CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8165|Reply: 68

[Tempatan] Selangor Darul Bangla

[Copy link]
Post time 7-9-2013 04:28 AM | Show all posts |Read mode
LELAKI BANGLADESH MILIKI 5 PREMIS MENCUCI KENDERAAN BEROPERASI MENGGUNAKAN PEKERJA RESTORAN

Hebat!


Itu perkataan pertama terpancul dari mulut saya tatkala bertemu lelaki warga Bangladesh memiliki 5 premis mencuci kenderaan, car wash di Sungai Buloh, Selangor.


Bertindak berpandukan maklumat disalurkan oleh orang ramai berhubung premis mencuci kenderaan dimonopoli oleh warga Bangladesh, saya dan sahabat, Mohd Razali Harun, anak kelahiran Sungai Buloh, SHAH ALAM, Selangor, melakukan tinjauan petang tadi.





"Sebelum ini,  itu (penguatkuasa Jabatan) Imigresen datang operasi saya punya car wash sana Bandar Baru Sungai Buloh, tangkap 4 orang  pekerja, tahan 10 hari.  Dia orang (Jabatan Imigresen)  kasi lepas sebab sama company,  sektor sama, service.  Saya punya lesen pun itu Imigresen angkat juga," DAKWA Jasim Sheikh Nuru.


"Penguatkuasa Jabatan  Imigresen merampas you punya lesen? Betul ke? ," soal saya sebaik mendengar kenyataan  meragukan  itu.


Jasim mengaku bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.


"Saya pakai passport sahaja," ujarnya.


Kami bukan pihak berkuasa justeru tidak berhak untuk meminta dan meneliti dokumen perjalanan warga asing itu.


Tambahnya, dia memiliki sebuah restoran di Kampung Baru Sungai Buloh dan berikutan itu telah membawa masuk  29 pekerja dari Bangladesh menggunakan permit sektor perkhidmatan didakwa diluluskan oleh Jabatan Imigresen.


"Lima orang kerja di restoran, lagi 24 orang kerja car wash di Bandar Baru Sugai Buloh dan di Paya Jaras," katanya.


Dakwa Jasim, pekerja memegang permit sektor perkhidmatan (restoran) KONONNYA dibenarkan oleh Jabatan Imigresen untuk  bekerja di premis mencuci kenderaan kerana mengikut pendapatnya, sektor pekerjaaan mereka sama.


"MBSA  (Majlis Bandaraya Shah Alam) kasi keluar lesen sementara," katanya.


Dia kemudian menunjukkan kepada kami, lesen perniagaan sementara dikeluarkan oleh MBSA dan tercatat namanya sebagai pemegang lesen.





Timbul persoalan.


Adakah sebagai warga asing, dia layak untuk diberikan lesen menjalankan perniagaan mencuci kenderaan oleh MBSA?  Saya akan mencungkil maklumat lebih terperinci daripada pihak berkuasa tempatan itu dalam jangka waktu terdekat, In Sha Allah.
  

http://www.mazidulakmal.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2013 04:29 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 04:30 AM | Show all posts
Sebaik tinjauan selesai, saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya, Abdul Haidir Mohd Sukor. Haidir,  pegawai amat mudah untuk memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada wartawan media elektronik dan cetak, malah kepada blogger seperti saya.


"Pekerja warga asing memiliki permit sektor perkhidmatan, seperti bertugas di restoran, TIDAK dibenarkan bekerja di premis mencuci kenderaan. Jabatan Imigresen TIDAK mengeluarkan permit sektor perkhidmatan kepada warga asing untuk bekerja di premis mencuci kenderaan," ujar beliau.


MBSA terbukti mengeluarkan lesen kepada Jasim, warga asing memasuki negara ini menggunakan passport dan berpeluang memonopoli perniagaan mencuci kenderaan. Tidak pula diketahui apakah  sebenarnya  status permit  kerja lelaki itu?  Biarlah siasatan lebih terperinci dilaksanakan oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia.


Periksa juga, adakah dakwaan 4 pekerja Jasim diberkas sebelum ini kemudian dibebaskan selepas 10 hari ditahan oleh Jabatan Imigresen?


"Masa dia memegang lesen MBSA tadi, menggigil tangan dia," ujar Razali sewaktu memandu kenderaan untuk pulang ke rumah.


"Tidak mengapa. Sebagai warganegara Malaysia, tidak salah kita bertanya dan pekerja warga asing itu berhak untuk menjawab atau sebaliknya. Malaysia,  negara kita. Kalau mereka datang bertandang dan mencari rezeki secara halal dan mengikut undang-undang ditetapkan oleh negara berdaulat ini, tiada masalah. Cuma kekadang pihak berkuasa terlepas pandang," balas saya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 04:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 05:12 AM | Show all posts
Itulah sapa suruh bawak masuk bangla ramai2..pendatang2 ni once dah masuk Malaysia mmg susahlah nak soh keluar....tambah2 lagi penguatkuasaan pun lembik....ni bukan je kat selangor pendatang2 ni boleh berniaga walupun tak de PR etc.....kat negeri bawah be end pun sama lah...tu mabendol tu bolehlah adu kat sprm kalu rasa Ada unsur2 rasuah di pihak mbsa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 05:27 AM | Show all posts
nour2001 posted on 7-9-2013 05:12 AM
Itulah sapa suruh bawak masuk bangla ramai2..pendatang2 ni once dah masuk Malaysia mmg susahlah nak  ...

setuju. baik negeri PR ke BN kalau rasa ada rasuah report jee..

xmcm rumah khir toyo kan?bila PR ambil selangor baru kantoi rm 24 juta. bila rafizi kerja lebih masa baru kantoi ternak lembu dalam kondo.. biasalah orang akal pendek.. asal umno dan BN always maksum je.. parti ketuanan melayu. tp bila nk dpt ilmu sanggup menuntut dengan org pas.. walhal anti gila dgn org pas..



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2013 05:39 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 7-9-2013 05:27 AM
setuju. baik negeri PR ke BN kalau rasa ada rasuah report jee..

xmcm rumah khir toyo kan ...

Macai

M - mempercayai
A - Apaje
C - Cakap
A - Anwar
I - Ibrahim
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 05:45 AM | Show all posts
Anak Melaka, mind your own business lah...menyebok je kat negeri org lain..:p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 05:52 AM | Show all posts
apa nak heran mana2 nogori pun ada bangla termasuk kat melaka nun.....datuk shah rukh khan pun ada...
Last edited by kmelankolia on 7-9-2013 05:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 05:55 AM | Show all posts
nour2001 posted on 7-9-2013 05:45 AM
Anak Melaka, mind your own business lah...menyebok je kat negeri org lain..:p

aku anak Malaysia.......................





Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 05:56 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 7-9-2013 05:39 AM
Macai

M - mempercayai

tu dia macai dari melaka sedang bermaharajalela.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 06:37 AM | Show all posts
Lama2 nnti negara teejual pd bangla...mudah sgt bawa masuk pendatang asing, apa nak jadi dgn negara ku ini semakin hari semakin teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:20 AM | Show all posts
7 pagi ke 12 tgh malam - betul2 perah kaum sendiri ni - peh tahap hamba abdi di gurun sahara dah bangla ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:23 AM | Show all posts
hidup banglasia ...sini lagi aman dari Bangladesh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:25 AM | Show all posts
bangla yang  kaya.. melayu sibuk nak jadi artis..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:26 AM | Show all posts
encikWawad posted on 7-9-2013 07:20 AM
7 pagi ke 12 tgh malam - betul2 perah kaum sendiri ni - peh tahap hamba abdi di gurun sahara dah ban ...

tak terfikir ke ia mungkin 2 shifts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 07:32 AM | Show all posts
tak sebab pernah borak dengan nepal + bangla kat carwash
12 jam keje - bos kasi rehat 1 jam - makanan boss bagi
dorang keje setiap hari - 12 jam - dua minggu sekali baru dapat cuti
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:34 AM | Show all posts
encikWawad posted on 7-9-2013 07:32 AM
tak sebab pernah borak dengan nepal + bangla kat carwash
12 jam keje - bos kasi rehat 1 jam - makan ...

ooh.. mungkin tak sentiasa ada kereta yang nak di cuci.. tak berapa penat hanya masa kerja yang panjang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:37 AM | Show all posts
redz85 posted on 7-9-2013 07:34 AM
ooh.. mungkin tak sentiasa ada kereta yang nak di cuci.. tak berapa penat hanya masa kerja yang pa ...

penat gak kot - cuma weekend memang "putih" bangla2 ni bekerja
kat bangi tu ada yg tokey bangla - memang dia perah habis orang senegeri dia
at least keje sini gaji mahal - walaupun teruk
berbanding di bangla keje teruk - gaji lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 08:53 AM | Show all posts
aku lebih melihat kerajinan dia...dah dia rajin pandai guna duit lantak dia laa nak bukak apa punn..salah ekk..ingat dia nak ker jadik kuli batak seumur hidup...okeyy apa dia naikkan tarap kehidupan dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.156881 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list