View: 5497|Reply: 17
|
Kenapa Lampu Isyarat Bewarna Merah, Hijau dan Kuning?
[Copy link]
|
|
Selama ini ketika kita berhenti di lampu isyarat, pernahkah anda terfikir kenapa warna lampu isyarat di seluruh negara ialah merah, kuning dan hijau?
Pada permulaannya, lampu isyarat digunakan untuk keretapi dengan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih ialah bergerak. Namun, ia memberikan masalah apabila bekas warna lampu isyarat tertanggal yang menyebabkan pemandu keretapi mengangap isyarat sebagai putih iaitu bergerak. Keadaan di waktu malam juga berbahaya kerana ada yang tersilap melihat bulan penuh sebagai lampu putih dan sukar dilihat pada siang hari.
| Lampu Isyarat Pertama Di Dunia |
Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London pada 1868 dengan menggunakan lampu gas. Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik.
| Antara Lampu Isyarat Terawal Di Amerika Syarikat |
Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakan warna merah dan hijau. Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu. Pada 1923, Garrett Morgan mempatenkan versi lampu isyaratnya yang akhirnya dibeli oleh syarikat General Electric dengan harga USD 40 000.
Pada masa ini, lampu isyarat telah dipertingkatkan dengan menggunakan lampu LED yang lebih jelas dilihat dan lebih tahan berbanding lampu mentol dengan skrin berwarna yang akan luntur warnanya. Lampu isyarat berwarna merah juga ditambah sedikit warna oren dan hijau ditambah sedikit warna biru bagi membantu pemandu yang buta warna.
kredit:http://kautahutak.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nice info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maklumat yg berguna..tq TT |
|
|
|
|
|
|
|
soalan x terjawab
kenapa merah kuning ijau |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik info nih |
|
|
|
|
|
|
|
tapi masih ada manusia yg tak pernah patuh pada lampu isyarat..
main langgaq x tentu hala |
|
|
|
|
|
|
|
kuning brmaksud berhati2? bukan maksudnya suruh lagi laju ke? |
|
|
|
|
|
|
|
moto slalu susah nak ikut isyarat lampu neh...
bile eksiden baru tau ko nak mengerang saket
bodoh sungguh sape yang suke langgor lampu merah
|
|
|
|
|
|
|
|
org2 bwk moto ni kan bodoh2 blako. kakton pnh langgo dak moto. puas hati kakton |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kenapa 'merah', 'kuning', & 'hijau'? masih tiada jawapan... |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapannya di sini:
This color scheme derives from a system used by the railroad industry since the 1830s. At this time, railroad companies developed a lighted means to let train engineers know when to stop or go, with different lighted colors representing different actions. They chose red as the color for stop, it is thought, because red has for centuries been used to indicate danger. For the other colors, they chose white as the color for go and green as the color for caution.
The choice of a white light for go turned out to cause a lot of problems. For instance, an incident in 1914 where a red lens fell out of its holder leaving the white light behind it exposed. This ended with a train running a “stop” signal and crashing into another train. Thus, the railroad decided to change it so the green light meant go and a caution “yellow” was chosen, primarily because the color is so distinct from the other two colors used.
Read more at http://www.todayifoundout.com/in ... a11OtxiEilCDug6x.99
.... Awalnya, warna merah utk berhenti ( warna amaran/ bahaya), putih sbg Go dan hijau sbg Bersedia utk berhenti... Tidak dinyatakan kenapa putih dan hijau dipilih ... Warna putih timbulkan byk kekeliruan, jadinya hijau jadi warna utk Go dan kuning sbg Bersedia utk berhenti... Warna kuning dipilih sebab perbezaan warnanya yg ketara berbanding merah dan hijau
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo baru tahu...
lampu isyarat asal ada kaler putih |
|
|
|
|
|
|
|
tp knp pilih warna2 tu? why? |
|
|
|
|
|
|
| |
|