View: 15193|Reply: 51
|
Stacy Memeluk Islam! Al-hamdulillah!
[Copy link]
|
|
Allahuakbar, sudah Islam Stacy , kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke-216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau.Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
so, betullah kononnye die nk kawen ngan akim pas raye ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nih bukan stacy af laaaaa
aduyai .. ni stacy duk kat kampong |
|
|
|
|
|
|
|
motip gamba diblurr..mana stacy nyer? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
stacy mana lak ni??? artis ker? |
|
|
|
|
|
|
|
outcast posted on 23-8-2013 11:49 AM
nih bukan stacy af laaaaa
aduyai .. ni stacy duk kat kampong
lorrr.....wat konpius org jahh
|
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 23-8-2013 11:50 AM
lorrr.....wat konpius org jahh
aku dah tgk kt fbee ... sah2 muka berbeda
TT ingat stacy nama ekslusip jer |
|
|
|
|
|
|
|
stacy ke ni? lain je ropenye.... |
|
|
|
|
|
|
|
stacy ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini, Stacy pernah bagi hint yang dia akan peluk islam..............
Ibu Stacy, Agnes Kalloos membawakan kek untuk anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.
UMURNYA baru menginjak 21 tahun pada tanggal 18 Ogos lalu. Justeru, bagi anak kelahiran Penampang, Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama Stacy, dia masih belum puas untuk menikmati usia mudanya.
Merangkul gelaran juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada 2008, nama Stacy dilihat masih kukuh di persada seni tanah air biarpun nama rakan-rakan seangkatannya tenggelam di bawa arus dek gagal menempatkan diri dalam dunia seni tempatan.
Tiga tahun berdiri kukuh antara penyanyi wanita popular tempatan, Stacy akui, pelbagai pahit maung dihadapinya dan dia juga tidak terlepas daripada kontroversi terutamanya percintaannya dengan bintang AF7, Akim.
Mendekati gadis lincah dan periang itu ketika majlis pelancaran album keduanya yang diberi judul Stay-C di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, Stacy memberi penjelasan sebaik mungkin kepada rakan media yang hadir.
Masih berkawan
MULAI rapat dengan Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 20 ketika sama-sama mengadakan persembahan bersama bintang-bintang AF yang lain dua tahun lalu, Stacy akui, jejaka kelahiran Johor Bahru, Johor itu begitu serasi dengannya.
Apatah lagi dengan perwatakan Akim yang sentiasa ceria dan pandai berjenaka, Stacy mengatakan, ia cukup membuatkan hatinya tertarik untuk mengenali pemuda itu dengan lebih rapat.
Lantaran dari momen itu, dia suka berhubungan melalui telefon bimbit, sama ada membuat panggilan atau pun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Sekarang, sudah dua tahun kami mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, tiada hubungan cinta yang wujud antara kami berdua.
"Ia sekadar hubungan rakan sesama artis, cuma kami lebih akrab.
"Sebab itulah, timbul gosip yang mengatakan kami sebagai pasangan kekasih," kata Stacy menjelaskan perkara sebenar.
Namun, kebelakangan ini timbul pula khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah tidak lagi berkawan gara-gara Stacy dikatakan telah mempunyai teman istimewa yang lain.
Tidak terperanjat dengan dakwaan itu, Stacy menafikan spekulasi berkenaan lalu menerangkan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka berdua.
Tegasnya, dia bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membuang kawan apabila menemui cinta hati.
Tambahnya, dia dan Akim masih lagi berkawan seperti biasa dan dia juga menepis dakwaan bahawa dia telah mempunyai kekasih baru.
"Saya berkawan baik dengan Akim dan masih berhubungan melalui SMS atau telefon.
"Buktinya, salah sebuah lagu saya, Cemburu adalah hasil karya Akim selaku penulis lirik.
"Cuma kebelakangan ini jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti seni.
"Saya sibuk dengan proses rakaman lagu baru untuk dimuatkan dalam album kedua saya, manakala Akim pula sibuk dengan persembahannya.
"Tambahan pula, Akim aktif sebagai penulis lirik dan komposer. Saya tidak mahu mengganggu Akim di kala rezekinya dalam bidang ini semakin berkembang.
"Ketika proses rakaman lagu Cemburu, dia ada datang memberi sokongan," jelasnya panjang lebar menceritakan kebenaran.
Tidak kisah peluk Islam
DALAM pada itu, Stacy diutarakan soalan adakah dia bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya bertemu pujaan hati yang beragama Islam?
Tanpa perlu mengambil masa yang lama, Stacy menyatakan persediaannya untuk bergelar mualaf jika jodoh menyatukannya dengan pemuda beragama Islam.
Tambah Stacy, agama Islam bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya mahu pun keluarganya kerana ada saudara maranya yang berkahwin dengan orang Melayu yang beragama Islam.
"Jadi, tidak timbul sebarang masalah kepada saya atau famili apabila saya memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan jejaka Melayu.
"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya seni.
"Saya masih belum mendapat kepuasan optimum dalam bidang ini. Saya meletakkan had masa sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk memikirkan bab kahwin," jawab Stacy terlebih dahulu sebelum sempat Hits bertanyakan mengenai rancangan perkahwinannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
outcast posted on 23-8-2013 11:51 AM
aku dah tgk kt fbee ... sah2 muka berbeda
TT ingat stacy nama ekslusip jer
merase stacy tu jadik glamer jap....
|
|
|
|
|
|
|
|
ni stacy mane? Malu aku dah sebarkan gosip ni. Hahah |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan stacy penyanyi tu |
|
|
|
|
|
|
|
haha stacy lain la....terpedaya |
|
|
|
|
|
|
|
kalo search adik beradik satcy:
1)Cherrylyns Anam
2)Chelton Ted Anam
3)Chelvin Adam Anam
4)Chaq Camellus De’lelli Anam
5)Stracie Angie Anam
6)Aldrich Andy Anam
Sila betulkan jika silap.... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhahaha ingat stacy retis...tupenye bukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|