CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 22-10-2014 09:29 AM | Show all posts
Umairah dan Zizie terus berborak kosong, berkongsi kisah kehidupan mereka setelah lebih setahun berpisah. Masing-masing menceritakan kisah terkini.

“ ooo kau dengan Haikal masih berhubung la... cis Haikal ni, dengan aku langsung tak contact, tapi dengan kau bukan main lagi mamat tu.” Cetus Zizie apabila Umairah mengungkit nama Haikal dalam perbualan mereka. Umairah tahan gelak yang hampir meletup, kelakar melihat reaksi Zizie yang jelas sakit hati dengan Haikal.

“ ish kau ni... yang kau pergi tukar nombor telefon tak cakap dengan dia tu kenapa... memang la korang lost contact.” Tempelak Umairah selamba. Zizie tersengih kerang, mengakui kata-kata Umairah.

“ aku add dia dekat facebook tapi mamat tu sombong, tak nak approve pon aku.”

“entah-entah dia tak aktif facebook kot...”

“ye la tu... nanti kalau kau jumpa dia kirim salam banyak sikit dekat mamat tu dari aku.” Tingkah Zizie kemudiannya. Umairah sekadar mengangguk, bersetuju dengan permintaan Zizie.

“ ku relakan jiwa untuk menjadi....” deringan telefon yang berkumandang dari beg tangan Umairah mengejutkan Umairah dan Zizie yang enak bersantai. Terus sahaja Umairah menyelongkar beg tangannya untuk mencapai telefon bimbit itu. kelihatan sepotong nama Ifran terpapar didada telefon buat dahi Umairah mengukir kerutan nipis.

“ siapa telefon kau?” soal Zizie ingin tahu. Riak wajah Umairah yang jelas teragak-agak mendatangkan tanda tanya dihatinya.

“ Ifran.” Balas Umairah ringkas. Tanpa buang masa cepat-cepat Umairah menjawab panggilan suaminya sebelum panggilan itu terhenti.

“ hello assalamualaikum...” sapa Umairah lembut. Menanti Ifran membalas salamnya dan menyatakan hajat yang dikehendaki lelaki itu.

“waalaikummusalam... kau dekat mana ni? Tak ada pon dekat rumah?” soal Ifran perlahan. Seingatnya, Umairah tiada meminta kebenarannya untuk ke mana-mana.

“ aku dekat luar ni... jumpa Zizie. Kenapa?”

“laa... keluar tak cakap pon. Kan aku dah pesan kalau nak keluar minta izin aku dulu.” Suara Ifran sedikit meninggi. Kurang senang dengan sikap Umairah yang masih lagi tidak berubah, sedangkan dia sudah berpesan banyak kali pada wanita itu untuk meminta keizinan darinya jika hendak kemana-mana. Umairah dihujung talian mengeluh. Dia sebenarnya terlupa untuk meminta kebenaran daripada Ifran namun dia tetap merasakan dirinya tidak bersalah kerana dia keluar bertemu dengan perempuan. Bukan lelaki lain.

“ sorry la If... tapi aku keluar dengan Zizie jer pon. Bukan dengan orang lain.” Umairah merendahkan nada suaranya, cuba menarik simpati dan pengertian Ifran kepadanya. Ifran merengus perlahan, cair pulak hatinya dengan suara Umairah yang bertukar sendu.

“ ye la- ye la... kau betul dengan Zizie jer? Haikal ada sekali tak?” Umairah geleng kepala laju-laju. Menolak tekaan rambang Ifran.

“ tak... aku dengan Zizie jer. Haikal tak ada. Er If, kau makan dekat luar ek hari ni. Aku dah makan dengan Zizie.” Tambah Umairah. Risau juga sekiranya Ifran menunggunya pulang tanpa makan terlebih dahulu sedangkan memang dia sudah makan diluar bersama Zizie.

“ Mai... kau balik la awal sikit masak untuk aku. Aku tak larat nak keluar cari makanan. Badan macam tak sihat jer.” Tipu Ifran dihujung talian. Sengaja dia mahu mengenakan Umairah lagi pun dia tahu kalau tidak berlakon begitu pasti Umairah akan leka berbual dengan teman baiknya sekali gus melupakan kewujudannya dirumah. Umairah terkedu sekejap. Perasaannya jadi risau dan serba salah.

“ kau tak sihat ke? Dah pergi klinik?” tanya Umairah pantas. Terpamer riak resah gelisah mengenangkan kesihatan Ifran.

“nak drive pon tak larat, macam mana nak pergi klinik.” Jawab Ifran selamba, dalam diam dia gembira mendengar suara Umairah yang jelas kerisauan. Sayang juga Umairah padanya.

“ ala kesiannya... kejap kau tunggu aku balik. Aku balik rumah sekarang. Nanti kita pergi klinik.” Putus Umairah seterusnya memutuskan talian. Ifran dihujung talian sana tersenyum puas, gembira dengan janji Umairah. Pandai juga dia berlakon, berjaya buat Umairah cepat-cepat pulang. Umairah terkocoh-kocoh menyimpan segala barangan miliknya, dia mahu segera pulang untuk menemui Ifran yang dilaporkan tidak sihat.

“ kau nak kemana kelam kabut sangat ni?” soal Zizie. Aneh! Itu sahaja bermain dimindanya saat ini.

“ Sorry Zie... aku kena balik sekarang. Ifran tak sihat... next time kita keluar sama-sama lagi ek. Bye bye...” minta Umairah dengan badan yang sudah berdiri. Tanpa buang masa dia segera ke keretanya untuk memecut pulang bertemu Ifran. Harap-harap demam Ifran tidaklah seteruk yang dibayangkan. Zizie yang menghantar pemergian Umairah hanya mampu tersenyum nipis.

“ hai Mai... cakap tak cinta tapi risau mengalahkan orang bercinta. Agaknya sebab ni la diorang tak bercerai-cerai sampai sekarang. Semoga korang terus bahagia la.” Bisik Zizie dalam hati. Melalui pemerhatiannya terhadap perbualan Umairah dan Ifran sebentar tadi, dia dapat rasakan ada ‘sesuatu’ dalam hubungan mereka. Mungkin ‘sesuatu’ ini jugalah yang akan mengekalkan kebahagian mereka suatu hari nanti. Zizie tak kisah sama ada Umairah bercerai atau tidak dengan suaminya, tetapi apa yang diharapkan adalah wanita itu akan terus bahagia dengan jalan-jalan yang bakal dipilihnya dimasa akan datang. Itulah doanya buat teman baiknya itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2014 09:29 AM | Show all posts
Umairah terkocoh-kocoh menghampiri daun pintu rumah milik Ifran yang kelihatan tertutup rapat. Pintu itu dibuka dan ditolak dengan rasa tidak sabar. Wajah Ifran dicari disegenap rumahnya sebelum dia bergegas masuk ke bilik jejaka itu untuk melihat keadaan suaminya yang dikatakan tidak sihat. Baru sahaja Umairah menolak daun pintu bilik Ifran, terpancul wajah lelaki itu yang sedang leka mengadap laptop. Umairah tidak tunggu lama, cepat-cepat dia mara kearah Ifran lalu diraba dahi jejaka itu.

“ kau okey tak?” soal Umairah sambil meletakkan tapak tangannya pada dahi Ifran. Wajah Ifran yang kelihatan tersentak itu dipandang dengan rasa risau yang menggunung. Namun begitu, perasaan risaunya bertukar menjadi tanda tanya apabila dahi Ifran yang disentuh langsung tidak panas dan riak wajah Ifran yang kelihatan tenang tidak seperti menanggung bebanan kesakitan.

“ kau dah balik... cepatnya!” tutur Ifran dengan wajah selamba tanpa rasa bersalah. Wajah gelisah Umairah dipandang dengan senyuman nipis, sedikit terusik melihat reaksi wanita itu.

“ sebenarnya kau demam ke tidak?” soalan dari Ifran berganti soalan. Wajah Ifran dihadapannya ditatap lama, namun jauh disudut hatinya yakin Ifran tidak demam seperti yang dikhabarkan. Timbul rasa geram dari sudut hati Umairah.

“tak demam pon... aku tipu kau jer tadi.” Tingkah Ifran tanpa perasaan. Umairah terkedu seketika, tanpa rasa bersalah Ifran mengakui pembohongannya. Ini sudah melampau.

“ kau tipu? Kau tahu tak betapa aku risau bila dengar kau sakit tadi. Aku bawak kereta macam nak terbang sebab kalut nak jumpa kau, ini yang kau balas?” bentak Umairah dengan mata yang mencerlung marah kearah Ifran. Sampai hati Ifran mainkan perasaannya, apa Ifran fikir dia robot yang tiada perasaan? Ifran telan liur, wajah berang Umairah ditatap lama. Timbul rasa bersalah dalam hatinya kerana buat Umairah terlebih risau.

“ aku tak sangka kau akan risaukan aku  sampai macam tu... aku buat macam ni sebab nak kau balik lebih awal jer.” Jawab Ifran lambat-lambat. Wajah Umairah yang masih tegang dipandang dengan rasa bersalah yang amat, tak sangka Umairah begitu risaukannya. Dia ingatkan Umairah jenis tak ada hati perasaan, tak peduli dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Umairah ketap bibir geram. Jawapan bodoh Ifran ditelan sahaja.

“ sia-sia je aku risaukan kau.” Jerkah Umairah sambil menolak keras tubuh Ifran yang berdiri disebelahnya. Tanpa buang masa dia terus keluar dari bilik jejaka itu dan ke biliknya. Daun pintu biliknya ditutup kuat menunjukkan rasa geram yang sudah tak terbelah bagi. Ifran yang masih tegak berdiri hanya mampu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening kepalanya memikirkan cara untuk memujuk Umairah yang jelas merajuk dengan sikapnya. Sudahlah selama ini Umairah tak pernah merajuk! Salahnya juga yang suka sangat menduga perasaan Umairah, kan dah mendapat tulahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 09:33 AM | Show all posts
Ifran berdiri tegak dihadapan pintu bilik Umairah, sekejap dia kekanan, sekejap dia kekiri, mencari idea yang paling bernas untuk memujuk hati Umairah yang panas dengan sikapnya. Ifran angkat tangan yang sudah siap dikepal menghampiri daun pintu bilik isterinya, berhajat untuk mengetuk pintu tersebut. Namun tak sampai beberapa detik tangannya itu ditarik kembali membantutkan hajat yang tersimpan.

“ ish nak cakap macam mana yer? Nak kena minta maaf ke?” desis hati Ifran berteka-teki. Sebenarnya dia malu untuk memohon kemaafan daripada Umairah meskipun dia sedar apa yang berlaku saat ini adalah kesilapannya. Tak patut dia menguji perasaan Umairah sebegitu rupa. Ifran angkat tangannya sekali lagi, bertekad untuk mengetuk pintu bilik Umairah untuk menemui wanita itu. belum pun daun pintu itu sempat diketuk, pintu itu sudah pun dibuka dari dalam.

Terjengul wajah masam mencuka Umairah yang terperanjat melihatnya dihadapan bilik. Ifran melemparkan senyuman nipis, tersengih-sengih untuk menarik perhatian Umairah yang kini sudah terpacak dihadapannya. Umairah buat-buat tidak nampak dengan kewujudan Ifran. Langkahnya terus diatur ke dapur untuk mendapatkan segelas air kosong untuk menghilangkan rasa dahaga yang bertandang. Ifran cepat-cepat mengekori langkah pantas Umairah yang jelas memulaukannya saat ini. melihat Umairah mendapatkan gelas kosong, cepat-cepat Ifran capai jug berisi air kosong lalu dituang kedalam gelas wanita itu. Umairah tarik muka, diteguk sahaja minuman yang dituang Ifran tanpa sebarang kata. Sesudah membasahkan tekak, Umairah mara kembali ke biliknya. Tak kuasa dia mahu melayan Ifran yang masih lagi mengekori gerak gerinya.

“ Mai... tunggulah kejap.” Sapa Ifran apabila melihat tingkah Umairah yang langsung tidak mempedulikannya. Umairah seperti biasa buat tidak dengar sahaja malah langkahnya makin laju diatur ke bilik. Selagi rasa sakit hati masih ada didalam hatinya, selagi itulah dia tak akan melayan cakap-cakap Ifran padanya.

“ Mai...” jerit Ifran lagi sambil menarik perlahan lengan Umairah untuk menghentikan langkah wanita itu. Langkah pantas Umairah terhenti namun dia langsung tidak memandang kearah Ifran yang kini sudah tegak berdiri dihadapannya. Dia lebih rela membuang pandang kearah lain daripada mencemarkan mata dengan melihat wajah Ifran.

“ Mai janganlah macam ni. Aku minta maaf pasal tadi tu. Aku tak ada niat pon nak buat kau risau dan aku tak sangka pun kau akan risaukan aku sampai macam tu sekali. Iyelah ingatkan kau tak sayangkan aku.” Tutur Ifran dengan mata yang tepat memandang kearah Umairah yang hanya mencebikkan bibirnya. Kedua belah tangannya mencengkam erat kedua belah bahu Umairah agar wanita itu turut menatap wajahnya. Umairah jeling geram wajah Ifran dihadapannya, tangan jejaka itu ditolak dengan kasar.

“kau tak payah nak perasan. Masa bila pulak aku sayangkan kau.” Tingkah Umairah dengan suara yang mula meninggi. Makin sakit hatinya apabila Ifran memandai-mandai membuat kesimpulan tentang hati perasaannya. Buat dia makin malu sahaja dengan kata-kata Ifran itu.

“ kalau kau tak sayangkan aku takkanlah kau risaukan aku sampai macam tu sekali...” balas Ifran selamba. Terjungkit senyuman nipis diwajahnya dengan bicara sendiri. Umairah tahan perasaan, geram dan malu makin bercampur aduk didalam pelipat hatinya. Wajah Ifran yang tersengih-sengih bak kerang busuk itu ditatap dengan mata yang terjengil.

“ aku risaukan kau atas dasar kemanusiaan. Dah kita tinggal sekali mestilah aku kena ambil tahu pasal kau. Karang kalau ada apa-apa yang terjadi pada kau, aku nak jawab apa pada mak dan abah?” tempelak Umairah agar Ifran tidak salah mengerti dengan sikapnya yang jelas cukup terkesan dengan kesihatan lelaki itu. Ifran senyum lebar dengan alasan yang diberikan Umairah, bukan tidak kenal dengan sikap Umairah yang ego tak bertempat. Malulah tu nak mengaku perasaan sendiri.

“okey... okey... okey. Aku tahu kau risaukan aku atas dasar kemanusiaan bukan kerana rasa sayang seorang isteri terhadap suaminya. Jadi aku minta maaf sebab tipu kau tadi. Aku janji takkan main-main lagi pasal ni lepas ini.” Janji Ifran sambil jemarinya diangkat separas bahu seakan bersumpah. Umairah mengerling perbuatan Ifran menggunakan ekor mata sahaja. Sedikit sebanyak hatinya terpujuk dengan pujukan Ifran. Sekurang-kurangnya Ifran ambil kisah juga tentang perasaannya.

“ Mai... tolonglah cakap yang kau dah maafkan aku.” Minta Ifran lembut sekaligus mengejutkan Umairah dalam menungan pendek. Wajah penuh mengharap Ifran dipandang lama. Terasa tangannya digenggang erat oleh jemari Ifran.

“ mungkin istillah lepas ni dah tak ada... kita belum tentu bergelar suami isteri dimasa akan datang.” Sela Umairah dengan nada yang rendah namun cukup untuk didengari oleh Ifran yang kelihatan terkedu dengan jawapannya. Ifran menghela nafas panjang, sedikit sebanyak kurang senang timbul dalam hatinya dengan kata-kata Umairah.

“ right now you are my wife. Lets not talk about future yet!” tegur Ifran tegas. Tidak suka dengan bicara akhir Umairah.

“ tapi itulah kenyataannya kan...” luah Umairah dengan mata yang memandang tepat kedalam anak mata Ifran. walaupun kata-kata itu sukar untuk diluahkan tapi dia terpaksa menghadapi kenyataan itu, sampai bila dia mahu hidup dalam angan-angan sendiri. Dia dan Ifran memang tak akan lama kerana suatu hari nanti Ifran pasti akan memilih Atikah, bukan dia! Sebaik mana pun hubungan dia dan Ifran masa ini, dia yakin Ifran tetap akan tinggalkannya suatu hari nanti.

Ifran telan liur yang terasa kesat dikerongkong, wajah Umairah yang kelihatan tenang dengan bicara berbisanya ditatap dalam-dalam. Tanpa buang masa, Ifran tarik kuat jemari Umairah yang sudah dalam genggamannya lalu tubuh kecil itu dipeluk erat. Mendengar kata-kata Umairah sebentar tadi cukup untuk buat perasaannya jadi tak menentu. Dia jadi serba tidak kena, rasa sedih dan terkilan mula memenuhi segenap perasaannya. Pendek kata, bicara Umairah itu bagaikan belati tajam menikam jantungnya.

“ please! Don’t talk about that. Buat masa ni tolong maafkan aku sebab mainkan perasaan kau. Aku janji tak akan ulang lagi semua tu.” Bisik Ifran perlahan. Umairah ketap bibirnya perlahan, tingkah laku Ifran yang cukup drastik buat perasaannya tersentuh. Ada air mata mula bertakung ditubir matanya lalu perlahan-lahan jatuh membasahi pipi. Umairah hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia tidak berdaya untuk melontarkan sebarang kata memandangkan perasaan sebak sudah merantai disekeliling hatinya. Untuk kali ini biarlah isu perkahwinannya dibiarkan tergantung sahaja kerana dia yakin dan pasti suatu hari nanti isu ini pasti berbangkit kembali. Dan masa itu tiada lagi istilah suami isteri antaranya dan Ifran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Atikah pe citer pulak..  Msh dengan ifran ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh cegitu merempit nak habis baca.....best3...nanti sambung lg yer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 08:40 PM | Show all posts
poyohabis posted on 22-10-2014 03:07 PM
Atikah pe citer pulak..  Msh dengan ifran ke

mohon poyohabis smbg bce sampai habis
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2014 08:42 PM | Show all posts
cegitu posted on 22-10-2014 09:22 PM
Jenuh cegitu merempit nak habis baca.....best3...nanti sambung lg yer?

tq cegitu sebab sudi singgah rumah sendu sedan sakura... sakura sambung kjap g.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 08:46 PM | Show all posts
Umairah mengaturkan langkah menghampiri Myvi putih miliknya. Sempat matanya memandang sekali imbas jam tangan yang melilit kemas pada pergelangan tangan. Lagi 10 minit jam 3.30 petang. Dia segera memasukkan segala barangan yang dibawa kedalam kereta setelah alat kawalan jauh ditekan.

“assalamualaikum...” sapaan satu suara buat Umairah terperanjat. Nyaris jantungnya tercabut dek teguran bersalam itu. Perlahan-lahan dadanya yang ditutupi tudung diurut seraya memanahkan pandangan pada wajah yang duduk disebelahnya saat ini.

“waalaikummulssalam... Haikal, awak buat apa dekat sini?” soal Umairah dengan rasa aneh dengan kehadiran Haikal didepannya kini. Raut wajah tenang Haikal dipandang lama.

“saya datang cari awaklah... Rindu nak tatap wajah kekasih hati saya yang sorang ni.” Akur Haikal tanpa riak bersalah. Cukup selamba menuturkan rasa hatinya tanpa  berselindung. Kata-kata tenang dari Haikal disambut dengan riak kurang senang diwajah Umairah. Terjengil matanya membalas pandang wajah Haikal disisi.

“Haikal... jangan nak bergurau macam tu la... tak elok kalau orang lain dengar.” Marah Umairah kurang senang. Sedaya mungkin hatinya mengambil bicara Haikal sekadar mainan kata yang tiada makna istimewa. Haikal tersengih kecil, langsung tidak terusik dengan amarah Umairah. Sudah selalu sangat dirinya dikecam Umairah apabila dia menuturkan perasaan cintanya. Dia sudah lali dengan semua itu.

“siapa cakap saya bergurau... I’m serious Mai... saya tak pernah main-main dalam soal cinta.”

“sudahlah tu Haikal... saya ni isteri orang. Hormatlah sikit status saya ni.”

“alah... status isteri tu bila-bila jer boleh bertukarkan... tak gitu Mai?”

“Haikal... kalau awak datang sini semata-mata nak cari gaduh dengan saya baik tak payah datang. Saya bosanlah asyik bertekak perkara yang sama jer dengan awak.” Makin meninggi intonasi suara Umairah. Geram sungguh hatinya dengan sikap Haikal yang tidak pernah berubah. Tidak serik-serik bercakap perkara mengarut dengannya. Wajahnya sudah berubah menjadi kelat.

“ i’m sorry... jom keluar makan. Saya belum makan tengahari lagi hari ni.” Ajak Haikal seterusnya mengubah topik perbualan. Kali ni nadanya penuh berharap. Dia kepingin untuk meluangkan masa bersama-sama Umairah. Wajah wanita ini sering sahaja dirinduinya tidak kira masa.

“keluar makan? Saya dah makanlah Haikal. Lain kali jer la ek...” tolak Umairah perlahan. Ahh alasan sahaja semua tu. Dia sebenarnya kurang senang untuk keluar berdua dengan Haikal lagi-lagi apabila mengingatkan amaran Ifran padanya sebelum ini. Lagi pun, rasanya tidak elok pula dia selalu sangat keluar berdua bersama Haikal. Dia sedar status yang disandang saat ini. Walaupun hubungannya dengan Ifran tidak pernah baik, itu tak menjadi tiket untuk dia buat perkara sesuka hati.

“ala... jom la Mai... awak temankan saya pon jadilah. Dari jauh saya datang ke sekolah awak semata-mata nak makan dengan awak. Please...” Rengek Haikal dengan penuh harapan. Matanya sengaja disayukan untuk meraih simpati Umairah yang sedang merenung wajahnya. Umairah mengeluh lemah. Serba salah untuk menolak ajakkan Haikal. Kesian tu memanglah kesian tapi amaran dari Ifran perlu diingati juga. Silap hari bulan Ifran tahu dia keluar dengan Haikal tak ke nahas!

“ tak bolehlah Haikal...”

“kenapa pulak tak boleh?” potong Haikal pantas tanpa sempat Umairah menghabiskan barisan ayatnya.

“kan saya dah cakap saya dah kenyang....  lagi pun dah selalu sangat kita keluar berdua. Tak elok pulak rasanya.”

“apa pula yang selalunya? Jom la Mai temankan saya. Awak tak nak makan pun tak pe. Minum jer la. Janji awak temankan saya makan. Boleh la...”

“tak boleh... kan ke kita dah keluar makan sekali minggu lepas. Tak eloklah Haikal kita selalu sangat keluar berdua. Saya ni isteri orang, bukannya bujang. Karang tak pasal-pasal timbul fitnah pula pasal kita berdua.” Tolak Umairah dengan nada yang lebih tegas. Wajah Haikal dipandang dalam-dalam agar jejaka itu mengerti yang dirinya serius dengan bicaranya saat ini. Haikal merengus keras. Bosan dengan alasan demi alasan yang diluahkan Umairah.

“ bila masa pulak kita keluar berdua minggu lepas? Bukan ke awak bawak suami awak sekali hari tu?” sela Haikal sinis. Terus ingatannya terimbau peristiwa dihari jadinya yang diraikan bersama Ifran yang tidak dijemput. Sungguh dia benci dan menyampah dengan kehadiran suami wanita kesayangannya itu. Merosakkan hari bahagianya sahaja. Umairah diam sejenak. Memikirkan ajakkan Haikal dan mencari idea untuk menolak ajakkan lelaki itu dengan baik.

“ maafkan saya yer Haikal... saya betul-betul tak boleh ikut awak makan hari ni. Lain kalilah yer...”

“lain kali tu bila? Jangan pandai sebut lain kali jer... apa yang awak susah sangat nak ikut saya keluar makan. Makan je pun, bukan buat apa-apa pon. Apa awak ingat saya nak bawak lari awak ke?” Sedikit meninggi suara Haikal melempiaskan rasa hangat yang kian bercambah didalam hati. Kenapa Umairah sering bersikap dingin dengannya? Kenapa Umairah tidak pernah bagi dirinya peluang untuk menyentuh hatinya? Apa lebihnya Ifran dimata Umairah dan apa kurangnya dia? Kenapa Umairah mampu bertahan dengan Ifran yang jelas sukakan wanita lain tetapi tidak penah baginya peluang yang jelas amat mencintai dia? Umairah hanya diam. Sedikit sebanyak dia terasa bersalah kerana menolak ajakkan temannya namun pesanan Ifran tidak mungkin dilanggar begitu sahaja. Lagi pun dia tak nak terus menerus melayan Haikal yang dapat dirasakan masih mencintai dia. Dia tak nak Haikal salah faham dengan sikapnya yang hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan sahaja. Tidak lebih daripada itu!

“ kalau awak tak sudi tak apalah... nak buat macam manakan... takkan saya nak culik awak hanya sebab nak awak teman saya keluar makan. Saya balik dululah Mai. Assalamualaikum.” Minta Haikal seterusnya melangkah pergi meninggalkan Umairah tanpa sempat Umairah menjawab salam yang diutarakan. Hatinya cukup berkecil dengan sikap Umairah yang terlalu jual mahal. Umairah tergamam seketika melihat rajukan Haikal yang benar-benar mengundang rasa gelisah dihatinya. Dia sayangkan Haikal atas dasar persahabatan dan dia sebolehnya tak nak kerana perkara remeh temeh sebegini merosakkan tali persahabatan mereka berdua. Umairah berfikir sejenak. Menimbang baik buruk keputusan yang patut dibuat. Dari jauh dia lihat Haikal sudah mula membuka pintu keretanya untuk meninggalkan kawasan sekolah.

“ Haikal...” Jerit Umairah sambil berlari anak. Badan Haikal yang tinggi lampai itu dihampiri.

“awak tunggu saya sekejap... saya nak buat panggilan telefon.” Pinta Umairah setelah dirinya tiba dihadapan Haikal. Raut wajah Haikal yang asalnya kelihatan monyok berubah ceria. Gembira dengan kata-kata Umairah walaupun wanita itu belum pun setuju untuk keluar makan dengannya. Tanpa tunggu lama Umairah menjauh dari Haikal untuk menelefon Ifran. Dia sekadar mahu meminta kebenaran daripada suaminya, kalau lelaki itu izinkan dia akan terima ajakkan Haikal. Umairah mendengus kasar! Masuk tiga kali panggilan dibuat namun satu pun tak berangkat. Dia putus asa akhirnya.

‘aku beritahu dia balik nanti jer la...’ desis Umairah dalam hati. Telefon tangan yang dipegang disumbat kembali dalam beg tangan. Terkedek-kedek dia menghampiri Haikal yang masih setia menunggunya.

“ jom la... tapi saya tak boleh lama sangat, banyak lagi kerja tak siap dekat rumah.” Putus Umairah akhirnya. Jawapan Umairah walaupun bersyarat tetap menggembirakan hati Haikal. Sekurang-kurangnya dia dapat bersama Umairah untuk seketika daripada tidak dapat langsung. Itupun sudah cukup baginya. Tanpa melengahkan masa, Umairah dan Haikal sama-sama bergerak keluar ke kedai makan berhampiran menggunakan kenderaan masing-masing.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2014 08:49 PM | Show all posts
Suasana dikedai makan yang terletak berhampiran jalan itu sunyi sepi. Tak ramai orang masuk untuk mencari makanan waktu ini. Haikal tatap wajah Umairah yang kelihatan tenang menyedut jus oren yang masih penuh didalam gelasnya. Melihat wajah redup Umairah seringkali buat jantungnya berdegup kencang namun cukup membahagiakan. Haikal berkira-kira dalam hati, masuk tahun ini merupakan tahun kedua dia mengejar cinta Umairah.

Namun sayang, sedikit pun rasa kasih dan sayang ini tidak dibalas dengan rasa yang sama dari Umairah. Kadangkala terdetik juga dihati Haikal, apa perasaan sebenar Umairah pada Ifran? Selama ini wanita dihadapannya ini sering menggunakan alasan status isteri yang disandang untuk menolak cintanya. Tidak pernah pun Umairah mengakui rasa cintanya terhadap Ifran untuk menolak perasaannya. Cintakah Umairah pada Ifran? Kalau tidak cinta kenapa mereka masih mahu meneruskan perkahwinan yang jelas kelihatan tidak bahagia itu?

Dia sebenarnya tidak sabar untuk melihat perpisahan antara Umairah dan Ifran. Dia bukannya kejam kerana bergembira atas keruntuhan rumah tangga Umairah dan Ifran namun dia tahu penceraian antara mereka mampu membahagiakan kedua-dua belah pihak. Terfikir juga dibenaknya sampai bila dia patut menunggu Umairah untuk membalas perasaan suci murninya ini. Menanti Umairah menyambut cintanya tak ubah seperti menunggu buah yang tak gugur. Semuanya tergantung! Umairah pula tidak pernah menunjukkan minat padanya melebihi seorang rakan.

“ awak ingat tak Zizie kawan kita masa dekat U dulu?” terpancul satu soalan dari mulut Umairah membuatkan segala menungan kosong Haikal musnah sekelip mata. Dia kini kembali ke alam yang nyata, dipandang wajah Umairah sememangnya sedang merenung tepat kewajahnya.

“ mestilah ingat... kenapa dengan dia? Dah nak kahwin ke?” bertubi-tubi soalan meluncur keluar dari Haikal yang kini sudah mula menyuap nasi goreng pesanannya itu.

“ tak adalah... Cuma hari tu saya ada jumpa dia dan dia kirim salam dekat awak. Katanya lama dah tak dengar kisah awak. Dia cakap awak sombong sebab tak approve dia sebagai kawan dekat facebook.” Balas Umairah dengan senyuman meleret. Teringat pula perbualan antaranya dan Zizie tentang Haikal. Gadis itu tak habis-habis mengutuk Haikal kononnya langsung lupa kawan selepas tamat pelajaran. Haikal yang mendengar kata-kata Umairah menyambut bicara itu dengan ketawa kecil. Kelakar memikirkan tentang Zizie yang mungkin salah faham dengannya.

“ laa Zizie ni... saya dah lama tak aktif dekat facebook. Manalah tahu dia add ke tak add saya sebagai kawan. Dia sekarang dekat mana? Teringin pulak nak lepak bersembang dengan dia tu.”

“ Zizie sekarang pon ade jer dekat Seremban ni. Dia kan asal sini. Sekarang dia kerja dekat bank.” Jelas Umairah satu persatu. Haikal menganguk-anggukkan kepalanya. Memahami penerangan serba ringkas daripada Umairah.

“ ooo... kalau macam tu nak tak akan datang kita lepak bertiga. Lama dah saya tak jumpa dia. Rindu pulak dekat minah spek mata tu.” Ajak Haikal secara tidak langsung cuba menagih satu lagi janji temu dengan Umairah. Dia tahu Umairah sukar untuk diajak keluar berdua dengannya tetapi mungkin akan keluar sekiranya terdapat Zizie sebagai peneman. Umairah senyum sahaja. Tidak kisah untuk mengadakan reunion antara mereka bertiga.

“ boleh jer... nanti saya beritahu dia.” Tanpa fikir panjang Umairah menyatakan persetujuan. Rasanya tiada sebab untuk dia menolak rancangan itu sedangkan dia sendiri tidak sabar untuk melepak bersama Haikal dan Zizie. Haikal senyum dalam diam, gembira dengan janji Umairah dan bahagia kerana dia akan ada kesempatan untuk bersama-sama Umairah.

“ awak ada nombor telefon dia ke? Nak!” minta Haikal. Telefon bimbit yang sememangnya diletakkan disisi dicapai. Bersedia untuk menyalin dan menyimpan nombor temannya itu.

“ kejap yer.” Umairah segera mendapatkan beg tangan yang diletakkan dikerusi sebelah. Tangannya dimasukkan kedalam beg itu untuk mendapatkan telefon tangannya. Dia kemudiannya mencari nama Zizie untuk menyerahkan nombor wanita itu kepada Haikal yang sedang menanti. Perbualan mereka terus berlangsung sehingga azan Asar berkumandang. Tidak lama selepas itu Umairah segera meminta diri memikirkan masih banyak lagi tugasannya dirumah belum diselesaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 08:53 PM | Show all posts
Setelah selesai mandi dan solat Asar, Umairah segera masuk kedapur untuk menyiapkan makan malam untuk dia dan Ifran. Sebungkus ayam yang disejuk bekukan dikeluarkan dari peti ais untuk dibuat sup. Manakala beberapa jenis sayur-sayuran hijau mula dipotong untuk digoreng sekejap lagi. Sementara menunggu ais pada ayam itu mencair, Umairah terlebih dahulu tanak nasi dan melakukan kerja-kerja lain yang berkaitan.

“ Assalamualaikum...” satu suara membisik dekat dengan telinga Umairah yang ralit membersihkan ayam. Umairah yang ligat dengan ayam dan pisau sedikit terperanjat. Terjungkit bahunya spontan. Terus matanya memanah pada wajah Ifran yang berada disisi.

“ Ya Allah! Terkejut aku.” Cetus Umairah dengan nada terkesima. Aliran jantungnya berdegup kencang dengan sergahan tak semena-mena daripada Ifran. Umairah kerling Ifran disisi. Jejaka itu kelihatan seksi dengan lengan baju kemeja yang dilipat sehingga ke siku dan butang bajunya yang sedikit terbuka. Buat jantung Umairah semakin laju berlari. Entah kenapa rona wajahnya berubah jadi kemerahan. Segan pula untuk memandang leher dan dada lelaki itu yang agak terdedah.

“ kau masak apa hari ni?” soal Ifran sambil menjeling kearah Umairah yang sibuk membasuh ayam. Diperhatikan gerak geri Umairah yang lincah ketika didapur. Langsung tidak kekok untuk menguruskan segala peralatan yang digunakan. Memang Ifran sedia maklum dengan hobi Umairah yang satu ini. Dari zaman persahabatan mereka lagi dia tahu Umairah gemar memasak dan mencuba masakan baru. Malah tak dinafikan, ibu dan neneknya berkenan dengan Umairah kerana kecekapan wanita itu dalam urusan masak memasak.

“ hari ni aku masak sup ayam, sayur goreng dan telur dadar. Okey?” soalan dari Ifran dibalas soalan jua. Umairah tatap wajah Ifran yang berdiri dekat dengannya. Dia dapat melihat Ifran mengiakan soalannya tanda tidak kisah. Hidungnya terbau haruman yang dipakai lelaki itu yang mampu membuatkan jiwanya bergelora. Dia dapat merasakan seperti terkena renjatan eletrik setiap kali mata jejaka itu menjamah pandangan matanya. Umairah cepat-cepat kawal perasaan sendiri. Tidak mahu Ifran sedar keadaan dirinya yang sedang berperang dengan diri sendiri. Sejak dua menjak ini kehadiran Ifran sering sahaja buat dia serba tidak kena. Lagi-lagi mengenangkan pelukan Ifran beberapa hari yang lalu. Naik segan dia memikirkannya. Dia jadi tak tentu arah setiap kali Ifran ada disisi tetapi apabila lelaki itu menjauh mula dia tercari-cari.

“ auu...” Umairah menjerit tiba-tiba. Darah merah pekat terpancut keluar dari jari telunjuknya dek terkena pisau tanpa disengajakan. Ifran yang baru sahaja mahu meninggalkan gadis itu tersentak. Cepat-cepat langkah diatur menghampiri Umairah kembali. Dia dapat melihat darah merah mula meleleh-leleh mencemari tangan wanita itu. spontan tangannya menarik jemari Umairah lalu disiram air paip. Dibiarkan tangan isterinya itu lebih lama dihujani air agar darah-darah yang mengalir keluar dapat dibersihkan.
“kau picit kuat sikit jari tu... aku masuk dalam kejap.” Arah Ifran sambil melangkah laju kedalam rumah. Dia mencari kotak kecemasan yang sememangnya ada disimpan. Setelah barang dicari telah ditemui, dia segera kearah Umairah yang sedang memcuci jemarinya.

“ dah berhenti belum darah tu”. Soal Ifran setelah meletakkan kotak kecemasan yang dibawa keatas meja makan. Tangan Umairah yang terluka itu dicapai dan dipandang. Dia dapat melihat darah yang tadi deras mengalir kini sudah mula berhenti. Tanpa buang masa, Ifran lekas-lekas tarik Umairah ke meja makan untuk merawat jemari wanita itu. luka yang agak dalam itu disapu ubat sebelum sekeping plaster dibuka dan dibalut pada luka berkenaan. Umairah pandang sahaja tingkah Ifran yang tenang menguruskan lukanya yang tidak seberapa itu. sentuhan dan sikap ambil berat Ifran sedikit sebanyak buat jiwa Umairah melayang lagi, ada rasa bahagia menggamit hatinya sekaligus buat dirinya lupa akan kesakitan dijari.

“ kau berangan apa sampai tangan boleh luka macam ni. Dalam pulak tu lukanya.” Omel Ifran setelah selesai merawat kecederaan kecil yang menimpa Umairah. Tangan wanita itu masih lagi dipegang, tak berniat untuk dilepaskan dalam masa terdekat! Umairah tersedar dari angan-angan kecilnya, wajahnya yang tertunduk memerhati jemarinya dan jemari Ifran yang bertaut erat diangkat untuk membalas pandangan Ifran.

“ mana ada aku berangan... memandai jer kau fitnah aku.” Bidas Umairah perlahan. Sedaya upaya dia menutup kelemahan sendiri yang sememangnya tercedera kerana  berangankan Ifran.  Mana mungkin dia mengaku tuduhan lelaki itu, buat malu ajer! Salah Ifran juga yang seringkali buat dirinya hilang punca semenjak dua menjak ini.

“ ye ke... selama ini elok jer kau masak dekat dapur tak ada pun terluka mana-mana. Hari ni lain pulak jadinya.” Balas Ifran tak nak kalah. Umairah senyum sahaja. Malas melayan bicara Ifran.

“ hmm suka hati kau la nak cakap apa pon If... dah la aku nak sambung masak pulak ni. Karang kau jugak yang kebulur.”tingkah Umairah sambil bingkas bangun dari kerusi. Tangannya yang masih bertaut erat dengan jemari kasar milik Ifran cuba ditarik meminta untuk dilepaskan. Ifran tarik jemari Umairah perlahan, tidak mahu Umairah meninggalkannya.

“ sabarlah kejap...” genggaman erat jemari Ifran berjaya menghentikan langkah Umairah yang baru sahaja berura-ura mahu menyambung kerjanya tertangguh. Dia kembali berdepan dengan Ifran yang sedang merenung ke arahnya.

“ tadi kau telefon aku kenapa? Aku tengah mesyuarat masa kau telefon tu. Tak perasan pon kau telefon tadi.” Soal Ifran tatkala Umairah kembali duduk dihadapannya. Wajah Umairah yang lembut itu dipandang tepat. Sedikit sebanyak dirinya hanyut dengan perasaan sendiri. Rasa bahagia mula merantai jiwanya lagi-lagi apabila jari jemari mereka bertaut antara satu sama lain. Tak dinafikan dua tiga menjak ini perasaan marah mahu pun benci terhadap Umairah seakan tidak lagi wujud dihatinya. Apa yang ada adalah rasa mesra yang kian mekar diantara mereka.

“ aku telefon tadi sebab nak beritahu kau yang aku nak keluar dengan Haikal sekejap...” jawab Umairah lambat-lambat. Hatinya agak gusar untuk menerangkan kebenaran kepada Ifran. Dia sendiri pon tidak faham kenapa perlu takut untuk beritahu perkara sebenar sedangkan dia bukanlah buat perkara yang tidak senonoh. Umairah angkat wajahnya, sedikit  sebanyak rasa takut itu cuba dilawan. Sambil itu, tangannya yang masih lagi dalam genggaman Ifran cuba ditarik, bukan dia tidak suka dapat menyentuh jemari lelaki itu namun dia tidak selesa. Rasanya hubungan mereka bukanlah mesra sehingga boleh berpimpingan tangan sebegini. Namun begitu, Ifran masih lagi dengan sikapnya yang tidak mahu melepaskan jemari Umairah.

“ jadi kau keluar tak dengan dia tadi?” Ifran menyoal dengan perasaan geram yang cuba ditahan. Kebelakangan ini makin kerap pula Umairah dan Haikal bertemu. Bikin hatinya semakin sakit untuk memikirkan hubungan antara isterinya dengan lelaki itu.

“ keluar...” jawab Umairah pendek. Wajahnya ditundukkan kembali apabila dapat merasakan aura kemarahan mula memenuhi diri Ifran. Tangannya tadi dalam genggaman Ifran kini sudah dilepaskan.

“ kan aku dah cakap kalau nak jumpa mamat tu kena beritahu aku dulu... kau tak faham ke?” suara Ifran sudah semakin meninggi. Badannya tadi enak menyandar kini tegak berdiri dengan bercekak pinggang. Meluap-luap marahnya dengan sikap Umairah yang sudah pandai keluar dengan Haikal tanpa kebenarannya. Umairah angkat wajahnya perlahan, dipandang wajah merah padam Ifran.

“ aku memang nak beritahu sebab tu aku cuba telefon kau tadi. Dah kau tak angkat macam mana aku nak cakap.” Sela Umairah dengan keberanian yang tidak seberapa.

“ dah tahu aku tak angkat telefon yang kau memandai keluar dengan dia tanpa keizinan aku tu kenapa?” ujar Ifran semakin garang. Wajah Umairah ditatap dalam-dalam. Dia cukup tidak puas hati dengan perangai wanita ini yang suka membelakanginya. Umairah merengus kasar, kurang senang dengan amarah Ifran atas kesilapannya yang tidak seberapa. Rasa takut yang mengundang kini bertukar jadi geram. Dibalas panahan mata Ifran tanpa rasa getar.

“ If... aku keluar minum jer dengan dia bukan buat apa pon. Lagi pun aku memang nak cakap dengan kau bukan aku keluar senyap-senyap dengan dia. Kenapa kau nak marah sangat yang aku jumpa Haikal? Dari hari tu lagi kau asyik halang aku nak keluar dengan dia sampai sanggup ikut aku jumpa dia. Kenapa If? Apa yang kau tak puas hati dengan dia sebenarnya?” suara Umairah turut meninggi. Badannya turut sama berdiri melawan bicara Ifran. Ifran terkedu sekejap dengan persoalan Umairah. Apa yang dia marah sangat dengan Haikal dan Umairah sekiranya mereka bertemu. Berlegar-legar persoalan itu dimindanya tanpa dapat dijawab.

“ kalau kau marah sebab risau aku akan bahagia dapat bercinta dengan dia kau silap. Kau buang jer la imiginasi kau tu sebab aku dan dia tak bercinta pon malah kami takkan akan dapat bersama selagi kau tak lepaskan aku. Jadi, kau tak payah nak risau sangat!” tambah Umairah lagi. Tegas! Dia tidak mahu Ifran salah faham dengan keakrabannya dan Haikal. Mereka tidak lebih dari kawan. Dia tahu Ifran mengawalnya bertemu Haikal bukan kerana cemburu atas dasar sayang tetapi kerana janjinya yang takkan biarkannya bergembira setelah dia merosakkan hubungan lelaki itu dengan Atikah. Ifran terdiam sekali lagi. Wajah Umairah yang cukup serius ditatap dalam-dalam. Ifran kabur dengan perasaan sendiri. Namun tak dapat dinafikan mendengar pengakuan Umairah bahawa gadis itu dan Haikal tidak bercinta sedikit sebanyak mendatangkan rasa gembira dihati.

“ sudahlah If... kalau kau marah aku sebab keluar dengan Haikal tanpa beritahu kau terlebih dahulu aku minta maaf banyak-banyak. Aku mengaku aku salah sebab tak minta izin dengan kau dahulu. Kita tak payah gaduh la pasal ni, aku pun nak masak. Kejap lagi kebulur pulak kita berdua.” Minta Umairah dengan intonasi yang sudah dikendurkan. Ifran yang hanya diam sedari tadi dikerling sebelum langkahnya diatur menghampiri sinki untuk meneruskan kerja masak memasak yang tertangguh. Langkah Umairah terhenti sejenak apabila tangannya terasa dipaut seseorang dari belakang. Rasa hangat jemari Ifran yang melingkar pada lengannya menyerap pada kulit seterusnya meresap ke hati. Jantungnya jadi berdebar tak menentu. Umairah cuba kawal perasaannya yang sudah mula tidak tenang.

“ Mai...” bisik Ifran perlahan. Dekat pada telinga Umairah. Umairah yang sedang menanti tindakan Ifran seterusnya hanya mampu menelan liur. Perbuatan dan suara gemersik Ifran buat bulu romanya meremang. Badannya bagai terkena renjatan elektrik.

“ janji dengan aku yang kau takkan jumpa lagi Haikal, kau takkan keluar berdua lagi dengan dia. Bukan aku tak bagi kau jumpa dengan dia langsung tapi pastikan kau berteman setiap kali keluar dengan dia. Itu jer yang aku minta.” Sambung Ifran lagi dengan suara yang cukup lembut namun penuh harapan. Umairah yang tegak berdiri disisi Ifran hanya mampu membukam tanpa suara. Dia jadi serba salah dengan permintaan Ifran. Dia sayangkan persahabatannya dengan Haikal tetapi dia juga sayangkan Ifran dan sebolehnya dia mahu akur dengan arahan suaminya itu. Umairah berkalih pandang kearah Ifran untuk seketika, direnung wajah penuh berharap yang terlukis diwajah suaminya itu. makin bertimpa-timpa rasa bersalah dihati. Dia tahu arahan suaminya itu bukanlah suatu suruhan yang melanggar tuntutan syarak Islam jadi dia tiada alasan untuk membantah permintaan lelaki itu.

“baiklah. Aku akan pastikan aku berteman setiap kali jumpa dia.” Akur Umairah menganyam janji pada Ifran. Jelas wajah Ifran yang penuh sendu berubah riak gembira dengan janji yang dilafazkan. Lelaki itu tersenyum lebar menayang barisan gigi tersusun rapi. Lapang hatinya dengan janji Umairah yang diyakini ikhlas dari hati gadis itu.

“ terima kasih... jom aku tolong kau masak.” Balas Ifran sambil menarik lembut tangan Umairah menghampiri dapur rumah mereka. Terus moodnya yang kelabu itu tadi berubah secara mendadak. Umairah yang berada disisi hanya tersenyum meleret. Perasaannya sekali lagi dilambung ombak asmara. Dia terasa bahagia apabila berdua dengan suaminya, rasa sayang mula kembang mekar mewangi. Dia tahu hatinya masih cintakan Ifran, dia tak dapat sangkal kenyataan itu lagi. Namun rasa gembira itu tidak lama, dia cepat sedar memikirkan dia dan Ifran tidak mungkin akan bersama selama-lamanya kerana cinta Ifran bukan padanya tetapi pada Atikah, si kakak tirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 23-10-2014 08:40 PM
mohon poyohabis smbg bce sampai habis

Ok je aku no hal bab2 baca ni.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah bestnya.... jeles cegitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:53 PM | Show all posts
tq..happy reading...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 06:41 PM | Show all posts
moon2103 posted on 24-10-2014 04:53 PM
tq..happy reading...

tq sudi singgah dan baca... nanti sakura letak next n3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 06:43 PM | Show all posts
cegitu posted on 24-10-2014 04:29 PM
Ya allah bestnya.... jeles cegitu

tq cegitu. kejap lg saya update n3 bru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 06:47 PM | Show all posts
Ifran termenung jauh memandang kearah langit yang dipenuhi bintang malam. Setelah selesai menunaikan solat Isyak, tak banyak aktiviti berfaedah yang dilakukan. Entah kenapa perasaannya seolah-olah terganggu mengingatkan kata-kata Umairah padanya petang tadi. Hatinya tidak habis-habis menyoal kembali soalan yang diutarakan oleh Umairah padanya.

“ betul ke aku halang Mai dari bertemu Haikal sebab tak nak dia kecapi bahagia? Adakah aku buat semua tu sebab nak buat dia menderita sama seperti aku menderita kerana kehilangan Atikah?” persoalan itu sekali lagi berlegar dibenaknya. Ifran tanya hatinya sendiri, apa sebenarnya perasaan pada Umairah. Sebenci itukah dia pada sang isteri sehinggakan dia sanggup meranapkan kegembiraan wanita itu. Ifran letakkan tangannya didada, dia mahu tahu jawapan sebenar-benarnya dihati saat ini.

“ sampai bila kau nak tipu diri sendiri? Mengaku je la yang kau sayangkan dia. Kau cintakan Umairah. Kau marah-marah dia jumpa Haikal sebab kau cemburu. Kau tak nak isteri kau curang dibelakang kau. Itu perasaan kau yang sebenar.” Satu suara mula kedengaran dari hati kecil Ifran.

“ cuba kau fikir balik... ada tak kau teringatkan Atikah dua tiga menjak ini? Cuba cari dalam hati kau ada tak perasaan rindu terhadap dia waktu ini? Tak adakan... sekarang ni otak kau hanya ada Umairah, kau hanya fikir pasal dia jer, dalam benak kau hanya wajah dia sahaja yang ada. Itu bermaksud kau dah jatuh hati pada Umairah. Dia dah jadi keutamaan dalam hidup kau sekarang. Bukan Atikah!” cetus suara itu lagi. Ifran termangu memandang langit hitam pekat memikirkan suara hatinya. Sedikit sebanyak hatinya percaya dengan bisikan suara itu, memang hatinya sudah berubah. Dia sudah jatuh cinta buat kali kedua pada wanita yang sama iaitu isterinya sendiri.

“ sudah la tegakkan ego kau tu. Dah tiba masanya kau kejar cinta sejati. Kau patut hargai cinta kau pada Umairah, ikat dia jadi isteri kau yang sebenar. Lupakan sahaja kisah silam antara korang bertiga. Lagi pun dia dah minta maaf pada kau, apa lagi yang kau mahu. Dah tiba masanya kau buat Umairah jatuh sayang pada kau, kalau tak kau akan menyesal macam 3 tahun yang lalu.” Nasihat hati kecilnya lagi. Ifran meraup wajahnya dengan kasar. Dia resah gelisah memikirkan hatinya yang kini sudah terpaut pada Umairah. Terlalu banyak masalah yang melanda antara dia dan Umairah buat dia hilang keyakinan untuk memikat hati wanita itu. tak mudah untuk dia membuat Umairah jatuh cinta padanya setelah pelbagai kejadian yang menimpa antara mereka berdua.

“ relax la bro... kau belum terlambat untuk tambat hati dia. Kuncinya kau perlu jujur dan ikhlas dalam hubungan korang. Insyaallah, panjanglah jodoh korang berdua.”pujukan dari hatinya sedikit sebanyak mampu menguatkan semangat Ifran dalam mengejar cinta Umairah. Ye dia masih ada masa! Dia sentiasa ada waktu untuk menambat hati wanita itu selagi wanita itu masih bergelar isterinya. Apa pon dia perlu berusaha lebih keras kerana hati Umairah tidak selembut raut wajahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2014 06:52 PM | Show all posts
Umairah menyapu peluh yang mula merintik didahinya. Sedikit sebanyak ada rasa panas membahang menyelubungi seluruh tubuhnya setelah hampir 2 jam mengemas seisi rumah. Dia sambung kembali tugas yang tergendala, hanya sedikit sahaja lagi aktiviti kemas mengemas ini akan berakhir.

“ Mai buat apa tu?” sapa Ifran dari belakang buat Umairah terkejut besar. Badannya sedikit melompat dek sapaan tak seman-mena dari Ifran. Umairah toleh belakang, tangannya diangkat untuk menggosok dadanya laju.

“ kau ni... terkejut aku! Bagilah salam dulu kalau nak menegur tu.” Bebel Umairah dengan mata yang sedikit terjengil kearah Ifran. Jejaka itu kelihatan membalas omelannya dengan sengihan lebar. Langsung tak terukir riak bersalah.

“ kau mengemas ke? Nak aku tolong?” soalan daripada Ifran mendatangkan kerutan panjang didahi Umairah. Pelik rasanya dengan sikap baik Ifran yang cukup mencurigakan.

“ eh tetiba kau baik semacam hari ni kenapa? Buang tebiat ke apa?” tawaran ikhlas dari Ifran dibalas rasa tidak tenang dihati Umairah. Ditatap wajah Ifran dalam-dalam untuk mencari makna sebenar disebalik niat ingin membantu jejaka itu. Pasti ada niat lain ni! Desis hati Umairah yakin.

“ laa... nak menolong pon tak boleh ke? Karang kalau tak tolong kau cakap aku malas, ini aku dah offer nak menolong kau kutuk pulak. Serba tak kenalah kau ni.” Bidas Ifran selamba. Umairah tersengih-sengih bak kerang busuk. Sedikit sebanyak ada rasa bersalah kerana meragui keikhlasan suaminya meski pun jauh dari sudut hatinya masih lagi terasa aneh.

“ mana ada aku kutuk kau... aku Cuma pelik aje dengan kau yang tetiba baik hati nak menolong aku hari ni. Biasanya tak ada pon rajin nak membantu. itu yang aku naik pelik tu.” Jelas Umairah lembut. Berharap Ifran tidak berkecil hati dengan kata-katanya sebelum ini. Umairah jarakkan sedikit badannya daripada Ifran yang terasa begitu dekat dengannya. Jiwanya jadi tidak menentu setiap kali dia berhadapan dengan lelaki itu.

“ kau tak payah naik pelik sangatlah... kau naik kereta kau sudah!” gurau Ifran. Umairah ketawa kecil, sempat lagi Ifran mengenakan dia. Ifran mara lebih dekat pada Umairah apabila dia sedar wanita itu cuba menjauhkan diri darinya. Bukan selalu dia boleh menghimpit disebelah Umairah, hujung-hujung minggu begini bolehlah dia nak bermanja dengan wanita ini walaupun sekadar berdiri disebelah.

“ apa lagi yang tak siap... marilah aku tolong, kesian kau tak habis-habis buat kerja dari tadi.” Tanya Ifran sekali lagi. Cuba berbuat baik pada sang isteri sekali gus merebut hati wanita itu. untung-untung dengan kebaikannya ini Umairah akan jatuh hati padanya. Manalah tahu! Umairah telan liur pekat yang tersekat dikerongkong. Makin curiga dengan sikap Ifran yang terlampau mesra pagi ini. Dia akui hubungannya dan Ifran semakin baik dua tiga menjak ini namun tak adalah rapat seperti dulu-dulu. Malah gerak geri Ifran yang terlalu suka duduk berhampiran dengannya semenjak dua menjak ini semakin menyesakkan jiwa. Mula timbul rasa gementar dihati Umairah namun tak dinafikan dia gembira. Sikap Ifran padanya  kini buat perasaannya sering terbuai malah rasa cinta dalam hatinya semakin mendalam pada lelaki ini.

“ Mai...” panggil Ifran dengan tangan yang digerak-gerakkan dihadapan Umairah. Wajahnya mendekat pada muka Umairah yang termenung kosong tanpa bicara. Umairah tersentak, terkebil-kebil matanya merenung wajah Ifran yang terlalu hampir dengan wajahnya. Spontan tangannya menolak keras tubuh Ifran sehingga jejaka itu hampir tersungkur kebelakang.

“ Kenapa ni?” Ifran menyoal sambil membetulkan tubuhnya agar tegak berdiri. Dihampiri Umairah yang kelihatan terkejut. Dia turut sama terkejut apabila Umairah menolak badannya secara tiba-tiba.

“kenapa? Kenapa apa?” Umairah sedikit kabur. Kurang jelas dengan situasi saat ini. Pemikirannya jadi lemau akibat degupan jantung yang kuat menendang didalam hatinya dek terkedu dengan tingkah Ifran yang tiba-tiba sahaja mendekatkan wajahnya.

“ kenapa kau tetiba tolak aku? Dah la berangan masa aku bercakap lepas tu main pukul-pukul pulak. Kenapa?”

“ kau tanya pulak aku kenapa... kau tu la kenapa tetiba tayang muka dekat sangat dengan aku. Manalah aku tak terkejut!” balas Umairah geram. Ifran sudah tersengih-sengih nakal. Memang dia sengaja mengambil kesempatan dengan Umairah apatah lagi apabila melihat Umairah semacam cuba mengelak darinya. Dia makin suka mengacau setelah melihat respon wanita itu.

“ kenapa kau terkejut sangat? Kau ingat aku nak cium kau ke?” usik Ifran dengan senyuman yang kian melebar. Umairah terkedu sekejap, terus wajahnya berubah merah padam menahan malu. Terasa jantungnya semakin kuat memalu sehingga kedua belah tangannya menggigil perlahan. Umairah cepat-cepat mara ke kabinet televisyen. Menyambung kerja mengelap yang belum lagi selesai.

“ jangan nak mengarut sangatlah...” tutur Umairah ringkas. Dia pura-pura sibuk, tak sanggup rasanya mahu memandang wajah Ifran saat ini. Bertapa malu dan segan untuk dia membalas pandang apatah lagi bersembang panjang dengan suaminya itu. Ifran ketawa kecil, kelakar melihat reaksi malu-malu Umairah yang jelas kelihatan. Dihampiri Umairah yang tekun dengan kain lembab yang digunakan untuk mengelap segenap penjuru rumah mereka.

“ malulah tu nak mengaku... marilah aku sambung kerja kau. Kau pergi berehat pulak.” Ujar Ifran sekali gus menarik kain lembab dari genggaman Umairah. Umairah terpana sekali lagi apabila tangannya dan tangan Ifran kini berpaut erat. Terus wajahnya diangkat membuang pandang ke wajah Ifran yang kelihatan tenang tanpa riak bersalah. Cepat-cepat Umairah tarik semula tangannya.

“ tak payahlah... dah nak siap pon kerja aku ni. Sepatutnya kalau kau betul nak tolong, bangunlah awak sikit pagi tadi. Ini dah tengahari baru nampak batang hidung.” Omel Umairah sekaligus cuba mengalih perhatian Ifran dari terus mengusik jiwanya. Bukan dia tidak sedar Ifran sengaja cuba mendera perasaannya yang sudah jelas kelihatan itu. sebelum lelaki itu baca lebih jauh isi hatinya, ada baiknya dia ubah perbualan mereka saat ini.

“ kalau macam tu nak aku tolong basuh kereta kau?” cadang Ifran kemudiannya. Dia tahu sangat sikap Umairah yang cukup malas membasuh kereta dan sering meminta pertolongannya dalam hal ini. Umairah pandang wajah Ifran tepat, matanya bercahaya dengan tawaran istimewa lelaki itu. cepat-cepat kepalanya dianggukkan sebelum lelaki itu menarik semula niat murninya itu.

“ boleh boleh boleh... thank If!” jawab Umairah dengan senyuman mekar dibibir. Ifran balas senyuman mesra Umairah yang jelas kelihatan gembira, dalam diam hatinya dipaut rasa bahagia dengan hubungannya dan Umairah. Doanya biarlah jodoh antara mereka akan terus berkekalan sehingga ke syurga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 06:54 PM | Show all posts
Ifran terkedu. Matanya berkelip-kelip memandang telefon tangan yang dipegang beberapa kali. Tangannya yang sibuk mengelap keretanya yang baru siap dicuci terhenti sebentar. Tanpa buang masa dia melangkah laju masuk kedalam perut rumahnya untuk mencari Umairah.

“ Mai... Mai...” jerit Ifran sambil mencari-cari wajah Umairah yang belum lagi kelihatan. Tidak sampai satu minit muncul Umairah yang baru keluar dari tandas dengan wajah yang berkerut.

“ kenapa ni? Kelam kabut semacam je. Ada apa-apa masalah ke?” soal Umairah sambil tangannya membetulkan ikatan pada rambut. Wajah cuak Ifran dipandang dengan penuh tanda tanya. Tidak pernah-pernah Ifran menayang wajah sebegini dihadapannya. Ada masalah besar ke?

“ mak dengan abah...”

“ kenapa dengan mak dan abah?” potong Umairah dengan rasa risau yang menggunung. Takut sekiranya ada kecelakaan menimpa kedua mertua yang disayang itu.

“ diorang nak datang sini...” jelas Ifran kalut. Umairah memandang wajah Ifran dengan perasaan aneh. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“ so? Apa masalahnya. Biarlah mak dengan abah nak datang pon.” Tingkah Umairah kurang mengerti. Dalam diam dia bersyukur kerana segala andaian tidak baik yang berlegar dibenaknya tidak menjadi kenyataan.

“ banyaklah tak ada masalah... diorang nak tidur dekat sini malam ni.” Tutur Ifran lebih tegas agar Umairah faham masalah yang melanda saat ini. Umairah mengerutkan dahinya, masih belum dapat menangkap kegusaran yang melanda perasaan Ifran saat ini.

“ apa salahnya dio...” kata-kata Umairah terhenti. Baru terfikir kerisauan yang difikirkan Ifran. Tangannya menutup mulutnya perlahan. Dia turut sama gelabah memikirkan kedatangan mertuanya.

“ kau faham sekarang masalahnya apa?” bidas Ifran setelah lihat wajah Umairah yang sudah berubah. Umairah angguk kepalanya, dia mula tidak senang berdiri. Badannya mula kehulu kehilir memikirkan masalah baru yang mendatang.

“jom kita kemas bilik kau... bawak semua barang masuk bilik aku.” Cadang Ifran sekaligus mematikan langkah Umairah. Mata Umairah yang sepet sedikit membulat, dia kurang setuju dengan cadangan Ifran.

“ ish tak nak la. Takkan aku nak tidur dalam bilik kau malam ni.” Bantah Umairah kurang senang.

“habis tu kau nak mak dengan abah tahu kita tidur bilik lain-lain?” tempelak Ifran seterusnya mahu menyedarkan Umairah tentang masalah yang mereka hadapi kini. Umairah diam sejenak, mencari idea yang lebih bernas untuk menolak rancangan Ifran.

“dah jangan buang masa, jom kita ambil apa yang penting dalam bilik kau lepas tu letak dalam bilik aku. Kemudian bilik tu kita kunci. Mak dengan abah guna bilik satu lagi.” Gesa Ifran sambil menarik lembut jemari Umairah agar terus kebiliknya dan mengemas segala kelengkapan yang ada. Nak tak nak akhirnya Umairah akur sahaja dengan suruhan Ifran. Dia tahu hanya itu sahaja caranya untuk mengelakkan daripada rahsia perkahwinannya terbongkar.

“ tak payah packing banyak-banyak pon tak apa, mak dengan abah tidur semalam jer dekat sini. Cuma kau bawaklah barang-barang yang selalu kau guna.” Tambah Ifran lagi sekadar memandang Umairah mengemas satu persatu barang keperluan hariannya. Untuk membantu dia pon tidak tahu malah dia yakin Umairah pasti tidak benarkan dia menyentuh barangannya sesuka hati. Sedang Ifran memerhati segenap bilik isterinya, matanya tiba-tiba sahaja tertarik pada satu bekas yang agak cantik dimatanya yang terletak diatas meja solek wanita itu. tanpa fikir panjang Ifran buka bekas itu sekadar untuk mencuci mata. Mungkin ini barangan penting Umairah yang perlu dibawa masuk kebiliknya. Ifran termenung sekejap, didalamnya mengandungi barang kemas milik Umairah termasuklah cincin perkahwinan mereka. Dia tahu Umairah tidak pernah memakai cincin itu semenjak tinggal dengannya sama juga dengan dirinya yang tidak pernah menghargai cincin perkahwinan mereka. Tiba-tiba ada rasa terkilan dihati Ifran. Sedih dengan kekhilafan sendiri yang tidak pernah menjaga ikatan perkahwinan yang dibina hampir 2 tahun lamanya. Mata Ifran beralih pada key chain yang terdapat didalam bekas barang kemas itu juga. Key chain teddy bear dengan ungkapan I Love You dipandang lama.

“ kau simpan lagi key chain ni?” cetus Ifran sambil memegang key chain pemberiannya 3 tahun lalu pada Umairah. Key chain ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi hatinya pada Umairah namun sayang Umairah tidak pernah mengerti. Mungkin gadis itu sengaja tidak mahu memahami isi hatinya yang jelas kelihatan waktu itu. Umairah yang sibuk mengemas mengangkat wajahnya lalu dipandang kearah Ifran yang sedang bermain key chain miliknya. Terus berubah riak wajah Umairah apabila jejaka itu menyentuh barang peribadinya tanpa kebenaran.

“ jangan sentuh barang aku sesuka hati kau boleh tak?” tingkah Umairah dengan suara yang meninggi. Badannya bingkas berdiri lalu menerpa kearah Ifran untuk merampas semula key chain miliknya ditangan jejaka itu.

“ aku tanya kenapa kau simpan lagi key chain ni... jawab jer la. Tak payah marah-marah, bukan aku nak ambil balik pon barang yang aku dah bagi dekat kau.” Sela Ifran perlahan. Matanya menatap sinar mata Umairah yang memandang tepat kearahnya. Jemari Umairah yang cuba merampas key chain dalam genggamannya dipegang kemas. Tidak mahu dilepaskan! Umairah terdiam, tidak tahu apa yang perlu dijawab.

“ aku tak suka orang usik barang aku.” Balas Umairah tegas. Berusaha keras melepaskan tangannya daripada Ifran. Ifran senyum kecil, wajah marah Umairah dipandang lama, sedikit sebanyak hatinya gembira mengenangkan Umairah begitu menghargai pemberiannya meski pun wanita itu tidak mengerti maksud disebalik pemberian itu.

“terima kasih sebab tak hilangkan atau pun buang key chain ni.” Ucap Ifran dengan nada yang lembut. Matanya menatap wajah Umairah penuh kasih sayang dengan harapan rasa kasih dihatinya ini meresap ke hati Umairah. Umairah diam membukam. Entah kenapa timbul rasa sebak didalam hatinya. Mungkin Ifran tidak tahu bertapa dia menghargai pemberian lelaki itu padanya. Dia sering berharap kata-kata yang tertulis pada key chain itu sama dengan isi hati Ifran namun dia tahu semua itu amat mustahil. Ifran tidak pernah kata apa-apa. Lelaki itu sekadar menyerahkan key chain itu atas dasar persahabatan antara mereka. Dia masih ingat dialog Ifran semasa lelaki itu menyerahkan key chain itu padanya.

“ nah... aku jumpa key chain ni dekat tengah jalan. Ambillah!” terngiang-ngiang kata-kata selamba tanpa perasaan itu dari Ifran padanya. Namun, dia tetap gembira walaupun Ifran tidak pernah memaksudkan apa-apa dengan pemberian itu.

“ pakai cincin ni... nanti mak tanya kenapa kau tak pakai cincin kahwin. Susah pulak nak jawab.” Tambah Ifran sambil menyarung semula cincin kahwin pemberiannya semasa perkahwinan mereka di jari manis milik Umairah. Sayu rasanya disaat cincin itu disarungkan, buat dirinya mengimbau kenangan dimajlis perkahwinan antara mereka. Umairah tercengang, tersedar dari lamunannya tentang kisah 3 tahun yang lalu. Dia menatap lama wajah Ifran sebelum matanya terhenti dijari manisnya yang sudah tersarung cincin. Rasa sebak semakin menggebu dalam hati. Terasa perasaan sayang terhadap Ifran semakin menggunung. Kadang-kadang otaknya terfikir bagaimana untuk dia hadapi saat penceraian antaranya dan Ifran sedangkan hatinya terlalu mencintai suaminya ini. Dia cuba untuk membuang dan menghalang perasaan ini daripada semakin membesar namun tidak berjaya. Panahan cinta Ifran terlalu kuat untuk ditangkis oleh hatinya. Dia tahu hatinya bakal kecewa dan menderita dengan perpisahan yang pasti terjadi antaranya dan Ifran. Air mata mula membasahi kedua belah pipi Umairah, suasana hening dan sayu antaranya dan Ifran membuatkan dia tidak mampu menahan air matanya lagi. Ifran terkedu seketika apabila melihat wajah Umairah yang sudah dibasahi air mata, cepat-cepat jemari kasarnya menyapu lembut kedua belah pipi wanita itu.

“ kenapa ni Mai?” soal Ifran kurang mengerti. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Umairah tersedu sedan didepannya. Jarang sekali untuk dia melihat Umairah beredam air mata. Umairah menundukkan wajahnya, sedaya mungkin dia mengawal perasaan hiba yang menjengah.

“ Mai... kenapa? Aku ada cakap apa-apa yang buat kau sedih ke?” tanya Ifran lagi. Hatinya tidak betah untuk melihat insan yang disayang menangis kesedihan begini.

“ If... aku menyesal sangat dengan perkahwinan kita. Perkahwinan sepatutnya bawa erti yang besar, penuh bermakna dan rasa kasih sayang tapi aku tergamak guna ikatan yang suci ini sebagai alat untuk membalas dendam. Aku rasa menyesal sangat, aku kecewa dengan diri aku sendiri yang tergamak mempermainkan satu ikatan yang suci.” Luah Umairah dengan nada yang tertahan-tahan. Matanya merenung tepat wajah Ifran yang setia menadah telinga.

“ bila tengok cincin ni dijari aku... aku rasa bersalah sangat. Aku rasa tak layak untuk pakai cincin ni...” sambung Umairah dengan lelehan air mata yang semakin laju. Ifran pandang sayu kearah wajah Umairah, dia tahu Umairah amat menyesal dengan kesilapan lalunya. Tanpa tunggu lama badan Umairah yang berdiri dihadapannya ditarik kepelukkan. Dia sudah tidak terdaya untuk terus melihat air mata wanita ini lagi.

“ jangan macam tu sayang... kita masih ada kesempatan untuk hargai perkahwinan ini. Mari kita mulakan hidup baru. Hidup sebagai pasangan suami isteri yang sebenar.” Bisik Ifran perlahan ditelinga Umairah. Gadis itu hanya diam tanpa jawapan dan hanya meneruskan tangisan tanpa lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mlm pertama ms Mak bapak dia dtg umah la ye.. Hehehe ok la tu masing2 dah suka kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT... panjang sungguh update...luv u..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.273459 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list