CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

[HIJAB BEST]The Haunted Mansion [ koleksi kisah seram aku ]

[Copy link]
 Author| Post time 15-8-2013 07:59 AM | Show all posts
Kejap lagi saya akan sambung cerita ketiga. Sekarang nak tunggu abah ambek saya, nak ziarah kubur abang. Maaf semua terpaksa menunggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2013 08:03 AM | Show all posts
masyit posted on 14-8-2013 11:26 AM
Salam Momo.

selama bertahun sy jd sr, ni firstime sy komen

Waalaikumussalam
Ni dari pengalaman saya sendiri.
Saya perempuan
Buat penjelasan semua, saya dibuka hijab ketika berumur 16 tahun.
Ada sesetengah perkara yang tak dapat dilihat orang lain tapi saya dapat lihat.
Syukur Alhamdulillah, Allah maha Berkuasa.
Tapi saya kena gunakan kebolehan ini ke jalan yang benar, kerana bila2 masa Allah boleh tarik.

Tentang roh ni, ramai yang keliru sebenarnya.
Selepas meninggal, roh2 akan diseksa kecuali ketika bulan ramadhan sebagai penghormatan kepada bulan ramadhan.
Tetapi kadang2 Allah boleh jadikan/benarkan roh itu "pulang semula" untuk sampaikan sesuatu kepada keluarga si mati sebagai pengajaran

Memang banyak perkara yang tak tercapai dek akal kita
Kerana ilmu Allah sangat lah luas..



Last edited by Momo_Elly on 15-8-2013 10:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 08:27 AM | Show all posts
erkkk..

terkedu..tergamam..

mmg dabeakk laaa..

kuasa Allah diberi untuk membantu sesama manusia... besar tanggungjawab tuh

ghost whisperer sangat ni lol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 08:51 AM | Show all posts
az4620 posted on 14-8-2013 11:49 AM
mmg menarik...kebolehan tt x semua org dpt. hmm aku penah tgk citer m.rajoli berlakon jd ustaz pastu ...

Oh cerita tu.. Saya pun ade tengok. Lebih kurang macam tu lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 08:52 AM | Show all posts
mabs1983 posted on 14-8-2013 12:53 PM
wahhh ni btul2 daebak.. hehhehe..xtkt ke jumpe roh2 nie??

Takut tu kurang la. Cuma terkejut je tengok rupa diorang hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 08:53 AM | Show all posts
cm_ikasafia posted on 14-8-2013 01:01 PM
best best...  ..
nak lagik....

Hehehehe sabar yee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2013 08:56 AM | Show all posts
mamaezah posted on 14-8-2013 03:09 PM
best la, terkedu baca....awak boleh merawat org ya....awak ni perempuan ka...wow, tabek spring mam ...

Ye saya perempuan
Merawat tu takde lah terer, boleh sikit2 je.
Sebab nak merawat ni perlukan pengalaman.
Saya pulak hanya beberapa tahun baru berkecimpung hehehe.

Pasal rumah tu, biase lah. Makhluk2 ni memang suka menumpang.
Walaupun rumah dipagar, tapi kalau penghuninya tak smyg, lama2 pagar pun bocor.
Satu lagi, masyarakat kita sangat memperbesarkan syaitan dan iblis.
Sebab tu dia berani mengganggu kita, menumpang rumah kita.
Jangan takut dengan mereka, kerana mereka juga makhluk yang lemah seperti kita.
Tiada apa yang dia boleh buat selain menjelma dengan rupa yang hodoh dan tak siap tu
Tingkatkan ibadat dan sentiasa mohon perlindungan Allah, InsyAllah takde ape2..
Last edited by Momo_Elly on 15-8-2013 10:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 08:58 AM | Show all posts
mamaezah posted on 14-8-2013 03:30 PM
adoi...ramai ramai masuk bilik momo??? momo cool ja??? tak takut atau terkejut beruk ka???
adoi r ...

Hahaha takde la cool pun, ade jugak terkejut beruk, mujur tak tersawan beruk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2013 09:04 AM | Show all posts
masyit posted on 14-8-2013 04:02 PM
oh mmg ada la ye

tt ckp ada mayat td mengesot bdarah lantai tu mcm tt je ke leh nampak?

Aaa aah, kalau org lain tengok lantai tu bersih je. Tapi saya nampak lantai tu penuh dengan darah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 09:10 AM | Show all posts
tora216 posted on 14-8-2013 04:06 PM
b'untung sungguh TT punye kelebihan yg mcm ni.. at least bnde2 mcm ni bleh m'ingatkan ttg mati ttg s ...

Umur terpakse dirahsiakan hehehe
Tentang macam mane saya dapat tu, wallahualam..
Tiba2 saya boleh nampak.
Saya tak amalkan ayat apa2, tak pernah mintak dibuka hijab atau menuntut apa2 ilmu.
Adik bawah saya sekarang form 3, dia pun dibuka hijab.

Takde lah berani, cuma mungkin disebabkan dah terbiasa kot.. Sebab hari2 duk tengok diorang je.
Padahal dulu saya seorang penakut yang amat
Pergi mana2 mesti berteman.
Skrg Alhamdulillah, dah boleh bawak diri.
Alhamdulillah sangat kalau dapat menginsafkan kerana itu lah tujuan saya berkongsi pengalaman ni

Untuk soalan tu, ya sangat membantu. Kira macam dapat menambahkan pahala si mati la. Insya Allah dapatt kurangkan azab yang ditanggung.
Sentiasa sedekahkan yaasin buat keluarga yang dah tiada dan sedekahkan sekali buat semua umat islam yang telah tiada.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 09:50 AM | Show all posts
Kisah ketiga: Menziarah kubur abang

Kisah ni terjadi beberapa bulan lepas. Saya tak ingat, mungkin dalam bulan 4 atau 5. Sudah jadi kebiasaan saya, pada setiap hari minggu saya akan menziarah kubur abang. Abang meninggal pada april 2012 selepas setahun lebih menghidap kanser tulang pada usia 21 tahun. Dia juga salah seorang forumer di sini.

Maka pagi itu, usai bersarapan dan membersihkan diri, saya bersama adik2 dan mama ke kubur abang seawal jam 7 30 pagi. Masih segar dalam ingatan saya, ada masa2 nya kami terpaksa ke kubur abang lewat. Pernah sekali kami ke kubur abang pukul 12 30 tengahari. Tapi ketika kami membaca surah yaasin, kami seakan akan dipayungi. Cuaca panas tapi bahangnya tak terasa. Peluh langsung tak menitik. Besarnya kuasa Allah..

Berbalik kepada cerita tadi, setelah sampai di kubur abang, saya sudah berasa tidak enak. Ketika itu saya tak boleh bersolat. Jadi mengikut kebiasaan saya akan berselawat dan disedekahkan atas nama abang. Selepas tikar dibentangkan, bacaan yaasin bermula. Sambil2 berselawat, mata saya melilau ke arah kubur berdekatan. Tiba2 mata saya tertancap ke arah sebuah kubur yang hanya terletak bersebelahan dengan kubur abang. Saya pasti kubur ini kubur lama melihatkan keadaan kepok tetapi tiada pokok yang hidup di atas kubur itu. Saya melihat ke dalam kubur itu. Di dalamnya kemerah merahan/berapi. Jasadnya teruk diseksa. Jeritan roh yang diseksa di dalam kubur tersebut menyentak hati saya. Ikutkan hati, dah lama saya buka langkah seribu. Tak sanggup rasanya melihat azab yang ditanggung. Semakin saya cuba buat tak tahu, semakin kuat jeritan roh tadi diselangi bunyi tulang2 patah serentak. Roh tadi tidak berhenti memohon ampun. Nama Allah disebut tanpa henti. Dia juga menyebut nama Rasulullah, meminta syafaat baginda. Saya tertanya tanya apakah salah roh ini hingga diazab sebegitu rupa.. Saya memekakkan telinga dan kuatkan hati untuk bertahan hingga selesai bacaan yaasin. Bacaan yaasin yang selalunya saya rasakan sekejap tapi pada hari itu, sangatlah lama dan menyeksakan.

Selesai bacaan yaasin, saya menjeling ke arah kepok kubur tadi. Tertera nama Abdullah Awang ( bukan nama sebenar ). Saya agak nenek tentu kenal siapa orangnya. Selepas menyiram kubur abang dan kubur2 berdekatan dengan air yaasin, saya terus lari pecut dan masuk ke dalam kereta Leganya rasa hati. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya hanya mengunci mulut. Jika kebiasaannya saya kecoh bercerita kepada mama tentang apa yang saya lihat di kubur tapi hari itu fikiran saya ligat memikirkan tentang roh tadi.

Sesampai sahaja di rumah, saya terus ke dapur mencari nenek. Mujur dia ada di dapur. Sedang tangannya ligat mengemas dapur, saya membuka mulut.

Saya: Nek, kenal tak Abdullah Awang? Dia dah meninggal dah. Tadi saya pergi kubur abang saya nampak kepok tertulis nama tu.

Nenek: Oh ya nenek kenal. Kenapa? Awak nampak ape?

Saya: Hm tak tau lah.. Bukannya saya nak buka aib dia. Tapi harap dapat jadi peringatan buat semua. ( saya membuka cerita tentang apa yang saya nampak di kubur tadi )

Nenek: Ya Allah.. Tapi dia tu dulu ahli masjid. 5 waktu sehari semalam di masjid.

Saya: Tak tau la nek.. Kadang2 kalau solat pun harapkan pahala berjemaah 27 kali ganda je memang jadi azab buat kita nanti. Bukan nak menghukum orang, tapi mungkin dia buat sekadar nakkan pahala.

Nenek: Mungkin jugak.. Tapi baru nenek teringat, dulu dia ada berniaga. Jual ayam proses.

Saya: Haa mungkin berniaga la kot sebab dia kena azab macam tu. Ye lah, berniaga ni pun susah walaupun untung. Timbangan kena jaga, terlebih takpe jangan terkurang. Kadang2 ada orang yang menipu. Ambil untung yang tak sah disisi syarak. Ishh ngeri la berniaga ni.

Nenek: Bukan tak boleh berniaga, tapi cuba lah berniaga ikut cara nabi. Kalau berniaga dengan cara yang salah, Allah marah la.

Dan perbualan kami pun meleret2 sampai la pasal kahwin blablabla

Ada juga yang saya perhatikan ( terutamanya kubur2 baru ) menjerit memanggil ibu dan ayah mereka. Mungkin mereka ada salah dengan kedua orang tua mereka. Mengikut pengalaman saya, kalau salah
dengan manusia ni payah sikit.. Mintak lah ampun dengan Allah sekalipun, Allah tak boleh maafkan.
Selesaikan dekat padang mahsyar nanti la jawabnya.

Saya ceritakan pengalaman ini kerana saya perhatikan masyarakat sekarang sudah ramai yang berniaga. Ikut online pun boleh berniaga. Tapi kena sentiasa ingat, rezeki yang kita peroleh itu la yang kita suap kepada anak2. Kalau halal, molek lah anak tu. Kalau haram, itu yang jadi anak2 perangai pelik2. Susah dengar cakap mak bapak, solat malas, belajar susah nak catch up, hati jadi keras. Duit yang kita dapat
tu kena pastikan betul2 sumbernya. Halal kah? Haram kah? Tak salah berniaga, tapi berniaga lah mengikut ketetapan syarak.

Kisah keempat pula akan menyusul kemudian tentang perjalanan pulang ke besut melalui bukit besi. Insya Allah kalau saya free, saya cerita. Maaf kalau lambat sikit ye Last edited by Momo_Elly on 15-8-2013 09:56 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:25 AM | Show all posts
Momo...cerita kau buat aku terkesima...
Betapa dangkalnya pengetahuan manusia tentang rahsia alam ghaib ciptaan Allah.
Mmg manusia tak punya alasan lagi...segalanya telah diperingatkan dlm al-quran.
Teruskanlah bercerita dan mengingatkan kami ttg kehidupan dibarzakh sana...agar kami tak leka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 11:28 AM | Show all posts
Insya Allah..
Saya cuba yang terbaik.
Kalau tak, sia sialah anugerah yang Allah beri kalau saya tak kongsi sebagai peringatan buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Momo ni sepatutnya masuk list mama benang sebelah kan!,!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 11:44 AM | Show all posts
mamaezah posted on 15-8-2013 11:38 AM
Momo ni sepatutnya masuk list mama benang sebelah kan!,!

malu la mama hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:49 AM | Show all posts
Momo_Elly posted on 15-8-2013 09:50 AM
Kisah ketiga: Menziarah kubur abang

Kisah ni terjadi beberapa bulan lepas. Saya tak ingat, mungki ...

sebagai orang biase, memang agak terkesima bace citer momo ni
memule bace ade gak terdetik kt hati, 'ehh betul ke citer ni'....
tapi itu lah, ade orang2 tertentu diberi kelebihan oleh Allah
jadik dari citer momo ni, elok lah di amik pengajaran terutamanye tentang seksa kubur tu
masyaAllah....


btw, boleh kalo nk tau ape niknem arwah abg momo kt porum ni
mane la tau, kot kenal & penah bergurau senda melampaui batas
bleh mintak ampun & maap bagi pihak die kt momo
takziah & alfatihah utk arwah abg momo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2013 11:56 AM | Show all posts
edoraixora posted on 15-8-2013 11:49 AM
sebagai orang biase, memang agak terkesima bace citer momo ni
memule bace ade gak terdetik kt hat ...

Atas diri sendiri sebenarnya untuk yakin atau tak..
Kalau yakin, alhamdulillah

Nickname abang, shahtar
Dia tak berapa aktif pun berforum kat sini sebab masa dia nak dekat2 meninggal tu dia bukak forum lowyatt
So kat sini kurang aktif sikit.

Dia pun dah maafkan semua orang sebelum dia pergi, jangan risau hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:26 PM | Show all posts
menarik kisah teruja membacanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:37 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 15-8-2013 11:56 AM
Atas diri sendiri sebenarnya untuk yakin atau tak..
Kalau yakin, alhamdulillah

InsyaAllah yakin....cume memule agk terkesima sket lah


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 01:00 PM | Show all posts
letak banyak2 cite lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak
maklukpenggodaMasyarakat mudah tertipu dengan lelaki s
Views : 20410 Replies : 141
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25928 Replies : 13
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 12977 Replies : 29
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 6827 Replies : 77
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 88360 Replies : 2831
All about Ben Amir : Benomena Vol3
NekNgahAll about Ben Amir : Benomena Vol3
Views : 98757 Replies : 1536
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 56098 Replies : 2803
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20830 Replies : 421
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22393 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083131 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list