CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6410|Reply: 6

Si Kitul Moden yang Merdeka (Sejarah Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku)

[Copy link]
Post time 1-8-2013 11:30 AM | Show all posts |Read mode

Suka nak share sempena bulan Kemerdekaan ni. Artikel ni di copy paste dari blog http://kautahutak.blogspot.com


Sempena sambutan Bulan Kemerdekaandan Penubuhan Malaysia

Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Buat bermain di kala ribut
Apalahmalang nasibmu pertiwi
Benderajatuh tiada bersambut

Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Jadi pencantas di laman pagar
Apalahmalang nasibmu pertiwi
Lagudidendang tiada mendengar

(AMARAN: Tulisan seterusnya mungkin terlalu ekstrem bagi sesetengah orang. Tulisan ini  hanyalah lahir dari pendapat si penulis yang tak seberapa ini. Tidak ada unsur propaganda dan kepentingan politikal jauh sekali untuk menimbulkan sikap benci dan curiga. Sebarang kesulitan amat dikesali.Sekiranya berasa kurang selesa anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan. Niat penulis hanyalah untuk mengajak para pembaca sama-sama berfikir)

PENDAHULUAN
Amat melucukan bila sesetengah orang yang buta sejarah tetiba muncul dengan penuh keperwiraan seolah-olah mengetahui segala-galanya, tahu siapa yang betul siapa yang salah, siapa wira kecundang tidak didendang dan siapa pengkhianat bedebah dihanyut serakah. Kitul…kitul walaupun sudah 500 tahun,kau masih tak berubah. Sedare, jangan cubat membuat telahan, Kitul itu adalah kamu sendiri.

Isu pertama: Bendera ‘National flag copied from America’?


Merah warna darah
Putih darah mahsuri
Merah makna gagah
Putih tanda suci

Biru warna padu
Kuning untuk raja
Biru rakyat bersatu
Raja di atas takhta

Bulan bintang ciptaan tuhan
juga dengan bumi
Islam agama persekutuan
Malaysia ibu pertiwi

Haaa, ni ada 3 rangkap pantun yang aku hadiahkan khas untuk kome bagi sesiapa yang tak tahu sangat nak bezakan bendera Malaysia, mungkin fizikal nampak sama, tetapi pengertian yang dibawa disebaliknya itu yang perlu dihayati. Bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam hati lain-lain.


Bendera Malaysia tak dinafikan secara fizikalnya ada sedikit penyerupaan dengan bendera Amerika,tetapi bukan bendera Amerika sahaja, tetapi juga bendera Liberia! Kenapa tak kata Malaysia ciplak bendera Liberia? Owh,pasal Liberia pada asalnya adalah sebuah negara yang ditubuhkan oleh kaum rasis putih Amerika untuk keturunan hamba abdi Afrika.Hak mereka yang berusaha dengan keringat dan darah untuk membangunkan Dunia baru oleh orang kulit putih Eropah untuk menjadi rakyat Amerika dinafikan.






Tapi bendera Amerika datang dari mana? Dari bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), syarikat milik Inggeris yang bertanggungjawab dalam memperluaskan koloni dan empayar inggeris di luar Eropah. Mereka juga bertanggungjawab merompak hasil bumi tana hyang dijajah dan dinaungi serta menangguk di air keroh pada isu penduduk pribumi demi kepentingan mereka. 13 jalur di bendera Amerika melambangkan 13buah koloni Inggeris pertama yang membentuk Amerika Syarikat.

Bendera Malaysia telah direka oleh seorang arkitek melayu dari negeri Johor yang bernama Mohamed Hamzah yang menyertai pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Bilangan jalur dan bucu bintang kemudiannya ditambah apabilaSabah, Sarawak dan Singapura menyertai Tanah Melayu membentuk Malaysia. Kedudukan Singapura kemudiannya digantikan oleh Wilayah Persekutuan.


Bendera-bendera diatas merupakan antara rekaan yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949. Pada 15 November 1949, sebanyak 373 rekabentuk bendera telah diajukan kepada Majlis Perundangan Persekutuan dan hanya 3 sahaja yang melepasi pemilihan ke peringkat akhir. Rekaan pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.

MajlisPerundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut yang  telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih reka bentuk ketiga yangtelah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabitditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja.




Manakala dua bendera diatas terhasil dari adaptasi Sang Saka merah putih, iaitu Sang Saka Malaya dan Bendera Rakyat 1947 yang diguna pakai oleh Pusat tenaga Rakyat (PUTERA), AMCJA, MPAJA dan beberapa lagi pertubuhan politik yang dikibarkan pada 10 Disember 1947. 12 bintang merujuk kepada 9negeri melayu dan 3 negeri selat, manakala warna kuning melambangkan kedaulatan rakyat. PUTERA, seperti juga PERIKATAN merupakan gabungan pertubuhan yang menentang penjajahan British di Tanah melayu serta turut sama memperjuangkan kemerdekaan.


Cuba kita tengok negara jiran kita sekejap. Warna merah dan putih tidak asing lagi bagi pribumi Nusantara. Di atas adalah bendera Sang saka Merah putih Indonesia dan juga bendera Singapura. Seakan-akan sama. Cuma bendera singapura ada bulan dan 5 bintang yang disusun membentuk bintang yangbesar. But hey…. Walaupun sama bendera mereka mempunyai sejarah masing-masing. Bendera Indonesia di ambil dari panji Kerajaan Majapahit. Ada juga yang mengaitkan bendera Indonesia terhasil dari bendera Belanda yang dibuang birunya dalam insiden Hotel Yamato 1945.
Manakala bendera Singapura pula direka oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh Toh Chin Chye. Pada asalnya bendera tersebut berwarna merah, tetapi diubah kerana merah melambangkan Komunisme ketika itu. Penduduk Cina di Singapura mahukan 5 butir bintang seperti bendera negara China, manakala penduduk Melayu Islam Singapura mahukan bulan sabit. Kedua-dua lambang itu digabungkan ke dalam bendera. Kesimpulannya, walaupun ada persamaan, namun disebalik bendera tersebut tersembunyi kisah sejarah perjuangan dan pembentukan negara masing-masing.



Di Malaysia, ada 3 bendera dibakar, iaitu bendera Zionis Israel, bendera Amerika Syarikat dan benderanegaranya sendiri iaitu Jalur gemilang.


Oleh yang demikian, dakwaan bendera Malaysia meniru bendera Amerika Syarikat adalah tuduhan dangkal. So, Malaysia tiru bendera SHTI pula ka? Ini pun salah, SHTI tiada apa yang Malaysia ada, iaitu kedaulatan raja-raja Melayu berlambangkan warna kuning dan bulan sebagai lambang Islam agama persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga dengan perbezaan itu. Yang menyebabkan kita ‘bakal’ sama dengan Amerika Syarikat ialah pemusnahan institusi beraja di Malaysia dan kejatuhan martabat Islam sebagai agama rasmi, kerana ketiadaan kedua-dua perkara tersebut menyebabkan lambang bulan dan warna kuning tersebut sudah tidak signifikan lagi. Namun, apa yang lebih penting lagi, pi la dok tukaq bendera tang mana pun, kalau permikiran masih lagi terjajah dan macam penjajah pun tidak berguna juga.

Isu keduaagu kebangsaan ‘National anthem copied from Indonesia’?




Kalau tak hormat dan tak berdiri tegak mase nyanyi lagu kebangsaan Jepun, mesti kene pelangkung dengan senapang bermuncung bayonet,tak pun kene pancung dengan pedang samurai. Malah Tun Mahathir sendiri pernah melihat kepala seorang pakcik ni kene sepak pasal tak hormat lagu kebangsaan dan bendera Siam ketika zaman mudanya di Kedah, yang ketika itu dibawah kawalan Siam hasil perundingan dengan Jepun(Doktor Umum m/s; 86-87). Dan bila kita dah ada lagu kebangsaan sendiri, dah la tak hormat dan bersemangat, jauh lagi nak menghayati, malah mempermainkan pula liriknya. Jauh daripada itu, tanpa usul periksa (dah tau usulkan kenyataan periksa la balik kesahihannya, ni tau usul je, periksanya tak…) tuduh Negaraku di ciplak dari lagu Indonesia. Presiden Indonesia pertama, Sukarno telah mempermainkan lagu Negaraku dalam majlis meraikan wartawan pada Persidangan Wartawan Afro-Asia di Jakarta 24 April 1963 apabila menyanyikan lagu Negaraku sebagai lagu Terang Bulan Indonesia (Hari itu sudah berlalu, m/s; 31). Walaupun hati Tunku pedih dengan sikap Sukarno, namun beliau tidak sanggup untuk memijak jata negara Indonesia iaitu Pancasila. Air mata Tunku bergenang apabila didukung pemuda dari pelbagai kaum untuk memaksa beliau memijak Pancasila (Hari itu sudah berlalu, m/s; 37). Peristiwa ini berlaku pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrantasi dari Indonesia. Walhal sebenarnya Budayawan Indonesia sendiri iaitu Encik Remy Sylado yang mengatakan bahawa Malaysia tak mencuri pun lagu Negaraku dari Indonesia kerana lagu itu berasal dari Perancis.

Ceritenyebegini, ketika Sultan Abdullah,sultan Perak dibuang oleh British ke Pulau Sychelles, baginda telah mendengar lagu yang dikenali sebagai“la Rosalie” iaitu lagu hasil karya composer Perancis, Pierre Jean deBeranger . Selesai dari pembuangan, baginda mengambil lagu tersebut dan mengubah liriknya menjadi lagu negeri Perak iaitu “Allah lanjutkan usia sultan”. Kemudian, disaat menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, maka beberapa lagu telah digubah untukmenjadi lagu kebangsaan. Antaranya “Putera-puteri” dan “Benderaku” karya J Boyles dan A Soliano, tetapi Tunku tak berapa setuju. Maka Jemaah menteri bermesyuarat dengan meneliti beberapa lagu-lagu negeri dan yang mendapat perhatian Tunku ialah lagu negeri Perak. Maka lagu negeri perak diambil sebagai lagu kebangsaan. Pada tahun 2003, ada usul untuk menukarkan lirik “Negaraku”kepada “Malaysiaku”, tetapi usul tersebut dibatalkan kerana mendapat bantahan.





Maka masa pun berlalu, Konfrantasi dengan Indonesia pun tamat, walaupun diperingkat atasan wujud sikap hormat-menghormati, namun dikalangan rakyat biasa. masih ramai di Indonesia menuduh rakyat Malaysia sebagai maling kerana menuduh Malaysia mencuri lagu keroncong Jawanya , Terang Boelan.Di Malaysia pula lagi dasyat, ada stesyen radio kene saman kerana mengatakan negaraku berasal dari kepulauan Hawaii. Ada juga kes si penghibur terpaksa tengok lirik ketika nyanyi lagu negaraku pasal lupa lirik. Lagi hebat, penggubahan lagu rap Negarakuku dan penciptanya kini bergiat aktif dalam lapangan seni. Dan seperti biasa, tohmahan, cacian dan tuduhan terhadap Negaraku ini dipandang bukan perkara utama kerana yang lebih penting bagaimana nak menang kerusi pilihanraya. Sejarahwannya pula duduk diam membatu macam tugu. Nasib baiklah Encik Remy Sylado sekurang-kurangnya menjawab kontroversi lagu Negaraku itu.Namun sejarahwan di Malaysia langsung tidak membuat usaha untuk mendedahkan perkara sebenar kepada rakyat Malaysia. Hasilnya hampir kesemua rakyat Malaysia percaya bahawa lagu kebangsaan mereka Negaraku diambil dari lagu Terang Boelandari Indonesia.

PENUTUP
Rakyatnyasendiri benci di saat melihat bendera negaranya dikibarkan? Ahhh… itu benderaAmerika kita ciplak!

Rakyatnyasendiri benci mendengar dan menyanyi pabila lagu negaranya didendangkan? Ahhh…itu lagu terang Boelan kita ciplak!

Apa kata kita belajar dari jiran tetangga kita. Di Indonesia ada dakwaan lagu "Indonesia Raya" diambil dari lagu Belanda yang bertajuk “Pinda Pinda Lekka Lekka”. Manakala diSingapura pula ada gesaan untuk menukar lagu “Majulah Singapura” yang digubah oleh Zubir Said kepada bahasa Inggeris kerana sudah tidak ramai rakyat negara itu fasih berbahasa Melayu. Namun kedua-dua isu ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak dalam kerajaan masing-masing dan juga tidak dipolitikkan untuk meraih populariti. Malah rakyatdi negara tersebut tanpa mengambil kira aliran politik, masih megah mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka. Politik-politik juga, tetapi dalam isu nasional mereka tetap bersatu.

Pandangan saya, tak wajarlah kalau hina Negara sendiri untuk kepentingan peribadi atau kumpulan yang tertentu, tak salah kalau ingin mencadangkan bendera dan lagu kebangsaan ditukar, tetapi perlukah dibuat dengan cara menghina dan penuh kebencian? Perkara tersebut boleh dibincangkan dengan penuh ilmiah dan hormat. Hairan sungguh, tak pernah wujud di sesebuah negara, rakyatnya membenci tanah airnya sendiri. Andai katalah satu hari nanti negara ini dilanda peperangan, agak-agaknya berapa ramai yang sanggup memikul senjata mempertahankan ibu pertiwi yang tercinta ???

Kitul..kitul,tak cukup Kota Melaka kau robohkan, negara Malaysia pula ingin kau gadaikan..

Selamatmenyambut Hari Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia !!!




Dirgahayu Tanah Airku








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 01:24 PM | Show all posts
terbaik....  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:16 PM | Show all posts
nice info...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 07:08 PM | Show all posts
apa yang dah ada cukup baik
kalau kita asyik tak puas hati sampai bila pun tak maju
baik buruk sesuatu tu biar Allah tentukan
kezaliman tak kan selamanya menindas dan orang dizalimi tak selamanya tertindas
jalankan tanggungjawab dan seterusnya berdoa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:57 AM | Show all posts
terbaikkkkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 10:37 AM | Show all posts
Saya tak faham kenapa ramai pemimpin kita suka berdiam diri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2013 12:17 PM | Show all posts
nice info dan terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055742 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list