CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6923|Reply: 20

Hamba tinggal solat, dapat pahala kah amalan lain.

[Copy link]
Post time 7-9-2013 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Hendak tanya tok alim-tok alim & ilmuan-ilmuan disini soalan amatur.
Bilamana hamba Tuhan TIDAK kerjakan solat wajib, masa yang sama dia buat amal baik, tidak kira lah apa bentuk amalan baiknya ( beri makan pada seseorang, bantu kesukaran seseorang, sedeqah/infaq tenaga etc ), adakah hamba Tuhan tadi di beri ganjaran pahala pada amalan-amalan baik nya.

Itu sahaja.

Last edited by Yourway on 7-9-2013 03:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 05:43 PM | Show all posts
Arwah ayah saya berpesan, wajib menunaikan solat 5 waktu dlm aper jua keadaan, senang, susah, disaat sakit, disaat sihat...

Sempurna solat, barulah amalan lain2 dikira....

X sempurna solat maka amalan lain sia2 belaka.

Solat tu tiang agama

Tapi kalau tersesat pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 06:57 PM | Show all posts
ye betul.. kat padang mahsyar nanti soalan pertama ialah adakah kita solat atau tak.. kalau tak, maka tak ditanya soalan lain, terus je neraka jahannam.. itu lah yg aku di ajar sejak kecil.. tapi aku pun slalu mencuaikan solat.. sedihnya.. takutnya kalau mati dlm keadaan begini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 07:44 PM | Show all posts


t kaseh novella and rawahah..
okay, member yang lain lain lagi. kongsi ar..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 11:11 PM | Show all posts
solat itu tiang agama maka kalau tiada tiang

aduhaii....yg lain tataulaaaaa...

yg penting krjakan yg rukun  dan wajib

indahkan  dengan sunat...cantikkan , tampungkan  dengan yg sunat ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 11:15 PM | Show all posts
tang amalan lain diberi pahala atau ditetima ni

kena rujuk hadith dan dalik naqli ...


ada banyak persoalan tentang amalan lain - statusnya sama ada diterima Allah atau tidak jika tidak berbuat yg wajib umpamanya

solat
menutup aurat


so banyak persoalan tentang status penerimaan ibaat lain ...

so sesiapa boleh jawab once and for all bagus jugak...

dan lagi satu pengertian sesuatu amalan itu yg nak dikira sebagai ibadah pun kena ikut tatacara syarak jugak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2013 08:12 PM | Show all posts
Saudara teruskanlah ibadah membuat kebaikan itu kerana
Allah Maha memberi kebaikan dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Solat bermakna berhubung dan diritualkan amalannya oleh agama Islam.
Beriman kepada Allah itulah yang paling utama dan selalulah bersyukur
terhadap pemberian nikmat dari-Nya

Semoga saudara mendapat hidayah untuk melakukan solat yang sebenar2nya
yang diredhai Allah Last edited by dinsmann on 8-9-2013 08:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 03:43 PM | Show all posts
salam

siapa hendak Dunia dengan Ilmu
siapa hendak Akhirat dengan Ilmu
siapa hendak Dunai dan Akhirat dengan Ilmu

الصلاة عماد الدين,
فمن اقامها فقد اقام الدين
ومن هدمها فقد هدم الدين

Sholat itu adalah tiang agama (Islam),
maka barangsiapa mendirikannya maka sungguh ia telah mendirikan agama (Islam) itu
dan barangsiapa merobohkannya maka sungguh ia telah merobohkan agama (Islam) itu.


berbuat amalan tapi tak solat .. dapat ganjaran Dunia aje .. Akhirat tiada ..
berbuat amalan dan solat .. dapat gajaran Dunia dan Akhirat serta terhindar dari azab neraka ..



مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا وَزِينَتَہَا نُوَفِّ إِلَيۡہِمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فِيہَا وَهُمۡ فِيہَا لَا يُبۡخَسُونَ

15. Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,
niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia
dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَيۡسَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُ‌ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيہَا وَبَـٰطِلٌ۬ مَّا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ

16. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat,
kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu
apa yang telah mereka usahakan di dunia
dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan*

Maksudnya*: apa yang mereka usahakan di dunia itu tidak ada pahalanya di akhirat.

wassalam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 02:53 AM | Show all posts
solatlah (berhubunglah), duduklah jika tidak mampu, berbaringlah
jika duduk dikau tidak mampu ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:20 AM | Show all posts
Bismillah

ingatlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara.

masih sihat & beraqal kan?
kalau utk yg masih kurang aqal,ada pegecualian . Last edited by mr_evergreen on 13-9-2013 12:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:04 PM | Show all posts
Bismillah

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”
(al-Bukhari)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 09:12 PM | Show all posts
FUH soalan hang ni laaa
memeningkan kepala laaaaaa
pasal tak tau leeeee.......

ni ada kisah sikit.....
ada sorang tu penjaga surau
bila time solat je, dia panggil habis yg ada dekat2 utk bersama2 berjemaah
tapi dia tak pernah pun bersama
bila diintip
rupa2nya
dia SOLAT --(BERSENDIRIAN)
dalam stor buruk surau tu laaaaaa



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:31 AM | Show all posts
memang benar....

pendek kata,

dari segi keutamaan, solat lebih penting dari yg lain...
lebih baik bersolat dan tidak melakukan apa2 amal....


daripada membuat banyak amal tetapi tidak solat.....

dan yg dianjurkan agama adalah bersolat dan membuat amal, iaitu buat kedua2nya......jgn diabaiakan salah satu....

tapi dr segi priority, solat dulu....

wallahua'lam....

sesetengah imam2 muktabar mengatakan kafir jika meninggalkan solat....
begitu beratnya.....

naudzubillah...

mungkin bg setengah org, lebih baik beramal daripada solat....

dan ada jugak yg nampak seseorang yg solat tetapi tidak beramal sebagai org yg buruk.....

tapi dari sumber2 agama mengatakan solat dulu.....walaupun lain2 tidak bagus....maka jagalah solat dulu....

dan bersabarlah.....

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” –



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 01:33 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-9-2013 11:15 PM
tang amalan lain diberi pahala atau ditetima ni

kena rujuk hadith dan dalik naqli ...



nice..     
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur kpdNya kita masih lagi diberikan peluang utk merasai kehidupan di dunia. perihal meninggalkan solat akan tetapi beramal dlm maksud kebajikan hanya mampu dijawab olehNya. saya ingin berpesan2 perihal kisah si pelacur yg memberikan minuman kpd anjing dan akhirnya dimasukkan si pelacur itu kedlm syurga. maka keberadaan diri org yg membuat semata2 kebajikan menderma dgn meninggalkan solat hanya mampu dijawab olehNya.
kerana itulah terdapat hadis mengenai manusia2 yg tidak boleh dibantu Rasullullah diakhirat kelak melainkan hanya Allah jualah yg akan menentukannya. kerana apa yg dinyatakan merujuk kpd amalan yg belum mendapat janji yg diutamakan olehNya. seumpama seorg manusia yg membuat kebajikan sambil lupa utk mengingatiNya.
jawapan : Allah jua yg maha menentukan Last edited by RaptorMan on 11-11-2013 03:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 01:12 AM | Show all posts


tq raptorman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 10:59 AM | Show all posts
Yourway posted on 27-11-2013 01:12 AM
tq raptorman.

adakah nabi meninggalkan kita tanpa petunjuk mengenai persoalan ini dan membuat kita meneka-neka sampai kiamat???

apakah guna nabi diutus kalau semua orag jawap macam ni--------> biarlah Allah tentukan di akhirat.

rugilah nabi dihantar kalau semua persoalan perlu menunggu dijawap di akhirat.....

saudara, apabila anda menyoal dalam hal agama, akan ada ramai org jawap.....

ada yg menjawap ikut pemikiran masing2, ada yg jawap ikut logik, ada yg jawap ikut apa yg Allah beri petunjuk dan nabi beri petunjuk....


tentang soalan anda dalam bab solat, anda bertanya apaka diterima amalan lain, jika tak solat....

sy menjawap menurut apa yg difahami oleh ahlussunnah wal jamaah, yakni Allah bagi guideline kat kita bahawa solat itu penting....
kalau nak buat amalan lain pastikan mengucap dulu kemudian solat dulu, kemudian baru boleh fikir nak buat kebaikan lain.....

memang benar , akhirnya di akhirat nanti Allah akan tentukan segala-galanya, tetapi sementara di dunia kita kena ikut cakap Dia lah.....

tolong jangan terpengaruh dgn post2 yg menyatakan seolah2 tidak mengapa jika meninggalkan solat...sy merayu.....
sy tak mahu anda ditimpa buruk kerana percaya bahawa tidak solat tidak mengapa....

solatlah....


"Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab

bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya,

jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung

dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung."..[7]

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: “Hadis Abu Hurairah adalah hasan gharib”. Juga dikeluarkan oleh Abu Daud dengan maksud yang sama dan ia disahihkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani sebagaimana sebut al-Murakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadis di atas. Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 413.

Last edited by ussopp on 3-12-2013 11:35 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 01:27 AM | Show all posts

ussopp & kawan2 yg di rahmati Allah..

thread ini sy tanya bukan untuk diri saya   hehe..
sy tanya sebab sy terlihat ada sorang dua hamba Tuhan yg ada syahadah,
cuma solat mereka tidak sempurna, sekejap solat... sekejap tingal solat... sekejap solat balik.

kita ahli sunnah wal jamaah dan fiqh kita ikut Imam as-shafie, sudah pasti tiada tolak ansur sikit pun dlm ibadah solat 5 waktu.
wajib di lakukan hatta bersolat dgn isyarat kelopak mata setelah anggota lain tidak boleh berfungsi.

wallahuaklam.




Last edited by Yourway on 5-12-2013 01:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:41 AM | Show all posts
senang je


apa rukun islam ?

apa rukun iman?

so solat ni penting ke tak  akan terjawab

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 01:52 AM | Show all posts


senang ke   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.077427 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list