CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4787|Reply: 34

Maya Karin belum terdesak!

 Close [Copy link]
Post time 19-8-2013 07:23 PM | Show all posts |Read mode
PELAKON cantik, Maya Karin Roelcke menegaskan dia tidak kisah hidup sendiri biarpun usianya kini sudah menjangkau usia 33 tahun.
Mengakui tidak pernah terlepas dan sudah lali dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai kehidupan peribadinya.

Malah adakala Maya mengakui berasa lucu apabila orang lain lebih risau tentang dirinya yang masih belum menemui pengganti sejak berpisah dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah, tiga tahun lalu.

“Kadang kala memang ramai yang mahu mengetahui kisah cinta saya, bila saya mahu berkahwin dan sebagainya.
“Tapi sejujurnya saya belum terdesak untuk hidup berpasangan dan saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang serta tenang hidup bersendirian.


Maya Karin

“Mungkin selama 10 tahun ni tumpuan saya hanya pada kerjaya. Sekarang saya lebih fokus diri sendiri, buat aktiviti yang saya suka. Saya gemar melancong. Sambil melancong, saya mencari siapa diri saya. Misalnya, bila duduk dalam kereta api selama 5 jam saya dapat berfalsafah dan muhasabah diri.

“Kalau boleh saya nak kongsi kegembiraan dan kebahagiaan saya ini kepada seluruh wanita di seluruh dunia sebab seperti mana yang kita tahu tak semua wanita bertuah,” ujarnya yang ditemui ketika majlis sidang media
Dialog Inspirasi Kepada Wanita, L’oreal, baru-baru ini.

Mengakui pernah memikirkan baik buruk hidup sendiri, Maya berkata, dia berasa bersyukur dengan kehidupannya sekarang.

“Ramai berfikiran kita kena kahwin, kena ada anak barulah hidup kita lengkap. Tapi beberapa bulan ini saya ada berfikir adakah saya kurang lengkap kalau saya tak kahwin dan tak ada anak? Kurang lengkapkah saya sebagai wanita?

“Apa yang saya ada sekarang dari segi personaliti, pengetahuan, pengalaman, apa yang saya buat dan jalani, cara saya menolong orang, juga cara saya bawa diri dalam kerjaya. Saya bukan saja seorang wanita tapi saya adalah seseorang. Adakah itu masih tak cukup lagi? Masih tak sempurna lagikah saya sebagai wanita?
“Tapi saya tak nak panik dengan tanggapan-tanggapan orang lain. Saya seronok hidup sebagai wanita single. Alhamdulillah saya ada karier yang sangat menakjubkan,” katanya yang sudah tujuh tahun diberi kepercayaan sebagai duta L’Oreal Paris.


Akui fobia

Dalam pada itu, Maya mengakui masalah rumah tangga masyarakat yang mendapat perhatian umum seperti kes seorang suami memukul isterinya dalam sebuah lif di Pulau Pinang tempoh hari benar-benar menarik perhatiannya.
Insiden berkenaan membuatkan dia lebih yakin dengan pendiriannya iaitu tidak perlu risau menjalani kehidupan solo sehingga kini.
“Baru-baru ni saya ada tengok video seorang lelaki memukul dan menerajang isterinya di dalam lif. Masa saya tengok video tu, saya ingatkan hanya saya dan beberapa orang saja di Facebook yang tahu tentang insiden tu. Tapi rupanya di Twitter ramai yang bercakap tentang insiden tersebut.

“Bila saya tengok kejadian seperti itu, saya terkejut dan tentunya saya berasa kasihan pada wanita berkenaan. Tergamak suaminya lakukan sebegitu padanya. Ia membuatkan saya berfikir, sebagai wanita kita harus berdikari dan punya kepercayaan diri. Kalau ada kemahiran mempertahankan diri, misalnya karate dan muay thai pun bagus juga.  
“Jangan lah terlalu bergantung penuh pada suami atau lelaki. Kalau si suami atau teman lelaki tu dapat memberi kebahagiaan pada isteri atau teman wanitanya, baguslah.

“Tapi kalau dalam situasi didera dan membahayakan nyawa seperti yang dialami wanita tersebut, saya rasa lebih baik kita hidup single,” katanya.


Elak cinta selebriti

Ditanya adakah dia tidak kisah bertemu cinta sesama rakan selebriti, pelakon yang terkenal dengan watak Izzah menerusi filem Ombak Rindu ini menjelaskan, dia lebih selesa untuk berkasih atau bercinta dengan seseorang lelaki yang luar dari bidang hiburan ini.
“Saya lebih berminat atau seboleh-bolehnya mengelak untuk bercinta sesama artis kerana industri kita kecil dan apabila kita putus ianya akan menjadi satu bahan ketawa orang.

“Bila sudah tidak bersama saya juga terfikir akan terserempak di mana-mana acara anugerah dan juga apabila digandingkan untuk photoshoot dan juga dalam lakonan,” jelasnya.


Buah tangan baru

Menyentuh perkembangan karier seninya, Maya berkata, dia barangkali tidak akan tercalon dalam sebarang anugerah tahun ini kerana tidak mempunyai sebarang produk.

Jelas Maya, empat filem lakonannya sudah siap menjalani penggambaran dan sudah siap disunting, namun mungkin tidak akan ditayangkan atas sambutan dingin penonton terhadap filem tempatan tahun ini.

“Ada penerbit mengatakan mahu menyimpan terlebih dahulu filem tersebut dan ditayangkan tahun depan. Memandangkan syarat pencalonan mana-mana anugerah adalah seseorang artis itu perlu mempunyai produk pada tahun dicalonkan, jadi kemungkinan saya tidak tercalon.

“Ini adalah kali kedua saya tidak akan dicalonkan dan tahun ini juga saya banyak menumpukan pembikinan album saya.
“Sudah sebulan saya melalui proses rakaman dan minggu ini ada tiga lagi rakaman lagu yang perlu saya selesaikan,” katanya yang pernah memiliki dua buah album, Erti Cinta dan Bukan Qalamaya, di mana dia juga telah dicalonkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik dan Video Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2002.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 08:07 PM | Show all posts
lagu raya dia best
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:28 PM | Show all posts
Lab u maya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:39 PM | Show all posts
nice one
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Maya tu la dulu berlagak x nk org kaya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2013 08:51 PM | Show all posts
Brilliant as always Maya!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 08:52 PM | Show all posts
undian forumer cari dia paling cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 08:58 PM | Show all posts
takde mana2 Datuk nak pikat dia?Datuk K boleh tambah cawangan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:02 PM | Show all posts
xmo berchenta dgn retis rupenyee
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:04 PM | Show all posts
suka gila dgn maya karin nih! tak over menonjol dan cerdik!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:26 PM | Show all posts
Itulah bezanya orang yang cerdik, tak perlu mencari publisiti, publisity yang mencari dia.... Love u Maya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 09:54 PM | Show all posts
cantik dan bijak. complete package.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:16 PM | Show all posts
kj dah jd menteri sukan, apa lagi masuk line lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:27 PM | Show all posts
maya ni low profile...tp ada gaya tersendiri...ni baru namanya artis yg bijak....

tats my maya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:36 PM | Show all posts
smart maya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 11:47 PM | Show all posts
Maya ni sesuai ngn bussiness man....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Thumbs up!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:03 AM | Show all posts
Aku suka satu statement dia dulu yg aku pikir paling brilliant. Dia cakap (lebih kurang): Saya tak pernah digossip merokok kerana saya memang tak merokok. Saya tak pernah digossip minum dan clubbing sebab saya memang tak minum dan tak clubbing.

Waktu tu aku rasa nak ambik statement tu baling kat muka2 artis murahan yg asyik dok menafi itu ini padahal kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:18 AM | Show all posts
MissLibra posted on 20-8-2013 12:03 AM
Aku suka satu statement dia dulu yg aku pikir paling brilliant. Dia cakap (lebih kurang): Saya tak p ...

so dia cmne? dia isap rokok ke tak? jarang2 aku tgk artis ni baik, ramai syaitan bertopengkan syaitan..

ada cewek indon berlakon ustazah.. sekali tgk isap rokok. bila google image alahai mcm bohsia ada juga.. hurm. syg muka lawa.. nur keputihan ada. tp ahlak cmtu... dont judge artis by its cover..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.093746 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list