CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16761|Reply: 112

Yg Mulia Sir Henry Gurney...!

[Copy link]
Post time 19-9-2013 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Sunday, August 28, 2011
MESTI TAHU :Siapakah Sir Henry Gurney?

Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.
Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM) di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

http://tokpepijat.blogspot.com/2011/08/mesti-tahu-siapakah-sir-henry-gurney.html

syukur kpd beliau, mesia tidak dijajah komunis.......!!!

Last edited by Acong on 19-9-2013 12:58 AM

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 19-9-2013 12:55 AM | Show all posts

Yg Mulia Sir Henry Gurney...! Pembunuh org Palestin

Sunday, August 28, 2011
MESTI TAHU :Siapakah Sir Henry Gurney?

Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.
Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

http://tokpepijat.blogspot.com/2011/08/mesti-tahu-siapakah-sir-henry-gurney.html

syukur kpd beliau, mesia tidak dijajah komunis.......!!!

Last edited by Acong on 19-9-2013 12:57 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 01:06 AM | Show all posts
65 Tahun Tragedi Hitam Deir Yassin
Posted on May 25, 2011 by Dr. Zainur Rashid

Adakah anda tahu?

(Tragedi hitam Deir Yassin dalam kenangan)

Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media proksi Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, sudah terlalu banyak kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa. Tragedi Deir Yassin yang berlaku 65 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Di manakah letaknya Deir Yassin ?

Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?

Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Tahun Tragedi Hitam Deir YassinPengganas Haganah menghalau rakat Palestin keluar dari negara mereka sendiri

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin

Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.

Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau  hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.

Apa kata saksi tragedi Deir Yassin yang terselamat ?

Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,
”Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.

Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata,
“Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.

Angka korban yang besar

Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.

Siapakah arkitek kepada tragedi ini?

Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.

Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata,
“Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”

Kesan Deir Yassin

Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.

6 dekad selepas Deir Yassin

Kini telah 65 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.

Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.

Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan  fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?

Sokongan kepada Global March to Jerusalem (GMJ di Gaza – 30hb Mac 2012)

Semoga al Aqsa dan Palestin terus terbela !

Salam perjuangan,

Dr Z

http://zainurrashid.com/tragedi-hitam-deir-yassin/

 Author| Post time 19-9-2013 01:11 AM | Show all posts
Monday, September 16, 2013
Siapa sebenarnya "Sir Henry Gurney" : Antara layanan terhadap Sir Henry Gurney dan Chin Peng

Kita umum mengetahui dalam buku-buku teks sejarah sekolah dan penulisan - penulisan sejarah arus perdana Sir Henry Gurney adalah seorang Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1948 - 1951. Beliau telah dibunuh oleh pihak Parti Komunis Malaya pada 6 Oktober 1951 sewaktu dalam perjalanan di Bukit Frazer. Ramai pihak di negara kita terutama yang malas membaca mengagong - agongkan Sir Henry Gurney ini kerana mendakwa dialah yang menggerakkan serangan bagi memusnahkan komunis. Malah ada pihak yang menganggap Sir Henry Gurney ini sebagai wira. Namum adakah kita tahu siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini??

Sir Henry Gurney sebelum bertugas di Tanah Melayu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dia telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin pada 1946 - 1948. (kepada yang rajin membaca sila cari apa yang berlaku di bumi Palestin pada tempoh 1946 - 1948).

Sir Henry Guney lah antara salah seorang pegawai British yang telah bertanggungjawab membawa masuk pendatang Yahudi ke Palestin dan tertubuhnya negara haram Israel. Hari ini ramai antara kita membenci dan menentang regim Isreal dan dalam masa yang sama kita menganggap Sir Henry Gurney sebagai wira Tanah Melayu.

Pada Mei 1948 Sir Henry Gurney telah bertanggungjawab terhadap peristiwa Dier Yasin di Palestin yang menyaksikan lebih 300 wanita dan kanak - kanak Palestin terbunuh. Dalam peristiwa itu penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi dan pegawai yang bertanggungjawab adalah Sir Henry Gurney. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestin lah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Tindakan pengganas dan keganasan Yahudi Haganah dan Irgun  terhadap penduduk Palestin memuncak adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Setelah berjaya beliau merosakkan bumi Palestin yang kesannya hingga hari ini masih belum selesai, Sir Henry Gurney telah dipindahkan oleh British untuk ke Tanah Melayu untuk merosakkan bumi Tanah Melayu pula. Mungkin Britain melihat sosiopolitik antara Palestin dan Tanah Melayu adalah lebih kurang sama dengan majoriti penduduknya beragama Islam maka pegawai yang paling layak untuk memikul tugas di Tanah Melayu adalah Sir Henry Gurney kerana berpengalaman di Palestin. Datangnya Sir Henry Gurney ke Tanah Melayu ramai orang Melayu Islam telah menjadi "barua" beliau dan menyanjung tinggi serta sanggup mati mempertahankan Sir Henry Gurney ini.

Orang Melayu dibodohkan dengan meletak papan tanda peringatan terhadap kematian Sir Henry Gurney dan menghargai si penjahat tersebut.

Namum penjahat ini tidak dibenarkan hidup lama di Tanah Melayu bilamana pada 6 Oktober 1951, Parti Komunis Malaya atas arahan Chin Peng telah membunuh si penjahat yang bernama Sir Henry Gurney ini. Maka pada waktu itu malahan hingga sekarang orang Melayu Islam memarahi dan membenci Chin Peng kerana membunuh Sir Henry Gurney. Maka bangkitlah segala pejuang Melayu untuk memburu Chin Peng dan membela kematian Sir Henry Gurney ini.

Mayat Sir Henry Gurney yang boleh dikatakan musuh dunia Islam nombor satu itu, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Cheras, Kuala Lumpur MALAYSIA.  Namum Chin Peng yang telah meninggal hari ini 16 September 2013,  merupakan seorang rakyat Tanah Melayu yang telah mengarahkan pembunuhan antara musuh bumi Islam Palestin ini telah dilarang dari dibawa balik mayatnya ke Malaysia oleh pertubuhan - pertubuhan yang mendakwa pertubuhan Melayu Islam.

Lihat bagaimana penjajah menipu kita melalui sejarah yang mereka reka terhadap kita. Jangan jadikan sejarah itu hanya "cerita orang menang". TTK.

Kubur Sir Henry Gurney yang gah dibina dan dijaga rapi di Tanah Perkuburan Kritain Cheras Kuala Lumpur Malaysia

http://mohdzamirul.blogspot.com/2013/09/siapa-itu-sebenarnya-sir-henry-gurney.html

Follow Us
Post time 19-9-2013 01:17 AM | Show all posts
takmau tau!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 01:18 AM | Show all posts
HUHA posted on 19-9-2013 01:17 AM
takmau tau!

daulat henry gurney....! long live the queen.....!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-9-2013 01:20 AM | Show all posts
ko dah mereng yer acong?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 01:28 AM | Show all posts
daulat acong!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:21 AM | Show all posts
Melayu pedulik hapa sama komunis & henry gurney ?

Kita buru talibarut soviet sambil berunding dengan inggeris untuk merdeka
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:25 AM | Show all posts
Melayu pedulik hapa itu semua.

Kita dulu hanya nak bunuh talibarut soviet sambil berunding dengan inggeris untuk merdeka
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:42 AM | Show all posts
Sama je Henry Gurney dan Chin Peng tu.... Takda menguntungkan umat Mesia pun... ahaks.

ps : Berjalan kena memandang ke depan... Takut tersadung kaki. Last edited by allnighter on 19-9-2013 03:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:46 AM | Show all posts
agenda halus mengagungkan komunis sudah bermula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 03:51 AM | Show all posts
ogre posted on 19-9-2013 03:46 AM
agenda halus mengagungkan komunis sudah bermula

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 03:54 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 19-9-2013 03:21 AM
Melayu pedulik hapa sama komunis & henry gurney ?

Kita buru talibarut soviet sambil berunding den ...

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-9-2013 06:55 AM | Show all posts
ogre posted on 19-9-2013 03:46 AM
agenda halus mengagungkan komunis sudah bermula

Sekarang takde komunis betul betul la kecuali Korea utara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 07:53 AM | Show all posts
lebih baik kita agungkan talibarut yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 07:55 AM | Show all posts
Acong posted on 19-9-2013 03:51 AM

gambar ni djeck putrajaya xleh jwb, duk kehulur kehilir chinpeng kominis, last2 umno sndiri jd talibarut bintang3
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 07:58 AM | Show all posts
Menjalinkan hubungan dengan negara komunis lain dengan menghadapi pemberontakan komunis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084939 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list