CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34637|Reply: 176

Erra Fazira Tunggu Masa Dedah Spekulasi Rumahtangganya!

[Copy link]
Post time 9-9-2013 05:18 PM | Show all posts |Read mode
[url=]
[/url]                 
      
   




        KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2013: Sehingga hari ini, belum lagi terurai segala kekusutan yang melanda rumahtangga aktres jelita, Erra Fazira dan Engku Emran.
        Namun Erra Fazira ketika ditemui portal murai.com.my menjelaskan bahawa perkara itu bukanlah disengajakan. Erra Fazira ternyata miliki cara tersendiri untuk menyelesaikan dilema yang dilaluinya itu dan dalam masa yang sama mencari masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan keadaan.
        Kata Erra Fazira, dia kecewa apabila kisah peribadinya diperkatakan dan cerita yang ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan. Lebih menyukarkan lagi keadaan apabila ianya tidak bertemukan dengan sebarang jalan penyelesaian.
        Sebagai anak seni, Erra akur dengan lumrah yang menjadi asam garam kehidupan. Malah dia cuba sibukkan diri, serta mencari masa yang sesuai untuk tampil memperjelaskan segala persoalan yang timbul sebelum ini.
        "Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum.
        "Baru-baru ini saya mengikuti produksi Erma Fatima ke Eropah untuk beberapa siri drama dan telemovie. Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumahtangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama.
        "Saya tidak mahu ianya menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya saya. Jadi lebih baik saya sibukkan diri sementara menunggu waktu yang sesuai memperjelaskan agar semua yang selama ini ditokok tambah akan dapat diperbetulkan semula.
        "Lagipun siapa mahu terus berhadapan dengan situasi sebegini?," katanya.
        Tambah Erra lagi, dia sedar bahawa dia masih berhutang penjelasan mengenai hal rumahtangganya dengan umum.
        Tetapi dia percaya, apabila tiba waktunya nanti, pasti semuanya akan diperjelaskan. Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya).  Kerana itu,  saya menanti waktu yang paling tepat untuk bercakap pasal perkara ini.
        "Apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," ujar Erra dalam nada yang tegas apabila kisah rumahtangganya terus menjadi perbualan umum.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 05:20 PM | Show all posts
hmmmmm all the best
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:20 PM | Show all posts
yahuuuuu..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:26 PM | Show all posts
Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya).


die yg digantung tak bertali ataupun udah cerai nih???
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:33 PM | Show all posts
yawwnnnn
bosan la nak dgr pasal cerai berai retis
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:37 PM | Show all posts
erra suka berahsia...tapi kalau dia digantung tak bertali agak kesian la jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2013 05:38 PM | Show all posts
kalo betul dia cerai harap2 dpt jumpa jodoh yg terbaik yg boleh bimbing dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:38 PM | Show all posts
kalo camtu gaya dia jwb soklan reputz..konfem ada problem lettew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 05:40 PM | Show all posts
kawin dengan orang kaya, camtu la. kene lah tahan laki kene goda dengan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:41 PM | Show all posts
Sesuatu la tu...erra ni byk duit pon ssh nak mengekakanl rmhtangga...sian
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:42 PM | Show all posts
donpapachino posted on 9-9-2013 05:40 PM
kawin dengan orang kaya, camtu la. kene lah tahan laki kene goda dengan orang.

laki die kaya ke..mcm tak je

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:44 PM | Show all posts
lepas ni jd bini kedua dato2 tau!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:46 PM | Show all posts
adakah ini kes perempuan mencuri dari perempuan yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:01 PM | Show all posts
erra fazira ni cantik, nampak pon sopan n matang tp selalu x benasib hal22 rumahtangga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:23 PM | Show all posts
Dah nk cerita, cerita lah...
Adoi..tunggu masa sesuai bilalah agknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:28 PM | Show all posts
Amain tarik tali pulak erra ni.. cerita jelah kalau betul nak cerita.. hek eleh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 06:36 PM | Show all posts
semoga perkahwinannya kekal..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:46 PM | Show all posts
ada baiknya terus diam je... itu kisah peribadinya...dia ada hak tak britau walopun org awam nak tau... yg org2 awam nih kebulur sangat kot nak tau dah cerai ato blom si erra ni...

kalo britau pon ... banyak buruk dari baik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:49 PM | Show all posts
edoraixora posted on 9-9-2013 05:26 PM
die yg digantung tak bertali ataupun udah cerai nih???

Dengar2 dah bercerai tahun lepas lagi...kalo tak silap masa tu bulan November 2012..wallahualam
Last edited by kamikazebelacan on 12-9-2013 12:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:50 PM | Show all posts
perembes posted on 9-9-2013 06:46 PM
ada baiknya terus diam je... itu kisah peribadinya...dia ada hak tak britau walopun org awam nak tau ...

tak beritau pun susah gak...nanti kalo terdating dan org nampak..tak ke org mengata lebih teruk lagi??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.092865 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list