CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24408|Reply: 22

STRESS, TEKANAN MENTAL & KEMURUNGAN - PUNCA DAN RAWATAN

[Copy link]
Post time 2-9-2013 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by listria at 23-12-2018 10:34 AM

Setelah menjalani kehidupan harian yang panjang kita selalu merasa letih. Ini sesuatu yang normal. Tetapi sekiranya anda rehat & tidur semalaman dan bangun dalam keadaan yang letih, ada sesuatu yang tidak kena. Keletihan yang keterlaluan, kerungsingan, masalah berat badan & tidur boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia. Jika keadaan ini dibiar berlanjutan ianya boleh memberi kesan buruk dan merosakkan kesihatan seseorang.  Tindak balas tubuh terhadap tekanan yang dikenali sebagai “ fight atau flight “ adalah satu mekanisma untuk selamatkan nyawa yang dikuasai oleh kelenjar adrenalin tubuh seseorang.

Dalam situasi kecemasan fungsi ini dapat menyelamatkan nyawa kita namun selepas tempoh kecemasan itu berlalu, fungsi ini harus kembali seperti biasa. Namun apa yang menimbulkan kesulitan ialah tubuh kita sering mentafsirkan kehidupan harian dalam gaya hidup zaman moden hari ini sebagai kecemasan yang tidak berkesudahan. Akibatnya tindak balas terhadap stress atau tekanan sentiasa aktif dan tahap hormon tekanan atau stress ini sentiasa kuat dan tinggi didalam tubuh. Mujurlah terdapat beberapa langkah untuk atas imasalah ini dengan sangat berkesan untuk menguruskan kesan tekanan itu agar kita sentiasa dalam keadaan tenang dan terkawal.  Dengan ini tubuh akan dapat rehat dan tidur berkualiti secukupnya (baca juga tentang Sleep Disorder @ Gangguan Tidur) Bagi melihat dengan jelas bagaimana proses mengawal tekanan ini berlaku, adalah amat penting untuk anda benar benar fahami tentang fungsi adrenal anda, kortisol dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap stress atau tekanan harian.

Kortisol yang merupakan hormon tekanan rendah dihasilkan di korteks adrenal. Walau pun ia membantu menguruskan tekanan namun rembesan kortisol yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Rembesan kortisol ini dirangsang oleh hormon Adrenocorticotropic (ACTH) dan disentesis pula oleh kelenjar pituitari. Tekanan atau kebimbangan adalah faktor palingpenting yang merangsang rembesan kortisol ini. Pembebasan hormon ini adalahhasil tindak balas tubuh terhadap persekitaran tekanan fizikal dan mental.Tahap kortisol yang tinggi sering dikaitkan dengan tekanan yang berpanjangan.Peningkatan tahap kortisol sekali sekala tidaklah mendatangkan satu masalah yang besar. Namun jika tahap kortisol ini terlalu tinggi untuk satu tempoh yang lama, ia boleh menghasilkan kesan kesan buruk terhadap fungsi imun tubuh manusia serta kesuburan dan akhirnya membawa kepada sindrom “cushing”.
.

TANDA TANDA TAHAP KORTISOL TINGGI
1 - Orang yang mempunyai tahap kortisol yang tinggi sering terdedah kepada jangkitan dan ulcer.
2 – Pengeluaran kortisol berlebihan boleh menghalang fungsi kelenjar tiroid dan menyebabkan tekanan darah tinggi dan hiperglisemia (tinggi kandungan gula dalam darah) yang membawa kepada diabetis (kencing manis).
3 – Orang yang menghadapi tahap kortisol yang tinggi untuk tempoh lama cenderung bermasalah obesiti dengan bentuk tubuh diluar kebiasaan.
4 – Pemendapan lemak berlaku terutamanya di bahagian perut dan “trunk” tubuh sesorang individu menyebabkan badan mereka kelihatan buncit di abdomen tetapi kurus di bahagian tubuh lain.
5 – Disamping itu lemak juga terkumpul di bahagian leher dan bahagian atas belakang. Peningkatan lemak di perut membuatkan seseorang itu lebih terdedah kepada serangan jantung, strok serta pertambahan kolestrol LDL.

SIMPTOM LAIN TAHAP KORTISOL TINGGI
1 – Perubahan kepada kulit yang meningkatkan sensitiviti seperti jerawat di muka, tanda tanda ungu di tubuh terutama di sekitar perut, paha dan dada.
2 – Mengalami gangguan emosi seperti kemurungan, paranoid dan kebimbangan.
3 – Mengalami masalah kelemahan otot tulang.
4 – Bagi wanita perjalanan haid menjadi tidak tentu dan kitaran haid itu kadang kadang boleh terhenti sama sekali.
5. – Peningkatan pertumbuhan bulu di muka dan badan dan boleh mengakibatkan kemandulan.
6 – Penumpuan dan fokus terhadap seks berkurangan terutamanya lelaki.

SEBAB DAN PUNCA TAHAP KORTISOL TINGGI
1 – Tekanan mental (stress) rungsing dan kemurungan adalah punca utama.
2 – Tekanan kronik berulang dan gaya hidup di bawah stress banyak meningkatkan tahap kortisol.
3 – Ubatan tertentu seperti ubat anti radang dan steroid serta beberapa jenis pil perancang boleh menyumbangkan peningkatan kortisol yang tinggi.

KURANG KORTISOL & LEBIH SEROTONIN, KURANGLAH STRESS & TIDUR LEBIK BERKUALITI
Pengambilan supplement LAMININE akan meningkatkan perasaan lega atau “relax” seseorang yang berkemungkinan akan memberi kesan penurunan dramatik kepada tahap hormon tekanan kortisol dalam tubuh. Laminine mengurangkan paras kortisol secara mendadak jika diambil secara teratur. Apabila paras kortisol turun kita akan merasa lebih tenang. Kajian menunjukkan hampir semua orang yang mengguna Laminine mengalami perasaan yang lebih lega dan seterusnya dapat menikmati tidur yang lebih baik.

   


  


Peningkatan paras kortisol bukan saja membuat kita sentiasa berasa tidak aman dan gelisah, tetapi juga mendedahkan kita kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan tekanan termasuk yang serius seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, asma, gangguan usus dan percernaan, ulser, eczema dan lain lain.  Dengan bantuan Laminine, paras kortisol dalam tubuh dapat dikawal dan kita boleh nikmati hidup yang lebih ceria dan bahagia tanpa rasa cemas dan bimbang lagi.

Tonton dan Dengar apa kata saintis pakar di SINI !

Kenapa Laminine dianggap satu penemuan yang luar biasa dan ajaib?.
Pelajari asal usul supplement ini di http://laminine4malaysia.blogspot.com!

Last edited by listria on 2-9-2013 11:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2014 12:19 PM | Show all posts
Edited by listria at 24-4-2017 12:39 PM

Pelengkap atau BOOSTER kepada Laminine.
Akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Formulasi terkini untuk rawatan alternatif perbagai masalah kesihatan.

Klik SINI untuk infonya !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 12:40 AM | Show all posts
Awal tahun 2014 ini negara digemparkan lagi dengan kejadian HISTERIA dikalangan pelajar wanita di Pahang dan Johor.

KENAPA HISTERIA BERLAKU DAN APA PUNCANYA ?




Dari sudut sainstifik.....TEKANAN MENTAL @ STRESS adalah satu dari penyebabnya. Ini diperakui ramai para pakar terapi dan psikoanalisis


Rujuk Laporan akhbar tentang hal ini di SINI dan SINI.

Cegahlah sebelum kejadian begini berlaku kepada keluarga dan anak anak kita. Kalau terlihat kelainan pada diri anak anak, isteri mahu pun suami dari segi tingkah laku.....insyallah LAMININE akan dapat membantu selain kaedah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress jangan ambil mudah>
Anda mangsa STRESS???
Anda bosan dengan tekanan setiap hari menyebabkan anda tiada mood nak kerja, tambah lagi kesihatan asyik terganggu sahaja!!!
========================================
Bio Velocity Sleep Mate Perkongsian Kisah Benar..

Alhamdulillah....Syukur Ya Allah..
Baru Dapat Perkhabaran Yg Sangat Gembira...
Hadiah Ikhlas Dari Suami Daniel Mikhael kepada Isterinya..

Wife Beliau Mengalami Masalah Berkaitan Rahim ( Fibroid dan Susah Tidur Malam..( Imsomnia )....

Hanya Tak Sampai 3 Minggu Guna...Tidur Malam Kembali Senang & Berkualiti..Lenguh Kaki Dan Badan Dah Semakin Tiada...Amin...

===============================
HIMPUNAN TESTIMONI
http://biovelocitylaris.com

===============================

Nampak macam toto jer, apa yang menyebabkan semakin hari semakin ramai permintaannya,????

>>>>>>>>>>>sebabnya>>>>>>>>>>>>>>>>>

---->14 Kesan yang diperolehi setelah mengguna BVSM:-

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11.Melegakan kepenatan dan kesakitan
12.Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13.Menggalakkan fungsi jantung
14.Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
=========================================

Macamana kalau nak dapatkan http://biovelocitylaris.com
hanya Sms " BVSM eksklusif " ke 017-6153852, bila sudah sms, jangan plak lupa nak komen "saya dah sms", nantikan harga special kaw...kaw...dari admin untuk anda yang berhajat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 12:06 PM | Show all posts
Saksikan video di bawah:






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2014 12:00 PM | Show all posts
Edited by listria at 24-4-2017 12:46 PM

Kemurungan yang teruk dikalangan remaja - Antidepresan Mungkin Gagal Membantu. Laminine Alternatif Terbaik!

Laminine & Kemurungan Remaja

Institut Kesihatan Mental menganggarkan bahawa kira-kira 5% daripada remaja Amerika mengalami Gangguan kemurungan utama (MDD). Pilihan rawatan untuk golongan remaja dan anak-anak muda adalah jauh lebih rumit daripada untuk rakan-rakan dewasa mereka, kerana ada data klinikal yang sangat sedikit yang boleh didapati mengenai kesan ubat-ubatananti depresan biasa bagi remaja.


Penyelidikan keatas antidepresan paling berkesan untuk remaja dan kesan-kesan sampingan yang mungkin bagi rancangan-rancangan rawatan adalah sebahagian besar masih juga belum jumpa penyelesaian terbaik. Apa yang pasti ialah peningkatan angka baru remaja yang terlibat amat membimbangkan. Diagnostik baru sentiasa dibuat setiap bulan, dan jumlah remaja yang mengalami kemurungan utama adalah jauh lebih tinggi pada bila-bila masa berbanding masa lepas.


Menurut angka yang telah diterbitkan oleh Pusat Kebangsaan untuk Statistik Kesihatan, yang membimbangkan 5% golongan muda Amerika dan dunia, kebanyakan mereka yang berumur di antara 12 dan 19 sedang menggunakan ubat antidepresan, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa lebih daripada separuh daripada remaja ini telah diubati anti depresi yang memakan masa lebih daripada dua tahun. Penemuan awal dan statistik telah menunjukkan bahawa hampir 5% daripada remaja yang mengambil antidepresan SSRI mempamerkan tingkah laku dan kecenderungan untuk membunuh diri.


Menurut David Ramirez, ahlipsikologi klinikal di Swarthmore College di Pennsylvania, kebanyakan doktor memilih antidepresan kerana mereka tidak mahu gejala kemurungan bertambah buruk. Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa perasaan kebimbangan, tekanan dan kesedihan telah menjadi fenomena asas untuk diagnosis penyakit mental. Kemungkinan bahawa setiap remaja yang mengalami perasaan ini mungkin tidak benar-benar mengalami kemurungan. Ramai doktor mula menyedari bahawa strategi mudah dan rawatan semula jadi dan tanpa ubat-ubatan yang berbahaya mampu membantu merawat dan mempunyai kebekesanan lebih tahan lama serta memberi kesan positif kepada remaja ini.

Jika anda tahu seseorang yang sedang mengalami kemurungan klinikal, gangguan tidur, kebimbangan, atau apa-apa jenis masalah neurologi, sila pertimbangkan untuk berhubung dengan kami agar anda dapat mencuba kaedah rawatan alternatif natural Putih Telur Laminine yang pastinya tidak akan memberi kesan sampingan negatif.


Putih telur Laminine mampu memberikan tubuh badan apa yang diperlukan untuk mengembalikan keseimbangan (homeostasis), dan menghidupkan semula faktor-faktor fibroblastic pertumbuhan (FGF) yang hilang atau berkurang dan membantu badan mengaktifkan sel-sel stem yang lebih aktif yang sememangnya diperlukan tubuh manusia untuk kembali ke kondisi normal dan seterusnya sembuh.
.
Bagi membantu mereka yang benar benar memerlukan Putih Telur Laminine ini, HARGA DISKAUN ISTIMEWA SEBANYAK RM20 diberikan (untuk belian 1 Jar Laminine Powder Ori USA pertama kali saja) setiap hari Jumaat (limited Qty. 1st Come 1st Served). Sila call/SMS/Whatsaap dulu 60146779856 untuk pengesahan stok.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2015 04:27 PM | Show all posts
Edited by listria at 24-4-2017 12:49 PM



Dimaklumkan harga baru sekotak Laminine Powder kini telah meningkat kepada USD88. Ini disebabkan beberapa faktur termasuklah kejatuhan nilai Ringgit Malaysia di pasaran berbanding dollar USD. Untuk penjimatan anda perlu order minima 1 jar Laminine Powder (bersamaam 2.5 kotak Laminine Pill)

Untuk pesanan online dan bayaran mengguna kad kredit/debit, sila ke SINI !
Pembeli baru yang mahu buat belian pertama kali, hubungi kami terus untuk bantuan.
Sila berhubung talian 0164521707 utk info lanjut (styok diskaun terhad kpd beberapa kotak saja. While Stock Last!)
.
TQ.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 09:12 AM | Show all posts
Laminine Lifepharm Global kini diterima di 14 buah negara..terbaru adalah Korea Selatan.



Sebahagian selebriti/artis Hollywood yang mengakui kehebatan Laminine, ekstrak putih telur luar biasa.



Hubungi 0164521707 untuk keterangan lanjut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2015 09:04 AM | Show all posts


Herba Damiana juga disahkan pakar mampu merawat dan meredakan tekanan fikiran, stress atau kemurungan baik pada lelaki atau wanita.
Rujuk di SINI dan SINI !






Lihat juga VIDEO TENTANG DAMIANA+

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 08:30 PM | Show all posts
Edited by listria at 21-12-2015 08:35 PM

PERINGATAN UNTUK PARA LELAKI
Stress, tekanan perasaan atau tension mampu jejaskan fungsi seksual seorang lelaki, menjejaskan keupayaan ereksi zakar dan seterusnya menyebabkan kegagalan dalam hubungan intim bersama isteri atau pasangan. Kajian dan fakta membuktikan bahawa stress adalah antara penyebab utama kepada masalah "Erectile Dysfunction" (ED) dikalangan para lelaki zaman moden hari ini.



Kesan stress atau tekanan sangat merbahaya. Ia boleh menjejaskan penampilan seseorang samada kesihatan fizikal, emosi mahu pun perhubungan sosial melebihi dari apa yang dijangka atau disedari. Di bawah ini adalah beberapa situasi dimana stress boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan seks seseorang:

1. Tekanan Menyumbangkan Kepada Penampilan Tubuh Yang Negatif. Penampilan Tubuh Yang Buruk Ini Menggambarkan Imej Seks Kurang Baik
Hormon yang terhasil dalam keadaan yang tertekan atau stress akan memberi kesan kepada metabolisma tubuh. Tubuh badan akan terasa malas dan berat badan cenderung bertambah dan kita akan merasa kurang senang dengan bentuk fizikal tubuh sendiri. Dalam situasi merasa fizikal diri kurang menarik, setidaknya kita akan akan merasa segan untuk menanggalkan pakaian dan memperlihatkan fizikal diri kepada pasangan di tempat tidur. Stress yang keterlaluan mampu menjejaskan imej fizikal tubuh dan boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan diri bila bersama pasangan. Hal ini akan menyebabkan hubungan intim menjadi hambar khususnya kepada pasangan kita.


2. Tekanan Menjejaskan Libido Atau Nafsu Shahwat
Hormon memberi kesan kepada tubuh dalam pelbagai cara mulai dari zaman kanak kanak, remaja, alam dewasa sehinggalah fasa menopaus dan selanjutnya. Kortisol adalah satu dari hormon yang terhasil akibat dari dari tekanan. Tubuh setiap orang memerlukan hormon ini tetapi dalam kadar yang kecil. Tetapi jika seseorang itu sentiasa dan selalu berada di bawah stress dan tekanan dan tubuh menghasilkan kortisol yang berlebihan dan tinggi, hormon ini akan menjejaskan penghasilan hormon seks dalam tubuh, seterusnya menjejaskan kadar libido atau nafsu seksual individu itu.


3. Tekanan Boleh Menyebabkan Seseorang Individu Dan Pasangannya Saling Curiga Mencurigai
Dalam situasi diri yang tertekan seseorang itu cenderung tidak menyukai persekitaran atau lingkungannya dan perhubungan sosial boleh terjejas termasuk dengan pasangannya dan begitu juga sebaliknya. Tentunya tidak siapa mahu menerima akibat dimarahi, ditengking atau ditampar hanya kerana kesilapan kecil oleh pasangan yang didalam stress dan "bad mood". Anda sendiri tentu tidak mahu menjadi mangsa kepada pasangan yang berada dalam kondisi stress sedemikian dan akan cuba elakkan pertemuan. Dan sudah tentu tidak ada sesiapa pun yang bersedia untuk nikmati hubungan di tempat tidur dalam situasi pasangannya sedang sangat beremosi, tertekan dan marah marah. Hal ini akhirnya menjejaskan komunikasi dan membina tembok halangan ke arah hubungan intim.

4. Tekanan Cenderung Menyumbang Kepada Pengambilan Alkohol Yang Berlebihan Dan Ini Boleh Menyebabkan Seks Yang Tidak Baik
Bukan suatu yang baru bahawa ramai orang yang sedang dalam tekanan dan stress mencari jalan keluar dengan meminum arak dan alkohol secara berlebihan, kononnya untuk meredakan permasalahan. Pengambilan alkohol berlebihan secara faktanya boleh menyebabkan hubungan seks membosankan dan tidak menyenangkan. Alkohol berlebihan mengakibat "dehidrateted" dan pengurangan "pelinciran" sewaktu hubungan intim. Pengurangan atau tanpa pelinciran boleh mengakibatkan hubungan seksual menyakitkan terutamanya pada pasangan wanita. Jika situasi begini berterusan, pasangan wanita pastinya tidak bersedia meneruskannya lagi.

5. Tekanan Menjejaskan Kesuburan Lelaki Serta Kitaran Haid Seorang Wanita
Tidak saja tekanan atau stress ini menjejaskan nafsu shawat atau libido seseorang malah kadar kesuburan juga akan tergugat. Tekanan berterusan boleh memberi kesan kepada kelenjar pituitari yang mengawal tiroid, kelenjar adrenal dan ovari. Jika ovari tidak berfungsi dengan sempurna dan baik, kitaran haid akan terganggu. Ia akan menjadi tidak teratur malah lebih rumit lagi jika berlaku kondisi "amenoria" atau perhentian haid untuk tempoh tertentu. Jika tekanan ini berlangsungan dalam tempoh lama dan sering, ia boleh menyebabkan kesukaran hamil bagi wanita.


Untuk itu amat penting setiap individu baik lelaki mahu pun wanita, menguruskan stress dan tekanan dengan baik demi memastikan fungsi seksual dapat beroperasi dengan normal dan tidak terjejas. Ianya amat penting khususnya dalam menjaga hubungan antara pasangan atau suami isteri. Andai anda sentiasa merasai tertekan, depress dan tidak gembira dengan kehidupan masa kini anda, cepat cepatlah bertindak dengan mengambil supplement dan ubatan yang sesuai dan selamat.


Laminine yang merupakan "supplement natural" atau disebut "putih telur ajaib" dan di "paten" di Amerika Syarikat TELAH TERBUKTI SECARA SAINTIFIK & SERTA UJIAN KLINIKAL bahawa ia mampu membantu manusia mengatasi dan mengurangi gejala stress. Malah Testimonial Laminine menjadi saksi keajaiban "avian egg" dari California, USA ini. Anda WAJIB mencubanya jika anda orang yang memerlukan bantuan dari kemajuan sains terkini ini. Order OnlineSINI !


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 10:26 AM | Show all posts


Kumpulan Video Berkaitan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2016 09:50 AM | Show all posts
Begitu ramai yang bermasalah tidur, stress, mental, emosi, kejiwaan dan masalah yang berkaitan dengannya mendapat manfaat dan faedah setelah mengamalkan laminine. Mereka mereka yang tersenarai di bawah adalah sebahagian dari ribuan pengguna yang telah menikmati kebaikan Pil/Serbuk Putih Telur Laminine.

Lihat SINI !

Mahu biarkan diri anda, anak anda atau ahli keluarga anda terus di belenggu masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan? Berikhtiarlah sebelum terlambat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2016 03:01 AM | Show all posts
Jangan sampai diri sendiri dan orang tersayang jadi begini kerana lambat bertindak....



Klik SINI untuk baca kisah atau kejadian sebenar. Semuanya berpunca dari stress dan lambat ambil tindakan. Jangan main main!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2017 07:11 AM | Show all posts


Menguruskan Stress atau Tekanan Amat Penting kepada setiap orang. Kenapa ???



Anda wajib tonton Video Ini

KLIK SINI @ Klik Imej di atas!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2017 07:40 PM | Show all posts
Edited by listria at 24-4-2017 01:02 PM

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi.

Berdasarkan anggaran terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta penduduk dunia kini hidup dalam kemurungan dan ia adalah peningkatan sebanyak 18 peratus antara 2005 hingga 2015.

Seriusnya masalah kemurungan ketika ini mendorong WHO mengisytiharkan bahawa penyakit mental terbabit sebagai punca utama bagi keadaan kurang sihat dan hilang upaya di seluruh dunia. Kurang sokongan terhadap mereka dengan masalah mental, ditambah takut dan stigma, ia mencegah kebanyakan pesakit daripada menerima rawatan yang diperlukan untuk sembuh dan meneruskan kehidupan dengan sihat dan produktif.

Anggaran terbaru mengenai penghidap kemurungan itu dikeluarkan WHO bersempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut 7 April lalu dengan tema Kemurungan: Marilah Bincang dan ia juga menjadi fokus utama kempen kesihatan sepanjang tahun. Matlamat keseluruhan kempen ini adalah lebih ramai  penghidap kemurungan perlu dibantu walaupun di mana mereka berada.

Pengarah Jabatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Dadah WHO, Dr Shekhar Saxena berkata, satu daripada langkah utama dalam kempen kesihatan mental itu adalah menangani isu-isu berkaitan prejudis dan diskriminasi.

“Stigma berterusan dikaitkan dengan penyakit mental adalah sebab mengapa kami mengambil keputusan untuk menamakan kempen ini "Kemurungan: Marilah Bincang". Bagi mereka yang hidup dengan kemurungan, bercakap dengan seseorang yang mereka percaya selalunya adalah langkah pertama untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan.

“Meningkatkan perbelanjaan untuk menangani masalah mental ini juga diperlukan. Dalam kebanyakan negara tidak terdapat atau sangat sedikit sokongan disediakan kepada individu dengan masalah kesihatan mental.

“Walaupun di negara berpendapatan tinggi, hampir 50 peratus rakyat dengan kemurungan tidak mendapat rawatan. Secara puratanya, kira-kira tiga peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan diperuntukkan dalam kesihatan mental, perbezaannya antara kurang satu peratus di negara berpendapatan rendah hingga lima peratus di negara berpendapatan tinggi,” katanya, baru-baru ini.

WHO melaporkan pelaburan yang dibuat dalam menangani masalah mental memberikan pulangan berbaloi dalam ekonomi. Ini kerana, dalam setiap AS$1 (RM4.43) yang dilaburkan dalam meningkatkan skala rawatan untuk kemurungan dan keresahan memulangkan AS$4 (RM17.72) dalam bentuk kesihatan lebih baik serta keupayaan untuk bekerja.

Rawatan biasanya membabitkan sama ada terapi berbicara atau ubatan antikemurungan atau kombinasi kedua-duanya. Kedua-dua pendekatan boleh disalurkan oleh pekerja kesihatan bukan pakar tetapi mengikuti latihan kursus pendek dan menggunakan Panduan Intervensi Program Tindakan Jurang Kesihatan Mental (mhGAP) WHO.

Lebih 90 negara memperkenalkan atau meningkatkan skala yang menyediakan rawatan untuk kemurungan dan masalah mental lain menggunakan Panduan Intervensi berkenaan.

Menurut kajian yang diterajui WHO yang mengira kos rawatan dan hasil keputusan kesihatan di 36 negara untuk 15 tahun akan datang iaitu mulai 2016 hingga 2030, kadar rendah kesedaran dan akses penjagaan kemurungan dan masalah mental lain yang biasa seperti keresahan menyebabkan kerugian dalam ekonomi global kira-kira AS$1 trilion setiap tahun.

Kerugian sebegini sudah tentu membabitkan banyak pihak seperti isi rumah apabila satu keluarga hilang pergantungan ekonomi jika ketua rumah tidak boleh bekerja, pihak majikan juga terjejas apabila pekerjanya kurang produktif dan tidak mampu lagi bekerja.

Seterusnya, kerajaan turut menanggung beban apabila perlu menanggung perbelanjaan kesihatan dan kebajikan dengan lebih tinggi. WHO juga   mengenal pasti kaitan yang kuat di antara kemurungan dan penyakit tidak berjangkit lain. Kemurungan meningkatkan risiko masalah penggunaan ubatan dan penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Sebaliknya, penghidap penyakit terbabit juga berdepan risiko tinggi menghidap kemurungan. Dr Saxena berkata, kemurungan juga adalah faktor risiko yang penting bagi kes bunuh diri yang meragut puluhan ribu nyawa setiap tahun. Oleh itu, memahami dengan lebih baik mengenai masalah kemurungan dan bagaimana ia boleh dirawat adalah permulaan yang positif.

“Apa yang perlu diikuti adalah mengekalkan peningkatan skala akses perkhidmatan kesihatan mental kepada semua orang termasuk penduduk kawasan pedalaman.

“Kemurungan adalah penyakit mental yang biasa dihidapi dicirikan dengan kesedihan berpanjangan dan hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, disusuli ketidakupayaan menjalankan aktiviti harian selama 14 hari atau lebih.

“Penghidap kemurungan juga biasanya mengalami beberapa tanda seperti hilang tenaga, perubahan selera, terlebih atau kurang tidur, kurang penumpuan, tidak dapat membuat keputusan, gelisah, rasa diri tidak berguna, rasa bersalah, putus asa dan berniat mencederakan diri atau membunuh diri,” katanya.
Mengenai kempen kesihatan sempena sambutan berkenaan, terasnya adalah kepentingan berbincang atau meluahkan isi hati yang terpendam yang menjadi punca kemurungan sebagai komponen penting dalam proses pemulihan. Stigma berputar penyakit mental termasuk kemurungan kekal menjadi penghalang kepada penghidapnya mendapatkan bantuan.

Bercakap mengenai kemurungan dialami sama ada dengan anggota keluarga, rakan atau pakar dalam kumpulan lebih besar seperti di sekolah, tempat kerja, tatacara sosial atau dalam domain awam atau dalam rangkaian media sosial membantu merobohkan stigma terbabit dan mendorong lebih ramai penghidap mendapatkan bantuan.

Disebabkan kemurungan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, oleh itu kempen ini ditujukan kepada semua orang dan WHO memilih untuk memberi perhatian tertentu kepada tiga kumpulan iaitu remaja dan belia, wanita yang baru melahirkan anak dan warga emas berusia lebih 60 tahun.
Matlamat keseluruhan dalam kempen setahun ini bermula pada sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Oktober tahun lalu, adalah bagi mendapatkan lebih ramai penghidap kemurungan mencari dan mendapatkan bantuan.

* Oleh Zaitie Satibi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2017 02:52 AM | Show all posts

TAWARAN HARGA DISKAUN SEMPENA KEHADIRAN RAMADHAN - 10 UNIT/JAR SAJA !!!

Harga diskaun untuk 10 kotak/jar Laminine Powder buat yang memerlukan. Maksima hanya 2 jar untuk setiap pembeli. 1st Come 1st Served!!!
Call/whatsapp 0146779856 dulu untuk pengesahan stok dan harga kerana kuantiti "offer" TERHAD.

Dan sempena kehadiran Ramadhan Al Mubarak beberapa hari lagi, saya dulukan dengan ucapan SELAMAT MENYAMBUT IBADAH PUASA RAMADHAN buat semua muslimin dan muslimat. Muga segala ibadah diberkati yang Maha Esa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2017 11:23 AM | Show all posts
Edited by listria at 30-5-2017 11:29 AM






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 10:13 AM | Show all posts
GILA MEROYAN

Telah disengajakan istilah yang sensasi dan dramatik inimenjadi tajuk artikel mmgazette.com kita pada kali ini. Diharapkan carianperkataan ‘gila’ atau ‘meroyan’ di laman maya menjangkau kepada perkongsianilmiah ini.
Isu-isu psikiatri/ psikologi selepas bersalin BUKAN sekadarmeroyan. Meroyan jika diambil terjemahannya dari Kamus Dewan Bahasa Pustakamembawa makna “gangguan emosi selepas bersalin disebabkan perubahan hormon yangmenyebabkan ibu murung atau bertindak ganas dll..” Dalam disiplin psikiatri,definisi ini dekat dengan apa yang dikatakan sebagai postpartum depression(kemurungan pasca kelahiran) dan postpartum psychosis (gangguan mental seriuspasca kelahiran). Selain daripada itu, terdapat postpartum blues, iaitugangguan emosi selepas bersalin. Postpartum blues ini jarang diceritakan keranaia adalah suatu yang tidak serius dan tidak membabitkan tindakan-tindakan ganasdi luar kewarasan. Postpartum blues adalah lumrah; 50-80% ibu yang telahmelahirkan anak, lebih-lebih lagi anak pertama, mengalami gejala yang sangatsingkat ini. Postpartum blues yang berterusan dan ditambah pula denganfaktor-faktor risiko yang lain, boleh mencetuskan postpartum depression danpostpartum psychosis yang masing-masing kadar peratusannya 10-15% dan <1%(Henshaw 2003).
Faktor risiko
Adakah “Hantu Meroyan” yang duduk di uri (placenta) menjadipenyebab berlaku fenomena postpartum depression dan postpartum psychosis ini?Sekurang-kurangnya itulah fahaman yang dipegang oleh segelintir masyarakat.Malangnya ini langsung tidak ada bukti dalam arena sains apatah lagi dalamtradisi pendalilan Islam yang tulen.
Ketidakstabilan hormon adalah sebab yang kerap dikaitkandalam banyak penulisan- penulisan saintifik (Pearlstein 2009). Semua ibu-ibuyang mengandung dan yang sudah bersalin mengalami perubahan hormon di dalambadan. Kebanyakan mereka ini tidak ditimpa fenomena meroyan ini. Makafaktor-faktor lain juga perlu diberi perhatian seperti mempunyai sejarah lampaumengalami sakit psikiatri, sejarah kemurungan ketika mengandung (antenataldepression), struktur sokongan sosial yang goyah, dan juga mengalami situasiyang cukup traumatik ketika mengandung contohnya kematian orang tersayang atautragedi penceraian. Selain daripada itu, hidup bersendiri atau memilikipersepsi bahawa dia berseorangan dan ahli keluarga terdekat yang ada sejarahpenyakit psikiatri juga dilaporkan sebagai faktor-faktor yang berpotensi.
Tanda-tanda
Antara gejala-gejala awal postpartum depression adalahmenangis tanpa sebab, mudah tersentuh, sensitif, rasa tidak sabar, kebimbanganyang melampau, lemah lesu, tidak cukup tidur insomnia (atau hypersomnia, sukatidur), sedih/hiba yang tidak berkesudahan dan tiada motivasi untuk menjagaanak yang baru lahir itu. Apabila keadaan berlanjutan menjadi serius akanberlaku tanda-tanda lain seperti rasa diri tidak berguna lagi, mula melayanidea ingin mati, curiga yang berlebihan, dan fikiran menyimpang yangberulang-ulang (obsessive thoughts).
Postpartum psychosis boleh berlaku rentetan dari postpartumdepression atau tercetus secara tiba-tiba dalam tempoh 4 hingga ke 6 mingguselepas bersalin. Individu yang ditimpa gejala ini akan mula bersikap ganjil,berhalusinasi, bicaranya meracau, mempunyai delusi pemikiran dan bertindaksecara impulsif. Postpartum psychosis adalah isu kejiwaan yang ekstrim danmempunyai risiko yang tinggi membunuh diri dan membunuh bayi berbandingfenomena-fenomena yang lain.
Pencegahan
Sila lihat artikel mmgazette.com seperti “Tempoh Berpantang:Mimpi Ngeri Selepas Bersalin?”http://www.mmgazette.com/tempoh- ... in-dr-ayu-akida/dan “The Benefits of Breastfeeding”http://www.mmgazette.com/the-ben ... uzee-bin-mohd-zaki/,wacananya menekankan betapa mustahak diet dan nutrisi yang sempurna danpenyusuan susu ibu demi kelangsungan kestabilan emosi. Ibu-ibu perlu jelasbahawa sayur-sayuran, buah-buahan tertentu, ikan dan lain lain telah dibuktikanmembantu menurunkan risiko postpartum depression (Chatzi 2011). Guna salurantertentu untuk menzahirkan emosi seperti berbicara dengan orang tersayang, ahlikeluarga, sahabat atau penulisan diari dan jangan mengasingkan diri. Tambahilmu melalui sumber yang dipercayai. Pendidikan ketika temujanji antenatalberkala ketika mengandung juga penting kerana ia memberi persediaan fizikal danmental yang mantap.
Jangan dilupakan juga keharmonian rohani dan spiritual. Dikalangan wanita Muslim, kadangkala berlaku salah faham bahawa hukum haram untukmembaca Al Quran ketika hadas besar adalah ijma’ sedangkan ini perkaraikhtilaf. Tidak kurang kuatnya pendapat sarjana Islam yang membolehkan membaca(bukan menyentuh) al-Quran (www.islamqa.com). Ibu-ibu pasca kehamilansewajarnya terus berlindung diri dengan Allah menggunakan du’a dan dzikir yangberasal dari ayat-ayat al-Quran. Ketika dalam kepayahan (termasuklah ketikahamil, bersalin dan urusan selepasnya), individu Muslim berpeluang rapatpadaNya (Al Quran 16:62).
Rawatan
Sudah menjadi lumrah di kalangan professional psikiatriberhadapan dengan orang ramai yang mengambil pendirian semberono dalammemandang bidang perubatan ini. “Buat apa nak jumpa doktor psikiatri, aku bukangila”, adalah contoh kata-kata lazim yang mencerminkan salah faham ini. Makaapabila ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan mengalami tanda-tanda awalkemurungan dan ketidakstabilan emosi, doktor psikiatri bukan menjadi pilihanpertama mereka untuk sekurang-kurangnya mendapat penilaian. Ini stigma yangberlaku. Jika halangan ini masih ada maka rawatan tidak ditemui.
Postpartum psychosis dan postpartum depression boleh dirawatdengan menggunakan ubat-ubat dan teknik-teknik yang selamat di bawah seliaanrapi doktor. Isu-isu penggunaan ubat dan penyusuan ibu ditangani berdasarkankes individu. Ada juga kes yang memerlukan pemantauan di hospital. Walau apapun, kesihatan ibu dan bayi sentiasa menjadi keutamaan.
Bertemu doktor psikiatri bukan bermakna anda orang gila,bukan bermakna anda lemah semangat dan bukan bermakna anda lemah iman. Tidaksemestinya semua kes yang ditemui oleh doktor psikiatri adalah masalah meroyan.Yang penting, jika sangsi tentang gejala-gejala ahli keluarga yang baru lepasbersalin, bawa terus untuk penilaian. Wallahu a’lam.
Dr Zul Azlin Razali adalah Pakar PsikiatriUniversiti Sains Islam Malaysia ( MMGAZETTE.COM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 02:21 PM | Show all posts








Jangan pandang ringan selepas melahirkan. Jangan sampai Nasi Menjadi Bubur kerana Kesal Kemudian Tiada Gunanya. Insyallah Serbuk Putih Telur Laminine dapat membantu kerana terbukti sudah. Rujuk beberapa bukti di SINI !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 12:48 AM | Show all posts
Edited by listria at 5-8-2019 06:09 PM

Pil tidur (ubat tidur) tidak baik malah boleh membunuh.
Kenapa?. Info Sini !

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.579697 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list