CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3790|Reply: 26

Hans tak mahu LPF potong babak filem baru

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2013 11:15 AM | Show all posts |Read mode
2013/09/19 -  08:13:37 AM

      
            Hans Isaac
                                       
Kecewa hasil kerjanya dipandang sepi di negara sendiri, pelakon, pengarah dan penerbit, Hans Isaac nekad mengarah sebuah filem yang bakal mencetuskan kontroversi untuk ditayangkan pada festival filem di luar negara.

Namun, tegas Hans, filem yang diberi judul Carmina bukanlah sebuah filem yang diterbitkan tanda protes. Sebaliknya, ia menceritakan kisah mendiang ibu dan dirinya.

“Filem ini akan dibuat di Singapura menggunakan produksi teman baik di sana. Bagaimanapun, dari segi kos, semuanya ditanggung oleh Tall Order Productions.


“Saya menyasarkan filem ini ditayangkan pada festival filem antarabangsa terkemuka di Pesta Filem Cannes. Filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana saya tak mahu ia menjadi mangsa suntingan Lembaga Penapis Filem (LPF). Saya mahu hasil kerja saya itu disaksikan sepenuhnya di pawagam tanpa suntingan.

'Apa yang boleh saya katakan, filem ini mempunyai ciri-ciri yang mungkin diklasifikasikan tahyul oleh LPF. Ini membuatkan filem itu akan ditapis terlebih dulu sebelum ditayangkan di Malaysia. Saya tidak akan benarkan perkara itu berlaku,” katanya yang sudah bersedia menanggung risiko gara-gara keputusannya mengarahkan filem sensasi itu.  

Hans cari pelakon utama filem seni Carmina

Menjelaskan lebih lanjut projek filem Carmina, Hans memberitahu, filem yang berasaskan kisah benar hidupnya adalah filem seni pertamanya.      
“Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai pengarah filem komedi. Filem baru ini akan mencabar kreativiti saya untuk mengarahkan filem berkonsep seni dan drama. Terus terang, saya lebih suka mengarah filem drama berbanding komedi kerana komedi sangat mudah.

“Filem bergenre drama memerlukan saya lebih kreatif. Ini kerana saya perlu memikirkan pelbagai aspek seperti gerak kerja kamera, syot dan skrip. Saya perlu ‘larut’ di dalamnya untuk mendapatkan rasa dikehendaki,” katanya pada majlis sidang media mengumumkan penangguhan pementasan teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, petang semalam.

Bakal memulakan proses penggambaran Februari tahun depan, ketika ini, kata Hans, filem Carmina masih dalam peringkat pasca produksi.

“Saya masih tercari-cari pelakon utamanya. Besar kemungkinan saya tidak akan berlakon dalam filem ini. Untuk watak saya itu, saya memerlukan pelakon yang mengenali saya dan ibu saya dengan rapat,” jelas Hans.

Selepas filem Lemak Kampung Santan menutup tirainya di pawagam, cerita mengenai Hans dan bintang utamanya, Neelofa bagai tidak lagi menjadi bahan bualan.

Malah kelibat Hans dan Neelofa juga jarang dilihat dalam media berbanding ketika filem itu hangat diperkatakan.

Apakah berakhirnya filem itu bererti hubungan keduanya juga sudah bernoktah? Ketika diajukan pertanyaan itu, Hans menjelaskan dia dan Neelofa masih berhubung.

“Kami senyap dan tidak lagi dilihat bersama atas janji yang dibuat sebelum ini. Ketika filem Lemak Kampung Santan hendak ditayangkan, kami tidak kisah untuk bersama demi promosi filem. Sebaik saja selesai, kami tidak perlu lagi dilihat bersama.

“Namun, itu tidak bermakna kami mengasingkan diri. Setiap malam kami berhubung menerusi telefon. Bukan saja kerana soal kerja tetapi perbualan kami juga bersifat peribadi,” dedah jejaka ini.

Neelofa bukan punca Lemak Kampung Santai gagal

Sebagai 'teman rapat' Neelofa, apa pandangan Hans apabila ada yang mengaitkan buah hatinya itu menjadi punca filem Lemak Kampung Santan gagal.

Sambil menafikan perkara itu, tegas Hans, kegagalan filem itu bukanlah disebabkan barisan pelakonnya. Sebaliknya, Hans meletakkan kesalahan itu ke atas sistem perfileman yang dianggap pincang.

“Saya tidak pernah salahkan pelakon jika filem saya gagal. Saya pernah melalui situasi seperti itu. Pernah filem lakonan saya mendapat kutipan RM4 juta dan ada juga yang memungut RM200,000 saja. Jadi tak perlu salahkan Lofa. Dia masih baru dan punya banyak masa lagi.

“Lagipun ada juga heroin filem lain yang pernah melalui situasi seperti itu seperti Lisa Surihani dan Nasha Aziz. Jadi bagi saya, ini perkara normal,” katanya.

Mengenai berita penangguhan teater Lawak Ke Der 3 sehingga 4 Disember depan, Hans mengakui pada mulanya sangat terkejut dengan berita itu.

Namun, memikirkan penangguhan itu terpaksa dibuat bagi memberi laluan kepada sebuah acara yang mengangkat imej negara, Hans dan seluruh produksi akur dengan keputusan itu.

“Selepas memikirkannya, saya dapat menerima dengan hati terbuka. Lagipun, pementasan itu ditunda kepada Disember iaitu musim cuti sekolah.

“Walaupun mungkin momentum untuk rasa teruja menurun sedikit, tetapi saya percaya impak Lawak Ke Der serta barisan pelawak baru yang mampu membangkitkan rasa teruja penonton,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) IB, Nik Kamaruzaman Nik Husin menjelaskan, penundaan itu dibuat bagi memberi laluan kepada acara rasmi negara.


Credits: bharian.com.my Last edited by achik2009 on 19-9-2013 11:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 11:30 AM | Show all posts
layak la buat cerita - idea dr jamban
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:37 AM | Show all posts
hahahahaha hans..hans
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:59 AM | Show all posts
awal2 da baik punya promosi, xmo kena potong katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:03 PM | Show all posts
hans suka benda tahyul jugak la ek........

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:10 PM | Show all posts
macam2 la ko hans..pastu pilem tak laku mula la nak merajuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 12:20 PM | Show all posts
lawak ker der tu lebih kurang mcm maharaja lawak je pun...knp sampai nak kena buat kat IB
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:21 PM | Show all posts
azre posted on 19-9-2013 12:20 PM
lawak ker der tu lebih kurang mcm maharaja lawak je pun...knp sampai nak kena buat kat IB

sbb die nak untung la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 12:33 PM | Show all posts
kalau cerita ko bagus, ko tayang kat timbuktu pun orang akan cari dan tengok...
tak payah nak tayang kat Cannes bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 01:44 PM | Show all posts
LEMAK KAMPUNG SANTAN X LEMAK SANGAT
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 01:48 PM | Show all posts
kemain kan.....

budget semorang berdebar2 lah ni nak tunggu filem die yg x kena potong tu..


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 01:52 PM | Show all posts
Apa beza kena potong n tanpa potong????? Kalo film menarik... ramai jer yg pergi.... hans.. ambil la lofa blakon lg.... sure box office mcm lemak santan blada tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 01:59 PM | Show all posts
kata merajokkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:07 PM | Show all posts
bkn time merajuk hari tu kata dah tamau buat filem ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:32 AM | Show all posts
puiii.....kata nak konseteret kat teater shj...
sebab merajuk filem x laku
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:57 AM | Show all posts
perasa lebih hans ni... buat cerita pun belum ada hati nak bawak masuk festival filem luar negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 07:10 AM | Show all posts
Filem blom ade tp dah bajet masuk filem cannes....ckp besar la....sebenarnya nak cover malu sbb lemak kg santan x laku....pastu nk bagitahu satu dunia lopak tu dia punyer....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lofa berlakon jugak ke?? Good luck Hans
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
gud luck la ekk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:56 PM | Show all posts
poyo lah mamat neh..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.088291 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list