CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lynn9

Cerpen: Sinar Cintamu~Tamat

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2013 01:46 PM | Show all posts
mazz2009 posted on 18-9-2013 01:29 PM
menanti cite selanjutnya......

Insya Allah...soon....



Improvement begins with "I"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2013 03:59 PM | Show all posts
Keesokkan harinya aku pulang ke KL dengan semangat baru. Aku tidak mahu memandang kebelakang lagi.  Bukan ke semalam itu sudah pun menjadi satu sejarah.  Tak ada gunanya aku meratap cinta yang tak kesampaian.  Kisah aku dan Mira, segala-galanya terjadi begitu cepat. Kami tidak banyak ruang dan peluang. Takdir yang tertulis di Luh Mahfuz. Kata-kata terakhir Ahmad sebelum aku berangkat pulang masih terngiang-ngiang di telinga.  

“Manalah tahu, Mira tak jadi kawin ke…ataupun jadi janda ke nanti…ada lagi peluang hang” ujar Ahmad sambil tersengih-sengih.  

Aku tahu Ahmad bergurau, cuba menyedapkan hati aku.  Tapi aku rasa tertampar juga dengan kenyataan itu.  Bila dah jadi bekas orang lain baru aku ada peluang ke?  Hina sangat ke kalau aku ambil bekas orang lain?  Kalau begitu tidak terbelalah nasib perempuan seperti Mazuin?  Padahal cinta tak pernah mengenal itu semua.  Paras.  Rupa. Asalkan bahagia.  Saling memahami.  Masyarakat yang sering melabelkan, itu masalahnya.

Sepanjang perjalanan pulang aku berbahas dengan diri sendiri.  Bukan mahu membela diri kerana perasaan aku pada Mazuin, tapi kenyataan. Kalau dah suka sama suka, boleh saja enggang dan pipit terbang bersama.  Apa salahnya.  Sekurang-kurangnya aku jelas dengan status dirinya.  Daripada dapat anak dara yang tak berdara.  
Last edited by Lynn9 on 18-9-2013 04:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 12:01 AM | Show all posts
lgi  ...jgn berhenti disini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 09:01 AM | Show all posts
Sampai di KL aku tidak terus pulang ke rumah.  Aku mahu berjumpa dengan Mazuin.  Aku ada bawakan kuah rojak Mak Bee yang dia pesan.  Orang mengandung…biasalah mengidam.  Nasib baiklah dia mengidam benda yang senang cari.  Tiba-tiba teringat pula kisah Dang Anum mengidam makan nangka milik sultan.  Kalau aku jadi Laksamana Bentan, aku pun akan mengamuk menuntut bela.  Ada darah pahlawan mengalir dalam tubuh tiba-tiba.  Aku tersengih sendiri.

Bila aku tiba di destinasi pertemuan yang dijanji, Mazuin telah pun menunggu.  Dia melemparkan senyum manis pada aku.  Seperti biasa aku menyambut dengan senyum meleret.  Senyum dari hati.  Entah kenapa malam itu aku nampak wajah dia berseri-seri.  Mungkin hanya pada pandangan mata aku.  Atau sebab dalam hati ada taman?  Aku tersengih sendiri lagi.

“Sorry kalau you dah lama tunggu…” ujar aku sambil melabuh punggung.

“It’s ok, I pun baru je sampai”

Aku menghulur beg plastik yang mengandungi setengah dozen kuah rojak Mak Bee yang dia pesan.  

“Banyak nye…” Mazuin membeliakkan mata.

“Tak pe you boleh buat stok” kataku.  Sambil tersengih-sengih.  

Entah kenapa hati rasa berbunga-bunga malam itu.  Perasaan gundah  siang tadi hilang serta-merta.  Kami berbual rancak sambil menikmati makan malam.  Aku suka tengok wajah ceria Mazuin bila aku buat lawak bodoh. Dia nampak bahagia. Tapi aku perasan juga sekali-sekala dia mengerut muka.  Dia terdiam seketika.  Bila aku bertanya, dia hanya tersenyum lesu sambil menggeleng kepala.  Walau rasa pelik aku meneruskan cerita. Tapi hati aku dapat rasa yang dia mula hilang fokus.  Sering terdiam seketika.  Namun setiap kali aku bertanya dia hanya menggeleng kepala.

“You tak sihat ke?” tanya aku, bila aku lihat wajahnya sedikit lesi.  Dan kali ini dia mengangguk lemah.  

Aku melambai ke arah waiter meminta bil.  Kemudian kami berjalan menuju ke tempat letak kereta.  Sewaktu berjalan menuju ke kereta, dia menghentikan langkah.  Aku menoleh memandang wajah Mazuin.  Dia memandang ke bawah lalu memandang ke muka aku.  Mukanya pucat seperti baru nampak hantu.  Aku sedikit kaget.

“Hisham…I rasa…my water bag…”

Kali ini muka aku pula yang pucat lesi.  Air ketuban Mazuin pecah.  Dia nak beranak ke? Alamak! Paniknya aku.  Aku macam orang kebingungan.  Tak tahu apa nak buat.  Otak aku buntu.  Aku menelan liur.  Penyakit gelabah aku datang lagi.

“I..I..need to go to the hospital…” ujar Mazuin lagi sambil memandang muka aku.  Yang tercegat tidak berdarah.  

Sebenarnya otak masih cuba memahami apa yang sedang berlaku.  Bila otak dapat memproses apa yang berlaku aku segera menuntun tangan Mazuin masuk ke perut kereta.  Aku bergegas ke hospital.  Hampir semua lampu isyarat aku langgar.  Hendak sampai ke hospital segera.  Takut-takut Mazuin terberanak dalam kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 12:37 PM | Show all posts
Sampai di hospital Mazuin segera di bawa ke bilik bersalin.  Aku terus mengekorinya.  Aku memandang wajah Mazuin yang menahan kesakitan.  Hati aku berdebar-debar.  Jantung berdegup kencang.  Resah gelisah.  Macamlah dia itu isteri aku.   

“Awak suami patient ke?” tanya doktor berkaca mata itu.

Entah kenapa laju saja kepala aku mengangguk.  Dia membenarkan aku menemani Mazuin ke bilik bersalin.  Bila aku toleh memandang ke muka Mazuin,   dia menggeleng-gelengkan kepala.  Tak tahulah dia geleng sebab dia sakit ke atau sebab dia tak bagi aku masuk.  Yang aku tahu laju saja kaki aku melangkah masuk.  Yang terlintas di fikiran aku pada saat itu adalah, Mazuin perlukan seseorang untuk menemaninya di bilik bersalin.

Aku genggam tangan Mazuin erat-erat dan memberikan kata-kata semangat padanya.  Di saat getir bertaruh nyawa.  Tak taulah samada aku berfikir secara rasional atau pun tidak.  Tapi itu saja yang muncul di kotak fikir.

Apabila doktor menyerahkan bayi lelaki Mazuin kepada aku.  Tangan aku menggeletar menyambut.  Hati terasa sebak.  Entah kenapa.  Aku serahkan bayi comel itu kepada Mazuin.  Ada air mata yang mengalir membasahi pipinya.  Aku rasa kagum pada wanita yang bertarung nyawa.  Membuatkan aku tiba-tiba rindu pada ibu.  Sayang yang menggunung.  

Mazuin memandang wajah aku dengan mata berkaca.  Air matanya semakin laju turun.  Dia sungguh terharu.  Tidak pernah menyangka yang akan ada seseorang menemaninya di bilik bersalin.  

Bila doktor menyuruh aku menunggu di luar.  Aku melangkah keluar.  Longlai.  Menyandar badan ke dinding sambil meraup rambut dengan kedua belah tapak tangan.  Serasa bagai sedang bermimpi.  Sedikit keliru dengan apa yang baru saja terjadi.  Biar betul Hisham.  Aku sedang bermimpi ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 02:04 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 23-9-2013 12:37 PM
Sampai di hospital Mazuin segera di bawa ke bilik bersalin.  Aku terus mengekorinya.  Aku memandang  ...

ambil je la mazuin jadi isteri yang sah...kasihan dia...lupakan mira...huhuhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2013 01:54 PM | Show all posts
Aku menghirup kopi panas yang baru aku beli dari vending machine di tingkat bawah sebentar tadi.  Di saat ini tubuh aku sangat-sangat memerlukan kafein.  Serasa haba panas kopi turun memenuhi ruang dada.  Macam nak terbakar dada aku.  Panas gila kopi ini.  Gerutu aku dalam hati.  Padahal salah sendiri.  Tak menyempat-nyempat meneguk.  Padan muka sendiri.  Sudahnya aku mengurut-urut dada sambil tersenyum sumbing.

Aku melabuhkan punggung di kerusi menunggu di lobi.  Perasaan aku masih lagi berbaur.  Masih lagi cuba memahami satu-satu babak yang berlaku tadi.  Kerana semua yang berlaku sebentar tadi adalah di luar jangkaan.  Paling tidak, antara sedar dan tidak sedar.  Terlalu pantas.  Aku menghela nafas panjang.

Aku tidak dapat bayangkan kalau Mazuin terpaksa bertarung nyawa sendirian.  Tanpa kata-kata semangat dan sokongan dari orang yang disayangi.  Sayangi? Maksud aku orang yang dikenali.  Dan bila aku memandang wajah bayi lelaki Mazuin tadi, hati aku rasa sebak.  Aku yang membisikkan azan ke telinganya tadi.  Wajahnya bersih.  Suci.  Aku rasa seperti ada satu perasaan aneh yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.  

“Anak lelaki ke perempuan?”

Aku mengangkat muka memandang wajah lelaki yang ku kira lewat 30-an itu.  Lelaki yang berselisih dengan kami sewaktu hendak ke wad bersalin tadi.  Dia pun mengiringi isterinya tadi.

“Err…lelaki..” ujar aku sambil tersenyum sumbing.  

Perasaan aku ketika itu sama macam perasaan aku sewaktu melangkah masuk ke dewan perperiksaan.  Jantung berdegup laju dari biasa.  Dia menghulur salam sambil mengucapkan tahniah pada aku.  

“Abang dapat anak apa?” tanya aku.

Menutup kegugupan.  Sambil menghirup kopi yang semakin sejuk.

“Alhamdulillah…anak lelaki juga”

Aku mengangguk-angguk macam ayam patuk padi.  Fikiran sebenarnya melayang ke tempat lain.  Aku tidak betah berbual panjang.  Takut nampak ketara kejanggalan aku nanti.  Aku meminta diri.  Rasanya lama dah aku tinggalkan Mazuin tadi.

*****************************************************************************************
  
Seperti telahan aku tadi, Mazuin telahpun di bawa ke wad di tingkat 6.  Aku menguak pintu bilik yang menempatkan Mazuin seperti yang dimaklumkan di kaunter depan tadi.  Wajah Mazuin nampak bercahaya walaupun kelihatan lesu.  Maklumlah penat bertarung nyawa.  Pengorbanan seorang ibu yang tiada galang gantinya.  Dia melemparkan senyum pada aku.  Aku membalas dengan senyum pendek.  Sambil menarik kerusi di sisi katil.
  
“You ok ke?” tanya aku.  Soalan bodoh aku kira.  Baru lepas bergadai nyawa, soalan itu yang aku tanya?.  Mazuin hanya mengangguk.

“Hisham…thank you so much...” ujar Mazuin lembut.  Terharu.

Aku hanya mengukir senyum.  Sambil melempar pandangan ke dinding.  Lidah terasa kelu.  Masih cuba mengumpul semangat untuk berkata-kata.  Dan entah dari mana datangnya semangat tiba-tiba.  Aku pandang mata Mazuin dalam-dalam.  Kalau boleh mahu tembus terus ke dalam hatinya.

“Mazuin, sudikah you menjadi isteri I?”

Kali ini Mazuin yang menelan liur.  Dia memandang aku tanpa berkedip.  Sekali lagi dia tunjuk reaksi wajah yang sama sewaktu air ketubannya pecah tadi.  Wajah yang tidak berdarah.  Tiada sepatah pun kata-kata yang keluar dari bibirnya.  Membuat aku rasa terpempan.  Meneguk liur.  Tapi aku gagahkan juga diri untuk menyuarakan hasrat hati sekali lagi.  Aku mahu dia tahu yang kata-kata itu lahir dari hati aku yang suci dan ikhlas.
  
“Mazuin, sudikah you kalau I jadi ayah kepada anak you?”

Matanya mula berkaca.  Kali ini dia memandang jauh ke dalam mata aku.  Tiada kata-kata yang mampu keluar dari kerongkong.  Air mata tumpah mengalir ke pipinya.  Dan aku dapat melihat ada sinar cinta di dalam matanya.  Sinar cintanya untuk aku.  Aku tersenyum bahagia.

Tamat….
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 03:00 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 25-9-2013 01:54 PM
Aku menghirup kopi panas yang baru aku beli dari vending machine di tingkat bawah sebentar tadi.  Di ...

errkkk...betul2 tamat ke nih...mcm baru nk panas baca story nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2013 03:13 PM | Show all posts
suria74 posted on 25-9-2013 03:00 PM
errkkk...betul2 tamat ke nih...mcm baru nk panas baca story nih...

hehehe...x pe ada citer baru nanti...support eh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 04:14 PM | Show all posts
tader edisi SE ka..??cam napas terlekat kat kerongkong..baca2 dah tersangkut...hoho..
cerita yg menarik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 02:19 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 27-9-2013 04:14 PM
tader edisi SE ka..??cam napas terlekat kat kerongkong..baca2 dah tersangkut...hoho..
cerita yg men ...

Sorry x de SE...tak pe nanti i buat sequel Sinar Cintamu.

now working on my next cerpen...tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:05 PM | Show all posts
Baru sempt bc cte ni...best rupanya!

Next story pls...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:20 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 25-9-2013 01:54 PM
Aku menghirup kopi panas yang baru aku beli dari vending machine di tingkat bawah sebentar tadi.  Di ...

nape ending dia kawin ngn mazuin???apa jadi kat mira???
mira leh terima ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 07:38 AM | Show all posts
sarizu posted on 13-10-2013 02:05 PM
Baru sempt bc cte ni...best rupanya!

Next story pls...

Salam..thanks for your support

citer baru dah ada please check out "Episod Cinta Amir" genre berbeza sket....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 07:40 AM | Show all posts
qasehnuramy posted on 13-10-2013 02:20 PM
nape ending dia kawin ngn mazuin???apa jadi kat mira???
mira leh terima ke???

ala...you Mira dah bertunang kan...so x de jodoh setakat ini
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:50 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 17-10-2013 07:40 AM
ala...you Mira dah bertunang kan...so x de jodoh setakat ini

ala tunang je kan....
xleh trima la ending mcm ni....
kasi la happy ending...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 08:55 AM | Show all posts
qasehnuramy posted on 17-10-2013 11:50 AM
ala tunang je kan....
xleh trima la ending mcm ni....
kasi la happy ending...

hehehe i pun nak dia kawin ngan Mira, tapi Hisham nak kawin ngan Mazuin gak...

tak pe nanti i buat sequel eh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 11:05 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 18-10-2013 08:55 AM
hehehe i pun nak dia kawin ngan Mira, tapi Hisham nak kawin ngan Mazuin gak...

tak pe nanti i b ...

alaaa mazuin tu kasi la kat lelaki lain....
mira tu biar la tunang dia curang and last dia trima hisham....
..... ^^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 06:47 AM | Show all posts
qasehnuramy posted on 18-10-2013 11:05 AM
alaaa mazuin tu kasi la kat lelaki lain....
mira tu biar la tunang dia curang and last dia trima  ...

tak pe Hisham kan ada 3 lagi quota...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:23 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 26-10-2013 06:47 AM
tak pe Hisham kan ada 3 lagi quota...

ish xnk la kasi madu............
madu xsemanis madu................
nk bawa diri la....
kecewa ngn hisham...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.085983 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list