CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3278|Reply: 12

Edisi Pengenalan : Hanif Safuan Jadi Pelakon Kerana Bade Azmi

 Close [Copy link]
Post time 14-8-2013 02:50 AM | Show all posts |Read mode
Hanif Safuan Jadi Pelakon Kerana Bade Azmi


Hanif banyak belajar selok belok bidang lakonan daripada pengarah terkenal, Bade Azmi.

PETALING JAYA: Pelakon Hanif Safuan mengakui tidak menyangka diberi kepercayaan oleh pengarah terkenal, Bade Azmi untuk membintangi drama Planet Kiara yang disiarkan di TV3 sebagai watak utama.
Hanif, 24, berkata, penglibatannya dalam bidang lakonan adalah secara tidak sengaja apabila menghadiri uji bakat terbuka yang diadakan oleh pengarah tersebut secara suka-suka dan terpilih untuk memegang watak utama dalam drama yang telah pun memasuki musim kedua.
"Saya tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pelakon kerana minat saya lebih kepada teater dan fotografi dan pemilihan saya sebagai watak utama dalam Planet Kiara memang diluar dugaan kerana tiada pengalaman yang luas dalam bidang lakonan.
"Tambahan pula semasa uji bakat diadakan ramai pelakon yang sudah mempunyai nama hadir pada hari tersebut," katanya kepada mStar Online.
Planet Kiara musim kedua yang diterbitkan oleh Pusat Sains Negara dan syarikat Bleu Nagas itu disiarkan menerusi slot Akasia setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 5.30 petang.
Dalam perkembangan sama, Hanif yang juga penuntut tahun akhir Diploma Teknologi Kejuruteraan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, drama berkenaan berbeza kerana banyak menerapkan elemen sains dan teknologi yang cukup berguna terutama kepada pelajar sekolah.
Kata Hanif, setiap episod akan memaparkan konsep sains dan kejuteraan dengan huraian lengkap melalui pemahaman mudah selain elemen drama yang biasa bagi menarik minat penonton.
"Kebetulan bidang yang saya belajar di universiti ada kena mengena dengan sains dan ia menjadi mudah untuk saya memahami setiap perkara yang cuba ditonjolkan dalam drama tersebut," jelasnya.

Selain berkalon, Hanif juga seorang jurugambar dan model.

Drama bersiri 26 episod itu mengisahkan kehidupan keluarga Prof Johari dan anak-anaknya iaitu Adam, Tasya, Cahya, Aril dan sebuah robot bernama PSN-1 dengan pelbagai kisah menarik.
Selain Hanif, ia turut dibintangi pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Farahdhiya, Sharifah Sakinah dan Heela Monica.
Dalam pada itu, Hanif mengakui dia mengalami kesukaran ketika mula-mula datang ke set penggambaran kerana masih mentah sebagai pelakon namun bertekad untuk belajar daripada pengarahnya, Bade.
Tambah Hanif, pengalaman berlakon teater semasa di UniKL juga turut membantunya untuk menghayati watak yang diberikan selain mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan krew produksi.
"Saya akui sukar tetapi tiada asalah untuk mendalami sesuatu dengan mempelajarinya dan Alhamdulillah dengan sedikit pengalaman di pentas teater dan tunjuk ajar abang Bade yang tidak lokek ilmu membantu saya," katanya yang bakal menjalani penggambaran musim terbaharu Planet Kiara dalam masa terdekat.
Sementara itu, Hanif berkata, walaupun semakin dikenali sebagai seorang pelakon, dia tidak akan meninggalkan bidang fotografi yang diminatinya dan akan meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
"Saya memang suka mengambil gambar dan pernah bertindak sebagai jurufoto rasmi untuk konsert Anuar Zain yang diadakan pada awal tahun ini.
"Hobi ini saya anggap sebagai satu cara untuk saya ekspresikan emosi saya secara peribadi yang memberikan banyak kepuasan," katanya yang turut memuat naik gambar-gambar ke dalam blog miliknya iaitu top1photography.wordpress.com.

Last edited by xanderz on 14-8-2013 02:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 05:04 AM | Show all posts
teater apekah yg penah dilakonkn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 05:50 AM | Show all posts
nmpk agak jambu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:07 AM | Show all posts
planet kiara pelakon utamanya robot tu ngan budak..abangnya ni tak nampak macam pelakon utama pun dalam citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:09 AM | Show all posts
Pelakon baru ye?
slamat datang ke dunia lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:52 AM | Show all posts
Boleh jual ... byk lelaki minat dia ni
tapi cerita ala2 gay sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2013 04:18 PM | Show all posts
bolehla ada gak muka baru
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 04:20 PM | Show all posts
rasa nya dah ada cerita pasal dia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 05:57 PM | Show all posts
bukan slot akasia asenye... ooo laki ni..aku penah tengok cite ni sebab balik awal dari opis..not bad gak la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 10:24 PM | Show all posts
stok rembesan kak makh nih kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 10:32 PM | Show all posts
ok juga... handsome haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 10:55 PM | Show all posts
stok rembes terbaru
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:29 PM | Show all posts
body dia sedap.. bestnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060059 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list