CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JodoKast

Kisah Penggembaraan Kesum

[Copy link]
Post time 27-8-2013 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bunian ke tu....tapi siap ade lgu feminin tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2013 12:19 AM | Show all posts
Dafi tersipu-sipu kemaluan. Dia sorang je yang mengenakan dress code yang tak senonoh. Semua mata memandang sambil berbisik-bisik, barangkali mengumpat. Brader duduk disebelahnya, dengan membawa makanan. "Wow!!!!" jerit Dafi dalam hati, sebab ini kali pertama dia makan lemang dan rendang yang cukup lazat. Mengalahkan rendang Masterchef Celebrity. Memang lazat, setiap kunyahan membawa sensasi keenakkan yang sukar digambarkan dengan kata2. "Wow!!!" itu aja yg mampu Dafi berkata pada dirinya sendiri. Brader hanya tersenyum, seolah-olah mendengar teriakkan girang Dafi didalam hati.

Sambil makan, Dafi mengushar persekitaran. Ya Allah, cantik dan kacak betul orang kampung nih. Klu setakat bawak TokTi 10 tahun lepas ke kampung nih, tiada yang boleh melawan kecantikkan dan keayuan anak dara kampung tu. Semuanya cantik2, gebu2. Makanan sedap gila, mata pun disajikan panorama anak2 dara yang menggiurkan. Dafi terpesona dalam keindahan ciptaan Tuhan sambil molot mengunyah lemang penuh nikmat.

Tetiba datang seorang lelaki yang agak berumur, berkemeja corak batik dan memakai songkok. "Nama anak ni?" "Fafi" jawab Dafi ringkas dengan makanan penuh di molot. "Mana kamu jumpa dia ni?" "Dalam hutan tu, katanya mencari daun kesum, maknya nak buat laksa" kata brader. "Ooo sila sila, tak cukup, sila la tambah" cakap lelaki itu.

"Dia penghulu sini, Haji Badaruddin". "Oooo" jawab Dafi ringkas tanda kurang berminat dengan hal ehwal orang tua tu. Matanya meliar memerhati anak2 dara disitu. Klu suh dipilih mana jadi bini, mana2 pon boley.

"Apa nama kampung ni bang? Sepanjang saya hidup kat sini, x pernah tau ada kampung kat atas nih."

Lagi sambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
wah menarik tp asek bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 08:47 AM | Show all posts
Sorry la. Sy ni bukan penulis sepenuh masa... sekadar seorang biduwan...

"Ish dah ada lama dah, sebelum kampung kamu tu ada, kampung nih dah ada. Inilah Kampung Megan Jaya." Jawab brader. "Oooo. Bang boleh saya tau nama abang? Dah lama makan pun dah, nama abang pun saya tak tau." tanya Dafi dengan sopan."Ooo, panggil je abang Aaron. Nama betul Saifuddin, tapi nama glamer Aaron la."

"Jom ikut abang, kita pusing2 kampung." "Wokey, tapi saya perasan, semua pon jalan kaki jer, tak nampak pon kete dengan moto? Hatta basikal pun xde?" "Ooo, orang kampung ni memang simple folk la, pastu jenis jaga kesihatan. Kami prefer berjalan kaki dari naik kenderaan." jawab Aaron.

Mereka pun pusing2 kampung. Si Dafi masih terpaku, setiap anak gadis yang dilihat, betul2 memukau mata. Cantik2, manis2, gebu2. Makan jamu gamaknya kot. Pemandangan kampung memang cantik, tak Dafi sangka, di atas bukit tu ada kampung yang cantik. Buat homestay memang laku la, tambahan anak2 dara semua comel2 belaka. Mereka amat peramah, setiap rumah yang dilalui, pasti mereka berbalas salam. Wajah mereka ceria, senantiasa dihiasi senyuman. Bukan macam orang kampungnya, baru beli mybi atau alja, muka kerek mengalahkan pakai ferrari. Puuuiiihhh!

Rumah2 sangat cantik, nampak baru, dicat indah berwarna warni. Semua pattern umah lebih kurang sama, yg beza warna dan hiasan flora di laman. Pokok2 bunga merata2, bunga2 mekar, ibarat kampung tu sebuah taman bunga yang besar. Dafi rasa tenang sekali.

"Best la kampung abang Aaron nih. Cantik. Orangnya ramah-ramah." Aaron sekadar tersenyum. "Dafi ske kampung nih? Camtu, tinggal la sini buat seketika. Sehari dua ke? Kita leh pegi mengail atau menjerat haiwan." Ye, Dafi memang rasa macam taknak balik. Kampung tu terlalu cantik, warganya baik2. Tapi Dafi teringat pesan emaknya akan daun kesum itu. "Aduyai, mampos la aku, tah2 kul bape dah ni." desah Dafi sambil menyeluk poket dan mencapai talipon bimbit. Aih, macam tak gerak je jam nih, rasanya dah lama sangat nih, takkan masih kul 12pm?

Dafi menyumbat semula talipon bimbit kedalam poket seluar pendeknya, disamping mengambil kesempatan memperbetulkan 'parking'. Yela, mana leh tahan, cun2 belaka! Setakat tiz zaqyah ke neelofa, kem salam la!

"Abang Aaron, tima kasih offer tinggal sini, tapi saya kene balik, mak nak daun kesum. Ada daun kesum sini?" Lalu dengan tetiba Aaron menghulurkan seikat daun kesum yang tah dr mana datangya. Tak nampak plak dia petik kat mana2. Begitu anticipated betul Aaron nih.

"Betul Dafi nak balik? Taknak duk sini? Klu Dafi duk sini leh abang ejas gelpren sorang bagi Dafi. Pilih je, nanti abang ejaskan" ujar Aaron seolah-olah memancing. Tapi Dafi, macam yang diinformasikan terlebih dahulu, seorang anak yang setia. Takut lagi si Dafi akan lemparan senduk dan batu giling dari desakan nafsu.

"Xpe bang, lenkali la. Saya takut mak nti risau. Tima kasih bagi daun kesum nih." "Okay no problem." kata Aaron. Dengan tiba2, Dafi merasa mengantuk yang amat sangat, dia pon rebah. Macam tu je.

"Bangun2!!! Jak ko amek air mineral tu! Cepat!!" tetiba mukanya rasa basah, disiram air botol. Dafi pun terbangun, kelilingnya kelihatan manusia2 yang berpakain uniform tertulis Pertahanan awam. Bomba pon ada!!!

"Istighfar dik, mengucap banyak2"

sambung lagi sorry...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
byk name retis dlam cite tt ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 09:08 AM | Show all posts
memang saja la jodo ni...!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2013 09:26 AM | Show all posts
layanzz je baca citer TT... pat2 smbung.... errr... pengalaman sapa neh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 10:04 AM | Show all posts
kahkah2 senget lah
siap betulkan 'parking'  lagi
terliur eh tgk gadis cantik persis bidadari tuuu

ko jangan ending cerita nih hanya lah mimpi semata2 mmg kulaksa kan kamu nnt
dah lekas sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 11:12 AM | Show all posts
eee...best jgak cter ni...lg ye dik tt...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:20 AM | Show all posts
mana sambungann
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:44 AM | Show all posts
Ni mesti cerita rekaan ni kan.. Hehehe.. Tapi best la. Kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 12:09 PM | Show all posts
harap2 bukan Mr.Es.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:42 PM | Show all posts
espri6006 posted on 28-8-2013 12:09 PM
harap2 bukan Mr.Es.

kenangan tuhhhhhh..
jangan cik es jadi mr.es udoh la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 04:58 PM | Show all posts
"Kat mana ni?" tanya Dafi seolah-olah keliru. "Istighfar dik, semuanya selamat" ujar brader JPA. Dafi merasakan setiap sendinya lemah, dia berasa sangat letih sekali. Dafi pitam.

Bila terjaga, Dafi dah berada diatas katil di rumahnya. Suasana agak bising di luar, barangkali tetamu datang beraya. Dafi cuba bangun, tapi dia masih berasa lemah. "What happening to me?" ujar Dafi dalam hati.

Tetiba maknya masuk kebilik "Jangan bangun ko lemah lagi tu." "Apa jadi mak?" "Ko sesat dalam hutan tu. Dah 3 hari. Mak buat la report sok pagi tu sebab ko tak balik umah. Risau tul aku." "3 hari? Biar betul, baru pagi tadi keluar kot. Mak suh cari daun kesum kan?" lalu Dafi menceritakan segalanya kepada emaknya.

Terbeliak mata maknya mendengar citer anaknya itu. Betul ke hapa nih, berilusi hisap ganja kot? Mana ada kampung atas bukit tu? Tapi Dafi bermati-matian mempertahankan citernya. Semuanya diceritakan, baik dari lauk jamuan raya, ke abang Aaron dan daun kesum yang dibagi. Aa ah, mana daun kesum seikat tu?

Maknya pun cakap, masa ditemui dia terbaring atas batu besar, ditepi sungai, sedangkan masa gerakan mencari hari sebelumnya, dia xde pun kat situ. Ye, masa dijumpai, dia tidur dengan mengenggam seikat daun kesum. Daun kesum tu ada didapur. Wangi baunya.

Dafi sukar mempercayainya. Takkan tidur 2 hari semalam kot. Walaupun tidur merupakan hobi tipikal remaja membesar sepertinya, tapi 2 hari semalam adalah tempoh yang terlalu lama. Mustahil. Namun dia mengamati talipon bimbitnya, ye, tarikh yg terpapar adalah tarikh 2 hari kendian!

Bagaimana ini bisa tejadi? Siapa itu Aaron? Pelakon, majistret, peniup trompet?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 08:10 PM | Show all posts
best2... walopon dah biasa baca/dengar cite yg lebih kurang camni...

btw, gaya penceritaan macam penah kulihat... adakah TT seorang blogger? *skema btol soalan*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 09:26 PM | Show all posts
kinakoyuki posted on 28-8-2013 08:10 PM
best2... walopon dah biasa baca/dengar cite yg lebih kurang camni...

btw, gaya penceritaan mac ...

Saya seorang biduwan... rich, dark, tall & handsome...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 10:10 PM | Show all posts
JodoKast posted on 28-8-2013 09:26 PM
Saya seorang biduwan... rich, dark, tall & handsome...

....... but unfortunately, already taken...hahaha...gurau je k TT...

teruskan bercerita...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 10:35 PM | Show all posts
kinakoyuki posted on 28-8-2013 10:10 PM
....... but unfortunately, already taken...hahaha...gurau je k TT...

teruskan bercerita...

Already taken? U made decision too early... Huhu... Gurauan manja je sis dun be angry bird...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 12:12 AM | Show all posts
jodo watlah blog jodo..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 12:40 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 29-8-2013 12:12 AM
jodo watlah blog jodo..

kang tak laku plak porem ni kalo jodo wat blog.. sume pakat dok bertenggek kat sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.100938 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list