View: 27146|Reply: 204
|
Belum tayang dah dapat 10 juta!! Hans Isaac ko kena belajar dari Yusri !!!
[Copy link]
|
|
'Vikingdom' Dapat Pulangan RM10 Juta Sebelum Tayangan
PETALING JAYA: KRU Studios telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta menerusi filem Vikingdom: The Blood Eclipse sebelum ia ditayangkan di seluruh negara bermula 12 September 2013.Pengarahnya, Yusry Abdul Halim berkata, jumlah itu adalah hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.
"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem itu di Sunway Pyramid di sini, malam Rabu.
Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.
Ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon-pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.
Dalam pada itu, Yusry berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan penghasilan filem berkenaan kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon luar negara. Malah Yusry menyifatkan Vikingdom sebagai permulaan baharu terhadap industri perfileman di Malaysia.
"Apabila kami memulakan projek berkenaan kami sedar tentang semua cabaran yang harus dihadapi.
"Bagaimanapun semua pihak yang terlibat berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan projek ini satu realiti," katanya.
Filem tersebut menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak.
suumber : mstar.com.my
Last edited by xanderz on 15-9-2013 01:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kepada mereka yang terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
congratz. selepas hikayat mahawangsa tu, xmo dah aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar posted on 13-9-2013 08:44 AM ![](static/image/common/back.gif)
congratz. selepas hikayat mahawangsa tu, xmo dah aku tgk
kau ada juga tengok.. aku langsung tak.. gara gara members kata tak best... lemahkan semangat aku
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib la ada banh yosry...nak harap dabik teoh...hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
bajet 20 juta, kena dapat 10 juta lagi baru balik modal
kat malaysia rasa susah nak dapat 10 juta tu, campur kutipan luar negara mungkin boleh lah kot
Last edited by RED 666 on 13-9-2013 09:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
x reti nak appreciate citer2 dorg nih .. hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
mesti lepas ni Yusri bleh dpt title 'datuk' kan.. congrats.. Lisa plak title Datin.. aaawww.. gigit jari Erra.. (eh.. tetibe plak) hehehee.. |
|
|
|
|
|
|
|
congrats kru
mohon repair wajah edry
huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Harap2 storyline dia pun meletop. Takut pasni pengedar filem kat luar negara tu pun serik nak beli filem kru mc mana seriknya aku nak nontonnya.. filem kru ni menang kat effort jek tp jalan cerita mmg hampeh tahap gaban! |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku rasa Vikingdom ni pun akan ke laut Merong? Harap2 salah lah jangkaan aku ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Taubat dah nak g tengok cite karya KRU..kelaut jah semuanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah KRU!
Abang Sol mesti makin sedih...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|