View: 10967|Reply: 69
|
Kisah Penggembaraan Kesum
[Copy link]
|
|
Salam.
Pagi-pagi motor, kete, mpv, loribas menderu memecah kesyunyian. Lebuh raya pun meriah, raya katakan... Dafi terbangun, sambil menenyeh mata dan mengeliat... Talipon bimbit dicapai, ceh, baru kul 7, awal lagi... Baru je dia nak bangun dari katil, kedengaran pekikan dari arah dapur "Dafi, Dafi, bangunlah, tolong mak pegi kedai!"...
"Aaah! Aku baru je bangun dah suh gi kedai. At least bagilah aku gosok gigi makan minum dulu, World Of Tank seround, baru lah aku gi!" Desir Dafi didalam hati. Tapi dia bangun juga melangkah ke dapur. Ye, walaupun Dafi adalah tipikal remaja lelaki baru habis sekolah yang sinonim dengar 1001 kemalasan, namun Dafi taat juga pada maknya, walaupun tak berapa nak ikhlas...
"Ko tolong pegi kedai beli daun kesum seikat, daun sup seikat, limau nipas segenggam, dengan air fanta grape botol besar tu 3 botol". "Aih lain macam je mak, ada orang nak datang ke?" "Yela Pak Ngah kamu nak datang beraya".
Basikal dicapai dan Dafi yg masih berbaki air liur kering di pipi terus mengayuh dengan bersahaja, menuju ke kedai.
Sesampai di kedai, terus Dafi patah balik sambil mulut mencarut. Leh tahan gak kedai tu dr rumahnya, mau 2-3 kilometer gak. Sampai kat umah belum sempat basikal diparking Dafi berteriak "Makkkkk!! Makkkk!!! Kedai sial tu tutooooooopppppp!!!"
Ye, hari itu hari raya yang kedua. Semestinya kedai2 tambahan di kawasan tidak urban macam area umah Dafi tentulah tutup.
"Adoooiii! Abes nak jamu apa pak ngah ko tu? AKu ingat nak buat laksa penang, semua bahan ada, yg aku suh beli tu je xde!! Camne nih!!! Nanti pak ngah ko bla bla bla bla...." Maknya terus membebel sambil menyelongkar gobok gobok di dapur mencari-cari tah apatah. Dafi terus berlalu, menuju ke bilik air sambil mencapai tuala yang disidai di dapur itu.
Ye, aku pun nak ke bilik air gak tetiba rasa nak memberut. Makanya... Saaammmmbbbuuunnnggg....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Fuh wangi!" kata Dafi pada dirinya sendiri selepas menyepray haruman yang dibeli dipasar malam. Kotaknya tertulis CK, tapi ikutkan baunya harum sikit je dari daun pandan. Dafi pun terus ke dapur, mencari kot2 ada makanan yang boleh dbaham. Dia kelaparan.
Seleai membuat air teh o, Dafi melabuhkan buntutnya di kerusi sambil tangan kanan menyumbat kuih tat ke mulut. Tangan kiri membaca SMS yang masuk, penuh dengan ucapan aidilfitri.
"Dafi, ko gi cari daun kesum. Bahan2 lain ada mak jumpa dan pinjam dari Mak Yah (jiran belakang umah)". "Ish mak ni, mana nak cari, kedai semua tutup." "Pegi la tengok kat hutan tu, kat dengan air terjun tu, mak penah nampak kat situ. Klu xde daun kesum, xleh buat laksa, x cukup bahannya."
"Aaaaah! Raya raya nak suh aku masuk hutan cari daun kesum! Pakai jela daun pandan ke, daun mangga ke. Hiiisshh!!!" bentak Dafi didalam hati. Klu dibentaknya didepan emaknya, mau singgah batu lesung ke kepala.
Dengan langkah yang berat, Dafi mencapai basikal dan menuju ke hujung kampung, dimana terletaknya hutan simpan yang kerap dikunjungi pengunjung untuk menikmati air terjun dan juga para pasangan untuk beromen.
Kebanyakkan warga desa kelihatan tiada di rumah, barangkali keluar untuk mengunjungi sedaramara teman2 di luar. Jalan pun sunyi, dan Dafi sambil menyanyi lagu 'Ramadhan Datang' nyanyian Tompi, mengayuh dengan malas basikalnya. Akhirnya Dafi sampai juga ke hutan simpan, mencari port untuk memarking basikalnya.
Kakinya diayun dengan seribu kemalasan, matanya meliar melihat tumbuh-tumbuhan dengan harapan ada daun kesum disitu. Tiada. Dia kena masuk kedalam lagi, melalui trek yg telah disimen untuk kemudahan pengunjung dan kaki romen. Keadaan begitu sunyi sekali, sebab tiada pengunjung disitu. Dafi keseorangan.
15 minit berjalan akhirnya Dafi sampai ke air terjun. Bunyi air yang menghempas batu begitu tenang sekali. Dafi melilau mencari-cari daun kesum. Lagi cepat dia dapat, lagi cepat dia sampai kerumah untuk memulakan sesi World Of Tank nya.
Hampir 20 minit mencari, tiada. "Pund*k betol la!!" carut Dafi. Marah betol dia sebab pokok kesum yang dicari tak kelihatan lagi. Dia melangkah mendaki ke atas, kot2 ada kat atas tu. 30 minit berlalu, kesum idaman masih tak nampak pucuk pangkalnya. Sepanjang mencari, mulutnya tak henti-henti memaki dan mencarut. Kakinya pun dah lenguh lalu dia melabuhkan buntutnya disebuah batu besar. Dia keletihan.
Tetiba kedengaran suara-suara seperti sekumpulan manusia sedang dalam keramaian. Amboih, buat orgy dalam hutan ke? Ke derang buat sambutan raya kat sini? Tapi xde pulak kete kat luar tadi.
Dafi pun berjalan, menuju kearah suara orang ramai tadi. Kot2 dorang pun jamu laksa, bolehlah dia pau daun kesum sket. Berjalan punya berjalan, suara masih didengar tapi tak jumpa2. Dafi pusing keliling melihat, semuanya nampak sama jer, tak tahu dari mana dia datang. Trek tadi dah lama hilang. Ah sudah, Dafi dah sesat.
Namun dia terus melangkah, menuju ke arah suara tadi, sampai lenguh macam nak tercabut lutut sebab meredah semak dan akar yang tinggi2. Dafi betul2 kepenatan. Dia mencapai talipon bimbit, tapi xde coverage.
Tetiba... Maghrib duluuuu! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kt umah ade daun kesom ni hah amiklah gemuk2 tau subur tumbuh dlm longkang besar nih |
|
|
|
|
|
|
|
best best Jodo sudah masuk!!! suka suka sukaaa!!
kisah seram yg lawak dan mampu membuat mama tersengeh sampai lusa!
|
|
|
|
|
|
|
|
ayat dah menarik..tp sambungan xdak lagi..mane nie... |
|
|
|
|
|
|
|
apala dafi ni asyik mencarut je.. babab mulut baru tau... |
|
|
|
|
|
|
|
ala...cepat la TT sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
best2!!! |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaaaaaa tak masuk masuk lagi rupanya........nak pi cari daun kesum dulu la |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat ada ni kisah manusia bernama kesum... |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya cari daun kesum..hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kn kesum tu nme watak utama.. Rupe nye pengembaraan m'cri daun kesum..
Ni mne sambungan nye ni.. Pegi tanam daun kesum ke ape ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm citer dlm novel aje... |
|
|
|
|
|
|
|
elo jodo, pi mana la dia??????????????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry guys semalam xleh sambung sebab keluar. balik trus tdo. ni baru leh sambung ha.
"Assalamualaikum" dan bahunya ditepuk manja. Dafi terkejut sampai terlepas talipon bimbitnya. "Errr... Waalaikumsalam"... "Adik watper kat sini? Sesat eh? Nampak macam mencari sesuatu?" Dafi melihat brader yg memberi salam itu, seorang lelaki dalam lingkungan 30an. Hamsem orangnya. Berbaju polo T kaler kuning dan berseluar khakis. Tapi raut wajahnya ada nampak bersih dan tenang. Muka orang baik2.
"Ye sy sesat bang. Mak suh cari daun kesum nak buat laksa penang, skali kedai semua tutup. Tu yg sampai sesat sy mencarinya kat sini."
"Oooo, xpe xpe. Jom ikut abang. Kamu pun macam letih jer. Puasa 6 ke? Xpe2 jom ikut abang kita gi kenduri, kamu leh makan dan rileks jap"
Dafi pun membuntuti brader itu. Dalam x sampai seploh langkah, selak2 daun tetiba ada Masjid, di perkarangannya ada khemah2 dan penuh orang ramai. "Jamuan raya dik, jom kita gi makan".
Dafi berasa agak segan, sebab di cuma berseluar pendek bertulisan 'Abidas' dengan baju T ada gambar tengkorak apetah. Orang ramai kelihatan memandang Dafi, macam pelik dan heran tengok dia pun ada. Orang tua, orang muda, remaja, kanak2 semua ada. Adalah dalam 100 orang. Semua berpakain cantik2. Ada yang berjubah, ada yang berbaju kurung, berbaju Melayu dan ada yang pakai casual jer. Lagu raya dendangan Kumpulan Feminin - Kurniaan Di Hari Raya bermain dicorong speaker. Suasana meriah sekali. Sangat meriah, berbeza dengan suasana raya di kampung Dafi.
Langsung brader membawa Dafi ke meja buffet. Macam macam adaaa, lemang, rendang, ketupat, gulai, rendang tok, dodol... Peergghhh!!! Dafi terus mencapai pinggan.... Wow!! Pinggan mahal ni, macam emas! Sudu garpu pon emas! Cawan pon emas!! Dahsyat dahsyat, ada yang kang diciloknya si Dafi akan cutlery itew...
Secara berhemah dan sopan santun, akibat mata2 yg memandang, dengan cermat Dafi mengambil lauk pauk...
Sambung lagi yeee... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|