CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18511|Reply: 84

Benjy Ceraikan Safiyya Buat Kali Kedua Dengan Talak Satu

[Copy link]
Post time 1-8-2013 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Benjy Ceraikan Safiyya Buat Kali Kedua Dengan Talak Satu
Pelakon drama Benjy yang ditahan akibat kesalahan penyalahgunaan dadah baru-baru kini telah sah menceraikan isterinya buat kali kedua iaitu Safiyya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pagi tadi.
Benjy menjatuhkan talak dihadapan Hakim Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 selepas pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka secara baik. Benjy dan Safiyya kelihatan tenang disaat lafaz cerai termerai, malah mereka berdua sempat bersalaman dan Bengy juga dilihat mengucup dahi bekas isterinya buat kali terakhir.
Setelah ianya selesai, Benjy melahirkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupannya yang baru. Dia juga mengakui tiada kesefahaman adalah punca mereka memilih untuk berpisah namun masih lagi berkawan baik.
“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai. Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.
“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.


Pemilik nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34 ini berkahwin dengan Safiyya yang merupakan seorang mualaf pada 9 February 2004 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.
Sebelum ini, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 7 Julai 2008 namun mengambil keputusan untuk rujuk kembali pada hari yang sama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 11:50 AM | Show all posts
ni lg sekor..bini baek ponya lawa kasi cerai...apa ponya boooooooooddddd.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:52 AM | Show all posts
yang kes dadah bebaru ni apa cite?
bagus la cerai
kawen pun simpan pompuan lain apa kejadah nya
zalim kat isteri
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:53 AM | Show all posts
bini dia jnis bdn mcm org arab..elok gak cerai dr idup ngan ko xabis2 main dadah jer..anak laki jgn ko amik dadah dpn ank sdh la
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:59 AM | Show all posts
Dah tak ada persefahaman ke atau sbb kes dadah si Benjy ni? Bini mana yg sanggup berlaki kan kaki dadah?

Harap2 si Safiyya ni tak kembali ke agama asal, dah lah anak dia yg jaga. Wpun hak penjagaan hilang kalau dia murtad tapi tau2 la tak kan dia senang2 nak give up anak dia mcm tu aje, mesti dia fight punya.

Sian si Firdaus Juan tu, harap2 aqidah dia terbela

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bini benjy ni mualaf utk kawen dgn benjy atau mmg dah lama mualaf sblm kawen dgn benjy lg?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 12:04 PM | Show all posts
Bini yang mintak cerai kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:06 PM | Show all posts
kesiannya kat anak dia... tapi aku rasa baik bini dia cerai sebb org ni kalau dah kaki dadah, memang nampak dadah jer, bukannya nampak anak bini.. huhuh
tumpang simpati aku kat bini n anaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 12:07 PM | Show all posts
macam macam la..........
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:08 PM | Show all posts
kesian kt bini dia.. haishhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:09 PM | Show all posts
elok2 dapat bini lawa kasi cerai pulak..apa la punya orang.tak serik kena tangkap kes pertama dulu lepas ni buat hal lagi..dah la utang kes lama belum  kasik setel lagi ehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:19 PM | Show all posts
Kahla posted on 1-8-2013 04:02 AM
bini benjy ni mualaf utk kawen dgn benjy atau mmg dah lama mualaf sblm kawen dgn benjy lg?

iolstanya gugerl,kuar berita nikah dia dulu..

Stephanie - "Benjy Lelaki Melayu Berkarisma"
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU


Wajah ceria Benjy dan Stephanie selepas bergelar suami isteri.


Semalam cinta antara dua insan Khaeryll Benjamin Ibrahim, 26 dengan kekasih hatinya, Safiya Stephanie Douglas Lee, 21 tahun disimpulkan dengan ikatan perkahwinan. Tentu saja tarikh 9 Februari 2004 akan menjadi detik-detik yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat oleh pasangan ini.
Pasangan muda ini sah menjadi suami isteri pada detik pukul 11.45 pagi dan dinikahkan oleh Ustaz Azrymi Jamaludin bertempat di rumah ibu bapa pengantin lelaki di Petaling Jaya.
Majlis ini berlangsung dalam suasana sederhana tetapi cukup meriah.
Khaeryll atau nama popularnya, Benjy anak kepada primadona filem, Azean Irdawaty kelihatan cukup tenang dan bersedia untuk acara pernikahan yang hanya disaksikan oleh keluarga terdekat dan media yang dijemput khas.
Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin dan barang perhiasan untuk pengantin perempuan kira-kira pukul 11 pagi.
Sementara pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Warna merah jambu menjadi tema majlis pernikahan ini sekali gus mencipta aroma yang cukup romantis pada majlis ini.
Mengimbas kisah pertemuan mereka, jelas Benjy, detik indah dan membahagiakan ini berlaku kira-kira tiga tahun lalu, ketika dia berada dalam tekanan kerana dikecewakan.
``Kehadiran Stephanie melengkapkan hidup saya.
``Dari sinar matanya saya dapat melihat kejujuran dalam kasih sayang kami dan saya memilih untuk tidak bertunang terlalu lama.
``Ini juga atas kehendak Mama yang tidak mahu kami bertunang lebih lama,'' kata Benjy ketika ditemui selepas beberapa detik bergelar suami orang.
``Kedua-dua keluarga sudah muafakat untuk merahsiakan jumlah hantaran. Biarlah ia menjadi rahsia keluarga dua belah pihak dan kedua-dua pengantin,'' kata ibu pengantin lelaki, dramatis Azean Irdawaty.
Bagaimanapun menurut Azean, jumlah hantaran Benjy adalah dengan nilai yang sederhana sama seperti taraf orang lain.
``Kami orang sederhana. Semua persiapan pun sederhana. Janji segalanya afdal dan kedua-dua pihak berpuas hati,'' kata Azean lagi.
Azean dan suaminya Khairil Anwar serta keluarga sudah tentu menjadi orang yang paling gembira di hari penuh bermakna ini kerana Stephanie adalah menantu pertama keluarga berkenaan.
``Saya bahagia kerana dapat buat sesuatu untuk orang yang saya sangat sayang.
``Rasa sangat puas apabila orang yang kami sayang sudah bertemu dengan seorang wanita yang dicintainya,'' jelas Azean dengan nada terharu.
Sepanjang majlis ini, airmata Azean tidak henti mengalir dan sesekali dia mengesat air jernih yang turun dipipi, tanda kebahagiaan yang tidak terperi.
Bagi Stephanie pula, dia memilih Benjy kerana karisma yang ada pada pelakon berkenaan di samping sifat romantis dan pembimbing.
``Benjy berbeza dengan jejaka Melayu lain. Dia mempunyai pemikiran yang terbuka, sangat romantik dan ada karisma.
``Bahasa Inggerisnya juga sangat bagus dan ia menyenangkan kami untuk berinteraksi,'' kata anak kacukan Inggeris dan Cina ini.
Menurut Stephanie, selepas majlis pernikahan, dia dan suami akan berpindah ke kediaman di Taman Melawati yang dihadiahkan oleh ibu bapanya.
Bercakap tentang anak, kedua-dua pengantin belum bersedia untuk mempunyai keluarga baru pada masa terdekat.
``Banyak perkara yang belum diselesaikan. Kami masih muda dan kewangan belum stabil.
``Walaupun ibu mertua saya inginkan cucu tetapi saya rasa dia faham keadaan kami ketika ini,'' kata isteri Benjy, anak kepada Sheron Ann Lee dan Douglas Lee Kwai Keng ini lagi.
Semoga perkahwinan yang dibina oleh Benjy dan Safiya adalah semata-mata kerana Allah dengan tujuan untuk membina rumah tangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah.
Selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat




Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:22 PM | Show all posts
cian bini die....ade p'bimbing pn xde pkai...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:31 PM | Show all posts
kesian nye bini dia. Pengorbanan x dihargai...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:49 PM | Show all posts
ada laki, laki kaki dadah plak...mane bini tahan..dah la mualaf
sian kat anak dia firdaus...harap2 besar nanti jgn ikut mcm bapak dia...
semoga isteri dia boleh membimbing anak dia jadi org yg berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:51 PM | Show all posts
kesian kat wife, kesian kat anak. nsb wife lawo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 12:52 PM | Show all posts
mungkin perceraian adalah jalan terbaik buat mereka
cuma harap2 Safiyya x kembali ke agama asal
sian kat anak yg masih kecil tue
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:53 PM | Show all posts
dah diberi 2nd chance pun masih tak nak berubah, begitu jugak...elok ajelah berpisah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:58 PM | Show all posts
muka benjy ni muka likable
tak nampak jahat
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:03 PM | Show all posts
dellema posted on 1-8-2013 12:19 PM
iolstanya gugerl,kuar berita nikah dia dulu..

Stephanie - "Benjy Lelaki Melayu Berkarisma"

Banyak pengorbanan isteri dia ni..
Aku rasa kawen dulu duet hantaran entah ada entahkan tidak kalau berahsia mcm tu.
Majlis pun biasa2 sangat..
Dah dapat wife tak berkira mcm tu pun tak dibimbing betul2..
Janganlah wife dia 'kembali' ke agama asal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.098625 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list