CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2417|Reply: 4

Oprah pernah hisap dadah

[Copy link]
Post time 23-8-2013 05:15 PM | Show all posts |Read mode


TIDAK sangka pengacara terkenal dengan rancangan bual bicara, Oprah Winfrey mengakui dia pernah menghisap dadah jenis marijuana pada 1982 semasa ditemu bual oleh Andy Cohen dalam program Watch What Happens Live baru-baru ini.

New York Daily News melaporkan, Oprah, 59, membuat pengakuan itu selepas menjawab pertanyaan Andy dalam segmen Plead the Fith yang mana wanita berkenaan perlu menjawab soalan dengan jujur tentang dirinya.

Andy turut berjenaka tentang jawapan Oprah itu dengan mengajak selebriti terkenal itu menghisap dadah selepas rancangan itu berakhir.

Oprah muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan filem pertama lakonannya selepas 15 tahun iaitu The Butler arahan Lee Daniels.

Selain Oprah, filem yang ditayangkan pada 16 Ogos di Amerika Syarikat itu turut dibintangi Forest Whitaker, Cuba Gooding Jr., David Oyelowo, Lenny Kravitz dan Mariah Carey.


Sakai gila isap dadah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 10:38 AM | Show all posts
semua retis sana mesti penah juga . macam kelakar je kalau tak penah hisap dadah kalau kat sana .
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 12:16 PM | Show all posts
retiz olywud, kalau tak isap dadah bukan internasional katanya ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 08:23 PM | Show all posts
hek eleh setakat weed mary jane tu pun nak kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 02:34 PM | Show all posts
mj je pun...lain la kalo oprah amik coke ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.390986 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list