CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 9-11-2013 08:47 PM | Show all posts
“ Nasi goreng USA 2, satu limau ais dan satu teh panas?”Soal pelayan muda itu setelah mendengar pesanan dari Umairah dan Ifran. Ifran dan Umairah mengangguk kepalanya tanda betul. Pelayan itu berlalu pergi setelah pesanan telah dipastikan. Suasana antara Ifran dan Umairah sunyi sepi. Masing-masing diam tidak berkutik. Umairah mengerling wajah Ifran yang kelat bersamanya. Raut wajah lelaki itu dipandang lama.


“ Dah jatuh cinta dekat aku ke?” Sela Ifran yang sempat menangkap panahan mata dari Umairah. Umairah tersentak lalu cepat-cepat mengalih pandangannya. Ada rasa malu mula menggebu didalam hati.

‘kantoilah pulak...’ Umairah memarahi dirinya sendiri yang tidak pandai menjaga pandangan mata.


“Perasan!” Kutuk Umairah perlahan. Namun tak dinafikan hatinya bergetar hebat apabila matanya dan Ifran bertembung antara satu sama lain. Perasaan ini sudah biasa dialami apabila dia bersama Ifran.


“Dah curi pandang tak nak mengaku pulak!” Balas Ifran sedikit mencebik. Tapi secara logiknya Umairah mana mungkin jatuh hati padanya.Gadis keras hati dan pendendam seperti Umairah pasti tidak tahu erti cinta.Tapi lebih baik begitu, dia jijik untuk dicintai oleh perempuan seperti Umairah. Perempuan yang berhati kejam! Umairah diam. Malas bergaduh dengan Ifran.


“ Kau memang tak masak ke dekat rumah?” Terpancul soalan yang berlegar di fikiran Umairah. Wajah Ifran yang kelihatan tegang ketika bersamanya ditatap. Ifran membiarkan soalan dari Umairah dibawa angin lalu. Dia tidak berminat untuk berborak kosong dengan Umairah. Perasaan benci dan meluat terhadap gadis ini masih lagi menebal dihatinya. Jangan Umairah fikir kesudiannya untuk berkongsi rumah bermaksud mereka sudah berbaik. Tak akan sesekali dia maafkan Umairah kerana tegar merosakkan kebahagiannya dan Atikah demi kepentingan hati sendiri. Umairah mengeluh kecil dengan respon dingin Ifran dan akhirnya turut berdiam diri. Hampir 5 minit berlalu, pesanan yang dibuat telah pun tiba. Setelah mengaminkan doa makan, Ifran dan Umairah mula menjamu selera. Masing-masing hanya diam seperti orang asing. Langsung tiada perbualan antara mereka sehinggalah selesai makan dan tiba dirumah.


Last edited by misssakura on 9-11-2013 08:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2013 08:50 PM | Show all posts
Umairah memasukkan lima pasang baju kurung dan lima helai tudung ke dalam bakul baju. Sebentar lagi dia mahu menggosok pakaiannya memandangkan lagi 2 hari tugasnya sebagai guru akan bermula. Setelah selesai memilih baju selama seminggu untuk dipakai, Umairah mara ke bilik Ifran. Diketuk daun pintu bilik suaminya beberapa kali.


“ Nak apa?” Nak tak nak sahaja Ifran bertanya. Raut wajah Umairah dipandang sepintas lalu.


“Aku nak gosok baju... Bagilah baju kau sekali. Aku tolong gosokkan. Jimat sikit bil elektrik nanti.” Jelas Umairah dengan lembut. Senyuman mesra dihadiahkan kepada Ifran meski pon jelas dimatanya Ifran sempat menarik muka apabila mengadap wajahnya.


“ Kejap...” Balas Ifran sambil menghilangkan diri kedalam biliknya. Langsung tidak menolak bantuan yang cuba dihulurkan Umairah. Alang-alang dah ada orang sudi menolong apa salahnya. Boleh dia kulikan Umairah. Umairah masih lagi terpacak dihadapan bilik suaminya. Setelah beberapa minit berlalu, datang Ifran bersama-sama satu bakul baju yang mengandungi baju kemeja dan seluar slack.


“Nah!” Ifran menyerahkan bakul yang mengandungi baju itu kepada Umairah. Umairah menelan liur melihat baju dan seluar yang ada dalam bakul. Banyaknya! Ini stok seminggu ke sebulan?


“ Hanger?” Minta Umairah. Ifran sekali lagi lesap kedalam biliknya. Membawa penyangkut baju yang cukup dengan bilangan baju yang diberi.Penyangkut baju bertukar tangan.


“Ada lagi nak apa-apa?” Soalan Ifran berbaur sarkastik.Umairah terdiam.


“Tak ada apa-apa dah.” Jawab Umairah tenang. Walaupun sikap Ifran amat menyakitkan hati, namun Umairah tetap akan berusaha menjadi isteri yang baik. Dia mahu menebus kesilapannya terhadap lelaki ini. Ifran menutup pintunya kemas setelah mendengar jawapan dari Umairah meski pun gadis itu masih lagi terpacak didepan pintu biliknya.





Setelah selesai menggosok bajunya dan Ifran, Umairah mula mengemas satu persatu baju yang digantung secara rambang. Di ambil baju Ifran sebanyak 10 helai itu lalu dibawa ke bilik lelaki itu. Kebetulan pula pintu bilik Ifran terbuka luas memudahkan urusannya untuk menghantar baju tersebut.


“If...” Teriak Umairah sambil melangkah masuk bilik Ifran. Ifran yang sedang mengadap komputer riba agak terkejut dengan sapaan tak semena-mena dari Umairah. Darahnya mula mendidih apabila melihat kehadiran Umairah didalam biliknya tanpa dijemput.


“Siapa bagi kau kebenaran masuk bilik aku?” Tengking Ifran keras. Mencerlung matanya memandang wajah Umairah yang berubah riak.


“ Err.. Maaf!” Minta Umairah serba salah. Cepat-cepat dia keluar dari bilik jejaka itu. Kecut perutnya melihat amukan Ifran yang tidak dijangka.


“Kau jangan nak memandai masuk bilik aku.. Kau kena ingat ini rumah aku. Bukan rumah kau. Kau tu menumpang jer!” Ungkit Ifran lagi. Nada suaranya masih sama seperti sebelum ini. Umairah menelan liur melihat amarah Ifran. Macamlah kesalahan aku besar sangat!


“ Ini baju kau...” Luah Umairah lambat-lambat sambil menghulurkan baju yang disangkut elok pada penyangkut baju. Ifran mara kearah Umairah lalu merampas baju itu kasar. Selepas mendapatkan bajunya yang sudah siap digosok, pintu bilik dihempas kasar tanda perbualan mereka malam ini telah tamat. Umairah tersentap. Hancur luluh perasaannya melihat layanan Ifran terhadapnya. Begitu benci Ifran kepadanya kini. Hanya kesalahan kecil sebegitu dia ditengking sesenang hati. Tapi apa boleh buat, mungkin ini balasan untuk kesilapan yang dah dia lakukan terhadap lelaki itu.   


Last edited by misssakura on 9-11-2013 08:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 06:59 AM | Show all posts
Atikah membelek-belek laporan kewangan yang disediakan beberapa kali. Ingin memastikan tiada kesalahan yang dibuat. Dia tahu pengurus syarikat mereka seorang cerewet. Salah eja sikit pun tak boleh. Itulah Ifran. Sangat berbeza waktu bekerja dengan waktu lain. Setelah berpuas hati, Atikah mara ke bilik pengurus syarikat dan bertemu dengan kak Mona iaitu setiausaha Ifran untuk memberitahu kedatangannya yang ingin bertemu pengurus syarikat makanan segera itu.


“ Kak Mona, saya nak jumpa encik Ifran kejap. Dia ada tak?” Soal Atikah sopan. Kak Mona yang tua 10 tahun darinya sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman manis kepadanya. Kak Mona memberitahu kehadiran Atikah kepada Ifran melalui intercom.


“ Encik Ifran ada kat dalam. Dia suruh masuk.” Balas kak Mona lembut. Dia memandang lama wajah Atikah yang kini sudah hilang disebalik pintu. Ada juga dia mendengar gosip antara Atikah dan encik Ifran dan dia juga pernah juga mendengar encik Ifran itu sudah berkahwin namun sekali pun dia tidak pernah nampak wajah isteri encik Ifran. Entah-entah Atikah lah isteri encik Ifran. Dia perasan juga yang encik Ifran seperti ada hati kepada Atikah dan layanannya terhadap Atikah sangat berbeza dengan layanan untuk pekerja yang lain. Normal la kan kalau mereka merahsiakan perkahwinan mereka. Mungkin Atikah tak nak orang mengata dia mendapat jawatannya sekarang kerana suaminya anak bos syarikat itu.
‘Hmmm.... Logik jugak.’ Desis hati kak Mona membuat spekulasi.


“ Encik Ifran ni laporan kewangan syarikat kita sekarang.Kalau kita nak buat rancangan promosi yang encik Ifran cakap tu boleh sangat.”Atikah memulakan bicara setelah dijemput duduk oleh Ifran. Ifran membelek-belek fail yang diperolehi. Bagus. Semua maklumat lengkap. Dia ingin tahu kedudukan kewangan syarikat. Dia tahu promosi yang ingin dilakukan bersempena bulan puasa yang tidak lama lagi akan menjelma agak memakan banyak perbelanjaan namun pulangannya turut lumayan. Dia menyimpan fail itu. Sempat matanya mengerling jam di tangan. Sudah pukul 4 petang. Sekejap sungguh masa berlalu.


“ Nanti balik saya hantar.” Tawar Ifran. Atikah yang sudah bekerja dengannya hampir setengah tahun masih belum mempunyai kereta sendiri. Katanya belum cukup duit  untuk memiliki kenderaan sendiri. Sebab itulah dia biasanya menaiki kenderaan awam.


“ Tak payah la. Saya boleh balik sendiri.” Tolak Atikah lembut. Dia tidak suka menumpang Ifran. Dia sebolehnya ingin menjaga hubungannya sebagai pekerja Ifran tanpa sebarang perasaan lain. Dia tahu Ifran masih lagi menaruh hati padanya. Dia tak nak memberi sebarang harapan kepada Ifran setelah hatinya betul-betul telah tertutup untuk hubungan mereka.


“ Alah tak pe la. Rumah kita satu arah je kan. Nanti dalam pukul 5.30 saya pergi unit awak. Tunggu tau.” Ifran memberi arahan.Atikah terasa berat hati. Salah satunya kerana Ifran adalah suami Umairah yang keduanya dia tidak mahu menghangatkan lagi gosip percintaannya dan Ifran didalam pejabatnya ini. Gosip liar semata-mata. Namun semua itu kesan daripada tindak tanduk Iftan yang tidak sudah-sudah mendekatinya.


“ Tak payahlah encik Ifran. Nanti timbul gosip pulak.” Tolak Atikah lagi. Berharap Ifran akan faham situasinya.


“ Gosip apa pulak?Kalau diorang nak bergosip pun biar je lah diorang. Saya nak hantar awak balik aje. Bukan nak buat apa-apa pun.” Jawab Ifran mudah. Atikah mengeluh kasar.Geram dengan sikap sambil lewa Ifran. Lelaki ini suka mengambil mudah hal-hal sebegini.


“ Kalau encik Ifran tak kisah, itu urusan encik Ifran....Tapi saya kisah. Saya tak suka dijadikan bahan gosip diorang. Dah simpan je lah niat baik encik Ifran tu. Saya balik sendiri.” Tegas Atikah. Bila dia berkata tidak mahu ini bermaksud dia tidak akan mahu sampai bila-bila. Jadi, usahlah Ifran menghabiskan masanya dengan memujuknya lagi. Atikah bangun. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi.


“ Tak de apa-apa dah kan encik Ifran. saya keluar dulu.”Minta Atikah. Dia bergegas keluar tanpa menunggu jawapan Ifran. Ifran termenung sejenak. Memikirkan hubungannya dan Atikah yang tiada tanda-tanda mahu pulih.Semuanya salah Umairah. Kalaulah Umairah tidak buat onar pasti dia dan Atikah sedang berbahagia bersama. Dia meneruskan kerjanya yang tertangguh. Dia mahu fokus kepada tanggungjawabnya ini.

Last edited by misssakura on 13-11-2013 07:03 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 07:04 AM | Show all posts
Umairah menghidangkan satu persatu lauk pauk yang dimasak diatas meja. Setelah berpuas hati dengan susun atur yang dibuat, dia mara kearah Ifran yang sedang menonton televisyen.


“Jom makan...” Tegur Umairah setelah tiba disebelah suaminya. Ifran mengerling kearah Umairah yang tersenyum mesra. Remote tv dicapai dan ditekan punat ‘off’. Dia mara ke dapur mengekori langkah pantas Umairah. Ifran sedar Umairah banyak berubah sejak tinggal dengannya. Gadis itu melayannya dengan amat baik walaupun dia sering membuat perangai tak semenggah.Apa motif Umairah kali ini? Mahu buat dia jatuh cinta? Adakah Umairah sengaja menggodanya untuk menyakiti hati Atikah? Apa Umairah fikir aku begitu bodoh untuk jatuh ke perangkapnya buat kali ke dua.


“ If...” Sapa Umairah sambil melambai-lambaikan tangan didepan jejaka itu. Ifran tersentak. Baru dia sedar dia dan Umairah sudah pun mengadap rezeki masing-masing. Jauh sungguh dia mengelamun.


“Bacalah doa.” Arah Umairah perlahan. Bukankah selama ini Ifran yang membaca doa makan ketika mereka menjamu selera. Ifran tidak membalas kata-kata Umairah. Dia terus membaca doa memandangkan perutnya yang kebulur minta diisi.


“ Hmm esok kau nak breakfast apa?” Umairah memecahkan kesunyian antara mereka. Nasi yang disuap kedalam mulut di kunyah perlahan. Ifran yang sedang tunduk mengadap pinggan mengangkat wajahnya membalas pandangan Umairah.


“ Kau buat je la apa-apa pon....” Ujar Ifran malas. Itu pon dah cukup baik dia melayan setiap pertanyaan dari Umairah. Ikutkan hatinya mengadap Umairah pun dia tidak sudi.  Ifran kembali menumpukan perhatian pada nasi didalam pinggannya.


“ Erm kau tak memilihkan bab makanan? Tak ada elergik apa-apa?” Soal Umairah lagi. Dia sebolehnya tak nak memasak makanan yang tidak dimakan oleh Ifran memandangkan duit dapur telah pon dikongsi bersama. Ifran merengus kasar. Rimas dengan persoalan yang tak habis-habis dari mulut Umairah.


“ Akukan dah cakap buat je la apa-apa pon.. Tak faham ke?” Bentak Ifran geram. Apabila berdepan dengan Umairah buat darahnya cepat mendidih meski pon Umairah bertanya soalan yang mudah sahaja. Umairah mengeluh kecil. Diketap bibirnya geram.


“Cakap elok-elok tak boleh ke? Susah sangat ke kau nak jawab soalan aku?” Tingkah Umairah. Matanya merenung tepat wajah Ifran yang duduk didepannya. Ada rasa sebak mula merantai dihati.


“ Aku punya sukalah nak jawab elok ke tidak. Kalau kau tak suka cara aku, kau tak payah la nak banyak tanya! Senang citer.” Jerkah Ifran lagi. Umairah terdiam. Seleranya untuk mengadap makanan semakin tumpul.


“ If... Kita sekarang ni tinggal sekali. Tak boleh ke kau bertolak ansur sikit dengan aku?” Ifran ketawa jelik dengan persoalan Umairah. Lucu pula pada halwa telinganya.


“Kau ingat aku nak sangat ke tinggal dengan kau? Kalau bukan pasal emak dengan abah, jangan harap aku nak terima muka kau kat sini. Jadi tak payah kau nak berangan hubungan kita akan baik hanya kerana kita tinggal sekali. Lagi pon, perlu ke aku bertolak ansur dengan perempuan pentingkan diri sendiri macam kau ni?” Ifran membalas keras. Matanya mencerlung kearah Umairah yang kelihatan menggigil didepannya. Marah barangkali. Umairah mengepal tangannya geram, dia sudah tidak tahan lagi untuk mengadap perangai Ifran. Dia bingkas berdiri dan membawa pinggan nasi yang masih berbaki ke sinki. Dia tidak dapat membendung hatinya dari merasa kecewa dengan layanan kasar dari Ifran.Umairah membuka langkah laju meninggalkan meja makan lalu ke biliknya dengan mata yang sudah berkaca.

Last edited by misssakura on 13-11-2013 07:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:01 PM | Show all posts
eh jap kenapa citer ni macam pernah baca jer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 06:31 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 21-11-2013 02:01 PM
eh jap kenapa citer ni macam pernah baca jer?

citer ni mmg pernh post pon kt sini... cuma sakura dah ubah banyak jalan citer dia yg bru ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2013 06:34 AM | Show all posts
Ifran termenung mengadap siling bilik tidurnya. Berlegar-legar diingatannya wajah Umairah yang kelihatan sedih setelah pertengkaran yang berlaku antara mereka seketika tadi. Dia nampak mata Umairah yang berkaca ketika berlalu ke biliknya. Entah kenapa hatinya dipagut rasa bersalah seperti dia telah melakukan kesalahan yang amat besar. Wajahnya diraup perlahan. Ifran bingkas dari katil dan mundar-mandir di segenap biliknya. Sungguh hatinya tidak tenang saat ini.


“ Okey.. Kita tak payah fikir pasal ni.” Seru Ifran pada diri sendiri. Lantas laptop yang berada di atas meja kerjanya dibuka. Mahu membuat perkara lain selain memikirkan tentang Umairah. Namun tak sampai beberapa saat matanya melekat pada dada komputer riba,wajah kecewa Umairah terpamer lagi dibenaknya. Membuatkan mood Ifran untuk mengadap kerjanya terus hilang!


“Apesal aku nak rasa bersalah! Kalau ikutkan apa yang aku buat ni tak seberapa pon dengan apa yang dia dah buat terhadap aku.” Bentak Ifran. Dia marah dengan dirinya yang sukar menafsirkan perasaan sendiri. Ifran cuba sekali lagi untuk kembali fokus dengan kerja yang dibuat. Namun masih tidak berjaya. Dia mengeluh kecil sebelum bergerak menuju kearah pintu biliknya. Daun pintu ditarik dan langkahnya diatur ke dapur. Air masak yang dituang kedalam gelas diteguk perlahan demi menghilangkan segala perasaan yang mencengkam jiwanya. Harapannya, perasaan bersalah itu turut pergi bersama turunnya air yang diminum ke dalam perut.

Last edited by misssakura on 22-11-2013 06:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 06:38 AM | Show all posts
Setelah hampir sejam bermuram durja di dalam bilik,akhirnya Umairah keluar untuk menyelesaikan tanggungjawabnya yang masih belum selesai. Seingatnya, dia berlalu pergi meninggalkan Ifran dalam keadaan dapur yang bersepah. Pinggan dan mangkuk masih belum dicuci begitu juga alatan yang digunakan untuk memasak seketika tadi. Nak harapkan Ifran, memang tak boleh diharap langsung! Umairah menghampiri sinki untuk memulakan kerjanya yang tertangguh. Namun, dahinya mula mengukirkan lapisan bertingkat-tingkat apabila melihat keadaan dapur.


Aneh! Itulah yang muncul difikirannya saat ini. Mana pergi pinggan mangkuk yang belum dicuci? Mana pergi periuk belanga yang perlu dicuci? Siapa yang mengemas dapur sedangkan hanya dia dan Ifran sahaja dirumah ini. Kalau dia tidak mengemas,maksudnya.... Umairah tersenyum kecil. Boleh diharap juga Ifran rupanya. Hatinya tadi hangat dengan sikap Ifran mula kembali sejuk. Melihat sikap Ifran yang ada manisnya membuatkan bibirnya tersenyum sendiri. Semangatnya untuk melayan Ifran lebih baik kembali berkobar. Dia tahu, Ifran masih marah padanya dan perasaan marah lelaki itu sebenarnya berpunca dari dirinya juga. Jadi dia tidak patut salahkan Ifran dengan apa yang sedang berlaku kini. Apa-apa pon dia tidak patut berputus asa dalam memulihkan kembali hubungannya dan Ifran. Selagi Ifran bergelar suaminya, akan dia tunaikan segala tanggungjawab seorang isteri selagi boleh. Semoga Ifran akan memaafkannya, itulah doanya selama ini.


Last edited by misssakura on 22-11-2013 06:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 06:40 AM | Show all posts
“ Nah....” Haikal menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Umairah. Umairah yang sedang menikmati juadah tengahari agak terkejut. Masa bila pulak Haikal membawanya sejambak bunga. Rasanya sepanjang mereka berdua menjamu selera tadi, langsung tiada bunga yang dibawa lelaki ini.


“Ambillah.” Suruh Haikal dengan senyuman manis. Wajah Umairah yang terkejut dipandang senang.


“ Thank...” Ucap Umairah sambil mengambil jambangan bunga tersebut. Rasa curiga mula bertapak dihatinya.


“ Kenapa tiba-tiba jer bagi saya bunga? Hari ni bukan birthday saya pon.” Soal Umairah ingin tahu. Sememangnya sepanjang  setahun berpisah dengan Haikal, hubungan antara mereka tidak pernah putus. Haikal sering menghubunginya malah lelaki itu juga rajin menemuinya di Terengganu. Kini dia dan Haikal sama-sama mengajar di Seremban walaupun di sekolah yang berlainan.


“Saja.. For my sweetheart. Apa salahnya kan.” Balas Haikal senang. Umairah mengetap bibirnya lembut. Kurang senang dengan jawapan Haikal. Jejaka ini seperti masih menunggunya.
‘Ahhh aku jer kot yang perasan lebih!’ tekan Umairah demi menyedapkan hati sendiri.


“ Awak dengan Ifran....” Haikal menghentikan kata-kata.Cuba menyusun ayat yang terbaik bagi pertanyaan kali ini. Umairah diam menanti bicara tergantung dari Haikal.


“ Korang bahagia ke sekarang?” Meluncur soalan yang sudah lama bermain di fikiran Haikal. Kalau setahun yang lalu dia yakin rumah tangga Umairah dan Ifran sedang bergolak tetapi kini keyakinannya mula menipis.Umairah bertukar ke Seremban semata-mata untuk hidup dengan suaminya. Adakah itu bermaksud Umairah dan Ifran sudah berbaik dan sedang melayar bahtera perkahwinan dengan bahagia? Umairah menarik nafas dalam sebelum menjawab pertanyaan dari Haikal.


“ Kenapa tanya macam tu?” Desis Umairah dengan lagak yang cuba ditenangkan. Wajah Haikal dipandang lama.


“ Tolong jawab soalan saya tu dulu...” Tegas Haikal. Umairah meneguk jus tembikai yang dipesan sebelum membalas kata-kata Haikal.


“ Alhamdullilah... Semakin baik.” Tipu Umairah. Haikal tidak perlu tahu situasi rumah tangganya. Haikal menghela nafas perlahan demi menghilangkan rasa sesak dijiwanya. Rasa kecewa mula bertebaran disudut hatinya setelah mendengar jawapan dari Umairah.


“ Awak tipukan?” Duga Haikal. Matanya memandang tepat ke dalam mata Umairah. Cuba mencari kebenaran dalam bait-bait ucapan gadis itu.


“ Laa kenapa saya nak tipu pulak... Betul la.” Balas Umairah dengan ketawa kecil. Cuba menutup debaran didada dengan ketawa yang dibuat-buat.
Kenapa Haikal begini? Adakah dia masih menaruh hati pada aku? Tak kot. Bisik hati Umairah, tidak yakin dengan telahan yang dibuat.


“ Tapi Ifran cintakan kawan awak Mai....”


“ Itu kisah lama la Haikal. Dah jadi sejarah. Sekarang ni saya isteri dia, bukan Atikah.” Jelas Umairah dengan nada yang ditekankan. Mengingatkan Atikah, hatinya menggelegak sendiri. Manusia perampas seperti Atikah selamanya tidak akan dimaafkan.


“ Awak cintakan dia Mai?” Tanya Haikal lagi. Umairah mula rimas. Kenapa perlu topik perkahwinan dan hati perasaannya dibicarakan. Pentingkah semua itu dalam kehidupan Haikal? Tak penting pon!


“Let stop talking about this...” Cadang Umairah dengan harapan Haikal faham dia tidak berminat untuk berbincang tentang perkara ini.


“Tengok, awak tak boleh jawab soalan saya... Awak tak cintakan dia Mai.” Tembak Haikal. Dia amat berharap Umairah mengakui telahannya.


“ Dia suami saya... Mes”


“Dia memang suami awak, tapi awak tak cintakan dia dan dia jugak tak cintakan awak Mai. Kenapa nak teruskan perkahwinan yang macam ni?” Keras suara Haikal.


“ Apa awak merepek ni? Dah saya tak nak gaduh dengan awak kerana perkara kecil macam ni.” Dalih Umairah. Semua tekaan Haikal adalah tepat buat dirinya tidak mampu untuk menipu.


“ Mai...” Panggil Haikal yang mula mengendurkan intonasi suara. Matanya merenung tepat wajah Umairah yang sedikit kelat hasil pergaduhan kecil mereka. Umairah mendongak membalas pandang Haikal.


“Saya cintakan awak... Dari dulu sampai sekarang perasaan saya terhadap awak tak pernah berubah. Saya sentiasa ada untuk tunggu awak. Percayalah Mai.” Luah Haikal penuh kasih sayang. Matanya tidak lepas dari merenung sepasang mata milik Umairah. Umairah diam. Kata-kata Haikal sampai ke dasar hatinya tapi perasaannya hanyalah kosong. Tiada getaran mahupun renjatan elektrik dirasakan.


“ Maafkan saya Haikal. Saya tak pernah cintakan awak.” Bisik Umairah perlahan. Mungkin Haikal akan terluka dengan sikapnya yang berterus terang tapi itu yang lebih baik. Dia tak nak memberi harapan yang diyakini tidak mampu ditunaikan. Dia bingkas bangun lalu pergi meninggalkan Haikal.Tidak mampu untuk diteruskan perbualan dengan Haikal pada petang ini. Haikal tidak menghalang langkah Umairah. Wanita itu dihantar dengan perasaan sebak dan kecewa. Keras sungguh hatimu Umairah.


Last edited by misssakura on 22-11-2013 06:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 06:47 AM | Show all posts
Umairah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Langkahnya longlai menuju ke bilik tidur. Raut Ifran yang sedang menonton televisyen tidak dipandang. Moodnya tiada untuk menegur Ifran.


“ Cantik bunga.. kekasih mana yang bagi?” Sindir Ifran sambil mara menghampiri Umairah yang kelihatan kepenatan. Umairah mengeluh kecil sambil menatap wajah Ifran yang sudah tiba disebelahnya. Ifran merampas bunga dari pelukan Umairah dan memandang jelik kearah jambangan itu.Ditilik-tilik bunga itu dengan wajah yang mencebik.


“Haikal ke yang bagi?” Masih diingat lelaki yang pernah menggilai isterinya suatu ketika dahulu. Umairah diam dan memandang tajam wajah Ifran yang menyakitkan hati. Cuba disabarkan hatinya yang sememangnya makin menggelegak.


“ Ada lagi rupanya mamat tu... Aku ingat dia dah tak nak kat kau. Ye la kan.. Lelaki bodoh mana nak kat perempuan macam kau ni!” Ifran menuturkan bicara sinis. Sengaja menyakiti hati Umairah. Namun keghairahannya sedikit berkurang apabila Umairah hanya diam tidak berkutik. Tidak membalas kata-katanya seperti dulu-dulu.


“ Dah habis cakap? Aku nak masuk berehat pulak. Sekian!”Umairah merampas kasar bunga yang berada di tangan Ifran dengan wajah yang mencuka. Kenapalah Ifran suka sangat menguji kesabarannya. Langkahnya yang terhenti di sambung kembali. Dia mahu mandi, solat dan berehat. Melayan Ifran hanya menaikkan tekanan darahnya sahaja.


“Aku tak habis cakap lagi.” Tingkah Ifran berjaya mematikan langkah Umairah. Umairah tegak berdiri tanpa memalingkan wajahnya. Setia menanti Ifran menyambung kata-katanya.


“Kau tak payah nak gembira sangatlah dapat bunga dari mana-mana jantan.. Sekali pon satu lori bunga dihadiahkan kepada kau, kau perlu ingat yang kau dengan jantan itu tak akan pernah dapat bersama kerana aku tak akan ceraikan kau!” Tegas Ifran dengan senyuman yang mampu mengguriskan hati. Umairah menahan rasa. Tersentap sehingga langit ketujuh dengan bicara sinis Ifran.


“ Habis tu kau nak simpan aku sampai ke matilah? Kiranya kau rela korbankan kebahagiaan kau sendiri untuk seksa hidup aku. Macam tu?”


“Kenapa aku perlu korbankan kebahagiaan aku? Kau kena ingat lelaki boleh kahwin 4 dan aku ada lagi 3 kuota kosong. Bila-bila masa je aku boleh cari perempuan lain untuk jadi isteri aku.” Tambah Ifran mudah.Terjungkit lagi sengihan apabila merasakan dirinya berjaya melumatkan perasaan Umairah.


“Kau jangan lupa Atikah tu siapa If! Kalau kau tak ceraikan aku sampai bila-bila kau dengan dia tak akan bersama.” Ungkit Umairah geram.


“ Perempuan bukan sorang atas dunia ni...” Jawab Ifran mudah sebelum meninggalkan Umairah yang menjeling marah kearahnya. Hatinya sekali lagi bersorak riang dengan reaksi isterinya. Umairah merengus kasar lalu menuju kebiliknya. Perasaan kecewa, marah dan menyesal semakin bertingkat didalam hatinya.


Last edited by misssakura on 22-11-2013 06:51 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 07:54 AM | Show all posts
Umairah menyandarkan badannya dibelakang pintu. Sedih,kecewa dan geram semuanya bercampur baur didalam jiwanya saat ini. Tapi perkara yang paling di rasai adalah menyesal tak sudah.


“ Kenapa aku bodoh sangat dulu? Tengok sekarang apa dah jadi? Aku sorang je yang terseksa! Atikah hidup bebas tanpa sebarang masalah.”Bentak Umairah memarahi dirinya sendiri. Dia sedar kesilapannya yang terlalu gopoh dalam merencanakan rancangan untuk mengenakan Atikah. Tapi sekarang semuanya dah terbalik. Dia yang terlebih kecewa.


“Kalaulah aku plan elok-elok mesti semua ni tak akan terjadi. Atikah memang dasar perempuan tak guna. Aku ingat Ifran tu cinta mati dia.”Marah Umairah lagi. Rasa benci dan dendam tidak pernah padam terhadap Atikah.Sekali lagi hatinya menyalahkan Atikah dengan apa yang sedang dilalui saat ini.

Last edited by misssakura on 26-11-2013 07:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 07:55 AM | Show all posts
Umairah seperti biasa menghidangkan sarapan untuk dia dan Ifran sebelum masing-masing keluar untuk ke tempat kerja. Setelah selesai menyusun mee goreng dan pinggan diatas meja makan, Umairah mara ke bilik Ifran.


“If....” Panggil Umairah dari luar. Pintu bilik lelaki itu diketuk bertalu-talu.


“Jom breakfast.” Ajak Umairah tatkala wajah Ifran terjengul didepan pintu. Ifran mengekori langkah Umairah untuk ke dapur tanpa banyak soal. Kerusi ditarik lalu dihenyakkan punggung diatasnya. Umairah mengambil pinggan kosong lalu meletakkan mee goreng kedalam pinggan tersebut.


“ Cukup tak?” Soal Umairah pendek. Ifran mengangguk kepalanya. Mulutnya diam membisu seperti sediakala. Setelah menghidangkan mee goreng, Umairah mula menuangkan teh  O panas yang terdapat didalam teko. Ifran makin pelik dengan perangai Umairah semenjak dua menjak ini. Baru semalam dia sengaja mencari pasal dengan Umairah tetapi pagi ini Umairah masih melayannya dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kenapa Umairah masih berlembut dengannya sedangkan sudah banyak kali hati gadis itu cuba disakiti. Betulkah tekaan hatinya sebelum ini. Umairah cuba menggodanya supaya keinginannya untuk membuatkan Atikah menderita tercapai? Supaya rancangannya diawal perkahwinan mereka berjaya dilaksanakan. Tetapi kenapa sampai macam tu sekali Umairah berdendam dengan Atikah. Bukankah Atikah kawan baiknya merangkap kakak tiri Umairah?


“Tak sedap ke?” Tanya Umairah apabila Ifran tidak memulakan suapan. Wajah Ifran yang jauh termenung dipandang. Ifran tersentak lalu mengalih pandangannya kearah Umairah yang sedang melihatnya. Mata mereka bersambung seketika.


“ Kau tak suka mee goreng ke?” Terpancul lagi soalan dari mulut Umairah. Mulutnya mengunyah perlahan mee goreng yang dibuat. Sekali sekala matanya mengerling pada jam tangan yang melilit kemas pada pergelangan tangannya.


“ Kalau tak suka mee goreng, aku boleh bakar roti untuk kau. Kejap yer.” Sambung Umairah lagi sambil bingkas berdiri. Berura-ura untuk mencapai roti dan dibakar dengan jem Strawberi. Namun langkahnya terhenti apabila tangan Ifran memegang kemas lengannya. Umairah telan air liur satu persatu. Meremang bulu romanya dengan sentuhan tangan Ifran yang menghangatkan lengannya.


“ Aku makan jer mee goreng. Tak payah susah-susah nak bakar roti.” Tolak Ifran setelah lama mendiamkan diri. Umairah mara kembali ke tempat duduknya. Tersenyum kecil melihat Ifran yang sudi membalas pertanyaannya. Kali pertama selepas berkahwin, Ifran bercakap dengan nada yang rendah dengannya.
‘Indahnya pagi ini...’ Bisik hati Umairah yang tidak putus-putus tersengih senang.


“ Yang kau tersengih-sengih ni kenapa? Cepatlah makan...Karang lambat pulak pergi sekolah.” Tegur Ifran sekali gus mematikan senyuman Umairah. Umairah menyambung suapan yang masih berbaki. Sempat matanya mencuri pandang wajah Ifran yang kelihatan tenang menjamu selera. Ada rasa debar meniti dihati setiap kali wajah Ifran menjamah pandangan matanya.

Last edited by misssakura on 26-11-2013 07:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 08:01 AM | Show all posts
Atikah merenung nasi lemak didalam pinggannya. Dia tidak sempat bersarapan dirumah pagi tadi menyebabkan dia mengambil keputusan untuk bersarapan di kafe tingkat bawah syarikat tempatnya bekerja sahaja. Makan nasi lemak seorang diri begini sememangnya menggamit memori silam. Kenangan ketika dia dan Umairah masih lagi sahabat karib. Dia masih ingat waktu itu dia tingkatan 3, dia terlupa untuk membawa beg duit dan tiada duit untuk membeli makanan. Nasib baik ada Umairah, namun gadis itu bukanlah jenis suka berbelanja. Duit saku yang diperolehi jarang digunakan dan tidak pernah dibawa ke sekolah. Namun begitu, memang sudah menjadi rutin harian puan Zaleha untuk menyediakan bekal untuk Umairah. Dengan bekal yang kecil itu, Umairah sanggup berkongsi nasi lemak yang hanya cukup untuk mengisi perutnya seorang sahaja.


Umairah tidak kisah untuk berkongsi malah dia memberi Atikah makan lebih banyak darinya. Masa itu Atikah dapat rasakan mereka memang sahabat sejati didunia insyaallah hingga ke akhirat. Tapi kini mengapa Umairah jauh berubah? Hanya kerana seorang lelaki menyebabkan persahabatan lebih 6 tahun itu terputus. Tidakkah Umairah tahu yang dia tidak kisah sekiranya Umairah berterus terang menyatakan rasa cintanya pada Ifran meskipun pada masa itu dia dan Ifran adalah pasangan kekasih. Dia tidak kisah kalau betul Ifran dan Umairah betul-betul saling mencintai dan ingin bersama. Mungkin sakit hati itu ada tapi sakit hati dikhianati lebih terasa. Umairah sanggup membuat cerita yang tak betul tentangnya semata-mata ingin merampas Ifran darinya. Apakah Umairah fikir dengan berbuat begitu Ifran akan mencintainya? Secetek itukah ilmu Umairah dalam mempelajari ilmu hati dan perasaan. Dan kenapa kini Umairah masih membencinya setelah dia berjaya memiliki Ifran.

Adakah kerana dia bekas kekasih Ifran? Adakah Umairah takut dia akan merampas kembali Ifran seperti mana gadis itu merampas Ifran darinya?Tidakkah persahabatan yang melebihi 6 tahun itu tidak mengajar Umairah mengenali hati budinya. Umairah patutnya tahu dia tidak akan buat benda macam tu sekiranya Umairah betul-betul megenalinya. Atau ada sebab lain yang menyebabkan Umairah menjadi begitu?


“Assalamualaikum. Sorang je ke?” Sapa satu suara yang cukup dia kenali. Ahh.... Inilah salah satu punca mengapa dia dan Umairah tidak dapat kembali seperti dulu. Kadang-kadang dia naik bosan dengan sikap Ifran yang suka menggangu hidupnya. Tidak habis-habis cuba menyambung kembali apa yang sudah putus. Padahal mereka sudah berpisah lebih 2 tahun. Apa lagi yang Ifran nak? Dia sudah tawar hati dengan jejaka ini. Kalau betullah Ifran serius inginkannya,lelaki itu patut melepaskan Umairah dengan cara yang baik. Tapi sampai ke sudah Ifran masih menyimpan Umairah. Itukah gaya orang yang serius dalam perhubungan? Kalau betul Ifran inginkannya, Ifran perlu melepaskan Umairah dulu. Barulah dia boleh berfikir mahu terima atau tidak Ifran. Memang di akui cintanya terhadap Ifran masih bersisa, tetapi dia tidak tergamak untuk merebut hati Ifran disaat Ifran masih sah bergelar suami kepada Umairah.


“ Tak adalah... Sepuluh orang”. Jawab Atikah geram. Malas mahu melayan Ifran yang tidak faham bahasa.


“Amboi garangnya. Pagi-pagi macam ni kenalah ceria.Barulah rezeki mudah masuk.” Usik Ifran. Dia melabuhkan punggung dia depan Atikah yang sedang menjamu selera meski pon tidak dijemput. Asalnya dia mahu terus ke pejabat, namun langkah yang diatur tidak menjadi apabila ternampak kelibat Atikah di kafeteria. Lagi pun masih ada 30 minit lagi untuk waktu bekerja bermula.


“ Saya akan ceria asalkan awak tak ada depan mata.” Bidas Atikah sinis. Dia berharap Ifran berkecil hati lalu meninggalkannya sendiri disitu.


“Ish tak sangka besar juga nilai saya dalam hidup awak.Orang kata, mulut cakap lain...Hati rasa lain. Jadi maksudnya awak akan sentiasa ceria bila saya adakan. Betul tak?” Usik Ifran dengan senyuman nakal. Wajah Atikah ditatap lama. Rindu yang menggebu menghilang dengan perlahan-lahan. Direnung lembut kedalam mata Atikah yang menjelingnya tajam. Sungguh cintanya masih menebal untuk Atikah. Tiada gadis lain dapat merebut takhta Atikah dihatinya.


“Tolong jangan nak perasan sangat boleh tak! Awak pergi sekarang. Tak kenyang perut saya bila tengok muka awak.” Arah Atikah dengan nada yang makin meninggi.. Hatinya sedikit tidak keruan apabila melihat panahan cinta dari sinar mata Ifran.jantungnya seolah-olah memecut laju dek renungan tajam lelaki itu.


“Wau, ada peningkatan nampaknya.  Kalau makan tak kenyang tu tandanya awak dah jatuh cinta dekat saya. Ye lah kan orang selalu cakap bila kita jatuh cinta,mandi jadi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak ...” Belum habis lagi Ifran bermadah, Atikah sudah mencantas kata-katanya.


“ Dah, dah!  Awak tak payah nak berpuitis kat sini. Saya tak ada masa nak dengar semua tu. Sila berambus sekarang! Saya nak makan.”


“Awak makanlah biar saya temankan. Saya janji akan senyap je lepas ni.” Pujuk Ifran. Atikah mula rasa tertekan dengan sikap Ifran yang tidak faham bahasa. Tidak tahukah Ifan yang dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.


“Awak  boleh tolong saya tak.” Minta Atikah manja. Cuba menukar strategi lain.


“Tolong apa sayang. Tolong bawak sayang ke bulan pun saya sanggup.” Balas Ifran ceria. Gembira apabila intonasi suara Atikah sudah berubah.


“ Boleh berambus sekarang tak?” Sela Atikah selamba.Tersenyum sinis kearah Ifran yang setia merenungnya. Jejaka itu kelihatan tercengang dengan jawapannya yang tak dijangka.


“ Boleh sayang tapi dengan syarat sayang setuju jadi kekasih saya semula.” Ifran membalas nakal namun dia memang memaksudkannya.


“Eiii!! Awak ni tak habis-habis nak saya jadi kekasih awak. Awak sedar tak awak tu suami orang. Suami Umairah iaitu kawan baik saya merangkap adik tiri saya. Awak sedar tak?” Jerit Atikah namun perlahan. Takut orang berhampiran mendengar pergaduhannya dengan lelaki ini.


“Bukan kawan baik namanya kalau sanggup tikam kawan sendiri.” Ujar  Ifran geram.


“ Tak kisahlah dia tikam ke pukul ke apa ke. Tapi yang pasti awak tu suami orang. Saya tak berminat nak jadi perampas dalam kebahagiaan orang. Awak faham tak!” Balas Atikah tegas.


“Alah. Saya dengan dia tu sementara jer. Tak lama lagi kami akan bercerai la.” Tutur Ifran mudah.


“ Tapi awak masih suami dia. Ahhh.. Malaslah saya nak melayan awak. Kalau awak tak nak pergi biar saya saja yang pergi. Duduklah kat kafe ni sepanjang hari kalau awak nak.” Atikah bergegas pergi meninggalkan Ifran dan nasi lemak yang masih berbaki separuh itu. Dia malas melayan Ifran yang tidak faham bahasa. Apa yang dia dapat kalau bercakap dengan jejaka kacak itu. Hanya sakit hati sahaja. Ifran tergamam dengan langkah drastik Atikah. Dia tidak berniat mahu mengejar langkah Atikah. Hanya matanya sahaja menghantar pemergian gadis itu.


Last edited by misssakura on 26-11-2013 08:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 08:09 AM | Show all posts
Ifran memandang ke arah luar bangunan pejabat melalui tingkap di bilik kerjanya. Ternging-nging kata-kata Atikah ketika di kafeteria pagi tadi. Dia sedar kenapa sampai ke sudah Atikah tidak mahu meneruskan percintaan yang terputus antara mereka. Puncanya adalah kerana dia masih suami kepada Umairah. Mana mungkin Atikah menerima dirinya disaat dia masih bergelar suami orang. Dia bukan tidak mahu menceraikan Umairah. Dia memang nak! Tapi,peluang untuk buat semua itu belum lagi ada. Dia masih mencari masa yang sesuai memandangkan abahnya mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk. Dia tidak mahu kerana keputusan terburu-buru mendatangkan kesan kepada kesihatan bapanya.


Lagi pon, emak dan neneknya amat menyukai Umairah. Perkara ini akan menambahkan kesukaran untuknya berpisah secara rasmi dengan isterinya. Menyebut nama Umairah buat hati Ifran sekali lagi dilanda rasa keliru. Umairah kini jauh berubah. Sangat berbeza dengan Umairah yang dulu. Kenapa Umairah begitu baik dengannya sejak dua menjak ini?Semua makan, pakai dirinya dijaga dengan baik oleh Umairah laksana seorang isteri solehah. Malah, tutur kata Umairah juga semakin sopan dan riak wajah gadis itu sentiasa manis apabila dengannya. Jarang Umairah cuba mencipta pergaduhan antara mereka, hanya dia yang sering menghangatkan suasana. Kemana hilangnya Umairah yang suka melawan setiap kata-katanya suatu ketika dahulu?

Adakah Umairah ada agenda lain yang tersembunyi disebalik perubahannya ini. Adakah Umairah cuba untuk menarik perhatian sekali gus cuba membuatnya jatuh cinta? Tapi untuk apa? Adakah Umairah mula menyukainya atau itu cuma rancangannya untuk menyakiti hati Atikah? Ahh dia tidak pasti dengan semua ini.Tapi apa yang dia tahu tindak tanduk Umairah kini buat dia rasa serba salah untuk melayan gadis itu dengan teruk. Malah hatinya kian berbunga setiap kali bersama Umairah dan sedikit sebanyak membuatkan raut wajah Atikah mula luput dari ingatannya.



Last edited by misssakura on 26-11-2013 08:11 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 08:01 AM | Show all posts
Umairah menilik satu persatu baju yang bergantungan dihadapannya. Setelah hampir 2 bulan menetap di Seremban, baru hari ini dia berkesempatan untuk jalan-jalan mencuci mata. Dia mahu menikmati sepuasnya kebahagiaan ketika membeli belah sendirian di luar begini. Sekurang-kurangnya bersendiri begini boleh menghilangkan tekanan perasaan yang dihadapi. Tekanan mengadap pelajar-pelajar nakal, tekanan kerja yang menimbun dan juga tekanan berdepan dengan Ifran dirumah. Semua itu memenatkan pemikirannya.


“Hmm cantik jugak blouse ni.” Desis hati Umairah sambil menyambar blouse bewarna ungu itu lalu dipadankan pada badannya. Setelah menilik di pelbagai sudut, Umairah menarik tali yang tergantung pada belakang baju berkenaan.


“RM 59.90. Okey la harga dia ni.” Bisik hatinya lagi.Tersenyum gembira. Tak sia-sia dia datang mencuci mata petang ini.


“Cantik baju tu. Sesuai dengan kulit kau.” Satu suara memuji blouse yang dipegang Umairah. Umairah tersentak lalu memanahkan pandangan kepada si penegur. Raut wajahnya berubah riak tatkala wajah Atikah menyapa matanya. Umairah mengabaikan kehadiran gadis rupawan itu. Langkahnya diatur untuk memandang koleksi baju lain pula.


“ Baju ni pon cantik... Padan dengan kau Mai.” Tambah Atikah sambil menayang sehelai jubah maxi dihadapan Umairah. Atikah sedaya upaya tersenyum senang dihadapan Umairah walaupun hatinya cukup kecewa dengan tingkah laku Umairah yang jelas enggan pedulikan kewujudannya.


“ Aku tak perlukan pandangan kau...” Bentak Umairah sambil meletakkan kembali semua baju yang dipilih lalu keluar dari perut kedai tersebut. Moodnya untuk membeli belah rosak dengan kehadirian Atikah yang menjengkelkan.


“Mai...” Panggil Atikah sambil berlari anak untuk mendapatkan gadis itu. Bahu Umairah disentuh demi menghentikan langkah pantasnya. Umairah menolak kasar jemari runcing milik Atikah yang mencengkam bahunya. Wajah Atikah dipandang tepat dengan riak tegang.


“ Kau nak apa?” Tinggi suara Umairah.

“ Dah lama tak jumpa kau... Tak salah rasanya kalau aku cuma nak bertanya khabar. Kau sihat ke tak? Ibu dan abah kat kampung macam mana..Sihat?” Lembut tutur bicara Atikah melayan karenah Umairah yang kasar. Umairah tersenyum sinis memandang wajah cantik Atikah.


“ Kaukan anak kesayangan abah. Kenapa tak telefon sendiri abah, tanya macam mana? Sihat ke tidak orang tua tu.” Sela Umairah selamba.
.
“Mai.. Kenapa sebenarnya dengan kau ni. Kau marah aku pasal apa? Apa yang dah aku buat?” Bertalu-talu soalan muncul dari mulut Atikah. Perkara ini sudah lama berlegar dibenaknya. Apa yang Umairah marah sangat terhadap dia? Hampir 2 tahun lebih sudah hubungan mereka yang baik menjadi dingin.


“ Kau rasa?” Umairah berteka teki. Riak wajahnya kelat memandang wajah cantik Atikah.


“Aku tak tahu Mai.. Kalau aku tahu, aku tak tanya kau.Sebab Ifran ke?” Tembak Atikah. Hatinya meronta-ronta ingin tahu punca sikap Umairah yang jauh berubah.


“ Tak tahu ke atau pura-pura tak tahu? Aku rasa ada eloknya kau balik fikir apa yang kau dan famili kau dah buat terhadap aku.Dasar keturunan perampas!” Keras suara Umairah sebelum mengatur langkah pergi meninggalkan Atikah. Atikah terpinga-pinga dengan jawapan yang diluahkan oleh Umairah. Sedikit sebanyak mula mendapat klue tentang perubahan sikap Umairah.Tapi salah dia ke semua tu? Dia ada hak untuk itu, bukan Umairah seorang sahaja!

Last edited by misssakura on 2-12-2013 08:05 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 08:06 AM | Show all posts
“ Mai.....” Panggil Ifran setelah mengetuk perlahan pintu bilik tidur Umairah. Jam didinding menunjukkan sudah pukul 9 pagi. Terjengul wajah Umairah di sebalik daun pintu. Senyuman mesra dihadiahkan kepada Ifran yang terpacak didepan biliknya.


“Hmmm?” Gumam Umairah. Mereka saling berbalas pandang.


“ Kau nak basuh baju ke kejap lagi?” Soal Ifran. Kali ini dia mahu menguji Umairah. Adakah Umairah akan mengikut segala keinginannya. Dia perasan, sejak dua menjak ini Umairah sering sahaja mengikut segala kemahuannya. Umairah jarang mengamuk tidak tentu hala mahu pun mencari pasal dengannya. Malah, kalau ada perselisihan faham, Umairah lebih banyak mendiamkan diri. Sikap Umairah sangat berbeza jika dibandingkan semasa awal perkahwinan mereka. Kini, Umairah seperti seorang isteri yang yang amat patuh pada suaminya. Perubahan sikap Umairah buat jiwanya tertanya-tanya malah curiga.


“ Yup... Kenapa? Nak suruh basuh baju kau sekali ke?”


“A’ah..” Balas Ifran mudah.


“Bagi aku baju kotor kau... Aku pon memang nak pergi basuh baju sekarang ni.” Ulas Umairah sambil mengeluarkan satu bakul baju kotor yang telah dipakai. Baju yang luntur warnanya telah diasing begitu juga tudung dan pakaian dalam. Semua itu akan dibasuh menggunakan tangan manakala selebihnya menggunakan mesin. Ifran menghilang ke biliknya. Mengambil bakul yang sudah diisi baju kotor.


“Nah!” Ifran membawa sebakul besar yang mengandungi baju kotor. Umairah menelan liur melihat kuantiti baju yang terlayar dimatanya saat ini. Ahh tak payah risau guna mesin je pon bukan guna tangan! Desis hati Umairah memujuk hati sendiri. Agaknya berapa kali pusingan mesin basuh nak kena buat untuk baju banyak macam ni.


“ Banyaknya baju kau. Dah berapa lama kau tak basuh baju?Kenapa tak bagi aku basuh je 3 hari lepas.” Umairah sedikit membebel. Bukannya tidak ikhlas ingin membantu tetapi mahu menegur sikap Ifran yang pemalas. Basuh baju bukan susah mana pon. Masukkan je dalam mesin, letak sabun, letak pelembut. Selesai!


“ Kalau tak nak tolong tak pe la.. Aku buat sendiri.”Jawab Ifran kononnya berjauh hati.  Dia mahu lihat sejauh mana Umairah mampu bersabar dengan kerenahnya. Umairah mengeluh kecil.


“ Bukan macam tu maksud aku. Dah tak payah nak merajuk. Aku akan basuh semua ni tapi kau kena tolong aku angkat baju-baju ni semua bawak ke mesin basuh.” Arah Umairah menutup perbualan mereka. Ifran mengikut sahaja suruhan Umairah dan membawa baju mereka berdua ke mesin basuh yang di tempatkan didalam bilik air.


“ Baju-baju ni semua kau dah asingkan belum...” Umairah memasukkan bajunya yang sudah diasingkan kedalam mesin basuh. Baju Ifran akan dibasuh setelah selesai membasuh bajunya. Sementara menunggu bajunya siap dimesin, dia akan membasuh baju yang memerlukan kudratnya terlebih dahulu.


“Asing macam mana?” Ifran berpura-pura tidak faham.Umairah mengerut dahinya sambil menghentikan pergerakan tangannya yang sibuk memasukkan baju ke dalam mesin basuh. Riak kabur Ifran dipandang sebelum kepalanya digeleng-gelengkan.


“ Sekarang, kau asing baju tu satu persatu. Baju yang warna dia mudah luntur kau letak satu tempat. Baju yang kain dia sensitif pon letak setempat, dan pakaian dalam letak setempat. Hanya baju-baju yang aku tak sebut tadi je kita basuh guna mesin. Ada faham?”


“Faham cikgu!” Usik Ifran kemudian dia ketawa kecil. Beberapa baldi diambil dan diasingkan baju mengikut kategori yang disebut Umairah. Umairah tersengih melihat wajah Ifran yang sudah boleh ketawa dengannya. Alhamdullilah! Itu sahaja muncul dibenaknya kini.


“ Dah sekarang kau keluar.. Aku nak sambung buat kerja.” Minta Umairah sambil menyambung kerjanya yang tergendala. Sesak nafasnya berdua dengan Ifran ditempat sempit begini.


“ Kejap If...” Panggil Umairah apabila Ifran sudah berlalu beberapa langkah pergi dari bilik air. Wajah Umairah dipandang.


“Kau nak buat apa sekarang?” Tanya Umairah ringkas.


“ Basuh kereta.”


“Tolong basuh kereta aku sekali boleh. Upah aku tolong basuh baju kau.” Minta Umairah sambil tersengih-sengih bak kerang busuk.


“Hmm ye la-ye la. Tak menyempat-nyempat mintak upah.”Sela Ifran perlahan. Umairah tersenyum girang. Tidak terasa dengan kata-kata dari Ifran. Apa salahnya kan.. Bantu membantukan amalan mulia.




Last edited by misssakura on 2-12-2013 08:14 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2013 08:16 AM | Show all posts
Setelah hampir 2 jam mengemas rumah dan membasuh baju,Umairah bersiap untuk keluar. Dia mahu mencari barangan dapur yang sudah mula berkurangan dan sedikit barangan peribadi. Setelah puas hati dengan penampilannya,Umairah keluar dari bilik dengan membimbit dompet dan kunci kereta. Dia terserempak dengan Ifran yang baru selesai mandi. Dipandang lelaki itu yang hanya bertuala atas dan bawah kemudian tersenyum simpul.


“ Kau apehal pandang aku macam tu.. Pervert!” Sergah Ifran setelah melihat riak miang yang terlukis pada wajah Umairah. Boleh tahan miang keladi juga Umairah rupanya.


“Sexy!” Giat Umairah kemudian ketawa kuat. Dia mara untuk keluar dari rumah itu. Segan pula tenung anak teruna orang lama-lama macam tu.


“ Nak pergi mana?” Tegur Ifran melihat Umairah yang kelihatan kemas berpakaian. Siap bertudung lagi. Pasti mahu kemana-mana.


“ Tesco kejap. Cari barang dapur.” Jawab Umairah jujur.Dihari cuti begini sahaja segala keperluan asas boleh dicari. Umairah menyarungcsandalnya sebelum menekan alat kawalan jauh keretanya.  


“ Tunggu dulu....” Arah Ifran membuatkan langkah Umairah terhenti. Umairah membuang pandang ke wajah Ifran dengan dahi yang berkerut-kerut.


“ Kau ada apa-apa nak pesan ke?”


“Aku nak ikut. Kita naik kereta aku.” Balas Ifran pendek.Dia menghilang ke biliknya untuk berpakaian setelah menutur ayat itu. Umairah termangu didepan keretanya seketika sebelum masuk kembali ke dalam rumah dan menyimpan kunci kereta.

Last edited by misssakura on 2-12-2013 08:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 08:19 AM | Show all posts
Ifran menolak troli yang sudah diisi dengan barang basah dan kering. Umairah disebelahnya membaca satu persatu barangan yang perlu dicari.


“ Sos cili dah ambik belum?” Soal Umairah pada Ifran.Tiba-tiba sahaja dia teringat sos cili tiada di rumah Ifran.


“Belum.” Balas Ifran pendek. Disorong troli untuk mencari sos cili yang disebut Umairah. Umairah menarik sebotol sos cili lalu dimasukkan ke dalam troli.


“Hmm semua barang dah ada... Apa barang yang kau nak cari?” Tegur Umairah setelah selesai mencari barang-barang yang ditulis dalam kertas kecil yang dibawanya. Dikerling Ifran yang berada disebelah.


“ Minyak rambut dengan shaver...”

“Itu je ke? Ala kenapa tak pesan je tadi. Tak payah kau susah-susah ikut aku ke sini.” Luah Umairah sambil menemani Ifran ke bahagian barangan lelaki.


“ Apa pulak susahnya.. Barang-barang ni pon aku yang pakai. Takkan nak harap kau sorang je pergi cari.” Tolak Ifran kurang senang jawapan Umairah. Macam aku ni tak boleh diharap langsung bunyinya. Masing-masing diam selepas mendengar jawapan dari Ifran. Entah apa silap Umairah yang sedang berjalan penuh keyakinan tiba-tiba sahaja jatuh tertiarap. Umairah memegang pinggangnya terasa senak apabila dilanggar troli dari tepi. Terkejut Ifran dengan kejadian yang berlaku dihadapan matanya. Cepat-cepat dia mara kearah Umairah yang terduduk dengan wajah yang berkerut menahan sakit.


“Kenapa ni...” Umairah menunjukkan ke arah troli yang melanggarnya setelah mendengar pertanyaan dari Ifran. Berdenyut-denyut pinggangnya akibat perlanggaran dengar troli tersebut.


“ Buta ke apa? Tak nampak ke aku tengah tolak troli!” Tengking satu suara. Cuba berlagak tidak bersalah dalam kejadian pelanggaran antara trolinya dan Umairah. Ifran naik angin mendengar suara yang memandai-mandai menengking isterinya. Pantas langkah diatur menghampiri lelaki yang masih belasan tahun itu.


“ Kau cakap apa? siapa yang buta sekarang ni?” Bentak Ifran garang. Mencerlung dia memandang wajah remaja didepannya kini. Kecut perut remaja itu melihat kebengisan wajah Ifran.


“Sorry bro.. Sorry.” Minta lelaki muda itu kalut.


“Bukan pada aku. Pada akak ni.” Tegas Ifran sambil menghalakan jari telunjuknya kearah Umairah yang sudah bingkas berdiri. Remaja yang bernama Hazif itu mencicit kearah Umairah untuk memohon kemaafan.


“Maaf kak...” Pinta Hazif segan. Takut pula dia mahu melawan dengan lelaki yang lebih berusia darinya. Malah badan Ifran yang jauh lebih sasa buat dirinya gementar. Ada baiknya dia mengikut sahaja permintaan Ifran walaupun hatinya tidak ikhlas.


“ Tak pe.. Akak pon minta maaf. Mungkin akak yang salah tadi.” Ujar Umairah tenang. Hazif tersenyum lega. Baik juga kakak ni rupanya. Desis hatinya sebelum beredar meninggalkan suami isteri didepannya.


“Okey tak?” Tanya Ifran lembut. Umairah tersengih senang dengan pertanyaan dari Ifran. sayang juga Ifran padanya. Aduh jauh pulak aku perasan! Marah Umairah pada dirinya.


“ Okey je... Dah hilang pon rasa sakit tu.” Jujur Umairah berkata. Ifran mengangguk kepalanya tanda mengerti. Sempat Ifran menarik Umairah supaya dekat dengannya lalu tangan Umairah digenggam erat. Umairah yang sedang merenung jalan dihadapan sedikit tersentak. Pandangan aneh dijatuhkan pada wajah Ifran yang kelihatan bersahaja.

“ karang kau jatuh lagi...” ulas Ifran yang mengerti pandangan dari Umairah. Umairah diam sahaja mendengar jawapan dari suaminya namun ada rasa bahagia mula berbunga memenuhi segenap hati. Mereka menyambung sesi membeli belah barang-barang kehidupan harian yang masih belum selesai.

Last edited by misssakura on 2-12-2013 08:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 08:27 AM | Show all posts
Setelah selesai memilih barang, Umairah dan Ifran kini sedang menunggu giliran untuk membayar barangan yang dibeli. Sedang kedua-duanya sibuk mengelamun menanti giliran tiba, satu kelibat manusia yang amat dikenali kelihatan sedang membimbit barang yang sudah selesai dibayar terlayar dipandangan Umairah dan Ifran. Umairah menjeling Ifran yang berada disebelahnya. Lelaki itu turut menyedari kehadiran Atikah yang sudah selesai membayar barangan yang dibeli.


“ Nah...” Tiba-tiba sahaja Ifran menghulurkan wang sebanyak RM 150 kepada Umairah. Dahi Umairah berlapis-lapis memandang kearah Ifran tanda tidak mengerti.


“Kau tunggu sini dan bayar semua barang ni.. Nanti balik naik teksi. Aku pergi dulu.” Minta Ifran sambil mengejar langkah Atikah yang sudah jauh meninggalkan mereka. Umairah hanya mampu melihat pemergian Ifran tanpa sempat melarang. Tapi apakan dayanya, dia tiada hak untuk menghalang Ifran dari menemui Atikah. Rasa marah terhadap Atikah mula memuncak namun jauh disudut hatinya, perasaan kecewa dengan sikap Ifran yang tegar meninggalkannya sendiri demi bekas kekasihnya lebih terasa. Sampai hati Ifran! Kalau aku tahu jadi macam ni baik aku datang sendiri, bawak kereta sendiri. Menyusahkan orang jer kerjanya.

Last edited by misssakura on 2-12-2013 08:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2014 11:57 AM | Show all posts
salam semua... lama tak masuk rumah sendiri. nak sambung update cerita ni tapi macam tak ada sambutan jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.416111 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list