Kisah cinta artis lelaki popular ini SS rasa macam ‘tukar baju’ saja. Bukan apa, sekejap SS dengar dia dikaitkan bercinta dengan gadis ‘A’, lepas itu ‘B’ dan sekarang ini ada yang ‘C’ pula.
Mana satu yang benar-benar bertakhta di hatinya, tak tahulah SS. Apapun, melihatkan pada sikap artis ini yang mungkin boleh dikategorikan sebagai ‘mudah rapat’ dengan wanita, ia sukar dijangka.
Apapun, pertemuan dengan seorang teman pada satu majlis hiburan, baru-baru ini, sempatlah SS berkongsi cerita dengannya. Kata teman SS itu, biasalah kalau semua wanita ‘OK’, maknanya artis itu sekadar ‘kaki singgah’.
Memang agak lucu juga apa yang dikatakan teman itu, tetapi kalau difikirkan sejenak ada betulnya juga. Bukan apa, setahu SS lagi semua wanita yang dikaitkan dengan artis itu bukan calang-calang orang.
Boleh dikatakan, semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing. Dalam erti kata lain, wanita yang pernah rapat dengan artis ini memiliki perjalanan karier yang bagus dan mantap.
Bagi SS, senang saja mung-kin artis ini sekadar selesa dengan gaya ‘teman tapi mesra’. Mungkin hubungan itu rapat, tetapi belum pasti lagi menjadi pilihan hidup. Barangkali sekarang, masa untuk mencari yang sesuai.
SS: Selesa bercinta de-ngan seorang saja yang identitinya ‘rahsia’.
i tak nmpk thread yg ni tadi, tolong bukak, kalau dah ada delete la Last edited by rosasa on 19-9-2013 11:19 AM
|