CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2776|Reply: 0

Merintis pembentukan Malaysia tahun 1963 dan Perkara 20 Sabah & Sarawak

[Copy link]
Post time 17-9-2013 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Pada 16hb September2013, genaplah penyertaan Sabah dan Sarawak selama 50 tahun dalam negaraMalaysia. Jubli emas sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan dikenangsebagai hari yang amat bersejarah bagi penyatuan bangsa Malaysia walaupundipisahkan oleh Laut China Selatan.


Menyusuri sejarah pembentukanMalaysia yang mana Semenanjung Tanah Melayu telahpun diberikan kemerdekaannyaoleh British pada 31hb Ogos 1957. Ianya diberi nama Persekutuan Tanah Melayu.Namun gagasan pembentukan Malaysia yang pada asalnya meliputi Persekutuan TanahMelayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya tidak menjadikenyataan.  Ini kerana pemberontakan di Brunei yang menghalang gagasanini. Sebenarnya gagasan ini pada awalnya dinamakan sebagai Melayu Raya tetapidiubah kepada Malaysia.


Akhirnya pada 16hb September 1963,maka lahirlah penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabahdan Sarawak yang dinamakan Malaysia. Namun dalam tahun 1965, Singapura telahmengisytiharkan negara repablik dan keluar dari Malaysia.


Dengan penggabungan ini, maka Sabah,Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu telah bergerak seiring berpandukansyarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penduduk-penduduk Sabah dan Sarawaksendiri. Syarat-syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang menjadi asas kepadapenyertaan kedua-kedua negeri tersebut dalam Malaysia.



Sebelum kita memperkatakan tentang Perkara 20 yang jugasering diuar-uarkan ketika setiap kali pilihanraya umum ataupun pilihanraya negeri,terutamanya oleh parti-parti politik tempatan bagi tujuan memanaskan suhupilihanraya, eloklah kita meneliti dahulu senario sebelum terbitnya Perkara 20itu.


Cadangan untuk penggabungan antaraPersekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mula diutarakan olehTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 27hb Mei 1961. Ketika itu Tunkumenyuarakan cadangannya dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawanLuar Negeri Asia Tenggara di Singapura.


Pada tanggal 23hb Ogos 1961,Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah bersetuju untuk bergabung tetapiSabah dan Sarawak belum memberikan persetujuannya.


Pada 15hb November 1961, satumemorandum yang diberi nama “Singapore White Paper” dipersetujui oleh pemimpinPersekutuan Tanah Melayu  dan Singapura untuk bercantum. Hasilnya, pada20-22hb November 1961, satu perbincangan telah diadakan di London bagi membawabersama Sabah dan Sarawak dalam gagasan penyatuan ini.



Seterusnya, pada 16hb Januari 1962, satusuruhanjaya telah dibentuk dengan diketuai oleh bekas Gabenor Bank England,Lord Codbold dan diberinama sebagai Suruhanjaya Cobbold bagi membuat kajiantentang penyertaan Sabah  dan Sarawak.


Sementara ahli-ahlinya terdiridaripada Dato’ Wong Pow Nee dan Allayharham Tan Sri Mohd Ghazali Shafei bagimewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Antony Abell danWatherston bagi mewakili kerajaan British.


Hasilnya, 80% penduduk Sabahdan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakannya terdiri daripadaBumiputra dan 20% menentang. Ini diperolehi setelah suruhanjaya menemui 4000orang dan menerima tidak kurang 2200 pucuk surat dan memorandum daripadaparti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan,pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, pemimpin-pemimpin ugama,kesatuan sekerja dan orang ramai.



Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetujumenerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islamsebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ikutilah seterusnyadi  

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/09/merintis-pembentukan-malaysia-tahun.html

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.324714 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list