CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4761|Reply: 6

Kekejaman di penjara Gulag

[Copy link]
Post time 16-8-2013 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda Amerika Syarikat merupakan negara yang pernah menguruskan jutaan banduan selain mengorbankan banyak nyawa atas hukuman yang dikenakan ke atas banduan-banduan bagi pelbagai kesalahan.


Keadaan tinggalan penjara tersebut dilihat menyeramkan kerana kedudukannya di tengah-tengah hutan di daerah Brazil. Gambar-gambar lama yang dipaparkan menunjukkan keadaan penjara ini suatu masa dulu.


Mungkin negara Amerika Syarikat boleh ‘berbangga’ dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu.


Namun, negara Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) turut mempunyai penjara yang paling menakutkan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).  Penjara ini juga telah menelan banyak nyawa di sana.


Pemandangan penjara yang pernah menempatkan ribuan manusia


Pemandangan penjara yang terletak di dalam kawasan hutan

Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi).  Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953.

Selama beliau berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).

Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjara Gulag ini tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. di mana jumlah banduan yang menemui ajal mereka di penjara ini adalah 7  kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana.
Kekejaman di penjara Gulag semakin dahsyat  kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia di mana suhunya amat sejuk. Pastinya banduan-banduan di situ tersiksa kerana kebuluran dan pakaian yang tidak mencukupi.



Mayat-mayat banduan bergelimpangan


Bilik yang menjadi tempat penginapan banduan suatu ketika dahulu
Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan turut dikerah sebagai buruh paksa.  Kemudiannya,  mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.



Ramai banduan yang mati di penjara kayu ini
Seterusnya, penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, sebahagian besar tinggalan penjara tersebut masih boleh dilihat seperti bekas-bekas runtuhan bangunan di situ. Rel-rel keretapi yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih berada di situ.



Keretapi yang pernah menjadi pengangkutan utama untuk mengangkut banduan
Keseluruhan paparan ini, menjadi salah satu saksi bisu bagi setiap kematian para tahanan, kebanyakan dari mereka yang melompat dari keretapi tersebut  ketika hendak dibawa ke dalam penjara.
Kini, semuanya tinggal sejarah.  Hanya jika ada yang masih hidup sahaja yang masih mampu menceritakan akan keperitan di waktu itu.  Kekejaman pemimpin dapat dilihat dengan jelas melalui paparan-paparan ini. Andai kata manusia berakhlak baik, penjara pun tidak akan wujud..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 09:28 PM | Show all posts
sedih betul bila baca cerita2 cam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 08:44 AM | Show all posts
macam dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 10:04 AM | Show all posts
serem
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:26 PM | Show all posts
aku baca kisah Stalin, kawan2 dia yg sama2 berjuang semua mati dibunuh selepas dia berkuasa....antara yg aku ingat nama ialah Kaminsky....tak ada kawan dia yg bersama-sama dlm foto bersama Stalin dibiarkan hidup...semmua akan dibunuhnya.....begitulah perangai Stalin yg sentiasa curiga dgn kawan2 seperjuangan nya....

Salah seorang komradnya bernama Leon Trotsky diburu dan dibunuh walaupun ketika itu mangsa hidup dlm buangan di Mexico.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Banduan mmg patut dilayan begitu..huhuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2013 12:33 PM | Show all posts
scary nya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.366356 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list