CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4603|Reply: 25

[Tempatan] Bom Berdakwat Cegah Rompakan Mesin ATM!

[Copy link]
Post time 12-9-2013 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Bom Berdakwat Elak Rompakan Mesin ATM                           
        Demonstrasi letusan bom berdakwat.

PETALING JAYA: Pencuri yang merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan ditinggalkan dengan kepingan wang kertas yang tidak bernilai jika cadangan Bank Negara dilaksanakan. 'Bom berdakwat' akan diletakkan di dalam mesin ATM dan jika mesin ini diganggu oleh sesiapa sahaja, bom tersebut akan meletus menyebabkan wang kertas bertukar kepada warna merah dan mudah dikenalpasti sebagai wang curi.


Bank Negara, dalam garis panduan bertarikh 26 Ogos memanggil bank dan Syarikat Transit Tunai mempertimbangkan penggunaan alat perlindungan mata wang (CPD) untuk menghalang kecurian ATM. Syarikat keselamatan tempatan, Extro Kod Sdn Bhd pada Rabu telah melakukan demonstrasi pek CPD atau pek pewarna yang sudah berada di pasaran.


Pengarah teknikalnya, Mohd Zaki Sulaiman berkata sebaik sahaja dipasang, pek pewarna akan meletus apabila seseorang cuba memecahkan mesin ATM. "Peranti ini seperti seperti bom asap yang mengeluarkan dakwat ke setiap lapisan wang kertas dalam ATM," katanya.
Mohd Zaki berkata, sebenarnya tidak ada letupan yang berlaku tetapi terdapat haba dan kepanasan apabila CPD bertindak balas.
"Mekanisme letusan sebenar adalah rahsia perdagangan," katanya.


Beliau berkata dakwat yang dikenali 'Disperse Red 9' ini tidak berbahaya. Beliau berkata, dakwat itu diimport tetapi CPD sebenar dibangunkan dan dikeluarkan dalam negara. Mohd Zaki enggan mendedahkan kos setiap pek pewarna dan kos pemasangan.


"Siapa yang membayar untuk peranti ini akan bergantung kepada Bank Negara dan bank-bank," katanya. Beliau berkata terdapat empat pembekal mesin ATM di negara ini tetapi pemasangan pek-pewarna ke dalam mesin yang berbeza tidak menjadi masalah.


Garis panduan Bank Negara menyatakan bahawa CPD akan mengeluarkan pewarna berwarna cerah oleh asap, cecair atau mana-mana ejen lain untuk 'mencemarkan' mata wang dalam mesin ATM sekiranya ia diceroboh.
Ini akan membolehkan pihak berkuasa dan orang ramai dengan mudah mengenal pasti wang kertas yang dicuri dan rosak, menyebabkan ia tidak boleh digunakan.


Garis panduan ini juga menetapkan syarat-syarat untuk wang kertas ini diganti. Antaranya:
> Dakwat ini perlu kekal dengan air, bahan api, gas, peluntur dan detergen.
> Ia mesti kotor sekurang-kurangnya 10 peratus.
> Ia dapat dikesan dan ditolak oleh mesin pengesahan wang kertas yang digunakan oleh bank seperti Mesin Deposit Tunai.
> Ia mesti tidak berbahaya dan bukan toksik.


Jika bank menerima semula mata wang yang mempunyai pewarna, mereka boleh mengemukakannya kepada bank pusat untuk penilaian.
Juruwang juga akan dilatih untuk mengesan wang kertas ini. Orang ramai dan peruncit akan dinasihatkan untuk tidak menerima wang kertas yang mempunyai pewarna kerana ia mungkin wang yang dicuri.


Dengan langkah ini, Bank Negara percaya akan dapat mengurangkan kes rompakan ATM. Di Amerika Syarikat, bank mempunyai bom pewarna dalam peti besi dan mana-mana orang yang tidak diberi kuasa dan cuba mengeluarkan wang akan menyebabkan bom meletus dan semua wang serta perompak berlumuran dakwat.
         



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 12:23 PM | Show all posts
go go go

br la keje2 rompak atm kurg skit

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 12:26 PM | Show all posts
tukang masukkan duit pun kena berhati2 jugak,,tapi apa pun,langkah ini mmg baik
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 12:26 PM | Show all posts
satu inovasi juga nie....syabas
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 12:31 PM | Show all posts
baru je tengok cerita apa yek beberapa minggu lepas.. blue bloods kot pasal ada satu couple ni buat serangan kat bank amik cash.. dua-dua orang ni terkena asap colour biru ni so senang nak kenal pasti yang depa la buat rompakan bank tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 12:33 PM | Show all posts
kasik taruk c4 xbolelke, atau gas klorofom, sedar2 perompak dh masuk dlm jel, mudahkan kije polis nk tangkap perompak2 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2013 12:47 PM | Show all posts
Kalau untuk tujuan baik elok le dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:32 PM | Show all posts
haha. pewarna ni nnti penjenayah boleh hilangkan.. bijak mana security bijak lg penjenayah. sebab security ada kelemahan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 01:34 PM | Show all posts
duit2 ni pasti ada cecair boleh cuci? sebab rasanye xberbaloi utk bank cetak duit semula? baik cuci duit tu dan recycle dalam market.. kih3..

lepas ni penjenayah kena belajar ilmu kimia.. kesian siapa jd penjenayah fail chemist masa SPM
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:35 PM | Show all posts

pakai bom asap buat sendiri pon boleh....google jer kat tenet


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:45 PM | Show all posts
kat USA, sistem ni dah ada rasanya..mcm pernah tertengok dlm movie.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:48 PM | Show all posts
harap2 menjadik
biar kurang jenayah curik atm
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:48 PM | Show all posts
duit yang kena kaler boleh nak di hilangkan warna nye.....saya pernah try...80 persen menjadi la...amek garam sedikit campur dengan air...amek klorofom.....biarkan sejuk sedikit dalam peti...dalam masa 10 minit bawak kuar....pastu lapkan dekat duit tu....tadaaaa............sental kuat sket kalu...mmg macam baru la
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 03:52 PM | Show all posts
Dakwat yg lekat kat jari pun boleh hilang ...

Inkan pula duit yg kena dakwat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:23 PM | Show all posts
bagus..kat UK dah lama buat mcm ni..
cuma kalu pencuri yg curi duit tu...lepas dia curi duit yg kena ink....
dia masuk pulak dlm CDM machine (Deposit)..duit tu pun flow & mix ngan duit2 lain..
camne tu ? apa pulak preventive action utk mengatasi kes2 mcm tu..
(maklum le org Malaysia ni..bab2 menipu mmg no 1)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 04:37 PM | Show all posts
dah kena rompak berjuta2 baru come out dengan idea ni....anyway...kalau gas tu beracun lagi bagus...biar kojol terus perompak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:48 PM | Show all posts
jgn beli dgn vendor SPR sudahhh...
masa demo semuanya OK
masa real semuanya OUT!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:59 PM | Show all posts
gaara_X posted on 12-9-2013 12:26 PM
satu inovasi juga nie....syabas

maaf Beb ...potong steam ...ni udah lamo ...doket luar negaro ...baru nak kutip pakai ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 05:05 PM | Show all posts
shiro82 posted on 12-9-2013 03:50 PM
astrok.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=753394&extra=page%3D2

rasanya my thread awal sikit dari thread tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059368 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list