CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123456Next
Return Post new threads
Show: 15986|Reply: 131

korang kenal tak wak doyok?

 Close [Copy link]

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 07:43 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

wak doyok yakni pereka fesyen pakaian lelaki ala inggeris yang klasik tuh..lagi elegant?
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 19-9-2013 09:13 PM |All posts
Adoi TT,,buat la research sikit ni info nak kene suap je..
Kurang2 pun tepek la gmbar rekaan dia Last edited by 311gurl on 19-9-2013 11:07 PM

Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 10:37 PM |All posts
saya budak bawu belajor jap eh lam proses
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 10:43 PM |All posts
Last edited by ananyaperfume on 19-9-2013 10:44 PM

This post contains more resources

You need to Login to download attachments. No account? Register

Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 10:55 PM |All posts
gambo wak...tepi nih baju rekaan wak.....dio nih melayu asal klang..penah blaja oversea..sekarang dah femes pasal rekaan baju alal inggeris beliua
Last edited by ananyaperfume on 12-1-2014 11:28 PM

This post contains more resources

You need to Login to download attachments. No account? Register

Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 11:00 PM |All posts
PENAMPILAN jejaka ini sedikit berbeza dengan kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an jelas sebati dalam persalinannya. Tidak setakat itu, dia turut melengkapkan pesona diri dengan gaya janggut yang dilihat eksentrik pada pandangan mata orang Malaysia.

Ramai mula mengenali saya melalui jambang dan kumis unik ini, ujar Muhammad. Azwan Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok.

Nama gelaran anak kelahiran Klang, Selangor itu mengimbas kembali watak komedi negara seberang iaitu Wak Doyok dan rakan duonya, Kadir, yang mencuit hati negara di nusantara sekitar tahun 1980-an.

Gelaran itu saya dapat apabila rakan-rakan melihat persamaan dari segi personaliti yang suka membuat lawak ketika bersama mereka.

Kebetulan saya sendiri berketurunan Jawa, jadi ia tidak mendatangkan masalah sewaktu diberi gelaran itu, jelas Wak Doyok ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Bercerita mengenai jambang dan kumis eksentriknya itu, jejaka berusia 33 tahun tersebut memberitahu dia mula menyimpannya sejak tahun lepas iaitu ketika bekerja secara sambilan di sebuah butik dari Britain iaitu Ben Sherman.

Apabila mendapat tahu Ben Sherman bakal memasuki pasaran Malaysia tahun lepas, lantas saya membuat permohonan untuk bekerja di butik itu bagi mendapat pengalaman dalam dunia fesyen, katanya.

Butik yang beroperasi sejak tahun 1963 itu mengambil beberapa inspirasi fesyen seperti gaya vintaj Mod. Stail itu menjadi ikutan anak muda sekitar tahun 50-an hingga 60-an. Jenama itu mengeluarkan koleksi merangkumi baju, kasut, sut dan beberapa aksesori khas untuk kaum Adam.

Beberapa item terbaharu menyerap pengaruh Carnaby yang banyak menggunakan rekaan langsing dan mengikut bentuk badan.



kosmo..hiihhi
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 11:01 PM |All posts
Model lelaki berjambang

Permohonan kali pertama saya tidak diterima, mungkin disebabkan imej yang dibawa ketika itu tidak menepati gaya jenama tersebut. Kemudian saya membuat beberapa rujukan dengan melihat kempen-kempen fesyen Ben Sherman yang banyak menggunakan model lelaki berjambang, ujarnya.

Dia memberanikan diri untuk menyimpan jambang dengan mengikut penampilan ikon fesyen lelaki, David Beckham yang pernah muncul dengan gaya serupa beberapa tahun lepas.

Pada awalnya, Wak Doyok berasa ragu-ragu dan takut jika tidak kena dengan bentuk wajah dan penampilannya. Selama beberapa bulan, bulu-bulu halus mula kelihatan pada wajahnya dan dia mula merapikan jambang supaya kemas dan teratur.

Saya diterima bekerja di butik itu untuk permohonan kali kedua. Malah, ramai memuji dengan penampilan terbaharu ini, ujarnya yang mengambil masa selama tiga bulan untuk mendapatkan gaya Howie.

Jelas Wak Doyok, dia akan merapi jambang dan misainya dua hari sekali supaya ia tumbuh rapat dan lebat mengikut struktur wajah.

Selain itu, saya ada juga mengikut petua orang tua iaitu dengan mengelap jambang menggunakan tangan kanan yang dibasuh selepas makan. Walaupun tidak tahu kesahihannya, jambang saya tumbuh lebat sehingga sekarang, seloroh Wak Doyok.

Penjagaan perlu teliti

Bagi memastikan jambang sentiasa kelihatan kemas, dia akan melakukan perapian selang dua hari dengan mencukur bulu pada bahagian bawah dagu. Selain itu, kumisnya yang melentik akan digunting supaya tidak terlalu panjang dan nampak menarik.

Proses penjagaan perlu teliti dan dibuat dengan cermat. Saya lebih suka melakukannya sendiri di rumah berbanding pergi ke salun, jelasnya yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia fesyen kasual jalanan.

Pembersihan dan penjagaan perlu dilakukan kerana jika dibiarkan, ia akan nampak kotor dan tidak terurus. Wak Doyok berkata, kekotoran akan jelas kelihatan selepas makan kerana sisa-sisa makanan terlekat pada jambang terutamanya sekitar mulut.


.

Saya sendiri menghadapi kesukaran ketika peringkat awal menyimpan jambang hingga terpaksa menggunakan sudu dan garfu untuk mengelakkan sisa makanan daripada melekat pada misai, luahnya.

Seperti rambut dan wajah yang mempunyai produk penjagaan tersendiri, jambang dan kumis juga mempunyai item pembersih dan gel perapi khusus untuk dandanan.

Beberapa produk saya beli daripada seorang teman di Singapura. Salah satunya ialah wax khas untuk melentikkan kumis. Selain itu, bagi melebatkan jambang, saya gunakan produk yang dibeli di kedai gunting rambut milik penyanyi Joe Flizzow, Joe's Barbershop, kongsinya lagi.

Menurut pemilik jenama The Garment itu lagi, produk penjagaan untuk jambang dan kumis sukar didapati di dalam negara berbanding di Eropah. Ujarnya, jika di England, terdapat persatuan yang diwujudkan untuk mengumpul komuniti-komuniti berjambang pelik tersebut.

Di Malaysia, gaya ini masih baharu, tetapi mula mendapat perhatian anak-anak muda kerana berjambang atau berkumis kemas dapat menonjolkan sisi maskulin dan lelaki sejati, ujarnya.


Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 11:02 PM |All posts
ananyaperfume posted on 19-9-2013 11:01 PM
Model lelaki berjambang

Permohonan kali pertama saya tidak diterima, mungkin disebabkan imej ya ...

PRODUK wax yang di beli Muhammad Azwan dari Singapura bagi melentikkan kumisbeliau gemar menyolek diri beliau..heheh kemas mcm ni i suka

This post contains more resources

You need to Login to download attachments. No account? Register

Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 19-9-2013 11:10 PM |All posts
smart tak gaya mcm nih..contoh la kan cikgu zaman 2020 bergaya mcm ni budak nk pi skolah tak?
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-9-2013 12:07 PM |All posts
kenamaan kah beliau??
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-9-2013 02:24 PM |All posts
die ni kerabat mana??
syiomm kang -->ZA ;*
jangan gelojoh sangat -->ZI
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-9-2013 02:47 PM |All posts
dia ni org kenamaan ka
when i first meet you i truly didnot plan on falling in love..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 20-9-2013 02:48 PM |All posts
311gurl posted on 19-9-2013 09:13 PM
Adoi TT,,buat la research sikit ni info nak kene suap je..
Kurang2 pun tepek la gmbar rekaan dia:lo ...

cop2 wak doyok ke wak dayak ni org kenamaan ka?
mulot i agak puaka. don't mess with me.
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 20-9-2013 03:20 PM |All posts
perhhhh hensem gilerrrr
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 20-9-2013 04:44 PM |All posts
Wak Doyok kerabat, tak sure negeri mana, nama dia Yang Mulia Tengku Muhammad Azwan Shah
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-9-2013 06:08 PM |All posts
kerabat ke??
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-9-2013 06:24 PM |All posts
yg pasti dgn misai mr.potato dan jambang cenggitu muka beliau nampak tua..
If you cannot be Positive, then at least Be Quiet...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-9-2013 06:26 PM |All posts
hipster gay
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 20-9-2013 09:03 PM |All posts
myakayina posted on 20-9-2013 06:24 PM
yg pasti dgn misai mr.potato dan jambang cenggitu muka beliau nampak tua..

umur dia pon 33 tahun
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 20-9-2013 10:21 PM |All posts
tak semestinya dia gay..huhuh kerabat kut
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-9-2013 11:36 PM From mobile phone |All posts
Sy follow ig dia..best sgt...i like...
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 20-9-2013 11:48 PM |All posts
mommymonster82 posted on 20-9-2013 11:36 PM
Sy follow ig dia..best sgt...i like...

tepek la gambo..saya takda ig hehe..
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-9-2013 11:53 PM From mobile phone |All posts
ananyaperfume posted on 20-9-2013 11:48 PM
tepek la gambo..saya takda ig hehe..


Xbleh nk tepek..xtau naper
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 21-9-2013 05:56 AM |All posts
kenamaan yg glamor ke x...? kalau x buang masa aje huhu
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 21-9-2013 09:27 PM |All posts
aduiiii takut tgk misai melentink tu...
Reply

Props Report

123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-10-2014 01:27 PM , Processed in 0.142385 second(s), 31 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top