CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6475|Reply: 7

Operasi Perang Saraf Anti Komunis Ketika Darurat (14 Gambar)

[Copy link]
Post time 14-9-2013 12:34 PM | Show all posts |Read mode



Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Sungguhpun begitu Parti Komunis Malaya enggan mengiktiraf kemerdekaan ini dan masih menganggap Malaya masih di bawah telunjuk Britain. Pada pendapat mereka Malaysia kini menjadi negara vasal dengan Tunku Abdul Rahman menjadi boneka Inggeris. Selepas Merdeka operasi perang saraf keatas komunis di seluruh Tanah Melayu diteruskan. Operasi perang saraf ini sudah berlangsung sejak Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ratusan juta helai pamplet propaganda anti komunis ditaburkan di kawasan-kawasan yang dipercayai menjadi kubu kuat komunis. Pada tahun 1949sahaja 3.75 naskah akhbar dan 50 juta pamplet propaganda digugurkan! Pada tahun 1956 pula 100 juta pamplet propaganda digugurkan! Woah!


Operasi pengguguran pamplet propaganda dilakukan menggunaan pesawat C-47 Dakota, Taylorcraft Auster dan Vickers Valetta milik Royal Air Force. Pamplet yang digugurkan memohon askar komunis supaya menyerah diri. Sebelum Merdeka Tunku Abdul Rahman membuka tempoh pengampunan kepada askar komunis yang menyerah secara sukarela. Selepas tawaran ini ditutup pada tahun 1958, pamplet memaparkan mayat anggota komunis yang terkorban pula digugurkan. Selain itu terdapat juga pamplet yang menunjukkan hipokrasi anggota tertinggi PKM. Wajah anggota tertinggi dengan wanita simpanan mereka adalah antara taktik perangs saraf yang digunakan. Terdapat juga pamplet berbentuk ganjaran kepada anggota komunis yang berjaya membunuh ketua mereka serta ganjaran berupa wang kepada mereka yang menyerahkan senjata.


Selain penggunaan pamplet sistem audio juga digunakan. Pesawat C-47 Dakota dilengkapkan dengan sistem pembesar suara berkuasa tinggi Magnavox. Sistem pembesar suara ini boleh didengari sejauh 3 batu jauhnya.


Majoriti pamplet yang digugurkan adalah dalam bahasa Cina namum terdapat juga pamplet dalam bahasa inggeris, melayu dan tamil. Orang besar yang bertanggungjawab mejalankan operasi PsyOps pada waktu ini ialah Tan Sri Dr C C Too. Tan Sri Too Chee Chew dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1920. Beliau bertugas di Unit Perang Saraf dari tahun 1951 sehingga persaraan beliau pada tahun 1983. Beliau ialah otak yang memikirkan taktik terbaik untuk memujuk ahli komunis untuk meletakkan senjata. Sebelum kehadiran beliau taktik yang digunakan oleh British adalah kurang efektif. Masalah pada waktu itu ialah pegawai British tidak mempercayai kakitangan berbangsa cina yang mereka rasakan pro komunis. Tan Sri Too pada awalnya meletak jawatan kerana keengganan pegawai atasan British untuk berkongsi maklumat yang boleh digunakan sebagai bahan propaganda. Beliau mengkritik taktik yang digunakan British yang dirasakan kurang memahami budaya cina.


Selepas beliau menjadi ketua unit perang saraf Tan Sri Too menukar taktik yang sedia ada. Pamplet propaganda yang dihasilkan kini bukan berunsur fakta tetapi lebih kepad menunjukkan kegagalan komunis. Tan Sri Too berkata orang cina tidak suka"dibacakan khutbah" tentang kebaikkan pihak pemerintah tetapi lebih mudah mempercayai keburukan anggota PKM. Beliau juga menyedari wang ialah cara terbaik untuk memujuk ahli komunis yang kelaparan di tengah hutan. Selain daripada itu beliau mereka pamplet yang bewarna seperti tanah dan pasir. Ini bagi memudahkan ahli PKM yang ragu-ragu dengan perjuangan untuk menyorokkannya dari ketua mereka. Sebelum ini pamplet bewarna merah digunakan. Pamplet propaganda yang digugurkan ini berjaya dimusnahkan ketua berpangkat tinggi sebelum dapat dibaca oleh askar PKM yang berpangkat rendah.


Kehebatan Tan Sri Too diiktiraf sehingga beliau dilantik menjadi penasihat bahagian Psychological Warfare and Counter-Insurgency tentera Amerika. Kepakaran beliau digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam.


Tan Sri Too dikurniakan pangkat Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1986. Beliau meningal dunia pada tahun 1992.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2013 11:54 PM | Show all posts
Info menarik
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 06:22 PM | Show all posts
Wow..tak pernahntahumpun..apa kata buat film..


Dalam sejarah yang aku belajar d sekolah tak da pun cakap pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:47 AM | Show all posts
Kenyataan ni aku suka

"Tan Sri Too berkata orang cina tidak suka"dibacakan khutbah" tentang kebaikkan pihak pemerintah tetapi lebih mudah mempercayai keburukan anggota PKM. Beliau juga menyedari wang ialah cara terbaik untuk memujuk ahli komunis yang kelaparan di tengah hutan"
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:23 PM | Show all posts
very nice info. tak pernah tahu pun pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:42 PM | Show all posts


His life was documented by "Filem Negara Malaysia" under the title of "Patriot Bangsa - Negarawan Tan Sri Dr. Too Chee Chew @ C. C. Too"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2013 09:58 AM | Show all posts
boleh la dikategorikan sbgai unsung heroes..generasi sekarang memang ramai yg xtau pasal nie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:41 AM | Show all posts
gud info....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.997382 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list