CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17348|Reply: 164

Terlalu Kecewa, Syamsul Yusof Berniat Berhenti Mengarah Filem

[Copy link]
Post time 10-9-2013 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Syamsul Yusof tetapi kenapa wajah ayahnya yang terpampang di’atas? Kerana Syamsul Yusof tidak hadir ke majlis tayangan bersama media untuk filemnya sendiri, KL Gangster 2.

Bercakap kepada media malam tadi, Datuk Yusof Haslam memaklumkan yang anaknya itu tidak dapat hadir ke majlis tayangan semalam kerana masih tertekan dengan isu cetak rompak KL Gangster 2 yang terjadi beberapa minggu yang lalu.

“Emosi Syamsul belum stabil. Jiwanya terganggu akan kejadian rompakan digital terhadap filem KL Gangster 2. Saya faham dengan situasi yang dihadapinya itu”

Dalam majlis yang sama, Yusof Haslam juga ada mendedahkan luahan hati anaknya itu yang mahu berhenti mengarah filem selepas kejadian KL Gangster 2 di’sabotaj ini.

“Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu terus mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya,” tambah Yusof Haslam.

Yusof Haslam menambah lagi jika benar Syamsul Yusof menarik diri dari dunia perfileman Malaysia, ianya satu kehilangan yang sangat besar kerana pengarah muda itu punyai potensi yang tinggi selain mempunyai barisan filem yang berjaya sebelum ini.

“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya”

“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan & tak putus asa”

KL Gangster 2 akan ke pawagam seluruh negara pada 3 Oktober 2013 ini.



sumber= rotikaya
Last edited by miawpink on 10-9-2013 11:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Silalah...
Orang yang tak tahan cobaan ni..payoh nak maju.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:40 AM | Show all posts
memang best KLG2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:41 AM | Show all posts
ayat propa utk ajak penonton menonton filem dia....................sabar SOL..........hidup mmg penuh dugaan........
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:42 AM | Show all posts
hidup tak pernah susah. manja teramat. kalu filem ko bagus, cam mana kena sabotaj pun, ramai je yang sanggup pergi panggung untuk support. acu tengok raja azmi tu.. pilem tak laku relax je buat pilem lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:44 AM | Show all posts
ni bru skit je cobaan..jgn menambah statistik golongan mudah putus asa k syamsul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2013 11:45 AM | Show all posts
ahkak tggu bila mat haron nak wt announcement - 'saya nak benti belakon sbb lakonan saya lebih kers  dr kayu jati'..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:46 AM | Show all posts
abam sol jangan la putus asa !
uwaaaaaaaaaaa
mengarah la lagi
kate pasni nak tumpu pada pilem genre romantic !
pleaseeee
ai masih lagi nak tonton pilem2 abam sol
walaupom ai da tgk KLG2, tapi ai janji ai akan tgk lagi kt wayang nty
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 11:46 AM | Show all posts
aik sebegitu mudah menyerah kalah...

sila belajar dr Raja Azmi..Razak Mohaideen..cmne tekalnya mereka walopon filem tah apa2 x balik modal ttp bikin filem
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:54 AM | Show all posts
jgn risau Sol

da reserved 2 tiket utk KLG2 kat panggung. U go Sol!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:57 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 10-9-2013 11:54 AM
jgn risau Sol

da reserved 2 tiket utk KLG2 kat panggung. U go Sol!!




Last edited by tintin22 on 10-9-2013 12:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:57 AM | Show all posts
sol,cobaan ni be strong man

sol awk kan bakal jadi ketua keluarga,syarikat sol kena kuat
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:59 AM | Show all posts
sol...sol..sol..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:01 PM | Show all posts
tak cukup ooommmmpppphhhh lah ugut nak berenti
u can fake your own death if u want to, ala2 tragik sikit kalu bulih
niscaya kutipan pecah panggung punya
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:04 PM | Show all posts
kalau tak mengarah filem..keje apa yg sol ni leh buat eh??apa kelulusan dia tu??saja tanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:07 PM | Show all posts
tintin22 posted on 10-9-2013 11:57 AM
濡

kesian Sol kan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 12:09 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 10-9-2013 12:07 PM
kesian Sol kan.

Btl,donis bertambah kejam

manusia la penyebabnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:12 PM | Show all posts
tintin22 posted on 10-9-2013 12:09 PM
Btl,donis bertambah kejam

manusia la penyebabnya

kasihani lah Sol manusia lemah tidak berdaya melawan doniya yg semakin kejam
Sol! jgn kau cuba memencilkan dirimu kerna aku amat memerlukan mu...
cehhhhh..........
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:14 PM | Show all posts
sabarlah sol, nak buat mcm mana, ai dh tgk, mmg bst kl gangster 2 ni!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:16 PM | Show all posts
sol...sol...anggap la sume ni ujian dr Allah taala... igtlah.. x semestinya kita berada kt atas je setiap masa...kadang2 Allah uji nak tgk sejauh mana hamba2 Nya ingat pada Pencipta.....

Allah uji sbb Allah tau takat mana hambaNya boleh bertahan ke tidak...sabar la sol....redha ngn ujian Allah..bangkit balik bukan pasrah.....

p/s: errr motip kak tipah jadi ustazah bakyah plak ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.477617 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list