CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50415|Reply: 239

[HIJAB BEST]The Haunted Mansion [ koleksi kisah seram aku ]

[Copy link]
Post time 11-8-2013 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum abang2 dan ahkak2 porumer semua..

Salam perkenalan. First of all, saya newbie so kalau ade salah silap harap dimaafkan dah 2 tahun jadi sr titibe terdetik dihati nak kongsi pengalaman sendiri. tak banyak yang saya lalui tapi mungkin cukup untuk dijadikan peringatan buat kita, umat akhir zaman.

kisah pertama: Hantu raya di hari raya.

Kisah ni baru terjadi dua hari lepas, which is hari raya kedua if i am not mistaken. Lebih kurang pukul 2 petang camtu, lepas penat layan tetamu yang datang beraya, saya menghilangkan diri ke dalam bilik. Penat oo.. Tak putus2 tetamu datang. Baru sejam terlelap, titibe anak buah saya kejut. Katanya salah seorang mak saudara saya ( adik ipar kepada mama ) kena rasuk. Dalam mamai2 tu mula terbit rasa bengang. Haish setan mana pulak la buat kecoh raya2 ni.. Cepat2 saya bangun, cuci muka dan terus ke ruang tamu. Kepala masih pening2 lalat dek bangun mengejut.

Keluar je kat ruang tamu, mak saudara ( saya panggil auntie ) terbaring. Mujur tiada tetamu yang datang. Kalau ada makin kalut pulak. Sanak saudara yang lain ada berdekatan tapi menjarakkan diri. Mungkin tak biasa dengan perkara macam ni. Saya duduk di sebelah auntie. Di sebelah saya ada seorang lagi mak saudara yang membantu, saya namakan kak na ( kakak kepade mama ). Die cuba tenangkan auntie dengan ayat suci al quran. Auntie masih belum mengganas, cuma meracau2. Saya pejamkan mata dan mencari setan yang cuba mengganggu. Di satu sudut yang gelap, saya nampak kelibat berambut panjang kusut tak terurus, kuku hitam, kulit seperti terbakar. Bau nye tengik macam darah / daging busuk. Die menyeringai marah tanda tak menyenangi kehadiran saya. Die tahu saya nampak die di situ.

Saya: Assalamualaikum. (tujuan memberi salam adalah untuk memastikan makhluk tersebut sememangnya syaitan atau yang menyamar)

Namun salam tak dijawab. Makhluk tersebut menundukkan muka. Sah, memang setan yang cuba menduga.

Setan: Pergi kau.. Aku benci kau duduk kat sini. Aku benci. Pergi!

Saya: Jangan cabar aku. Pergi balik tempat asal kau. Sini bukan tempat kau. Tak malu menumpang badan orang. Jangan main main dengan aku.

Setan: Aku tak nak! Sape kau nak suruh aku

Saya: Kau nak main main dengan aku ea.. Kau tunggu

Makhluk tersebut masih enggan meninggalkan jasad auntie. Kemudian kak na yang telah menelefon mak angkat saya ( saya namakan cik lah ) untuk dapatkan bantuan cik lah hulurkan handphone. Saya beritahu serba sedikit keadaan auntie dan makhluk yang datang mengganggu. Ini sudah diluar bidang kepakaran saya. Jika sebelumnya cukup dengan menggertak saja, makhluk yang datang akan terberak berak lari tapi kali ini tidak. Kami putuskan untuk bawa auntie ke rumah cik lah untuk diselesaikan. Kebetulan rumahnya tidak jauh, hanya memakan masa 10 minit perjalanan.

Perjalanan tersebut dirasakan sangat panjang. Auntie masih lagi meracau. Saya dan kak na mengunci pergerakan auntie dengan ayat2 suci dan selawat. Auntie tak putus2 menyebut nama anaknya, akid. "Jangan ambek anak aku.. Dia aku punya.." Itu saja yang bermain di mulut auntie sehinggalah tiba2 dia pengsan.

Sampai saja di rumah cik lah, kami baringkan auntie di tengah2 ruang tamu. Sesudah kami bersalaman, cik lah dan suaminya, ustaz mengambil posisi. Cik lah berada di hujung kaki auntie manakala ustaz di sebelah kanan. Belum pun lagi cik lah memulakan apa2, auntie yang tak sedarkan diri duduk tiba2 dengan kaki dilunjurkan ke arah cik lah. Yang melihat semuanya terkejut. Tahulah kami makhluk yang menumpang mula mengganas.

Nak makan kejap ye.. Sambung nanti
Last edited by medangmru on 27-10-2013 03:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2013 01:21 PM | Show all posts
aihhhhhhhhhhhh...
sempat makan lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 06:05 PM | Show all posts
lamanya makan..bakar lemang sekali kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 06:13 PM | Show all posts
Dia layan tetamu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 11:50 PM | Show all posts
lamanya makan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
wahh. ada citer bru. n dr penulisan. bkn org biasa2. ada kelebihan jugak. suke citer2 dr insan yg ada kelebihan nie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2013 10:09 AM | Show all posts
mboi.... lamanya dia makan.................................

takpe2... we all sabor menunggu..........................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2013 02:41 PM | Show all posts
Mintak maaf buat semua tertunggu lama ada hal yang terpaksa dibereskan semalam. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Ok sambungan..

Cik lah merenung tajam auntie yang tersedar daripada pengsan. Auntie pula membulatkan mata tanda tidak menyenangi kehadiran cik lah. "padan muka.. baru bertemu buku dengan ruas" saya berbisik pada mama. Mama hanya ketawa kecil dan mencubit lengan saya.

Ustaz yang menghilangkan diri ke dapur kembali ke ruang tamu dengan membawa plastik berisi botol kaca, lada hitam dan garam kasar. cik lah memulakan rawatan dengan memicit kedua ibu jari auntie. serentak itu, auntie menjerit kuat. Wah.. Hilang terus segala lemah lembut sopan santunnya selama ini dek penangan makhluk tersebut. Maka bermulalah perbualan antara cik lah dan makhluk tersebut yang saya kenal pasti sebagai hantu raya.

cik lah : kau nak ape masuk dalam die? kau keluar. sini bukan tempat kau. pergi balik!

hantu : nak main je... nak akid. nak bawak balik. ampun sakiiitt.

cik lah : kau keluar!

hantu : tak naakk. ade tuan.. ade orang hantar.

cik lah : sape hantar kau? bagitau aku

hantu : nak main je, die hantar aku..

cik lah : cakap kat aku sape! ( cik lah menepuk lantai tanda marah )

hantu : aaa ampun sakitt.

cik lah : kau nak main main dengan aku. biar aku selesaikan terus

hantu : aaaa jangaaaan saaaakittt

cik lah menghiraukan jeritan auntie yang semakin kuat dan terus menarik makhluk tersebut keluar dari
badan auntie. Ustaz membantu dengan memasukkan makhluk tersebut ke dalam botol. Kedengaran bunyi angin yang kuat memasuki botol. Bunyi tersebut hilang setelah botol ditutup. Auntie terus tidak sedarkan diri.

Suami auntie membantu baringkan auntie. Saya curi curi pandang ke arah botol tersebut. Sah, memang makhluk yang saya nampak di rumah tadi berada di dalam botol tersebut. Saya menjelirkan lidah ke arah makhluk tersebut apabila dia menyedari saya senang memerhatikannya. Makhluk tersebut mempamirkan wajah bengis lantas saya tertawa sendiri. Cik lah hanya tersenyum kecil melihat saya mentertawakan makhluk tadi.

Cik lah ke bilik untuk menyediakan air penawar. Dia kembali membawa 3 biji limau dan menerangkan  cara untuk membelah dan menggunakannya. 3 titis air limau perlu dicampur ke dalam air dan diminum 3 hari beturut turut untuk membersihkan bahagian dalaman yang telah dihuni makhluk tersebut. Mungkin juga untuk menutup laluan yang digunakan oleh makhluk tersebut untuk memasuki badan auntie.

Setelah selesai, kami bersalaman memandangkan jam sudah hampir pukul 6 petang. Kami masih belum menunaikan solat asar. Apabila tiba giliran saya, cik lah berbisik kepada saya bahawa makhluk yang ditangkap tadi adalah hantu raya dan dibela oleh penduduk kampung sekitar rumah saya. Mungkin kerana makhluk tersebut sedar akan kehadiran saya di sini ( baru pindah sini 8 bulan ) makhluk tersebut rasa "insecure" dan nak menduga kebolehan saya. Mujur ada cik lah yang membantu. Namun kami semua harus sentiasa berwaspada sebab tuan kepada hantu raya tersebut turut tahu siapa sebenarnya saya. Mungkin lepas ni dia akan terus menghantar "askar" untuk menduga sekali lagi. Apa yang penting, sentiasa mohon perlindungan daripada Allah. Jangan sesekali takut akan syaitan. Saya tersenyum tanda terima kasih dan meminta diri untuk pulang.

Malam itu, saya bersendirian di dalam bilik dan cuba menjejaki tuan kepada makhluk2 tak bertamadun tu. Akhirnya, saya dapat melihat wajah pak cik tu tapi malangnya saya tak dapat mengenali wajah tersebut. Mungkin pak cik ni jenis tak bergaul dengan orang.. Wallahualam. Diharapkan agar pak cik ni segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. Sesungguhnya bersekutu dengan syaitan adalah perbuatan syirik dan dibenci Allah.

Sekian

Kisah kedua akan diceritakan selewat lewatnya esok, tentang azab kubur dan roh yang memohon bantuan di bulan ramadhan.. Last edited by Momo_Elly on 12-8-2013 02:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2013 02:58 PM | Show all posts
Check in....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2013 03:04 PM | Show all posts
mrsLucky posted on 12-8-2013 02:58 PM
Check in....

silakan masuk. buat macam rumah sendiri ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 03:43 PM | Show all posts
Pengalaman sendiri ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2013 03:48 PM | Show all posts
Miss_Dabai posted on 12-8-2013 03:43 PM
Pengalaman sendiri ke ni?

yes miss
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 03:56 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 12-8-2013 03:04 PM
silakan masuk. buat macam rumah sendiri ye

Mansion ko...sure besh cete....

More story please...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2013 04:03 PM | Show all posts
Kekeke lek lu.. tengah recall balik. sabaq na
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 04:04 PM | Show all posts
best citer,,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2013 04:06 PM | Show all posts
cm_ikasafia posted on 12-8-2013 04:04 PM
best citer,,,

Tenkiu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2013 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg nk m'duge TT le plk.. TT ni ade k'lebihan ngubat org ke.. Or just bleh nmpak bende2 yg org biase xbleh nmpk.. Ke cane tu..

Mohon smbung crte lg TT.. Slmt hri raye.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 08:54 PM | Show all posts
waa rumah baru...layan jgn tk layan ekekek....mansion tu mesti banyak story kan? tk sabar nk nunggu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Xsabar nak tunggu sambungan..  go TT....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 11:22 AM | Show all posts
check -in!!!
nak update lagi TT..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.150776 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list