyak 24 premis makanan di negeri ini diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta kerana gagal mematuhi kebersihan penyediaan makanan pada operasi pemeriksaan dan penutupan premis makanan fasa ketiga, semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata arahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dengan pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika gagal mematuhinya.

51 kompaun dikeluar


Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan 51 kompaun kepada pemilik premis kerana mengabaikan aspek kebersihan.

“Operasi kali ini turut mengesan tempat pemprosesan cincau di sebuah rumah di Seberang Prai Tengah (SPT) dengan aspek kebersihannya tidak memuaskan.

“Pelbagai kesalahan lain turut dikesan dalam operasi bersepadu ini seperti meletakkan makanan yang dipotong di atas lantai, haiwan peliharaan seperti anjing berkeliaran dalam premis dan kehadiran makhluk perosak seperti lipas pada bahan makanan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ku Nafishah berkata, dua gerai bazar Ramadan diarah tutup dalam Ops Ramadan yang dijalankan di negeri ini sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai lalu.
Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan sejak 20 hari lalu, sebanyak 2,895 bazar Ramadan diperiksa.

“Sebanyak 112 sampel makanan turut diambil dan empat sampel dikesan tidak mematuhi piawaian mikrobiologi.

“Keputusan pemeriksaan tahun ini nampaknya lebih baik daripada tahun sebelumnya dengan pihak berkuasa tempatan juga mengambil tindakan awal memberi suntikan tifoid,” katanya.

Operasi bersepadu itu membabitkan seramai 98 anggota dan pegawai dari Jabatan Kesihatan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 08:28 AM | Show all posts
ni kedai makan port ponteng posa daa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 08:40 AM | Show all posts
Penang Darul Lipas
Penang Al Lipasi
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 08:44 AM | Show all posts
ini semua fitnah...

penang syurga makanan ok....

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 08:45 AM | Show all posts
bukan nya nak bagi tahu nama kedai
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 08:46 AM | Show all posts
gelinyer tgk lipas kecik2 kat tudung periuk tu... tah mana la sarangnyeee..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2013 08:49 AM | Show all posts
pengotor nya.. bukan kt penang je.. byk je kedai kotor..sb tu nk tapau mknan/mkn kt luar kena hati2..
kadang2 dh hati2 pilih kedai..kena jgk kedai kotor.. dpn nmpk cantik je.. dalam dapur.. huuu azab..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 08:55 AM | Show all posts
itulah perisa rahsia sehingga menjilat jari.. kowang mana tau, tau ngap sajork
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 09:02 AM | Show all posts
lain kali kalu nak pergi makan memana cuba lah tgk toilet dia
kalu gi rumah sesapa pun cek jer toilet dia, kalu kotor tu pepaham je lah
tak pun jeguk dapur...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 09:13 AM | Show all posts
uihhhh resepi baru nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 09:16 AM | Show all posts
yarrkkk...geli tengok lipas tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 09:30 AM | Show all posts
sedapnya..delicious
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 09:38 AM | Show all posts
Mungkin ada yang gemar mi lipas
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:56 PM | Show all posts
yuckssss...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:59 PM | Show all posts
Eeeeeeiii~
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:36 PM | Show all posts
eeiiii, hilang selera mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 02:10 PM | Show all posts
imando posted on 30-7-2013 01:36 PM
eeiiii, hilang selera mkn

Belum Cuba Belum Tau, Sudah Cuba Hari-Hari Mau







Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:25 PM | Show all posts
perghh loya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:26 PM | Show all posts
Lipas goreng
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:31 PM | Show all posts
Kena inform anthony bourdain ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074426 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list