CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
Post time 13-10-2014 12:32 PM | Show all posts
ermmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 07:43 PM | Show all posts
“ Happy birthday Tikah...” jerit 5 suara serentak ketika Atikah sedang bersendirian di kafeteria. Atikah yang sedang mengadap laptop terperanjat besar. Cepat-cepat kepala yang ditundukkan diangkat untuk memandang wajah temannya. Terharu sungguh hatinya apabila mendapat kejutan sebegini. Wajah Zizie, Umairah, Amirah, Zurina dan Ifran dipandang silih berganti.

“ macam mana korang tahu ni...” soal Atikah sedikit sebak. Dia mengemas barang-barang yang bersepah diatas meja untuk memberi laluan kepada kek dan makanan yang dibawa temannya. Kek dan makanan yang dibawa diletakkan diatas meja kafeteria.

“ lupa ke kau punya bff ni?” usik Umairah tersengih lebar. Dia mara kearah Atikah lalu dipeluk gadis itu kejap.

“ semoga kau panjang umur dan berjaya di dunia dan akhirat Tikah..” bisik Umairah lembut pada telinga Atikah yang berada disebalik tudung. Atikah makin terharu, dia memang dah agak ini semua pasti rancangan Umairah. Hanya Umairah yang tahu tarikh lahirnya. Selepas sesi berpelukan dengan Umairah, kawan-kawan Atikah yang lain pula mengambil giliran untuk mendoakan yang baik-baik untuk gadis itu.

“ happy birthday Tikah.. semoga awak sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T.” ucap Ifran, orang yang terakhir mendoakan Atikah. Atikah tersengih senang melihat kehadiran Ifran dalam majlis hari lahirnya. Pasti Umairah yang menjemput jejaka ini.

“ thank If...” balas Atikah tenang. Raut wajah Ifran dipandang lama. Ada rasa getar bermain didalam hatinya. Dia tahu hatinya mula terpaut pada Ifran.

“ haa... nah Tikah. Hadiah yang tak seberapa dari kitorang.” Umairah menghulurkan satu kotak besar. Atikah kelihatan teruja dengan hadiah yang diberi meski pon sedikit segan. Dah tua-tua bangka pon masih dapat hadiah.

“ apa ni Mai? Korang ni malu aku tau.. tua-tua pon masih dapat hadiah.” Rengek Atikah manja. Wajahnya sedikit memerah menahan malu. Kawan-kawannya yang melihat tingkahnya yang pemalu itu hanya melepaskan gelak. Kelakar pula reaksi Atikah.

“ setahun sekali Tikah... dah tak payah nak malu-malu kucing. Bukalah hadiah tu.” Gesa Zizie yang sudah melabuhkan duduk didepan Atikah. Yang lain turut menghenyakkan punggung diatas kerusi setelah melihat perlakuan Zizie. Baru tersedar mereka hanya berdiri sedari tadi.

“ wau comelnya... thank korang.” Ujar Atikah setelah mengeluarkan teddy bear dari kotak hadiah. Dipeluk kejap teddy bear pemberian kawan-kawannya. So sweet.

“ ni Mai punya idealah Tikah.. dia cakap kau teringin nak ada teddy bear.” Celah Zurina senang. Gembira apabila melihat wajah ceria Atikah.

“ nah Tikah...” kini giliran Ifran pula memberi hadiah kepada Atikah yang masih ralit dengan teddy bear barunya itu. Atikah memalingkan wajahnya kearah Ifran sambil meletakkan teddy bear yang masih dipeluk erat disebelahnya. Hatinya berdenyut kencang apabila Ifran menghulurkan satu bungkusan hadiah kepadanya. Sangat lain perasaan ini berbanding perasaan ketika mendapat hadiah dari Umairah dan kawan-kawan yang lain. Umairah mencuri pandang kearah hadiah yang dihulurkan oleh Ifran kepada Atikah. Hatinya bagai direnjat elektrik melihat bungkusan tersebut. Hadiah itu merupakan hadiah yang sama seperti yang dilihat didalam beg kertas dalam kereta Ifran. perasaan cemburu dan kecewa mula bergayut pada hatinya. Namun, Umairah cepat sedar. Tiada sebab dia mahu cemburu buta sedangkan Ifran dan Atikah adalah kawannya juga.

“ apa ni?” tanya Atikah. Rasa bahagia mula menapak disanubari. Zurina, Zizie dan Amirah sudah tersenyum-senyum melihat adegan romantik antara Ifran dan Atikah. Pada mereka Atikah dan Ifran adalah pasangan yang sangat sesuai. Sama cantik sama padan macam pinang dibelah dua.

“ bukalah.. harap awak suka.” Suruh Ifran. sempat matanya mengerling kearah Umairah yang menayang wajah bersahaja. Hati Ifran sedikit terkilan dengan reaksi Umairah yang tidak sama seperti diharapkan. Satu keluhan kecil dilepaskan.

“ cantiknya... mesti mahal.”  

“ tak adalah... biasa je. Suka tak?” desis Ifran lagi. matanya merenung segenap wajah cantik milik Atikah. Atikah mengangguk laju kepalanya menandakan dirinya amat menyukai pemberian Ifran.

“ suka sangat.” Sambung Atikah. Kerongsang pemberian Ifran ditatap lama. Ada perasaan aneh mula menapak kedalam hatinya. Namun begitu, perasaan itu cuba dipadamkan memandangkan Ifran adalah orang yang dicintai sahabat baiknya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 07:46 PM | Show all posts
Kafeteria yang asalnya sesak dipenuhi manusia kini beransur tenang. Mungkin kerana waktu tengahari sudah berlalu, jadi tidak ramai yang masuk untuk menjamu selera. Yang ada hanyalah beberapa pelajar yang sibuk mengadap makanan sambil melayari internet. Umairah kerling jam pada telefon bimbitnya. Bosan pula menanti kawan-kawannya yang berjanji untuk bertemu dikafeteria ini pada jam 3 petang. Satu rengusan kasar dilepaskan, cuba memadamkan rasa hangat dihati. Dia paling benci menjadi penunggu manusia yang sukar menepati masa.

“hai... sorang je ke? Mana kawan-kawan kau?” tegur satu suara disaat tangan Umairah baru sahaja mahu menekan punat telefon. Dia tidak jadi menelefon Atikah.

“tengah tunggu kawan-kawan akulah ni. Kau pulak apahal kat sini? Tak ada kelas ke?” soal Umairah pula. Wajah Ifran yang kini sudah melabuhkan diri dihadapannya dipandang sekali lalu. Dia kemudiannya meliarkan mata kearah pintu masuk kafeteria untuk mencari bayangan temannya yang belum kunjung tiba.

“baru lepas habis kelas... Tikah dengan yang lain pun satu kelas dengan aku. Kejap lagi sampailah tu diorang.” Jelas Ifran tenang. Riak bosan Umairah dipandang lama. Dia teringat kembali peristiwa dihari jadi Atikah. Sengaja dia memberikan hadiah yang asalnya untuk Umairah kepada Atikah. Dia mahu melihat reaksi Umairah. Namun sayang, Umairah seperti tidak kisah apatah lagi ingin cemburu.

“ooo...” pendek sahaja jawapan Umairah setelah mengetahui perihal sebenar. Umairah mengerling wajah Ifran. dari ekor matanya dapat dilihat Ifran sedang menatap wajahnya tanpa berbicara.

“jom aku belanja kau minum...” cetus Ifran tiba-tiba. Umairah yang tenggelam dalam menungan kosong terpinga-pinga. Muncul garis-garis halus didahinya dengan tawaran Ifran.

“aik? Apasal tetiba je nak belanja aku minum? Ni mesti ada apa-apa ni...” sergah Umairah dengan mata yang menyorot tajam kearah Ifran. Ifran melepaskan tawa kecil. Jelas kelihatan giginya yang tersusun elok.

“ala nak buat baik pun tak boleh ke? Ingat aku kedekut sangat ke? Dah kau tunggu kejap. Aku pergi pesan minuman.” Tutur Ifran sambil bingkas berdiri. Tanpa menunggu jawapan dari Umairah, Ifran segera menuju kearah kaunter pembelian untuk mendapatkan minuman. Tak sampai dua minit, Ifran kembali semula padanya dengan dua gelas teh ais ditangan.

“terima kasih...” ucap Umairah selepas menerima minuman yang dibeli oleh Ifran.

“ kau dengan Tikah ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?” tanya Ifran perlahan. Matanya menatap wajah Umairah yang menunduk demi menyedut minuman yang baru dibeli itu.

“hmm tak ada... kenapa?”

“ooo... baguslah.” Balas Ifran ringkas dengan senyuman mekar dibibir. Umairah yang setia menundukkan mukanya mengangkat wajah lalu dipandang wajah girang Ifran. pelik dengan reaksi Ifran yang seronok dengan jawapan darinya.

“ apa yang bagusnya?” soal Umairah belum mengerti. Ifran tersengih lagi. Dalam hatinya kini mula merangka strategi.

“ aku ingat nak keluar beli barang petang nanti... tapi tak tahu nak ajak siapa sebab nak beli barang perempuan. Hadiah untuk emak aku sempena hari jadinya tak lama lagi.” Ujar Ifran satu persatu, berharap dengan penerangan mudah itu Umairah akan mengerti. Umairah yang mendengar penjelasan Ifran menggariskan senyuman. Tiba-tiba sahaja hatinya dilambung ombak asmara.

‘Ifran nak ajak aku keluar beli barang untuk emak dia ke? Wow... bestnya. Maksudnya aku ni adalah orang pentinglah dalam hati dia.’ Hati Umairah berbisik sendiri. Tersengih-sengih bibirnya memikirkan fakta itu.

“so.. kalo Tikah tak ada hal, bolehlah aku ajak dia keluar petang nanti.” Sambung Ifran selamba. Senyuman dibibir Umairah mati secara mendadak. Terus musnah segala ombak asmara yang memalu jantungnya. Perasaannya kini menjadi kelabu dan bercelaru. Timbul rasa cemburu yang tidak dapat dinafikan lagi.

“Mai... kalo Tikah tak setuju rancangan aku ni, boleh tak kau tolong pujuk dia.” Minta Ifran dengan wajah penuh berharap. Sempat lagi matanya meneliti segenap wajah Umairah demi mengesan perubahan wajah itu. namun hatinya kecewa lagi. Riak Umairah hanya tenang tanpa sebarang bicara.

“okey... tak ada hal.” Putus Umairah seselamba yang mungkin. Sedaya upaya dia menyembunyikan perasaan terkilan daripada pengetahuan Ifran. dia tak nak lelaki itu menyedari bertapa hancurnya hatinya saat ini. dia masih sayangkan maruahnya! Ifran tersenyum tawar. Suasana antara mereka kembali sunyi. Masing-masing sibuk menyedut minuman berais sambil melayan perasaan.

“hoi... dating yer!” Sergah Zizie sambil menghempaskan buku rujukan yang dibawa keatas meja. Ifran dan Umairah yang sedang mengelamun sendiri terperanjat besar. Mula menyorot geram kearah Zizie yang tersengih sumbing. Zizie, Amirah, Zurina dan Atikah menghenyakkan punggung diatas kerusi yang disediakan.

“korang sembang apa ni? Mengumpat ke?” Amirah pula bersuara. Sempat tangannya menarik gelas Umairah lalu disedut minuman berais yang masih berbaki itu. lega tekaknya.

“tak adalah... tunggu koranglah lama sangat. Berjanggut dah Ifran ni!” bebel Umairah.

“Maafkan kitorang Mai... ini hah, Ina ni yang tetiba sakit perut pulak tadi. Itu yang lambat sikit sampai sini.” Terang Atikah lembut. Sempat matanya melirik kearah Ifran yang hanya diam sahaja tanpa bersuara.

“Tikah... kau ada hal ke petang nanti?”

“hmmm... tak ada. Awat Mai? Kau nak ajak aku pergi mana-mana ke?” tingkah Atikah selepas berfikir sekejap. Umairah tersenyum sahaja sambil matanya melirik kearah Ifran dan Atikah silih berganti.

“hah Ifran... cakaplah apa yang kau nak cakap dengan Tikah tadi?” tekan Umairah dengan riak setenang mungkin. Zizie dan yang lain-lain mula memanahkan pandangan kearah Ifran dengan senyuman nakal. Umairah mengerti senyuman kawan-kawannya itu dan dia sedikit tersentuh apabila memikirkannya.

“Tikah... kalau awak tak ada hal petang nanti boleh tak awak temankan saya pergi beli barang?” Atikah terkedu seketika. Matanya sempat melirik kearah Umairah yang mempamerkan wajah tiada perasaan. Ifran pula memandangnya penuh dengan harapan malah hatinya sendiri memaksa dirinya menerima perlawaan Ifran. dia gembira dengan ajakan lelaki itu, namun dalam masa yang sama dia mahu menjaga hati Umairah.

“okey...” akhirnya Atikah berkeputusan.

‘ahh.. sekali sekala aku patut fikirkan perasaan aku juga. Lagi pun, buat apa Mai nak marah sedangkan Ifran yang ajak aku... bukan aku yang menggatal mengajak dia keluar.’ Atikah cuba memujuk hati sendiri. Mahu mengusir rasa bersalah dengan keputusan yang telah dibuat.

“kau ni Ifran... mesti kau syok kat Tikahkan... kalau tak mesti kau dah ajak bff kau tu keluar beli barang.” Giat Zurina dengan senyuman nakal. Zizie dan Amirah turut tersenyum kecil, menyokong kata-kata Zurina. Atikah dan Umairah hanya tersenyum tawar. Masing-masing sedang berperang dengan perasaan sendiri.

“bukan aku tak nak ajak Mai tapi masalahnya Mai tak cukup feminim untuk tolong aku beli barang. Baik aku ajak Tikah, lagi senang.”tingkah Ifran . Umairah yang mendengar jawapan akhir Ifran tersentap. Menggigil tangannya mendengar bicara jejaka itu. benci, menyampah, geram dan cemburu mula bertali arus didalam lipatan hati. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Siapa dia untuk mengubah hati Ifran... perlahan-lahan Umairah mula yakin, kata-kata Ifran ditasik baru-baru ini hanyalah gurauan kasar semata-mata. Tidak lebih daripada itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 07:48 PM | Show all posts
Atikah dan Ifran berjalan seiringan sambil memandang satu persatu barangan yang dijual di pusat membeli belah. Sekali sekala mereka menyentuh barangan yang berkenan dihati.

“awak nak cari apa sebenarnya ni?” cetus satu soalan dari bibir mungil Atikah. Bibir seksi itu dicalit sedikit lipstik agar kelihatan lebih menawan.

“something for my mum... saya pon tak tahu nak cari apa.” Jelas Ifran dengan kepala yang tergaru-garu. Memang dia tidak tahu apa yang perlu dicari untuk emaknya dan oleh kerana itulah dia memerlukan bantuan seorang wanita untuk mencari hadiah ibunya.

“bajet duit banyak mana?”

“dalam 200-300 macam tu je la. Awak ada idea apa yang patut saya bagi kepada mak saya?”

“hmmm...” Atikah berfikir sejenak. Mengorek mindanya untuk memberi pertolongan yang terbaik untuk Ifran. tangan kanannya mengetuk-ngetuk dagu untuk mempercepatkan proses idea datang bertandang.

“kalau bagi beg tangan okey tak?” tanya Atikah seterusnya menyatakan pendapatnya. Ifran termenung sebentar. Menimbang pandangan ikhlas daripada Atikah.

“mak saya dah ada banyak beg tangan... bosan pulak kalau bagi benda yang sama jer. Another suggestion?” minta Ifran lagi. Dia pandang wajah Atikah yang jauh berfikir. Tak dinafikan wajah Atikah cantik secantik budi pekertinya. Namun, dia tidak pernah merasai perasaan magis apabila bersama gadis itu. lain pula apabila bersama dengan Umairah. Cepat sahaja jantungnya berdegup seolah-olah baru selesai berlari mengelilingi padang sekolah. Kadang-kadang timbul juga rasa bersalah dihati Ifran kerana menggunakan Atikah untuk membuatkan Umairah cemburu. Namun sayang, usahanya sia-sia sahaja malah Atikah seperti memberi tindakbalas positif dengan perasaan palsunya ini.

“kalau begitu awak bagi kain pasanglah. Sekali dengan tudung. Awak mesti tahukan citarasa emak awak macam mana.” Cadang Atikah sekaligus melenyapkan khayalan Ifran.

“citarasa? saya tak pastilah pulak citarasa mak saya macam mana.” Jawab Ifran teragak-agak. Malu juga ingin mengakui kelemahannya itu didepan Atikah.

“ at least you know your mom’s favourite colour? Right?” Ifran tersenyum mesra sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Atikah mengeluh lega. Mereka sama-sama menapak untuk mencari kain pasang dan tudung untuk dihadiahkan kepada emak Ifran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 07:50 PM | Show all posts
Atikah mengacau minuman berais yang masih penuh didalam gelas. Sempat matanya mencuri pandang kearah Ifran yang sedang meliarkan pandangan disekitar medan selera itu. wajah kacak Ifran seringkali buat dia merasa tidak menentu. Kadang-kadang rasa berdebar, kadang-kadang bulu romanya tegak berdiri dan seringkali dia merasa segan untuk berdepan dengan jejaka itu. dia tahu apa maknanya semua ini. dia tahu hatinya bagaimana. Namun memikirkan perasaan Umairah buat dirinya terpaksa melupakan perasaan suci itu.

“Tikah...” seru Ifran lembut. Riak Atikah yang tenggelam dalam menungan panjang diperhatikan. Atikah tersentak, terpinga-pinga dengan panggilan Ifran.

“jauh berangan...” usik Ifran dengan senyuman kecil. Atikah membalas senyuman Ifran dengan gelengan kepala.

“tak adalah...” balasnya sepatah.

“by the way... thank for today.” Minta Ifran ikhlas. Dia bersyukur kerana Atikah sudi membantunya mencari hadiah buat ibunya.

“not a big deal la... harap-harap emak awak sukalah apa yang awak beli tu.”

“mesti dia suka punya... dah orang cantik macam awak yang pilihkan...” puji Ifran. Atikah terkedu. Mula jantungnya mengepam darah dengan lebih laju tatkala mendengar pujian yang entah ikhlas atau tidak daripada Ifran. suasana antara Atikah dan Ifran sunyi sepi. Masing-masing sibuk mengadap makan malam.

“Tikah...” panggil Ifran sekali lagi. Wajah Atikah yang menunduk itu dipandang dalam-dalam. Ada sesuatu yang ingin ditanya dan disoal kepada gadis manis itu. Atikah mengangkat wajahnya lalu dipandang Ifran yang sedang merenungnya. Dengan penuh sabar dia menanti jejaka itu menyambung bicaranya yang masih tergantung.

“Mai dengan awak kawan paling rapatkan...” mendengar sahaja persoalan dari Ifran buat hati Atikah mula menggerutu. Rasa kecewa melantun-lantun didalam jiwanya.
‘ kenapa dia perlu cakap tentang Mai waktu ini?’ bentak hati Atikah dengan rasa geram. Wajah Ifran didepannya dipandang dalam-dalam.

“yer... kenapa awak tanya macam tu?” Atikah berlagak tenang. Berusaha keras menyembunyikan rasa hati yang jelas cemburu. Ifran berfikir sejenak. Mencari ayat yang paling sesuai untuk digunakan waktu ini.

“do you think she loves me?” dengan riak seselamba mungkin Ifran menuturkan kata. Sebolehnya dia tidak mahu Atikah membaca perasaannya yang sebenar.Atikah tersedak. Tidak sangka Ifran akan bertanya sejujur ini padanya. perasaannya mula gelisah. Dia tidak tahu apa yang perlu dijawab saat ini.

“hah? Awak tanya apa ni Ifran?” Atikah buat-buat tidak faham. Menggigil tangannya menahan rasa yang berkecamuk dalam hatinya.

“ saya saja jer nak tahu perasaan dia... kot-kot dia sukakan saya lebih daripada sahabat. Itu jer!” Atikah telan liur pelahan-lahan. Semakin sesak nafasnya untuk melayan persoalan daripada Ifran.

“ kenapa awak nak tahu perasaan dia? Awak sukakan dia ke?” bidas Atikah tepat mengena jantung Ifran. Ifran gamam. Kelu lidahnya untuk membalas bait-bait pertanyaan daripada Atikah.

“tak adalah... saya anggap dia kawan baik jer. Tak lebih daripada itu.” dalih Ifran penuh yakin. Atikah tersenyum dalam diam. Entah kenapa hatinya melompat keriangan mendengar jawapan daripada Ifran.

“baguslah kalau awak rasa macam tu...”

“apa yang bagusnya? Ke awak cemburu kalau saya sukakan Mai?” sempat lagi Ifran mengusik gadis anggun didepannya. Atikah tersengih sahaja. Tidak mengiakan mahu pun menolak usikan daripada Ifran.

“baguslah kalau awak anggap Mai kawan baik jer sebab Mai pon awak anggap kawan baik jer. Tak lebih daripada itu.” tutur Atikah dengan senyuman mesra. Jauh disudut hatinya ada rasa bersalah kerana menipu Ifran tetapi dia terpaksa buat semua itu. dia tak sanggup kehilangan Ifran kerana Ifran sudah pun menakluki hatinya buat masa ini.
Jawapan bersahaja dari Atikah sudah dapat diagak oleh Ifran. Dia sudah boleh meneka perasaan Umairah padanya cuma sebelum ini dia tak nak terima hakikat.
Nampaknya hari ini semuanya sudah terjawab. Umairah betul-betul tiada perasaan magis terhadapnya. Ada rasa sebak dan sesak didalam dadanya namun dia cuba bersabar. Mungkin semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Atikah yang terpandang riak kecewa pada wajah Ifran hanya mampu mengetap bibir. Adakah Ifran sebenarnya turut menyimpan rasa terhadap Umairah? Itu sahaja yang berlegar diotaknya kini.
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 07:52 PM | Show all posts
Umairah mengeluh lemah. Matanya memandang lama tasik yang terbentang luas didepan matanya saat ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menjamah pipinya lembut. Cuba mendamaikan perasaannya yang cukup gelisah saat ini. Tiba-tiba sahaja otaknya teringatkan perbualan ringkas yang berlangsung antaranya dan Atikah selepas tamat waktu kelas. Dan kerana perbualan itulah dia membawa diri ke tasik ini untuk menenangkan perasaan yang tidak tenteram.

“ If tu memang macam tu ke Mai?” Atikah yang sedang mengemas buku notanya melontarkan soalan mudah kepada Umairah yang turut sibuk memasukkan buku dan alat tulisnya kedalam beg sandang. Pertanyaan Atikah yang kurang jelas itu menimbulkan garis halus dipermukaan dahi Umairah.

“macam tu macam mana?” balas Umairah kurang mengerti. Atikah meliarkan mata sekitar kelas mereka. Memastikan tiada siapa mendengar perbualannya dan Umairah.

“hoi Mai, Tikah... berapa lama lagi korang nak bersembang tu. jom la balik.” Sergah Zizie yang sudah lama berdiri menanti dua lagi sahabatnya.

“entahnya... terhegeh-hegeh. Cepatlah!” gesa Amirah pula. Zurina yang disisi Zizie hanya diam memandang.

“korang bertiga balik dululah... aku ada hal sikit nak sembang dengan Mai ni.” pinta Atikah lembut. Segaris senyuman manis terukir elok dibibirnya. Zizie, Amirah dan Zurina sekadar mengangguk. Membiarkan dua sahabat rapat itu berbual sesama sendiri.

“ kitorang balik dululah... malam nanti jangan lupa kita ada discussion.” Pesan Zizie sebelum sama-sama bersama dua lagi teman mereka meninggalkan Umairah dan Atikah yang masih belum ada tanda-tanda untuk beredar dari kelas tersebut.

“haa... apa yang kau nak cakap tadi Tikah?” Umairah kembali kepada topik utama mereka yang tergendala sebentar tadi. Wajah Atikah direnung dengan perasaan ingin tahu. Atikah diam sejenak sambil bermain jari sendiri. Tidak pasti sama ada betul atau tidak tindakan yang bakal diambil sekejap lagi.

“Tikah...” panggil Umairah lembut. Mahu menyedarkan Atikah dari lamunannya.

“kenapa ni... apa yang kau nak cakap dengan aku sampai kawan-kawan kita yang lain tak boleh tahu?” tanya Umairah lagi. Matanya melekap kemas pada wajah anggun milik Atikah. Gadis itu kelihatan serba-salah. Entah apa yang mengganggu pemikiran Atikah sampai sebegitu sekali mimik wajahnya. Ada kaitan dengan Ifran pula tu.

“Ifran...” sepatah perkataan meluncur keluar dari mulut Atikah.

“Ifran? kenapa dengan dia?”

“dia memang jenis yang baik dengan semua perempuan ke?” lambat-lambat soalan cepumas itu ditanya kepada Umairah.

“kenapa kau tanya macam tu? setahu aku memang dia jenis ramah tamah... baik dengan semua orang. Tak kira lelaki perempuan. Kenapa?” ujar Umairah masih belum faham hala tuju perbualan mereka tengahari ini. Atikah mengeluh kecil.

“aku rasa macam dia ada hati dekat aku jer Mai... tapi tak tahulah kot-kot aku yang perasan sendiri.” Ulas Atikah tanpa memandang wajah Umairah. Ini adalah kali pertama dia menipu Umairah sepanjang persahabatan mereka. Kenyataan yang direka semata-mata ini hanya untuk membuatkan Umairah berhenti daripada mengharapkan cinta Ifran. Umairah yang mendengar bicara Atikah terkedu sekejap. Kelu lidahnya untuk membalas bicara teman baiknya itu. perlahan-lahan Umairah mengakui kenyataan yang muncul dari mulut Atikah, dia sedar Ifran sedang cuba menarik perhatian Atikah.

“Mai... aku tak pasti pun benda tu betul atau tak. Mungkin aku je yang syok sendiri. Kau tak payah risau yer Mai.” Cepat-cepat Atikah membetulkan semula tanggapannya pada Ifran apabila melihat riak kecewa yang terbias dari wajah Umairah.

“betullah tu kot dia ada hati kat kau... aku pun perasanlah benda tu Tikah.” Tutur Umairah dengan senyuman kecil. Dia sedar Atikah cuba menjaga perasaannya dan dia tidak mahu Atikah risau tentang dirinya. Dia perlu kuat untuk menghadapi dugaan sebegini. Ahh cinta... hari ini mungkin ada, esok-esok hilanglah tu. pujuk Umairah didalam hati.

“ kau... kau tak marah ke Mai?” teragak-agak Atikah menyoal. Dia sebolehnya tak nak kerana lelaki hubungan baik antara dia dan Umairah berkecai begitu sahaja. Umairah kedengaran ketawa perlahan. seolah-olah mengambil ringan dengan persoalan Atikah.

“Tikah... buat apa pulak aku nak marah. Dah dia suka dekat kau, aku nak kata apa. hati dia bukan aku yang kawal.”

“tapi... kau cintakan dia Mai. Aku tak nak nanti hubungan kita jadi renggang hanya kerana Ifran sukakan aku.”

“Tikah... aku bukan jenis macam tu la. Takkanlah sebab kau dan Ifran bercinta aku nak marah pulakkan. Lagi pun, perasaan aku ni entah betul entah tidak perasaan cinta. Aku tak ada pulak rasa marah bila dengar kau cakap macam tu. mungkin, aku hanya minat pada dia. Tak lebih daripada tu.” luah Umairah dengan riak seselamba mungkin. Sebolehnya dia tidak mahu Atikah nampak perasaan kecewa dan cemburunya. Dia tak nak Atikah rasa bersalah hanya kerana perasaan Ifran. Dia tak nak menjadi batu penghalang sekiranya Atikah turut menyimpan rasa buat Ifran.

“ betul ke kau ni Mai? Entah-entah kau cakap macam tu sebab nak jaga hati aku.”

“laa betullah... kenapa muka aku nampak macam menipu ke? Aku ni tak pandai menipulah Tikah. Macam kau tak kenal aku pulak.” Tambah Umairah tegas. Sedaya upaya dia mahu meyakinkan Atikah tentang hati dan perasaannya terhadap Ifran. Atikah yang melihat reaksi Umairah tersenyum kecil. Dia percayakan sahabatnya ini. riak bersahaja Umairah meyakinkan hatinya tentang perasaan wanita itu. mungkin betul Umairah hanya meminati Ifran... tidak lebih daripada itu.

“Tikah... kita ni dah kawan lebih 6 tahun. Aku harap aku tak menjadi orang yang merosakkan kebahagiaan kau. kalau kau juga sayang pada Ifran, kau terima jelah perasaan dia pada kau. kau tak perlu rasa bersalah pada aku sebab aku memang langsung tak kisah kalau kau dan dia bercinta. Aku lagi gembira kalau tengok kawan baik aku yang cun ni bahagia.” Pujuk Umairah lembut sekali gus cuba mengusir rasa gusar yang bertapak dihati Atikah. Senyuman semanis madu diutarakan pada gadis itu agar Atikah tahu dirinya ikhlas dengan kata-kata itu.
Atikah memandang lama wajah tenang Umairah. Reaksi Umairah yang mampu tersenyum mesra membuatkan hati Atikah pasti dan yakin hati Umairah tidak terluka dengan perbualan mereka.

“thank Mai... tapi kau jangan risau, yang jatuh cintanya hanyalah Ifran. Aku tak. Jadi aku tak akan bercinta dengan dia. Don’t worry bebeh.” Janji Atikah sambil menggenggam erat jemari Umairah. Dia tak nak Umairah membaca hatinya yang sebenarnya sudah mula bergetar bila berdepan Ifran. dia tak mahu Umairah kecewa meski pun gadis itu sendiri sudah memberi kebenaran kepadanya sebentar tadi.
‘maafkan aku Mai... aku terlalu sayangkan Ifran. aku terpaksa tipu perasaan sebenar Ifran kepada kau.’ bisik Atikah didalam hati. Dia tahu dia akan rasa bersalah dengan perbuatan dan kata-katanya hari ini. tapi dia terpaksa menipu kenyataan ini agar Umairah berhenti berharap pada Ifran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2014 07:54 PM | Show all posts
shahrinas posted on 13-10-2014 12:32 PM
ermmm...

kenapa ? sakura dah sambung, shahrinas bolh sambung bce.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ni yg kata atikah tikam belakang ye.. Hehehe ala2 pengalaman aku la ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 08:20 PM | Show all posts
poyohabis posted on 13-10-2014 08:04 PM
Ooo ni yg kata atikah tikam belakang ye.. Hehehe ala2 pengalaman aku la ni..

yup... tp bukan sbb hal ni buat Mai marah dngan tikah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 13-10-2014 08:20 PM
yup... tp bukan sbb hal ni buat Mai marah dngan tikah tu.

Aku rs mai marah pasal bapak dia kawin gan Mak atikah kot.. Kan dia ada kata atikah sama mcm Mak dia perampas..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:25 AM | Show all posts
ooo...kwn mkan kwn rupanya...sanggup kan...pasal rebutkan lelaki je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 07:05 PM | Show all posts
shahrinas posted on 14-10-2014 09:25 AM
ooo...kwn mkan kwn rupanya...sanggup kan...pasal rebutkan lelaki je...

biasalah tu... tak yakin pd diri sndiri. trpaksalah tikam kawan pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 07:07 PM | Show all posts
Tiga bulan telah berlalu dan hari ini secara rasminya Umairah melihat sendiri Ifran melamar Atikah untuk menjadi kekasih hatinya. Umairah menghampiri tasik yang terbentang luas didepannya. Dipandang lama lautan indah itu dengan perasaan yang berkecamuk. Kolam matanya terasa sarat dan berat. Perlahan-lahan beberapa titik mutiara hangat mula jatuh membasahi pipi. Umairah cuba menahan rasa sebak namun dia tidak berdaya. Perasaan kecewa dan sedih telah mengatasi segala-galanya.

“Mai...” teguran tanpa salam itu mengejutkan Umairah yang tenggelam dalam perasaan sendiri. Cepat-cepat dia menyapu air hangat pada pipinya agar si penegur tidak perasan situasinya saat ini. namun begitu, Ifran belum buta untuk melihat tingkah Umairah yang tergesa-gesa mengelap air mata. Terus badannya yang tadi berdiri tegak disebelah Umairah melabuhkan punggung. Ditatap wajah Umairah yang sudah lencun dengan air mata dengan rasa curiga.

“kenapa dengan kau ni? apasal kau menangis Mai? Ada orang kacau kau ke?” bertubi-tubi soalan muncul dari kerongkong Ifran. matanya masih ralit memandang wajah Umairah yang sedang cuba menenangkan diri. Tidak pernah sekali pun dia melihat Umairah menangis seteruk ini. entah apa yang telah mengganggu benak gadis ini pun dia tidak pasti. Umairah cepat-cepat menggeleng-gelengkan kepalanya. Menolak segala telahan yang dibuat oleh kekasih Atikah.

“mana ada aku menangis... mata aku pedih je la. Masuk habuk!” dalih Umairah dengan suara sedikit serak. Hidungnya sudah tersumbat dengan cecair pekat membuatkan suaranya turut berubah. Ifran mengeluh kecil. Kelakar mendengar alasan lapuk daripada Umairah.

“Mai... aku tak buta okey... aku bukannya tak boleh beza kau menangis atau mata kau memang masuk habuk. Cuba cakap dekat aku... kenapa kau tetiba sedih semacam je ni.”

“tak ada apa-apalah If... kau tak payah risau okey...” minta Umairah lembut. Ifran merengus perlahan. agak kecewa dengan sikap Umairah yang terlalu berahsia.

“Mai... aku ni kawan baik kau... aku tak berkawan dengan kau hanya untuk perkara manis-manis jer. Aku berkawan dengan kau untuk merasai segala perkara manis dan pahit yang kau rasa. Cuba kau terus terang dengan aku apa masalah kau sekarang. aku tak suka tengok kau meratap, menangis macam ni.” Umairah diam membukam. Kata-kata pujukan dari Ifran bagaikan angin lalu sahaja melintasi didepannya.

“ trust me If... aku tak apa-apa... aku Cuma rindukan famili aku. Homesick! Itu jer.” Alasan demi alasan bertali arus keluar dari bibir Umairah. Ifran menghela nafas perlahan. dia tahu Umairah menipu. Dia bukan sehari dua mengenali sahabat baiknya itu. Mungkin Umairah ada masalah sendiri dan masalah itu terlalu peribadi untuk dikongsikan bersamanya.

“nanti-nanti kalau kau rasa nak meluahkan perasaan, kau cari je aku Mai. Aku selalu ada untuk dengar dan bantu masalah kau selagi boleh.” Pujuk Ifran akhirnya. Dia tidak mahu terlalu menggesa Umairah. Gadis itu ada hak untuk merahsiakan masalahnya sendiri. Siapa dia untuk memaksa Umairah? Kata-kata daripada Ifran hanya dibalas dengan anggukan kecil daripada Umairah. Agak terharu dengan keikhlasan temannya itu. suasana sunyi sepi antara Ifran dan Umairah... masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

“ kau dengan Tikah macam mana? Aku tengok korang berdua makin mesra sekarang. ada apa-apa ke?” soal Umairah dengan nada yang cukup tenang. Dia sendiri kagum dengan diri sendiri yang mampu berlagak setenang itu. Ifran disebelahnya kelihatan mengukir senyuman... bahagia barangkali! Maklumlah cintanya sudah diterima Atikah.

“ baru tadi aku ajak dia jadi kekasih aku dan alhamdullilah, Tikah terima. Terima kasih yer Mai... kau banyak bantu aku untuk dapatkan cinta Tikah.” Jelas Ifran dengan bibir yang masih lebar dengan senyuman. Umairah ketap bibirnya perlahan. cukup terhiris dengan jawapan Ifran namun apa yang dia boleh buat... Ifran hanya cintakan Atikah dan dia sekadar kawan baik lelaki itu. tidak lebih daripada itu.

“ Ifran... kau dan Tikah dua-dua kawan baik aku... aku harap sangat kau boleh jaga dia baik-baik, hargai cinta dan sayangi dia setulus hati kau. dia perempuan yang paling baik aku pernah kenal seumur hidup aku dan kaulah lelaki yang paling bertuah sebab dapat dia. Aku doakan korang akan bahagia sampai bila-bila, kalau boleh sampai ke jinjang pelamin.” Bisik Umairah dengan wajah yang dimaniskan.

Memang hatinya cukup perit untuk melafazkan doa itu namun dia ikhlas. Dia sayangkan sahabat-sahabatnya dan dia akan cuba bergembira demi sahabatnya. Ifran yang mendengar luahan rasa Umairah sekadar tersenyum tawar. Tak dinafikan hatinya masih berbekas untuk Umairah. Namun dia kini sudah berjanji untuk setia pada Atikah. Dia mahu belajar mencintai Atikah kerana dia sudah memberi harapan yang menggunung pada wanita itu. rasanya tidak salah dia belajar menyayangi Atikah kerana gadis itu jelas lagi nyata amat sayang padanya. Mungkin Atikahlah jodohnya sebenar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 07:09 PM | Show all posts
Daun pintu yang tertutup rapat itu ditolak perlahan. Kedengaran suara bilal melaungkan azan dari kejauhan. Ifran masuk kedalam rumahnya dengan wajah yang sedikit lesu. Matanya meliar mencari tubuh si isteri. Namun sayang, Umairah tiada diruang tamu mahu pun didapur rumahnya. Pintu bilik Umairah yang tertutup rapat itu dipandang lama. Dia yakin isterinya ada didalam. Masih merajuk barangkali. Ifran cepat-cepat masuk kebiliknya. Dia mahu mandi dan bersolat terlebih dahulu. Dia mahu tenangkan jiwanya yang kacau sebelum memujuk si isteri yang jelas masih lagi merajuk. 30 minit berlalu, Ifran muncul semula diluar biliknya. Langkah diatur menghampiri bilik Umairah dan dia berteleku disitu untuk beberapa minit.

“ tuk...tuk...tuk...” tiga kali daun pintu yang tertutup rapat itu diketuk. Berharap tuan punya bilik akan keluar dan bercakap dengannya. Sunyi! Umairah langsung tidak memberi tindak balas dengan perbuatannya.

“Mai...” panggil Ifran dari luar. Tiada jawapan! Ifran mengeluh lemah. Dilaung sekali lagi nama isterinya agar gadis itu menyahut dan keluar daripada bilik itu.

‘dia sembahyang ke? Tapi tak salah aku dia uzur.’ Hati Ifran bersoal jawab sendiri.

“Siti Nur Umairah binti Ismail... keluarlah. Aku ada hal nak cakap dengan kau ni.” Jerit Ifran untuk kali ke lima. Namun jawapan yang sama diperolehi. Bayang Umairah belum lagi kelihatan didepannya saat ini. Ifran pulas tombol pada pintu tersebut. Dia sudah tidak peduli lagi, kalau Umairah tak nak keluar biar dia yang masuk ke dalam. Ifran tersenyum lebar, pintu bilik Umairah tidak berkunci rupanya. Buat sakit tangan dia saja mengetuk pintu itu bagai nak gila tadi.

“Mai... kenapa kau tak...” belum lagi habis bait bicara Ifran, matanya yang sedia besar terbuntang keluar. Terkesima sebentar apabila melihat Umairah terbaring lesu diatas katil dengan mata yang tertutup rapat. Lekas-lekas dia menghampiri Umairah.

‘tidur ke minah ni? Tak pernah pulak dia tidur waktu-waktu maghrib macam ni. Ke dia sengaja buat-buat tidur sebab tak nak layan aku bercakap?’ hati Ifran berbolak-balik. Matanya tidak lepas dari memandang wajah pucat Umairah. Ifran melekapkan tapak tangan pada dahi Umairah, cuba membandingkan perbezaan suhu antara mereka.

“ Mai.... bangun. Aku hantarkan kau ke klinik. Kau demam ni.” Suruh Ifran bersama tepukan lembut pada lengan Umairah. Mata gadis itu kelihatan berkelip-kelip. Mungkin sudah sedar daripada lenanya.

“Mai... jom kita pergi klinik.” Ujar Ifran sekali lagi. Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Dia mula dapat menangkap imej Ifran yang kini berdiri tegak disebelahnya.

“If...” seru Umairah. Masih kabur dengan situasi saat ini.

“Mai... bangun sekarang. Kita pergi klinik.” Ulang Ifran tanpa jemu. Umairah geleng kepalanya beberapa kali. Menolak cadangan Ifran.

“tak naklah... aku nak rehat dekat rumah jer.” Luah Umairah perlahan. Dia memang kurang gemar pergi ke klinik mahu pun hospital. Ifran merengus kasar. Geram dengan sikap keras kepala Umairah.

“kalau sekali aku cakap kau terus ikut boleh tak? Jangan degil sangatlah! Jom kita pergi klinik sekarang. Karang kau pengsan macam dulu-dulu tu lagi.” Bebel Ifran dengan suara yang kuat. Sakit hati dia melayan sikap Umairah yang keras kepala tidak mengira masa. Umairah merengus kasar dengan leteran Ifran. Namun begitu dia tetap menurut arahan suaminya.

“ hmm ye la-ye la... kejap aku nak bersiap.” Akur Umairah akhirnya. Ifran yang melihat Umairah sukar untuk bingkas bangun membantu wanita itu untuk berdiri. Badan Umairah yang kekurangan tenaga itu terhuyung-hayang menanti untuk rebah. Ifran peluk kemas bahu isterinya agar wanita itu tidak jatuh tersungkur.

“ kau keluarlah dulu. Aku nak bersiap.” Minta Umairah perlahan. Tekaknya yang sakit menghalang untuk dia bercakap dengan nada yang kuat. Ifran yang masih lagi memegang kemas bahu Umairah dipalu rasa risau. Tidak yakin untuk meninggalkan Umairah yang jelas tidak mampu untuk berdiri walaupun untuk sekejap.

“ kau boleh ke berdiri tanpa aku...” Ifran menyoal tidak yakin. Umairah disisinya sekadar senyum tawar. Perlahan-lahan wanita itu menganggukkan kepalanya.

“ aku larat lagilah nak berdiri. Kau tak payah risau. Keluarlah dulu. Takkan aku nak tukar baju depan kau pulakkan.” Jelas Umairah berharap pengertian daripada Ifran. Buat masa ini dia tak larat untuk berdebat panjang dengan lelaki itu dan dia berharap segala permintaannya ditunai terus tanpa banyak soalan.

“ okey la...” putus Ifran akhirnya. Walaupun ada rasa tak senang untuk meninggalkan Umairah sendiri namun dia tetap memenuhi permintaan sang isteri. Lagi pun benar kata Umairah, takkanlah dia nak mengacau gadis itu menukar pakaian. Karang menda lain pulak jadinya. Tanpa lengahkan masa Ifran lekas-lekas tinggalkan Umairah sendiri didalam biliknya. Dia menunggu wanita itu diluar bilik sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 07:10 PM | Show all posts
Ifran dan Umairah tiba dirumah mereka setelah hampir sejam keluar untuk ke klinik berhampiran. Ifran menolak daun pintu rumahnya lalu memberi laluan kepada Umairah untuk masuk kedalam. Dipimpin isterinya menuju ke bilik agar langkah gemalai wanita itu tidak jatuh tersungkur.

“tak payah nak pegang-peganglah... aku larat lagi nak jalan.” Bentak Umairah sambil menepis tangan Ifran yang melingkar pada bahunya. Pukulan Umairah langsung tidak meninggalkan kesan pada Ifran yang masih lagi memaut kejap bahu isterinya. Ifran diam sahaja. Malas melayan amarah Umairah yang memang pantang dicuit.

“lepaslah If... aku tahu jalan sendiri. Bukan jauh pun bilik aku tu.” Sela Umairah sekali lagi bersama tepukan lemah pada lengan Ifran. namun dalam diam dia bersyukur dengan bantuan dari jejaka itu. kepalanya teramat pusing sebenarnya, Cuma egonya melarang daripada menerima pertolongan daripada Ifran.

“sakit-sakit pun nak marah orang. Cuba jaga sikit mulut tu bila bercakap dengan suami.” Bebel Ifran. tanpa membuang masa, badan Umairah yang kecil itu diangkat dan didukung lalu dibawa ke bilik. Banyak mulut sangatkan!

“If... apa ni... turunkan aku la. Aku bukannya tenat sangat, tak perlu nak angkat aku macam ni lah.” Marah Umairah sambil meronta-ronta dalam dakapan Ifran. Makin tidak senang hatinya dengan sikap selamba badak Ifran yang mengangkatnya tanpa bertanya terlebih dahulu.

“shuhhhh...” Ifran memuncungkan mulutnya kedepan. Meminta Umairah diam dan tidak melawan dengan tindakannya. Umairah tergamam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk diamkan diri. Bukannya dia tidak mahu melawan Cuma tekaknya sudah semakin sakit dek mulutnya yang tidak habis-habis menjerit.

“ kau rehat dulu tapi jangan tidur, aku pergi tuang bubur dalam mangkuk. Kejap lagi kau makan bubur tu lepas tu makan ubat.” Arah Ifran lembut. Tanpa menanti jawapan daripada Umairah, dia bergegas kedapur dengan tangan yang membawa plastik berisi bubur nasi yang dibeli dari kedai makan berhampiran. Umairah melepaskan keluhan lemah. Makin menjadi-jadi pula denyutan pada kepalanya. Diurut kepalanya agar rasa sakit yang menyengat itu semakin berkurang.

“Mai...  nah makan bubur ni.” Entah masa bila Ifran tiba pun Umairah tidak sedar. Tiba-tiba sahaja jejaka itu sudah berada disebelahnya sambil menghulurkan semangkuk bubur nasi. Umairah bingkas bangun dari baringan. Dia mencapai mangkuk yang dihulurkan oleh Ifran tanpa banyak soal. Disuap bubur nasi kedalam mulut meski pun seleranya mati. Rasa perit dalam tekaknya mengganggu moodnya untuk menikmati makanan itu.

“sikitnya kau makan... makanlah lebih sikit. Nanti perut masuk angin pulak.” Tegur Ifran apabila Umairah sudah berhenti menjamah bubur yang dibeli. Umairah hanya menggelengkan kepala, perutnya sudah tidak dapat menerima makanan itu lagi.

“sekarang makan ubat... lepas tu tidur.” Ubat-ubatan yang diperolehi daripada klinik kesihatan itu tadi diserahkan kepada Umairah bersama segelas air kosong. Umairah mengambil sahaja ubat-ubat itu tanpa banyak songeh. Dia hanya menurut kerana dia tahu semua ini adalah untuk kesihatannya juga. Selepas menelan 3 jenis ubat berlainan itu, Umairah kembali merebahkan diri diatas katil. Ifran mengemas satu persatu pekakas yang digunakan lalu dimasukkan kedalam dulang yang dibawa bersama. Baru sahaja langkah ingin diatur untuk ke dapur, terasa baju yang dipakai ditarik seseorang. Ifran membuang pandang kearah Umairah yang sedang merenungnya.

“ terima kasih...” ucap Umairah perlahan. Dia menatap bebola mata Ifran yang tajam menikam matanya. Ada rasa debar mula menggocangkan jantung dan hatinya. Perasaan ini tidak pernah padam dari awal pengenalan antara mereka berdua. Dia tak dapat nafikan perasaan ini lagi. Dia masih cintakan Ifran sepenuh hatinya meski pun cintanya ini tak pernah berbalas.

“ tak perlu nak berterima kasih sangatlah... dah tanggungjawab aku sebagai suami kau. Sekarang kau rehat, jangan fikir perkara yang bukan-bukan.” Balas Ifran dengan senyuman mesra. Umairah membalas lembut senyuman suaminya. Dalam diam terdetik rasa pelik dengan sikap Ifran yang seringkali menekankan perkataan suami semenjak dua menjak ini. adakah Ifran sudah boleh menerimanya sebagai isteri? Umairah tidak mampu menganalisis lebih lama perkara yang bermain dimindanya dek rasa kantuk yang mula menjelma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 07:11 PM | Show all posts
poyohabis posted on 13-10-2014 08:58 PM
Aku rs mai marah pasal bapak dia kawin gan Mak atikah kot.. Kan dia ada kata atikah sama mcm Mak d ...

a'ah... dia marah sbb ayah dia kawin dngn mak tikah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
X pe aku dah dpt terima kenyataan yg if bahagia gan mai cuma aku x nak ko jodohkan tika gan haikal... Meroyan aku nanti wei..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2014 12:16 PM | Show all posts
Umairah menonton televisyen sambil berbaring diatas sofa. Hari ahad begini tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Mahu keluar membeli belah, duitnya tengah susut. Lagi seminggu baru gaji akan masuk. Ifran pula entah ke mana. Dia pun tidak pasti dan sememangnya dia kurang mengambil tahu tentang jejaka itu. sedang enak melayan rancangan Nona di tv3, tiba-tiba sahaja Umairah dapat menangkap bunyi deruan enjin kereta masuk kedalam pagar rumah milik Ifran. cepat-cepat Umairah membetulkan duduk agar kelihatan lebih senonoh. Tak sampai 5 minit, wajah Ifran terjengul disebalik daun pintu rumahnya.

“Assalamualaikum...” sapa Ifran perlahan. Cukup untuk Umairah mendengar salam yang diutarakan.

“waalaikummussalam...” jawab Umairah sepatah. Dia masih lagi tekun menonton rancangan Nona. Sekali sekala matanya mengerling kearah Ifran yang kini sudah singgah disebelahnya.

“dah makan tengahari? Kalau belum aku pergi panaskan lauk.” Soal Umairah dengan ekor mata yang menjeling kearah Ifran. lelaki itu kelihatan tenang dan santai.

“aku dah makan dekat luar tadi...” suasana kembali hening selepas Ifran membalas pertanyaan Umairah. Hanya mata mereka masih ralit menonton Nona. Seminit, dua minit... lima minit suasana antara mereka sunyi sepi. Masing-masing sibuk dengan emosi sendiri.

“Mai...” akhirnya Ifran bersuara. Memang sudah lama dia ingin berbicara perihal pergaduhan yang berlangsung antara mereka kira-kira seminggu yang lalu namun kekangan masa menjadi halangan untuk mulutnya berkata. Bagi Ifran, hatinya tidak senang selagi Umairah tidak tahu kebenaran yang berlaku 3 tahun yang lepas meski pun wanita itu langsung tidak mengungkit mahu pun merajuk selepas pergaduhan mereka baru-baru ini.

“kenapa?” balas Umairah pendek. Wajah Ifran ditatap lama. Menanti suaminya itu meluahkan kata-kata yang masih tergantung.

“ pasal yang kau cakap minggu lepas tu... aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak ada niat pun nak buat macam tu dan memang tak terdetik pun dihati aku untuk buat kau macam tu.” Ujar Ifran tenang. Matanya merenung tepat kewajah Umairah yang kelihatan kabur. Berkerut dahi wanita itu seolah-olah sedang berfikir panjang.

“minggu lepas? Aku cakap apa pada kau minggu lepas? Aku tak fahamlah If.”

“ala yang kau cakap aku gunakan kau untuk mengorat Tikah tu la... aku betul-betul tak buat macam tu. Aku anggap kau kawan baik aku. Kau dan Tikah adalah dua perkara berbeza bagi aku.” Jelas Ifran satu persatu. Umairah membulatkan mulutnya. Baru mengerti penerangan daripada Ifran.

“ooo... pasal tu ke. Tak ada apa-apalah If. Aku tak kisah pun sebenarnya. Lagi pun kalau betul pun apa salahnya kan. Apa guna kawan, ye tak?” jawapan daripada Umairah buat Ifran rasa tidak selesa. Gadis itu seperti masih menyimpan rasa marah padanya walaupun tidak dinyatakan secara jujur.

“tak ada kalau-kalaulah Mai... aku betul-betul tak buat semua tu. Aku baik dengan kau sebab kau kawan aku. Aku tak gunakan kau pun untuk dapatkan Tikah.  Kalau Tikah tak ada sekali pun, aku tetap akan jadi kawan baik kau. Kau dan Tikah dua cerita yang berbeza.” Tegas Ifran dengan mata yang bulat menentang renungan Umairah. Dia sebolehnya nak segala kemelut yang berlaku 3 tahun lepas selesai hari ini. dia tak nak Umairah salah faham lagi.

“okey...okey...okey. aku faham. Kau tak ada buat semua tu dan aku salah faham jer. Jadi kau tak payah risaulah sebab kalau kau buat sekali pun aku tak kisah. Aku tak ambil hati pun.”

“kalau kau tak kisah, kenapa kau nak marah sangat hari tu? Kalau benda tu betul tak penting pada kau, kau takkan ungkitlah perkara tu...” tempelak Ifran sinis. Mulut Umairah terkunci rapat. Kelu lidahnya dengan kata-kata Ifran yang tepat terkena jantung. Ye memang betul dia marah! Tapi, sebenarnya perasaan marah itu adalah hasil dari rasa cemburu bukan kerana dia terasa dipergunakan oleh Ifran. Takkan dia nak mengaku dia cemburukan Ifran dan Atikah?
‘oh please... Never! Aku takkan mengakulah. Buat malu jer nanti. Dah sah-sah mamat ni tak ada hati pon dekat aku!’ Desis Umairah didalam hati. Tanpa membalas persoalan Ifran, Umairah cepat-cepat bingkas bangun. Dia mahu ke biliknya dan memilih untuk tidak bersoal jawab dengan Ifran perihal perasaannya itu. dia takut sekiranya terlalu banyak jawapan yang diberikan, perasaannya yang sebenar akan diketahui oleh suaminya.

“kau jangan nak tinggalkan tempat ni selagi tak jawab soalan aku. Beritahu aku dulu kenapa kau nak marah sangat hari tu?” arah Ifran sambil mencengkam kemas lengan Umairah. Ditarik tangan Umairah agar wanita itu dekat dan mengadap wajahnya. Dia takkan benarkan Umairah pergi sebelum menjelaskan hal sebenar yang bermain dimindanya. Umairah menepis keras tangan kasar Ifran yang melingkar pada lengannya. Perasaan tidak tenang terus bercambah didalam hatinya. Terasa denyutan jantungnya berdegup dengan kencang sehingga dia sendiri boleh mendengar.

“lepaslah If... aku tak sukalah kalau kau pegang-pegang aku macam ni.”

“kenapa tak suka? Ke kau ada rasa lain macam bila aku sentuh kau?” duga Ifran selamba. Bibirnya sudah tersengih nakal memandang wajah mencuka Umairah.

“jangan nak mengarutlah... lepaskan aku... aku nak pergi masuk bilik dan tidur sekarang. Kejap lagi Asar pulak, tak sempat aku nak membuta.” Marah Umairah dengan suara yang agak kuat. Bulu romanya makin tegak berdiri melihat senyuman nakal yang terukir dibibir Ifran.

“aku bagi kau 2 pilihan... kau nak jawab soalan aku atau kau nak aku tidurkan kau?” Umairah tertelan liur. Berubah rona wajahnya dengan soalan Ifran yang tidak berinsuran itu.
‘gilalah mamat ni!’ kutuk Umairah dalam hati. Wajahnya sudah merah padam menahan rasa malu.

“soalan apa?” tinggi suara Umairah menyoal meski pun dia sudah tahu soalan yang diutarakan oleh Ifran. dalam diam dia mencari jawapan yang paling rasional untuk persoalan itu.

“hari ni kau cakap kau tak kisah pun kalau aku memang gunakan kau untuk mengorat Atikah... dah tu kenapa kau marah sangat hari tu? Kalau kau betul tak kisah, mesti kau tak ungkit pun pasal ni hari tu.” Ifran mengulang kembali soalannya. Riak Umairah yang sedang berfikir direnung tajam.

“hari tu aku marah sebab emosi aku kurang stabil sikit... iyelah... aku kan uzur hari tu. Biasalah orang perempuankan.” Balas Umairah dengan wajah selamba. Ifran diam sahaja. Kurang percaya dengan jawapan daripada Umairah yang terlalu ringkas.

“lagi pun, hari tu kau sibuk ungkit kesalahan aku pada kau dan Tikah padahal aku dah minta maaf pun pada kau. Sebab tu aku cakap macam tu, untuk jadikan alasan cari kesalahan kau.” Terang Umairah lagi. Ifran menganalisis dalam-dalam butir bicara Umairah. Kali ini ada logiknya jawapan gadis itu. wajah Umairah yang kelihatan jujur itu dipandang. Perlahan-lahan tangannya melepaskan lengan Umairah.

“aku minta maaf sebab buat kau rasa bersalah...” mohon Umairah dengan kepala yang sedikit menunduk. Dia sedar Ifran rasa terkilan dengan tuduhan melulunya. Ifran sekadar menganggukkan kepala. Tidak ambil pusing dengan dengan ucapan maaf daripada Umairah. Tanpa membuang masa, Umairah bergegas kembali ke biliknya. Berlama-lama disisi Ifran buat hati rasa sedih dan kecewa mengenangkan cinta yang tidak pernah berkesampaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2014 12:17 PM | Show all posts
Ifran duduk kembali diatas sofa sambil melepaskan keluhan kecil. Langsung televisyen yang terpasang tidak berjaya menarik minat hatinya. Pemikirannya kini lebih tertumpu pada bait-bait jawapan yang diterima daripada Umairah seketika tadi.

‘apa yang aku harapkan sebenarnya? Aku harap dia marah kerana cemburu ke?’ soal Ifran didalam hati kecilnya. Jawapan yang diperolehi daripada Umairah sebentar tadi sedikit sebanyak membuatkan jiwanya terkilan. Dia kecewa!

‘sudahlah Ifran... kau tak payahlah nak taruh harapan sangat dengan Mai tu. dia dah sah-sah tak cintakan kau. dia kahwin dengan kau pun kerana Atikah. tak payahlah berangan nak dengar ayat I Love You dari mulut dia tu.’ hasut satu suara dalam pelipat hatinya. Ifran mengangguk-anggukkan kepalanya. Setuju seratus peratus dengan pendapat bernas dalam jiwanya itu.

‘yang kau berharap sangat nak dengar ayat keramat macam tu dari mulut dia apasal? Kau pun cintakan dia ke?’ sergah suara lain pula. Ifran menggeleng-gelengkan kepalanya. Yang ini dia tidak setuju. Bukankah sudah lama dia kuburkan perasaannya pada Umairah? Bukankah cintanya kini hanya pada Atikah?

‘tak payah nak geleng-gelengkan kepala sangatlah. Kalau dah cinta tu mengaku je la. Jangan nak ego sangat, nanti melepas macam dulu-dulu baru kau tahu. Alang-alang dia tu isteri kau, apa kata kau pikat balik hati dia. Jadikan dia isteri kau yang sebenar. Bukan isteri atas kertas jer.’

‘Hoi... pandai-pandai jer kau ajar Ifran pikat bini dia tu... dah tu Atikah nak baling dekat mana? Dalam tong sampah?’ dua suara hati bergaduh sesama sendiri buat perasaan Ifran kian gelisah. Entah mana satu yang dia perlu ikut.

‘Atikah tu kisah lama la bro... buat apa dikenang kisah lama yang dah jadi sejarah tu.’

‘lama tak lama yang pasti diorang berpisah pasal Umairah! Dalam hal ni Umairah yang bersalah.’ Bentak satu suara lagi. Cuba melawan pendapat bernas suara yang lain. Ifran pegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Boleh putus wayar otaknya kalau memikirkan perihal Umairah. Ahh... ada baiknya mengadap kerja daripada melayan perasaannnya berbicara. Ada juga manfaatnya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2014 12:28 PM | Show all posts
Setelah hampir 4 bulan menetap di Seremban bersama suaminya, baru hari ini Umairah sempat meluangkan masa dengan teman rapatnya semasa di Universiti dahulu. Wajah Zizie yang kelihatan semakin cantik berseri itu dipandang dengan senyuman memekar dibibir. Gadis itu kelihatan sedang tersengih mesra kepadanya.

“ Assalamualaikum... kau apa khabar Mai. Sihat?” soal Zizie setelah selesai bersalam-salaman dengan Umairah. Wajah temannya yang kelihatan makin berisi itu dipandang lama.

“ Alhamdullilah... kau Zizie sihat? Lama dah kita jumpa. Rindu benar aku dekat kau.” Balas Umairah berbasa basi. Minuman yang sudah siap dipesan oleh Zizie disedut untuk melegakan dahaga.

“aku sihat Mai... kau tu la dah lama menetap dekat Seremban baru hari ni datang cari aku. Kau sekarang tinggal dengan If ke?” soal Zizie sedikit sebanyak mahu mengorek rahsia. Teringin juga dia mendengar kisah perkahwinan sahabatnya yang sorang ini. kalau tidak silap, semasa mereka masih belajar dahulu ikatan perkahwinan Umairah dan Ifran hampir terlerai. Tetapi untuk masa sekarang dia tidak tahu pula bagaimana, apa yang dia tahu Umairah sudah pun tinggal bersama suaminya hampir 4 bulan lamanya. Bukankah itu petanda bahawa hubungan antara Ifran dan Umairah sudah pulih sepenuhnya?

“ a’ah... aku tinggal dengan dia sekarang.” Akur Umairah perlahan. Dari reaksi wajah Zizie, Umairah yakin gadis itu cukup tertanya-tanya tentang situasi rumahtangganya yang terkini.

“ kau dengan dia dah okey ke? Dah boleh terima antara satu sama lain?” Umairah diam sejenak mendengar persoalan daripada Zizie, berbolak-balik dalam hatinya memikirkan jawapan yang sesuai untuk temannya ini. perlukah dia cerita semuanya kepada Zizie tentang keadaan rumah tangganya? Umairah merengus perlahan, dia sedar kadangkala teman baik amat diperlukan untuk menghilangkan rasa resah gelisah dalam sanubarinya.

“hai mengeluh panjang macam ni... tak okey lagilah tu agaknya korang berdua ni.” Zizie buat serkap jarang apabila melihat rona wajah berserabut Umairah. Dari air muka wanita itu dia dapat membaca bahawa hubungan Umairah dan Ifran belum pulih sepenuhnya.

“entahlah Zie... aku pun dah tak faham apa yang berlaku dalam rumah tangga aku sekarang. Nak kata bahagia, memang tak la. If masih lagi sayangkan Tikah dan aku rasa diorang masih lagi bersama. Nak kata menderita pun tak jugak... kami dah boleh berbual dan bercakap dengan baik sekarang. Jarang dah gaduh-gaduh macam mula-mula kahwin dulu.” Jelas Umairah akhirnya. Dia berkeputusan untuk menceritakan kepada Zizie masalah rumahtangganya ini memandangkan dengan cara ini sahaja mampu menghilangkan sedikit tekanan perasaan yang dihadapi saat ini.

kalau ikutkan hatinya, dia nak sangat bercerai dengan Ifran meski pun cintanya ada pada lelaki itu, namun dia tidak boleh buat begitu. Dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk menyerahkan hal cerai itu kepada Ifran. Dia mahu Ifran membalas dendam sepuasnya terhadap dirinya atas kesalahan yang sudah dilakukan pada bekas kawan baiknya itu. sekurang-kurangnya, dengan cara itu hilang sedikit rasa bersalah yang menjerut dilehernya selama ini.

“ pulak dah... jadi korang dah boleh berkawan balik macam dululah? Dah alang-alang berbaik tu kenapa korang tak selamatkan sekali perkahwinan korang berdua? Sampai bila nak hidup macam orang asing sedangkan korang dah boleh terima antara satu sama lain?” Luah Zizie kurang mengerti. Kadang-kadang pelik juga dia melihat hubungan Ifran dan Umairah, konon tidak cinta antara satu sama lain namun tetap berjaya menjaga perkahwinan mereka hampir 2 tahun lamanya. Orang lain yang berkahwin atas dasar cinta pon boleh bercerai dalam tempoh tiga bulan perkahwinan tapi lain pulak ceritanya Ifran dan Umairah. Entah apa yang mereka mencari dalam perkahwinan pun Zizie tidak mengerti, apa yang pasti dia tahu Umairah berkahwin dengan Ifran atas alasan tertentu dan bukanlah kerana cinta.

“ tak mudah nak buat semua tu Zie... Ifran masih sayangkan Tikah dan hubungan diorang masih utuh macam dulu. Macam mana aku nak selamat perkahwinan kami kalau hati dia pon tak ada pada aku? Actually aku dan dia ni memang tak akan lama. Aku hanya tunggu dia ceraikan aku, itu jer.” Jelas Umairah agar Zizie lebih mengerti masalah rumah tangganya saat ini. namun jauh disudut hatinya cukup perit memikirkan dirinya bakal diceraikan oleh Ifran tak lama lagi. dia sayangkan Ifran, memang perasaan itu sudah tidak boleh disangkal lagi.

Zizie mengeluh kecil, tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan nasib Umairah. Namun salah Umairah juga yang sanggup pertaruhkan kebahagian sendiri demi niat tertentu. Dia harap sangat dengan apa yang sudah terjadi saat ini mampu memberi pengajaran yang baik buat temannya ini.

“ maafkan aku Mai kalau soalan aku ni mungkin akan buat kau kecil hati... tapi aku nak tanya jugak. Sebenarnya, kenapa kau tergamak pisahkan Tikah dan Ifran dan akhirnya berkahwin dengan Ifran sedangkan kau tak cintakan dia. Ifran pulak cintakan Tikah. Apa yang kau nak buat sebenarnya dengan perkahwinan korang ni?” setelah berdiam untuk beberapa detik, Zizie kemudiannya mengeluarkan persoalan yang sudah lama berlegar dimindanya.

Dari dulu hingga sekarang dia belum temui jawapan bagi segala tindakan drastik Umairah kira-kira 2 tahun yang lalu. Seingatnya dulu, Umairah adalah kawan baik kepada Ifran dan Atikah dan dia sangat tidak sangka Umairah sanggup menikam kawan baiknya sendiri. Tetapi dia yakin, semua ini bersebab. Umairah yang dikenali bukan orang yang suka menyakiti hati orang lain. Pasti segala perbuatan wanita itu ada tujuannya. Umairah pandang wajah Zizie yang penuh tanda tanya lama. Sedikit sebanyak persoalan Zizie membuatkan dia teringatkan kenangan lalu, kenangan yang membuatkan dia bertekad untuk sakitkan hati Atikah!

“ kau tahukan hubungan sebenar antara aku dan Tikah?” soal Umairah sebagai jawapan kepada pertanyaan daripada Zizie. Wajah Zizie yang kelihatan berkerut itu mengangguk kepala laju.

“ yup! Dia kakak tiri kau kan... adakah kau buat semua ni sebab dia kakak tiri kau? Kau nak sakitkan hati dia sebab masuk dalam keluarga kau? Macam tu?” bertubi-tubi soalan muncul daripada mulut Zizie. Semua ini andaian yang sudah lama dibuat sebelum ini. namun dia yakin, mustahil dengan hanya alasan kecil sebegitu membuatkan Umairah tekad merampas Ifran daripada Atikah. apa salah yang Atikah sudah lakukan dengan menjadi kakak tiri Umairah? Umairah angguk kepala perlahan. Mengiakan segala tekaan rambang Zizie.

“ Mai... kenapa kau mesti sakitkan hati Tikah sedangkan apa yang berlaku bukan salah dia? Yang kahwin dengan ayah kau ialah mak Atikah. yang merampas abah kau dari ibu kau adalah mak Atikah. bukan Atikah! kenapa kau mesti kenakan Tikah sedangkan dia langsung tak buat salah apa-apa pada kau?”

“ Zie... semua tu tak semudah yang kau cakap... memanglah semua tu kerja mak tiri aku tapi siapa yang menyokong perbuatan dia? Tikah kan? Kau tahu tak apa yang terjadi pada ibu aku bila dapat tahu ayah aku nak kahwin lain? Ibu aku jatuh sakit, demam sampai berminggu-minggu sebab kecewa dengan ayah aku. Aku pernah nampak ibu aku menangis masa berdoa dimalam perkahwinan ayah aku. Bertapa sakitnya hati aku tengok ibu aku dibuat macam tu oleh ayah aku dan Tikah sekeluarga. Tapi diorang tenang siap bergembira lagi.

Langsung tak sensitif apa yang berlaku atas ibu aku. Diorang langsung tak minta maaf dengan apa yang berlaku. Apa yang diorang fikir kebahagian keluarga diorang jer. Perasaan ibu aku langsung diorang tak ambil peduli. Bukan tu jer... ayah aku, lepas kahwin dengan mak tiri aku tak habis-habis manjakan Tikah. Semua yang Tikah buat betul, semua yang Tikah cakap betul, apa yang Tikah nak dibagi tanpa pertikaian apa-apa. Siap selalu banding-bandingkan aku dengan Tikah lagi, kononnya Tikah bagus aku ni tak berapa nak bagus. Kau ingat senang ke aku nak terima semua tu. Padahal ayah tu ayah kandung aku, tapi selalu lebih-lebihkan Tikah daripada aku.

Sampaikan satu kejadian tu aku dan Tikah keluar pergi kedai naik motor dan berlaku kemalangan kecil. Kau tahu apa yang berlaku lepas tu? Ayah marah-marah aku, tengking-tengking aku sebab memandai bawa Tikah keluar sampai anak tiri kesayangan dia tu luka-luka. Padahal masa tu aku yang paling teruk cedera. Ayah tak tanya langsung aku okey ke tidak luka aku, nak harap tolong bersihkan luka aku jauh sekali. Kalau bukan kerana anak tirinya kesayangannya yang merengek ajak aku keluar memang tak la aku bawak motor tu. Tikah tu pulak tak ada pon nak cakap dekat ayah aku yang dia paksa aku bawa motor tu, bila ayah aku mengamuk dia diam jer, macam semua tu betul-betul salah aku. Aku sedih, aku kecewa sangat... selepas Tikah masuk keluarga aku, keluarga aku dah tak bahagia macam dulu dah. Kasih sayang ayah dah berkurang pada kami. Ayah selalu lebihkan keluarga Tikah. Tak adil! Kau boleh bayang tak perasaan aku masa tu macam mana?”

Luah Umairah panjang lebar. Air matanya laju membasahi pipi mengenangkan kenangan pahit yang dilalui hampir 3 tahun yang lalu. Selama ini dia tidak pernah cerita kepada sesiapa pon memori yang menyakitkan hati itu. namun kali ini dia sudah tidak dapat bertahan lagi, dia perlukan peneman untuk luahkan segala rasa perit dan geram yang merantai hatinya. Mengingatkan semua tragedi itu buat perasaan benci dan dendamnya semakin melimpah ruah terhadap Atikah. Semuanya salah Atikah! dia dan maknya memang dasar perampas. Tak cukup Atikah rampas Ifran darinya suatu ketika dahulu, kini emaknya pula rampas ayahnya dari ibu. Bukan itu sahaja, Atikah juga berjaya merampas kasih sayang ayahnya darinya. Manalah dia tak sakit hati. Zizie gamam sejenak mendengar cerita yang dibawa oleh Umairah. Terdetik rasa simpati pada Umairah dengan apa yang menimpa wanita itu. perlahan-lahan Zizie menggosok lembut belakang badan temannya untuk memujuk hati wanita itu. sungguh dia tidak sangka selama ini banyak yang ditanggung oleh Umairah tanpa pengetahuan orang lain.

“ sabar Mai... mungkin ayah kau tak terniat pun nak layan kau, mak kau macam tu. Iyer la manusia, kadang-kadang terlepas pandang banyak perkara. Tapi kau patut sedar, semua yang berlaku tu bukan salah Tikah. Dia tak minta pon untuk buat semua tu pada kau. Aku yakin, dia pon mesti rasa bersalah dengan apa yang menimpa kau. Kau dah berkawan lama dengan Tikah, mesti kau lebih arif tentang sikap dia daripada aku.” Pujuk Zizie lembut. Dia tahu bercakap lebih mudah berbanding melaluinya namun dia percaya semua yang berlaku mungkin hanya kerana salah faham.

“ entah la Zie... aku tak tahu nak cakap apa tapi aku memang dah hilang kepercayaan pada Tikah. Sekali dia tikam aku dari belakang, aku masih boleh terima lagi tapi bila melibatkan keluarga aku... tak mudah aku nak maafkan dia dan mak dia. Aku benci dia sebab dia dan mak dia dah sakitkan hati ibu aku, dah rampas kebahagiaan keluarga aku. Memang patut aku rampas Ifran daripada dia, biar dia rasa macam mana sakitnya hati apabila orang disayang dirampas.” Tutur Umairah dengan perasaan dendam yang masih berbaur. Zizie merengus perlahan, dia sedar tak mudah untuk menyedarkan Umairah yang jelas sudah patah hati dengan Atikah. atau sebenarnya masih ada cerita lain yang dia tidak tahu dirahsiakan oleh Umairah.

“ tapi lepas kau rampas Ifran pon apa yang kau dapat Mai? Kau dapat sakit hati jer kan... Tikah dan Ifran tak pernah berpisah, yang menderitanya kau sorang.” Sela Zizie buat Umairah tersentap. Ye, dia sedar apa yang dibuat suatu ketika dahulu hanyalah kerja gila yang langsung tidak mendatangkan untung padanya. dia tahu semua itu, tak perlu Zizie ingatkan padanya kenyataan yang dia sudah tahu. Umairah diam, sedikit berkecil hati dengan kata-kata pedas Zizie meski pun itulah kenyataannya.

“ aku cakap macam tu bukan sebab nak sakitkan hati kau Mai... Cuma aku nak kau sedar yang berdendam bukanlah satu cara yang terbaik untuk selesaikan masalah. Kau tengok jer la sekarang ni macam mana, elok-elok hidup kau tak ada masalah sekarang tambah masalah baru.” Sambung Zizie sambil menggenggam lembut jemari Umairah. Riak keruh diwajah Umairah berubah perlahan-lahan. Wanita itu angkat wajah lalu memanahkan pandangan kearah Zizie yang merenung wajahnya dengan penuh pengertian.

“ aku tahu semua tu Zie... aku sedar kesilapan aku yang terlalu berdendam. Salah aku yang terlalu ikutkan perasaan marah terhadap Tikah.” Akur Umairah jujur. Dia memang sudah sekian lama sedar bahawa tindakannya dalam mengenakan Atikah adalah satu percaturan yang salah.

“ bagus la tu kau sedar Mai... aku harap kau dengan Tikah pon boleh berbaik suatu hari nanti.” Umairah diam sahaja. Langsung tak membalas kata-kata akhir Zizie yang kedengaran cukup ikhlas dipendengarannya. Dia tahu, Zizie hanya mengharapkan yang terbaik padanya dan Atikah, Cuma dia yang masih lagi keras hati. Bukan dia tidak pernah cuba untuk memaafkan kesalahan Atikah namun mengingatkan ibunya terus rasa sakit hati terhadap Atikah dan emaknya menjelma kembali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.085094 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list