View: 15280|Reply: 84
|
Namron hampir bunuh diri?
[Copy link]
|
|
http://www.sinarharian.com.my/namron-hampir-bunuh-diri-1.196487
PELAKON dan pengarah, Namron mengakui karya pertamanya, Psiko Pencuri Hati bersifat peribadi dan 60 peratus daripada jalan cerita dalam filem ini kena mengena dengan dirinya sebelum ini.
"Sejujurnya saya tidak menjadikan mana-mana filem sebagai rujukan, sebaliknya garapan filem ini adalah daripada pengalaman saya sendiri.
"Ini kerana sebelum ini, saya pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Tetapi seorang rakan telah menasihati saya agar menzahirkan kesakitan dan pengalaman saya dalam bentuk karya.
"Maka inilah hasilnya-Psiko Pencuri Hati, yang turut dibintangi oleh pelakon handalan, di samping skrip yang cukup bagus," katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem Psiko Pencuri Hati di The Curve, Kuala Lumpur, kelmarin.
Ujar Namron, lebih istimewa, filem ini tidak seperti kebanyakan filem lain kerana para pelakon iaitu Bront Palarae, Sharifah Amani, Syed Hussain dan Ameerul Afendi menjalani sesi latihan babak demi babak sama seperti sesi latihan pementasan teater.
Justeru daripada situ, setiap pelakon diberi kebebasan untuk membentuk watak masing-masing dengan bantuan daripada penulis skrip dan dia sendiri.
“Filem ini merangkumi 46 babak yang panjang dan memerlukan kekuatan seseorang pelakon itu sendiri untuk menghidupkan setiap babak. Ini kerana setiap karakter itu mempunyai persoalan yang membuatkan skripnya juga didorong oleh setiap watak,” katanya.
Memulakan penggambaran pada bulan September tahun lepas, Namron mengakui dia sengaja bereksperimen dengan filem berbajet rendah ini bagi menarik minat penonton tempatan menyaksikannya.
“Jika kita tidak berani untuk melakukan eksperimen, maka sampai bila-bila kita tidak akan jumpa penyelesaiannya. Bukan filem syok sendiri namun pendekatan yang diambil ini filem ini adalah bertujuan untuk menarik minat penonton datang ke pawagam,” jelasnya yang turut mengubah skrip asal yang diberikan oleh pihak penerbit.
Secara ringkas, filem ini mengisahkan tentang Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memastikan kemantapan karyanya, Sidi menyelidik seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah
Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau berakhir dengan tragedi. Siapakah yang terbunuh? Siapakah yang membunuh?
|
|
|
|
|
|
|
|
saiko pye citer |
|
|
|
|
|
|
|
Akak minat Namron ni. Walaupun wajah tak sekomersil seperti abangla Remy/Haron/Ady... amat2 berbakat and ada charisma. Suka lakonan dia. Moga dia mendapat hidayah dan tak terpikir lagi la nak bunuh diri lagi.. Astaghfirullah. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 best tak movie die ni?
aku dah lame tak tgk filem melayu
klu sungguh best bagai di kata ingin jugak aku menontonnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana ada bront...
Aku sokong pilem ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kerana sebelum ini, saya pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Tetapi seorang rakan telah menasihati saya agar menzahirkan kesakitan dan pengalaman saya dalam bentuk karya.
mcm btol2 ade msalah mental je |
|
|
|
|
|
|
|
Bront berlakon citer ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nak kasi laku filem ke nih |
|
|
|
|
|
|
|
Namron mmg superb bab lakonan walau x menang anugerah bintang fofular |
|
|
|
|
|
|
|
namron adalah serog pelakon berbakat
i like him
|
|
|
|
|
|
|
|
ada bront ..ada amani.. ada besttt..ihiksss..boleh gak layan kalau dah tayang nanti..jom la kasi support filem msia |
|
|
|
|
|
|
|
BurungBiru posted on 29-8-2013 09:42 AM
ada bront ..ada amani.. ada besttt..ihiksss..boleh gak layan kalau dah tayang nanti..jom la kasi sup ...
aku pun mcm nak gi tengok citer ni selain citer Tanda Putera tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
akakbosan posted on 29-8-2013 08:51 AM
Akak minat Namron ni. Walaupun wajah tak sekomersil seperti abangla Remy/Haron/Ady... amat2 berbakat ...
kalu baca article sampai habis, namron ckp dia dah tak buat dah bende2 mcm tu.
org seni kak.. diorg ni kan mcm tortured soul gitu. sampai nak terbunuh2 diri kunun.
|
|
|
|
|
|
|
|
akakbosan posted on 29-8-2013 08:51 AM
Akak minat Namron ni. Walaupun wajah tak sekomersil seperti abangla Remy/Haron/Ady... amat2 berbakat ...
Amiinnnn... aku pun doakan dia dapat hidayah. berlakon best dah. tapi duk mikir benda bukan bukan. nauzubillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
bawak2 la gi jumpa pakar sakit jiwa klo rase jiwa kacau... takpon sujud menyembah dan ngadu kat Allah... bagi tenang jiwa tu... ape la sampai nak bunuh diri... cam berilusi jek... |
|
|
|
|
|
|
|
cam mane pon aku suke tengok die belakon... |
|
|
|
|
|
|
|
namron ni mmg pndai berlakon..mmg bersahaja ja..
klau jd jahat tu, geram..rasa nak pijak2 ja |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah hadap cerita cerita jiwa psycho sebegini berbanding cerita kisah bercinta dialogue tepi jalan d kl or cerita lawak bodoh yang xnampak pengisian.. Bila lagi nak buat filem bau bau silence of the lamb, the beautiful mind, black swan? Sasau pelakon nak bawak watak2 berat sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni berlakon boleh tahan,
ada jiwa walaupun muka xbrape market
|
|
|
|
|
|
|
| |
|