CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6433|Reply: 34

'Dengan kesedihan, berehatlah Komrad Chin Peng'

[Copy link]
Post time 18-9-2013 05:21 PM | Show all posts |Read mode

'Dengan kesedihan, berehatlah Komrad Chin Peng'

Dengan kesedihan mendalam, kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi Komrad Chin Peng (Ong Boon Hua) yang meninggal dunia dengan aman, dalam usia 89 tahun pada 16 September, pukul 6:20 pagi di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.

Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan.

Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat, yang menjadi tumpuan sepanjang hidupnya.

Perjuangannya menghadapi penyakit menunjukkan peribadinya yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan.

Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran".

Malangnya, perkara yang tidak dapat dielakkan telah datang: Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Mungkin, bagaikan seorang yang balik dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi, rehatlah, kawan seperjuangan kami tersayang.

Hasrat terakhir


Beliau telah meninggalkan kita, tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.

Tiada apa yang boleh menggantikan semangat setiakawan yang mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing.

Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.

Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik.

Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit. Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.

Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri.

Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain.

Cintai tanah tumpah darah

Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan.

Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Beliau amat mencintai kepada negara ini - tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau mendatangkan perdamaian kepada negara kita.

Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya.

Sejarah akan menggugat mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta.

Selamat tinggal, Komrad Chin Peng - pemimpin yang kami cintai, kawan kami, wira kebebasan yang berani!


ABDULLAH CD, rakan seperjuangan akrab Kawan Chin Peng
Ban Chulabhorn Pattana ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang)
Ban Chulabhorn Pattana ke-10 (Kampung Perdamaian Betong)
Ban Chulabhorn Pattana ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha)
Ban Chulabhorn Pattana ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin)
Persatuan Abad ke-21 Malaysia
Persatuan Perdamaian Hadyai
Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang



Last edited by abgsedapmalam on 28-9-2013 11:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2013 04:25 PM | Show all posts

Rakan Chin Peng masih rasa dikhianati

Lao Chiang berada di tengah hutan ketika memendengar suara Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957 yang dipancarkan melalui corong radio.
Lao yang menyertai pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaysia empat tahun sebelum itu berkata, siaran pengisytiharan kemerdekaan itu dirasakannya seperti satu pengkhianatan.

“(Tunku) tidak menyebut sepatahpun mengenai gerila komunis. Kami melawan Jepun dan British, dan kini hasil kemerdekaan itu diambil oleh orang lain. Khianat,” katanya dalam bahasa Melayu.

Perkara itulah yang membuatkan beliau terus kekal dalam hutan bersama Rejimen Ke-5 sehinggalah pejanjian damai 1989.

"Beberapa hari sebelum perjanjian damai itu (setiausaha agung PKM) Chin Peng menemui kami dalam hutan berhampiran sempadan Thai dan berkata kami boleh meletak senjata tidak lama lagi.

"Pada 1989 kami masih di sana, masih dalam pakaian seragam kerana Tunku tidak bersetuju untuk membenarkan kami bebas (dalam Rundingan Baling 1955).

"Jika Chin Peng bersetuju dengan syarat Tunku, kesemua kami akan didakwa dengan satu tuduhan jenayah atau tuduhan lain. Nasib baiklah ada Chin Peng,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 04:25 PM | Show all posts

Chin Peng 'tak pernah kesal'

Anas Abdullah ketika menyusuri semula kenangannya ke atas Chin Peng berkata, pemimpin Parti Komunis Malaya itu tidak menyesali tindakannya.
"Dia tidak pernah rasa kecewa. Apa yang dilakukannya adalah betul. Menentang penjajah tidak salah,” kata Anas yang mengenali Chin Peng sejak 56 tahun lalu.

“Dia terpaka meneruskan pemberontakan selepas Rundingan Baling kerana Tunku (Abdul Rahman Putra) tidak membenarkan kami bebas.

"Anggota PKM perlu melapor diri ke balai polis, seolah-olah kami penjenayah. Ia tidak boleh diterima,” kata Anas, 56.

Anak kepada Abdullah Sudin, pemimpin Rejimen ke-10 itu berkata, Chin Peng tidak bercakap mengenai kekesalan, ketika beliau mengunjungi pemimpinnya itu di hospital pada minggu lalu.

"Chin Peng bersemangat dan optimis, walau dengan satu tiub terpasang di rongga hidung, dia menegur saya. Dia kenal saya dan nampak gembira,” katanya yang memanggil Chin Peng dengan timangan 'Pak Cik'.

Perbualan itu singkat sahaja dan Chin Peng pada masa itu nampak keletihan, kata Anas.

Namun, walau terbaring menunggu ajal, Chin Peng tidak pernah menunjukkan bahawa beliau akan mengambil tindakan yang berbeza daripada apa yang telah berlaku.

Beliau mengingati Chin Peng sebagai individu yang mudah didekati dan gemar bermain harmonica.

Katanya, beliau bergegas dari Kampung Sukhirin, di Selatan Thailand, sebaik menerima khabar bahawa Chin Peng meninggal dunia, pada 16 September lalu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 04:26 PM | Show all posts

"Saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik'

Sejarah mungkin ditulis oleh pihak yang menang, tetapi bagi bekas pemimpin komunis Chin Peng, tidak kisah sama ada beliau menang atau kalah.

"Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

"Berjaya atau tidak lain perkara, yang penting ialah usaha yang saya lakukan ke arah tersebut," katanya dalam surat terakhir yang ditulisnya.

Diedarkan kepada para pengunjung yang menziarahinya di Bangkok, dalam surat bertajuk 'Hajat terakhir saya', beliau berharap perjuangannya akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda.

"Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam."

Chin Peng, yang merupakan setiausaha agung Parti Komunis Malaya, meninggal dunia dalam buangan di Bangkok pada Sep 16, pada usia 89 tahun.




Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan

Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1976 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan.

"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.

"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.

Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.

"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.

Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng tinggal di Malaysia atas alasan bukan warganegara negara ini dan tidak pernah memohon kembali selepas Perjanjian Damai 1989 ditandatangani.

Dakwaan ini disangkal rakan dan anggota keluarganya.



Keluarga: Kami tak akan seludup masuk abu Chin Peng

VIDEO| 2.18min

Anggota keluarga bekas pemimpin komunis Chin Peng menegaskan mereka tidak akan menyeludup abu mayat mendiang masuk ke negara ini.

Menolak laporan akhbar berhubung perkara itu, jurucakap keluarga Chang Yuan berkata, Chin Peng seorang lelaki yang hebat, justeru itu ia mesti dilayan dengan penuh kehormatan.

"Kenapa kita harus menyeludup abunya?

"Kami hanya akan membawanya masuk dengan jalan yang betul dan penuh maruah," katanya kepada Malaysiakini di Bangkok dalam majlis mayatnya dipamerkan untuk penghormatan terakhir.

Justeru, beliu berkata, laporan akhbar yang memetik sumber tidak dinamakan sama sekali tidak benar dan sebarang rancangan berhubung abu mayatnya akan diumumkan di media oleh anggota keluarga sendiri.

Anak saudara Chin Peng, Lee Suvit, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa sumber yang dipetik itu mempunyai motif tersendiri.

"Mungkin ia seorang yang mengambil berat tentang abu itu, atau mungkin juga seorang yang mempunyai tujuan lain," katanya ketika ditemui.

Last edited by abgsedapmalam on 22-9-2013 05:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 04:27 PM | Show all posts

'Larang abu Chin Peng, jadikan kita bahan ketawa'
7:11AM Sep 21 2013

dikemaskini Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

"Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam.

Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

Beliau  yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.
Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang baru.
Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira-kira 2,000 komunis di sepanjang sempadan Malaysia- Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar anggotainya adalah Melayu.

Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan.

Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat-syarat utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat-syarat akan dilaksanakan.
"Saya terlibat dalam menderaf kedua-dua perjanjian itu, jadi saya tahu sepenuhnya bahawa di bawah syarat-syarat perjanjian , pertama sekali, perjanjian itu mengikat semua anggota PKM , dari yang tertinggi, paling atas hingga ke bawah, yang paling rendah .

"Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi , maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji-janji yang dibuat dalam perjanjian  itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia)," kata Abdul Rahim.
Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia, mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial.

"Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua-duanya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil...

"Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang.

"Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?" kata Abdul Rahim.

Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM.
Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang,  walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang teragak-agak seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk membuat andaian seperti itu "

"Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok-olokkan prjanjian (damai) tersebut," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon.

"Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya.

Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan , yang kebanyakannya adalah orang Melayu.

Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah-olah tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan".

Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan  "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya.

"Saya tidak tahu mengapa ia perlu jadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat-syaratnya," katanya.
Ditanya oleh stesen radio itu bagaimana  pada pandangannya sejarah akan mengenang Chin Peng, Abdul Rahim berkata: "Mereka (ahli sejarah) sepatutnya boleh menganalisis Chin Peng sebagai pemimpin komunis - peranannya dan peranan partinya - dalam menentang British, dalam menghalau British.

"Peranan beliau dalam proses damai - kegagalan rundingan Baling dan kejayaan rundingan damai Phuket yang membawa kepada Perjanjian Damai Hatyai."

Abdul Rahim sentiasa konsisten mahukan kerajaan berpegang kepada syarat-syarat perjanjian damai itu dan telah membuat gesaan yang sama dalam satu temubual pada tahun 2009 dengan Malaysiakini supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Chin Peng meninggal dunia pada 16 September  pada usia tua, yang kebetulan adalah tanggal Hari Malaysia.

[Baca berita penuh]

1. Chin Peng 'tak pernah kesal'
2. Rakan Chin Peng masih rasa dikhianati
3. Bekas polis, Pekida bantah kemasukan abu mayat Chin Peng
4. MCA: Suspek pengganas dikebumi di sini, kenapa Chin Peng tak boleh?
5. Lagi menteri tolak abu Chin Peng masuki M'sia
6. Nazri samakan Chin Peng dengan Osama Laden
7. 'Dengan kesedihan, berehatlah Komrad Chin Peng'
8. Generasi muda turut terkesan dengan Chin Peng
9. Aziz Bari: Penuhi perjanjian dengan Chin Peng
10. 'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah'
11. Polis awasi sempadan, sekat mayat Chin Peng
12. Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng
13. Dr Dzul: Benarkan Chin Peng dikebumi di sini
14. 'Chin Peng mahu abu mayat dibawa pulang'
15. PERKASA: Lupakan saja Chin Peng
16. Menteri: Bumi Malaysia tak terima jasad Chin Peng
17. Chin Peng meninggal dunia di Bangkok


4 hari, 4 dunia berbeza bersama Chin Peng

ULASAN Saya bertugas membuat liputan majlis penghormatan terakhir mendiang Chin Peng dan pada hari kedua tugasan, saya bangun tidur pada waktu pagi dengan lagu L'Internationalebersenandung dalam kepala.

Digubah oleh golongan kiri Perancis, lagu rasmi golongan sosialis itu dimainkan secara berterusan setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 8.30 malam.

Secara tidak langsung, ia menjadi runut bunyi tugasan saya selama empat hari di kota Bangkok.

Selama empat hari jugalah saya berpeluang mengalami kembara empat dunia - menyelesaikan tugasan di sebuah kompleks kuil mega di daerah perniagaan Bangkok dan berada dalam sebuah filem propaganda komunis dengan topi Bolshevik dan Mao Tse-tung yang dimainkan secara berulang-ulang.

Pada masa sama, saya juga berada di satu majlis perjumpaan orang-orang tua.

Hadirin majlis itu dihidangkan dengan air teh, kuih-muih dan aiskrim dan pada masa sama majlis itu merupakan kelas sejarah satu tempat yang dikenali sebagai tanah air saya, tetapi kedengarannya begitu asing.

Guru-guru saya adalah lelaki dan perempuan dengan rambut yang semakin menipis dan pandangan mata yang seolah-olah seperti sentiasa tersenyum.

Mereka ini walaupun tua, tetap mampu berjalan tegap dengan langkah yang santai.

Mereka juga bercakap dengan saya dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin (menerusi penterjemah).

Dalam satu lagi dunia yang berbeza - di tempat asal saya iaitu Kuala Lumpur yang hanya dua jam jaraknya dengan kapal terbang - mereka ini dikenali sebagai 'pembunuh kejam yang dahagakan darah'.
Di sini, orang-orang ini, makcik dan pakcik, pada Hari 2, menyediakan pek makanan halal terutama untuk saya, satu-satunya wartawan Muslim yang membuat liputan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Mereka tidak sentiasa baik dan bertolak ansur. Pada hari pertama, seorang wanita dari pihak penganjur, memalingkan mukanya dan berkata: "Tidak! Tidak! Tidak! media Malaysia, tidak!" apabila saya bertanya nama seorang pengunjung VIP Thailand yang saya tidak kenali.

Kemudian, wanita yang sama mencari saya dan menunjukkan perkara-perkara penting yang berlaku semasa upacara mengikut
agama Buddha, dan nampaknya kesangsian serta rasa marahnya sudah reda.

Dalam cara yang sama, beberapa orang mendekati saya dan bertanya sama ada saya Aidila Razak dari Malaysiakini yang menulis artikel itu dan ini. Dilanda rasa bimbang mereka boleh jadi marah tentang apa yang saya telah tulis, dengan selamba berkata "Ya", dan mereka terus bersalaman dengan saya atau melemparkan senyuman.

Selama empat hari, keluarga dan rakan-rakan Chin Peng yang setia berada di sekitar kawasan kuil, duduk dekat dengan mayatnya, menyediakan cenderahati untuk tetamu dan melayan mereka yang datang berkabung.
Membincangkan mengenai liputan pada Hari 1, saya dan rakan setugas saya bersetuju bahawa jika tanpa kehadiran wartawan, ia pastinya akan merupakan satu upacara pengebumian biasa.
Chin Peng mungkin mahu begitu, kata anggota keluarganya. Mendiang adalah seorang yang suka bersendirian, sehinggakan ada anggota keluarganya yang tidak tahu di mana rumahnya, dan hanya bertemu dengannya di restoran atau hotel di Bangkok, bandar di mana dia hidup dalam buangan sehingga ke akhir hayatnya.

Anak saudara yang menjaganya sehingga nafasnya yang terakhir, dan saudara maranya yang mengadakan upacara pengebumian tersebut mungkin tahu, tetapi mereka menyimpan baik-baik maklumat tersebut.

Apabila mayatnya dipindahkan ke dalam keranda di kuil, anggota keluarganya berdiri di sekelilingnya untuk menghalang jurugambar, melindunginya walaupun dia sudah tiada bernyawa. Mereka turut melindungi anak lelaki Chin Peng dengan cara yang sama.
(Secara peribadi, saya berasa lega kerana petugas media yang sempat merakamkan foto mayat Chin Peng, tidak menyiarkannya. Saya merasa lebih lega lagi apabila semua wartawan yang hadir, memenuhi permintaan keluarga tersebut supaya menghormati privasi anak lelakinya.)

Apa yang menjadi inspirasi kesetiaan dan kasih sayang itu?

Seorang rakan seperjuangannya, yang kini berkerusi roda, meminta dibangunkan dari kerusinya supaya dia boleh tunduk dengan betul untuk memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng, yang dibaringkan dalam keranda selama tiga hari sebelum upacara pembakaran dilakukan.

[Baca ulasan penuh]

Last edited by abgsedapmalam on 27-9-2013 12:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 08:02 PM | Show all posts
Apake barua lu sanjung chin peng ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2013 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
abgsedapmalam posted on 21-9-2013 04:25 PM
Rakan Chin Peng masih rasa dikhianati

Lao Chiang berada di tengah hutan ketika memendengar suar ...

Pengkhianat pun boleh rasa dikhianati ka?
Nampak sangat otak dah sewel lepas saksi ahli keluarga sendiri kena xxxx askar jepun
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hah ko pnyokong komunis ke...duk sanjung bagai!!!...pejuang ape??? Last edited by khairina07 on 21-9-2013 11:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 09:33 AM | Show all posts
abgsedapmalam posted on 21-9-2013 04:26 PM
"Saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik'

Sejarah mungkin ditulis oleh piha ...

dah mampusss pun.. klu ko nak 'sambung' perjuangan chin peng.. cakap je direct.. senang aku suruh orang tembak kepale ko
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 11:10 AM | Show all posts
tidak syak lagi pengaruh kuminis masih menebal dikalangan segelintir rakyat mesia..harap armed force amik berat dan menangani dengan agresif..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 11:15 AM | Show all posts
bagus la si pengkhianat nie mati..mase hidup tak abis2 dok buat jahat kat rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 02:26 PM | Show all posts
mmg la korang lawan british...tapi bila Jepun dah keluar....korang ramai2 bunuh orang Melayu sesuka hati wat pe nak bunuh semua orang Melayu tinggal cina je kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 09:50 PM | Show all posts
mempertahankan negara pejadahnya. Orang cina yang tak sokong mereka paling ramai diseksa & dibunuh sesuka hati.

Dasar terrorist. Pondan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 01:17 AM | Show all posts
berehatlah Komrade
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 07:53 AM | Show all posts
gud info...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:46 PM | Show all posts
sekngucing posted on 24-9-2013 01:17 AM
berehatlah Komrade

lu tengah datang bulan ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 12:47 PM | Show all posts
Rehat pejadahnya. Kena seksaan kubur
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 11:26 PM | Show all posts
erm.. ada gak sisa2 penyokong PKM rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 09:35 AM | Show all posts
kes berat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:53 AM | Show all posts
happy bro.jgn sedih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 1.163321 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list