CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Emrymama

[Tempatan] polis tembak mati isteri dan bapa mertua di tangkak

[Copy link]
Post time 15-9-2013 03:35 AM | Show all posts
sekngucing posted on 15-9-2013 03:16 AM
aku ada darah tinggi
dan mental tak stabil kdg2 bila aku marah, aku tak sedar, mcm hulk
alih2 tg ...

aku biasa naik angin suka tendang barang je.. sampai dinding pun kdg2 aku tendang.. bukan pe, aku jenis gaduh dengan adk aku atau marah org jarang belasah pukul org. suka buat havoc je..

paling sadis aku terajang durian mencarut semua keluar . last2 aku iqamat.. wakaka..  aku mencarut pasal berdarah kut kaki aku sakit sgt2.. durian tu steady je...

tp jgn amalkan tucing.. sebab benda cmni bg aku boleh jd habit.. kita kena kawal.. kena cool..diri kita adalah kawalan kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 03:39 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 15-9-2013 03:35 AM
aku biasa naik angin suka tendang barang je.. sampai dinding pun kdg2 aku tendang.. buka ...

kita semua adalah haiwan liar

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 03:40 AM | Show all posts
sekngucing posted on 15-9-2013 03:31 AM
plastic ada mc2 jenis
mad in china sudah mestinya lain dgn hasbro atau takara punya

aku rak2 kaca kt rumah simpang gambar je album2 lama.. tp tgk album tu? bila raya, bila aku rasa pe benda aku nak buat ek? tp xde benda nk buat? mula lah selongkar almari..

mesti banyak gila kau spent almari dan benda alah tu semua.. pergh.. kaya2 by the way main jet rc xpernah lg org cedera cuma risk kalau xpandai kawal boleh buat mata org buta..

masa aku kena minor surgery kt htaa dulu wad 4B, ada patient depan aku mata dia buta sebelah sebab kena shuttle cock.. masa aku nk discharge ada tourist mandi dekat  pantai kt kuantan tu, dia berenang mata dia terus pedih xnampak.. siap mencarut kt doctor.. kalau aku pun kelam kabut..  doctor suspect dia overdose dadah atau alkohol.. polis terpaksa handle mamat tourist eropah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 03:42 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 15-9-2013 03:30 AM
hmmmm..

tanda2 mental tuh tak ada.. cuma tuh lar dia agak lebih suka menyendiri..

Wallahualam. Hanya doktor boleh diagnose. Saya cuma beri cadangan. Sebab di kalangan ahli keluarga saya kalau ada sebegitu, akan lekas berjumpa dgn doktor/therapist. Just nak share mental illnesses ni ada pelbagai kategori. Sebab tu kalau di barat mereka cepat merujuk pada doktor/therapist. Kita di sini masih taboo/sensitif/denial/malu etc. mental tak bermaksud gila. Itu yang saya maksudkan.

Takziah kepada mimie. Saya amat respect pada askar/police yang berkhidmat utk negara. Saya doakan yang terbaik utk keluarga mimie. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 03:47 AM | Show all posts
munchkin posted on 15-9-2013 03:42 AM
Wallahualam. Hanya doktor boleh diagnose. Saya cuma beri cadangan. Sebab di kalangan ahli keluarga ...

ye ai faham.. my sister pun doktor juga.. she pakar sakit puan dan pakar kanser..

dia yang banyak keep in touch suruh buat itu ini..

kami neh support saja lah..

tapi nak buat mcm mana.. dah dia pergi sebegitu..

my sis ada tanya juga ngan pakar sana.. dorang mmg ada diskas banyak dalam hal neh..

doktor sana pun tak dapat explain banyak.. so kat sijil kematian tertulis lah sebab kematian as : UNKNOWN
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 03:52 AM | Show all posts
sekngucing posted on 15-9-2013 03:39 AM
kita semua adalah haiwan liar

teringat pasal mengamuk ni. ada kes makcik aku. pernah dgr tak tumpah darah? aku sangat2 ingat scene masa tu. tp bila aku tanya ayah aku, sedara mara aku. semua senyap..

aku tak tahu kenapa aku sorang je mampu ingat sedangkan waktu tu aku baru umur lingkungan 3 tahun atau 4 tahun? makcik aku ni kena migrain rasanye... dia ada kandungan dalam perut.. sebelum dia bersalin dia kena serang sampai tertumpah darahnye basah kerusi malas.. kerusi org mcm berjemur kat pantai tu.. yang tempat alas kaki boleh tolak panjang pendek tu..

nk jd cerita scene aku ingat adalah darah TUMPAH, dan tisu2 lap darah tu.. tisu2 tu di buang di belakang pondok lama rumah arwah atuk aku.. sejujurnya sampai sekarang ada mimpi2 yang sipi2 berkenaan peristiwa tu. kalau ikut aku, aku tak percaya berkenaan sihir dan lain2 lg. tp wallahuallam benda2 cm ni semua dgn izin ALLAH.. jd dlm mimpi2 tu adalah aku dpt sikit suruh amal satu zikir..

kebanyakan bila aku mimpi badan aku akan rasa terhempap.. last2 tanya pakcik aku yang kena halau rumah tu.. sebab dia tu mmg ada keturunan boleh rasa kehadiran mahluk halus.. sebab nya masa aku kena akciden dekat muadzam shah, mata dia merah2, mata akak  merah, hidung berdarah, terus pakcik aku ckp suruh pergi berubat.. sebab dia dengan kakak dia rasa ada something dekat aku.

ironinya lepas akciden aku ni pembengis.. kalau nk cerita masa tu, trading aku tak kemana, biz aku ada tak menjadi, dan aku suka marah2 orang.. aku suka menyepi. aku tak murung tp aku suka menyendiri..

last2 aku pergi berubat dekat serom dekat muar johor.. jumpa pak ustaz ni.. aku tak tahu lah dia kaki kelentong ke apa? sebab tgk orgnye biasa tak de lah warak mana? tp cara mata dia tengok aku seolah olah banyak rahsia peribadi aku dia dapat baca dia ckp kias2 je, tp aku dpt faham pe dia nk nasihatkan aku..so aku amalkan air mandian, dan minum air dia bg amalkan pe dia suruh buat.. so far cmnilah keadaan aku..

berbalik pasal soal mimpi tu, entahlah. aku rasa tumpah darah makcik aku tu sangat2 misteri sebab aku mampu ingat sgt jelas makcik aku meraung2, darah tumpah dari kain batik, semua org kelam kabut, campak tisu, campak kain batik lap darah.. dan org tua tak kasi masuk campur. sampai sekarang tiada siapa terangkan kepada aku? apa sebenar berlaku pada makcik aku??? makcik aku yang tumpah darah ni masih hidup lg.. duduk kt negeri sembilan, dulu dia menetap di terengganu..

seriua wei terbawa bawa dalam mimpi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2013 04:01 AM | Show all posts
urm...

betullah ckp prof muhaya.. aku setuju sgt2 nasihat prof muhaya. setiap org ada blue print dia sendiri. kalau jenis blueprint suka stress lama2 akan jd stress.. kalau jenis blue print suka cari kejayaan lama2 akan berjaya..

didik dalaman diri lama2 hati tenang.. didik diri dengan mulakan dari luaran lama2 diri akan rapuh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 04:38 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 15-9-2013 03:47 AM
ye ai faham.. my sister pun doktor juga.. she pakar sakit puan dan pakar kanser..

dia yang bany ...

I see...first time saya dengar unknown.

Nanti kalau mimi ada info, harap dapat share. Tq agaian for sharing cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 05:09 AM | Show all posts
munchkin posted on 15-9-2013 03:25 AM
Tu kes 2 dalam satu. Kalau ada hypertension amalkan makan cincau ( tanpa gula) dan minum air timun ...

owh..
terimakasih ..
nanti nak bgtau mak


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:10 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 15-9-2013 03:30 AM
hmmmm..

tanda2 mental tuh tak ada.. cuma tuh lar dia agak lebih suka menyendiri..
bawak gi spital, tu lar dia kena hypotension (tekanan darah rendah).. jantung dia slow tak dapat pum darah etc etc aku tak berapa faham..
ha`ah doc ader bgtau bahaya hypotension ni .. boleh bawak maut ..

Takziah

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:12 AM | Show all posts
sekngucing posted on 15-9-2013 03:16 AM
aku ada darah tinggi
dan mental tak stabil kdg2 bila aku marah, aku tak sedar, mcm hulk
alih2 tg ...

hahahahaha
teringin nak ngengok kucing jadi hijau
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:14 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 15-9-2013 03:35 AM
aku biasa naik angin suka tendang barang je.. sampai dinding pun kdg2 aku tendang.. buka ...
sampai dinding pun kdg2 aku tendang..
ekekeke rang pernah wat jugak .. tapi pastu berenti ..
sebab ..
yang sakit kaki sendiri pastu
tak berbaloi

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:23 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 15-9-2013 03:52 AM
teringat pasal mengamuk ni. ada kes makcik aku. pernah dgr tak tumpah darah? aku sangat2 ing ...
makcik aku ni kena migrain rasanye... dia ada kandungan dalam perut..
kalau tak silap ..
maap la kalau silap .. lom kawin apa lagi ngandung..
tapi pernah dengar mak sembang2 ngan makcik2 keliling rumah
tumpah darah ni .. selalu terjadi kat orang mengandung atau yang baru pas bersalin

kes kalau masa mengandung ..
tumpah darah ni mungkin sebab stress .. atau mungkin gak migrain makcik tu datang dan membuat tekanan kat makcik tu..
yang ni pun leh wat tumpah darah ...
macam kalau orang mengandung ni.. dapat berita orang tersayang xcdent ka .. meninggal ka .. ader gak dengar tumpah darah..
kalau skit ja .. kandungan selamat
ada ja terus keguguran..
sebab terjatuh pun ya ..

yang lepas mengandung ..
tak silap .. kalau ada kes tertinggal uri ..
banyak darah kuar dari sepatut nya ..

maap la kalau salah ..
sebab dengar gtu2 ja .. haha kang kena marah dengar orang tua ngah nyembang2

harap yang lebih arip bagi penjelasan..
nak gak tau

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:35 AM | Show all posts
Anggota polis bunuh isteri, bapa mertua
LEDANG - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal hilang pertimbangan apabila menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri dalam dua kejadian berasingan di sini semalam.
Dalam kejadian pertama, anggota dari Pondok Polis Felda Chempelak dekat Labis, Segamat itu menembak isterinya, Norakmal Abd. Kadir, 26, yang bekerja sebagai kerani di rumah mereka di Labis menyebabkan wanita itu cedera parah dan mati.
Selepas itu, kira-kira pukul 7 malam, suspek pergi pula ke rumah bapa mertuanya, Abd. Kadir Md. Arif, 65, di Batu 17, Tangkak dan melepaskan tembakan ke arah warga emas itu sebelum menembak dirinya sendiri.
Abd. Kadir yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun gagal diselamatkan apabila disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di sana.
Suspek yang berusia 29 tahun pula maut di tempat kejadian.
Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa, dia terdengar bunyi mercun sebanyak dua kali pada pukul 7.15 malam berhampiran rumah mangsa.
"Saya tidak syak apa-apa yang buruk berlaku sehingga anak mangsa (Abd. Kadir) datang beritahu ayahnya cedera ditembak oleh abang iparnya.
"Sebaik sampai di rumah itu, saya lihat Abd. Kadir terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu. Ketika itu dia masih bernyawa namun keadaannya parah," katanya di sini semalam.
Sebelum kejadian, saksi itu memberitahu, dia ternampak anggota polis itu tiba di rumah bapa mertuanya bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira.
Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada masalah keluarga selain suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:38 AM | Show all posts

Cabut nyawa isteri, mentua 0Cetak


Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus, Ahmad Ismail dan Shaifulazhar Misri
LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.


Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/15 18  0 Google +0  0  0




Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawa ke tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 08:07 AM | Show all posts
stress lalu jd psiko...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 08:48 AM | Show all posts
kesiannyaaa..muda2 dah ada masalah mental




kesian anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 08:51 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 15-9-2013 12:31 AM
dia bukan sakit mental laaa..

cuma pernah disahkan hypertension je..

owh..hypertension.. kesiannya... dh mcm jepun
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 08:53 AM | Show all posts
peYno posted on 15-9-2013 05:58 AM
Jawa ke tu?

stress tak kenal jawa atau bangla,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.354188 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list