CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8464|Reply: 18

Asal-Usul Perkataan 'Macai'

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2013 05:32 AM | Show all posts |Read mode
Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

Sensitiviti ini lama kelamaan dilupakan oleh orang Melayu sendiri. Melayu mudah lupa. Tetapi orang Cina tidak melupakannya.

Ini diawali oleh sikap orang Melayu yang sesetengahnya tidak suka mendengar perkataan Malaicai (馬來仔) digunakan oleh orang Cina  sesama mereka terutama di tempat kerja bagi merujuk kepada pekerja Melayu kerana orang Melayu ini lebih suka dirujuk dengan nama mereka.

Perkataan "Cai" (仔) mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Perkataan 'Macai' (馬仔) yang kita selalu dengar dan perkataan 'budak Melayu' (Malaicai - 馬來仔) yang kita tidak suka dengar dari mulut orang Cina, dilihat berkongsi karekter yang sama namun dibezakan dengan dengan perkataan 'Lai' (來) yang ditiadakan.

Apabila perkataan 'Ma' (馬) telah diketahui menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia selain maksud asalnya yakni 'kuda' dan apabila tiada perkataan Macai (馬仔) wujud dalam kamus Cina di Tanah Besar Cina, jelas sekali perkataan ini berorientasikan maksud tempatan yakni dalam konteks perkaitannya dengan perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞).

Maka, ringkasannya, perkataan "Macai" (馬仔) itu sendiri membawa dua erti yakni pada bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, iala membawa maksud 'budak yang diperkudakan' manakala dari segi istilah, ia membawa maksud 'budak Melayu'.Penggunaan perkataan ini di Malaysia tidak memisahkan kedua-dua maksud ini.

Hari ini, sangatlah memalukan apabila kita mendapati anak-anak Melayu 'memacai' sesama mereka sendiri tanpa mengetahui makna serta asal usul datangnya perkataan tersebut yang pada awalnya merupakan kata yang dianggap menghina bangsa mereka.

Padahal bangsa Cina di negara ini amat berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini bimbang ia mengguris sensitiviti orang Melayu yang mengerti.

Untuk rekod, perkataan Macai di atas tiada kena mengena dengan ejensi nombor ramalan Damacai (大马彩) yang berbunyi 'Taimachoi' dalam Kantonis yang membawa maksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda".

Perkataan kewujudan perkataan Cina ini juga tiada kena mengena dengan asal muasal perkataan "Pencacai" yang dipopularkan oleh P Ramlee dalam filem Tiga Abdul yang lebih kurang bermaksud kuli pengampu.

Perkataan pencacai mungkin bermaksud lebih kurang dengan macai. Tetapi perkataan macai membawa konotasi buruk terhadap bangsa Melayu sendiri apabila ia memberi peluang pihak lain tertawa dalam diam.



http://ipohmalay.blogspot.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 12:33 PM | Show all posts
OOOOO...baru kini ku tau ape itu maksudnya....TQ
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:20 PM | Show all posts
mg btl2 pun kebanyakan org melayu (termasuklah aku) suka keje makan gaji. so dah makan gaji ni mmg keje mcm macai la. apa org suruh buat kena buat. kalo x kena pecat.

tp kira ok la makan gaji dr sesetengah org melayu yg nak run bisnes tp bisnes tipu anak bangsa punya. cth mlm....

walau pun org melayu ramai gak yg claim minat bisnes, tp kalo pg kat bandar mana2 susah tul nak jumpa kedai melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:21 PM | Show all posts
Ma = kuda
Cai = kecil

Maka macai ertinya kuda kecil.

Apeke bongok nak dikaitkan dengan melayu pulak?

Bodoh semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:09 AM | Show all posts
Istilah baru. Boleh masuk dalam kamus DBP.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:26 AM | Show all posts
macai = pencacai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2013 10:55 AM | Show all posts


yang nie sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:11 AM | Show all posts
shamsadis posted on 9-9-2013 10:55 AM
yang nie sebenarnya

macai ni sebenarnya ada kaitan dengan Anwar...tu sebenarnya,yang merepek sampai ke negara China apa kejadahnya????
hahahah...benda simple pun ko boleh putar belitkan sejarah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 11:30 AM | Show all posts
baksamakmu posted on 9-9-2013 11:11 AM
macai ni sebenarnya ada kaitan dengan Anwar...tu sebenarnya,yang merepek sampai ke negara China ap ...

mungkin zaman sekolah dulu diaorang tak belajar pasai akronim
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:27 PM | Show all posts
hanya kerana politik berbeza, kita gelar depa macai...ntah2 dr kalangan yg kita kata macai politik tu maybe kawan2 baik kita, ahli keluarga, mak bapak..adik beradik..sedara mara...etc...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:37 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 7-9-2013 03:21 PM
Ma = kuda
Cai = kecil

betul2...
mai mana pula melayu

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 03:20 PM | Show all posts
Macai dari segi pemahaman aku Ialah, individu2 yg mana terlalu taksub terhadap suatu parti.. Atau lebih dikenali sbg totok politik.ingt macam cerita p ramlee....pencacai angkat najis....
ahmad nisfu...dia bilang pencacai angkat najis
Istilah macai ni asalnya dari perkataan pencacai yang membawa maksud kuli batak yang akan melaksanakan apa saja suruhan dari orang atasan.macm perkataan macha. ade sesetengah india yang berkasta tinggi ni x suke dipanggil mcm tu. sbb macha panggilan kuli masa dulu.

Direbranding menjadi macai bagi merujuk kepada penyokong tegar sebuah parti yang aku rasa tak perlu disebut. Tugas macai adalah membela, mempertahan, mengampu dan menjilat pemimpin dan apa saja berkaitan dengan parti yang dianuti mereka walaupun hakikatnya sudah terang lagi berspotlight bahawa pihaknya salah.

Sebenarnya kedua belah pihak samada di pihak kerajaan atau pembangkang, masing-masing ada yang berperangai macai. Ini semoa disebabkan budaya politik secara am nya di  M'sia yang lebih bersifat taksub kepartian. Taksub kepartian, jika partinya salah, tetap dipandang partinya itu betul. Ada beza antara taksub kepartian dan menyokong kebenaran. Sepatutnya, jika parti yang disokong ada membuat kesilapan dan kesalahan, perlulah ditegur. Bukannya sengaja membutakan mata demi mempertahankan parti yang disokong dan mencari kesalahan orang lain pula bagi mengalih isu.

Disebabkan perangai macai la, dunia politik menjadi kotor. Budaya fitnah dan membuka aib orang lain semata-mata ingin menjatuhkan lawan masing-masing, hujah-hujah dangkal yang disulami caci maki, peras ugut dan samseng, bercakaran sesama sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Ego mempertahan kebathilan dan mencari salah orang lain adalah perangai macai yang butakan kebenaran. Pihak yang benar difitnah, pihak yang tidak benar terus dilindungi malah disanjungi. Paling menyedihkan bila penasihat agama yang dilantik hanya jadi pengampu semata-mata mahu menjaga periuk nasi. Sekaligus membuatkan masyarakat yang jahil agama makin keliru.

Hakikatnya, tadak ada parti yang sempurna sekalipun . Apatah lagi yang dikelilingi kaki betina, kaki togak, kaki makan rasuah dan kaki busuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:16 PM | Show all posts
Cina kerja buruh bina masjid dengan kontraktor melayu pun bukan macai
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:12 PM | Show all posts
bluezink posted on 9-9-2013 03:20 PM
Macai dari segi pemahaman aku Ialah, individu2 yg mana terlalu taksub terhadap suatu parti.. Atau le ...

setuju bro!

arapnya manusia yg taksub parti politik ni baca dan fahami betol2 apa yg awak cakap..
sebab taksub, hubungan kawan,sedara,mak ayah jadi keruh bilamana tak ada kesefahaman..
kalau suka dengar tak suka diam..kemudian fikirkan semula..kan mudah..
kalau nak berhujah jugak biarlah berhemah..bukan saling menghentam dan buat tuduhan tak berasas sampai nampak urat..
jangan sampai penghujahan tu menunjukkan kedangkalan akal kita..


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:00 AM | Show all posts
cina pencacai di perkampungan melayu dulu juga bukannya macai
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:06 PM | Show all posts
da ma chai tu apa pulak maksudnye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 01:31 PM | Show all posts
Da Ma Cai.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:23 PM | Show all posts
Murid2 smua , sila buat ayat dari perkataan macai dan pencacai.

Cikgu, saya nak cuba try uji test.

TT adalah anak kepada pencacai angkat tong taik pada suatu masa dahulu dan kini telah berubah menjadi macai kepada sebuah parti politik yang amat ditaksubkannya.

Sekian oleh

Cikgu Bo bin Cai
SRJK Chung Hwa Melako Bandar Sejarah x Maju2 Sampai la ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 05:48 PM | Show all posts
boyagombak posted on 13-9-2013 05:23 PM
Murid2 smua , sila buat ayat dari perkataan macai dan pencacai.

Cikgu, saya nak cuba try uji test ...

Murid2 smua , sila buat ayat dari perkataan macai dan pencacai.

Cikgu, saya nak cuba try uji test.

Boyagombak  adalah anak kepada pencacai angkat tong taik pada suatu masa dahulu dan kini telah berubah menjadi macai kepada sebuah parti politik yang amat ditaksubkannya.Manakala pencacai tong taik pula dalah anak kepada pelacur zaman Jepun yang dirogol oleh tentera Jepun dahulu.Sebab itu Boyagombak amat kotor otaknya kerana keturunan haram jadah....

Sekian oleh

Cikgu Pok bin Nik
Sekolah Darul Liwat
Jalan Darul Seks Bilik Hotel Perdana
anak murid Ustaz BadrolMain kaunseling 3 pagi...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.088898 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list