CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5219|Reply: 31

Sam nak jadi bilionair!

 Close [Copy link]
Post time 10-9-2013 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Rasanya belum terlambat SS nak ucapkan ‘Happy Belated Birthday’ kepada pelakon kacak paling popular Shaheizy Sam.

Anak bujang pelakon Khaty Fauziah itu menyambut hari jadinya yang ke-31 pada 4 September lalu dan pada hari berkenaan kebetulan rakan SS berjumpa Sam di pejabat MIG, di Petaling Jaya.



Dalam pertemuan itu, rakan SS sempat berta­nya Sam apakah impian atau ‘special wish’ yang terlintas di hatinya sempena ulang tahun kali ini. Tanpa berfikir lama, Sam terus berkata dia teringin nak jadi bilionair!

Wah... terkedu sekejap rakan SS mendengar impian Sam itu. Memang hebat bukan? Bagaimanapun, SS tidak terkejut kerana SS yakin tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana setiap cita-cita dan angan-angan manusia itu boleh menjadi kenyataan kalau ia dibajai dengan usaha.

Secara logiknya, kalau Sam teringin hendak jadi seorang bilionair, tentulah ketika ini dia sudah pun menjadi jutawan. SS tak terkejut kerana Sam memang antara artis Malaysia yang paling laris ketika ini dan dia juga sudah bergerak menjadi seorang produser bersama kakaknya, Zizie Ezette.

SS difahamkan, SS sudah pun membeli rumah sendiri, kereta dan bermacam lagi aset semuanya daripada bakat dan hasil titik peluh­nya sendiri. Selain itu, Sam mula berminat menceburi dan melabur dalam bidang hartanah untuk mengukuh­kan lagi aset dan dananya.  

Malah, kata rakan SS lagi, Sam ada idolanya sendiri dalam bidang perniagaan. Dia tidak lain daripada Donald Trump, tokoh perniagaan tersohor di dunia. Trump adalah Pengerusi Donald Trump Organization selain mengasaskan Trump Entertainment Resorts.

Bagi SS, apa yang diimpikan Sam itu tidak mustahil dicapai jika dia terus berusaha dengan gigih daripada sekarang kerana usianya pun masih muda. SS suka berkongsi impian Sam itu kerana ia boleh membakar semangat kepada anak-anak muda lain yang ingin menceburi bidang seni dan perniagaan.

Apa yang penting, kita janganlah bersikap boros pada usia muda, banyak menabung dan melabur. Selain itu, kekalkan sikap merendah diri dan membayar zakat. Insya-Allah harta kita akan menjadi lebih subur.

Rakan SS juga sempat usik Sam, rumah dan kereta sudah pun dibeli. Namun bila pula Sam hendak membawa masuk isteri ke dalam rumahnya yang cantik itu?

Tentu ibunya, Mummy Khaty akan lebih gembira kalau Sam bertemu jodoh dengan gadis yang baik untuk menjaga dirinya agar lebih sempurna. SS sebenar­nya sangat berbangga de­ngan pencapaian Sam dan harap-harap dia akan terus berjaya dalam hidupnya.


SS: Sedih melihat ada artis hutang keliling pinggang untuk hidup mewah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 05:57 PM | Show all posts
billionair? tue either keturunan kaya atau buat bisnes yg untung ganda2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 06:15 PM | Show all posts

billionair?? klu dalam matawang indonesia rupiah bolehlah..tapi tak mustahil klu kerja keras..siang malang kerja..kerja..kerja..tanpa henti
OT..teringat kawan aku kerja kat butik ternama di ION Orchard..dia ckap minggu lepas ada ibu indonesia beli jamtangan berharga 1 juta lebih SGD..
wow..!!mcm nak keluar mata aku bila dia bercerita..dia confuse dgn 000 dibelakang kot..apa2 pun kawan aku kenyang sebab dia dpt incentive..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 06:19 PM | Show all posts
gud luck mommies boy...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Harusla jadi bilionaire.... kalu x.. camno nak pikat pajurah!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 06:39 PM | Show all posts
Sekarang dah jutawan lah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2013 07:11 PM | Show all posts
happy belated birthday? SS kalau ada masa lapang elok pergi belajar bahasa english dari tulis berita merapu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 07:11 PM | Show all posts
semoga impian sam tercapai.. amiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 07:13 PM | Show all posts
lepas ni boleh lah gantikan datuk K>..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 07:14 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-9-2013 07:13 PM
lepas ni boleh lah gantikan datuk K>..

kau dah ada rival
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah jadi billionare, comfirm missfake suka
ye lah..nak jadi tuan puteri macam banyak halangan je kan :lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 07:24 PM | Show all posts
redz85 posted on 10-9-2013 07:14 PM
kau dah ada rival

rival ? tu nickname aku je lah.. aku jual goreng pisang.. ne boleh jd billionaire masalahnye aku suka spaggeti, tp jual pisang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 07:30 PM | Show all posts
sam2..mati matian ko keje sbb fake.fake mne pandang org misekin ni
jgn nanti die dpt sambung ngan kekasih lame ko kene tinggal terkulat2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 07:43 PM | Show all posts
semoga tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 08:36 PM | Show all posts
konpem da jutawan... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 08:59 PM | Show all posts
selamat maju jaya kepada Sam. doakan yg terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 07:05 AM | Show all posts
semoga tercapai lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
insyaallah.. Berkat doa n restu mummy..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy pun nak jadi billionaire gak ... Moga berjaya, Sam
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:52 AM | Show all posts
pasni leh la pinang fakezura hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.208156 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list