CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4587|Reply: 20

Matyol di asrama sekolah

[Copy link]
Post time 27-9-2013 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum. Aku ni jenis yang senang la jugak nampak makhluk Allah yang lagi satu ni. Tapi takla kerap. Kisah ni terjadik masa aku blaja kat satu sekolah berasrama kat Segamat. Alkisahnya, waktu malam start pukul 8 sampai 10 ialah masa prep. Ni kira rutin harian la dimana bebudak kena study, wat keje sekolah dan bergosip. Sekolah aku ni, prep kat dewan makan. So blok asrama memang kosong la. Asrama budak pempuan skola aku ni, belakangnya ialah kawasan bilik mayat hospital Segamat. Kalau daripada dorm aku, sape yang duduk double decker belah atas, jenguk sikit je da nampak kawasan tu. Pembahaginya ialah pagar yang tak sampai 50 meter pun belakang bangunan kitorang.

Ok, citernya bila waktu prep, lampu bilik semua kena padam. Hanya lampu koridor jek dibenarkan bukak. Pastu warden aku dua-dua pompuan. Biasanya waktu prep diorang meround kat dewan makan, bagi memastikan takde bebudak yang membuta ataupun bergosip. So, blok memang totally empty waktu prep.

Ade satu malam ni, aku punya perut memulas kemain. Aku ingat lagi, hari tu ntah berapa kali aku g toilet. Malam tu dalam pukul sembilan camtu, aku dah rasa memulas. Satu pe'el aku ni, gi toilet aku tak suka mengajak member. Bukan ape, diorang kengkadang seribu satu alasan bagi. Boleh tercirit aku dibuatnya. Time diorang aku boleh plak temankan!

Back to the story, aku toleh keliling dewan, nampak warden aku terpacak kat pintu dewan makan. Aku jumpe diorang, minta izin dan terus berlari balik blok. Aku tuju toilet ground floor. Sebelah toilet tu surau. Then sebelah surau tu bilik rehat. Waktu dalam toilet, aku tak pikir apa. Bila dah setel bisnes, nak basuh tangan kat sinki mula la aku pikir macam-macam. Aku pun keluar toilet, depan toilet ni ade sepohon kayu daunnya rendang, tapi pokoknya besar ya amat.

Aku kuar toilet, aku taknak pandang pokok tu sebab memacam cerita tak best yang aku dengar (seyes..pokok tu memang haunted). Aku toleh kiri. Elok plak pintu surau tu terbukak luas. Lampu surau tak bukak. Nampak la cahaya kuning dari kawasan spital blakang tu melalui tingkap suram balam menerangi surau.

Pastu aku nampak dua kepala botak berjalan belakang surau. Camne ek nak bagi paham. Bayangkan tingkap, kau kat dalam, kau nampak orang kat luar. Camtu la. Bezanya, aku kat luar surau, tapi sebab pintu surau terbukak luas, so aku nampak la mende tu. Memang botak, rendah. Berjalan dua ketul. Kadar diorang jalan tu, biasa. Jantung aku dup-dap. Aku terpikir, adakah aku baru je nampak toyol? Aku terus jalan tegak, laju-laju menuju ke dewan makan. Takutnya usah cakap.

Malam tu, aku citer kat dormate aku. Diorang rilek jek tapi masing-masing baca macam-macam sebelum tido. Cuak beb. Sekian kisah tak berapa seram. Tapi bagi aku, cukup-cukup le huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 09:16 PM | Show all posts
tahniah dan terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:26 PM | Show all posts
Oooo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:06 PM | Show all posts
hi tt..mgkn yg tt nampak tu memang toyol @ mungkin anak bunian.?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:46 PM | Show all posts
Tak pasti anak bunian camner..tp disyaki toyol sebab ikut bayang-bayang, botak kepalanya dan ketinggian tu macam kanak-kanak. 2 ekor. Tak brani nak pegi cek sebab g toilet snirik jek mse tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 12:00 AM | Show all posts
isseliparjepun posted on 27-9-2013 11:46 PM
Tak pasti anak bunian camner..tp disyaki toyol sebab ikut bayang-bayang, botak kepalanya dan ketingg ...

kalo btol toyol yg tt nampak tu,mgkn ada yg membela..
sbb setau saya toyol nie org dok bela sbb nak suruh g mencuri..huhuuu

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2013 12:08 AM | Show all posts
Ikut yg sy dgr pn camtu, besenya orang suh mencuri. Dan ada tuannye. Barangkali jugaklah anak bunian..waaa ape la die buat waktu2 cenggitu kat asrama kitorang hukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 12:09 AM | Show all posts
best la tt hijab terbukak...tp semangat kena kuat la....errr..adakah matyol ni ada kaitan dgn kes yg tgh hangat skrg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 12:56 AM | Show all posts
Ada lagi satu citer, tapi takde kene mngena ngan toyol la. Boleh cenggitu, tajuk lain citer banyak plak huhu

Time uni, aku join palapes. Aktiviti tiap kali cuti sem ofkos la bercamping bagai. Ada sekali tu, kitorang camping kat Taman Negara Penang. Hiking bagai untuk ke tapak perkhemahan. Pastu, jadik kebiasaan malam ade solo camp. Solo camp ni macam game burung hantu senang citer. Tapi solo camp palap ni bole tahan mencabar bagi aku.

Solo camp buat dalam kawasan Taman Negara tu jugak. Ada laluan bertiti yang digunakan untuk aktiviti ni. Siang tu kitorang dah lalu, tapi bila dah malam, tak cam sangat kawasan tu. Kalau kawan aku tak bitau, aku pun tak tau.

CIternya, solo camp start kol 1 pagi. Dan pihak atasan dah sediakan trek tu, which is laluan bertiti tu lah, dan bukan ikut laluan tu saje ye. Diorang siap sekali letak 'ujian'. Haa...ujian tu berupa manusia yang dibungkus2 macam2 bentuk dan akan mengganggu disepanjang laluan tu.

Start kol 1 pagi, sorang demi sorang dilepaskan dalam jarak masa 5-10 minit setiap sorang. Nak sampai ke giliran aku ni, dah pukul 3 pagi. Aku pun dilepaskan. Gelap gelita dunia aku. Lilin ngan torchlight takyah berangan la nak bawak.

Keadaan memang sangat gelap. Bintang pun tak nampak. Sebab dalam hutan kot. Lama kelamaan mata aku dah boleh adapt suasana dan nampak la ujian-ujian tu. Dalam hati aku, berani jugak tuan-tuan and puan-puan aku ni duk sengsorang jadik hantu nak nakutkan kitorang.

Aku jalan tu, dengan gelap, aku berpegang pada tepi-tepi titi tu, tiangnya. Takut toksah cakap, tersumpah seranah la aku dekat hantu-hantu jadian tu.

Sampai satu part tu, aku perasan ada orang ekori aku dari belakang. Camne aku tau, sebab bunyik nafasnya kuat. Kalau ikut giliran tadi, blakang aku minah A. Maybe A jalan laju, so dapat la dia menyaingi aku. So aku lega la sebab ade member. Masalahnya, minah ni jalan laju bebenor. A potong aku selamba jek, tak tegur dan nafas dia masa lalu sebelah aku, memang kuat ya amat. Macam orang baru lepas berlari short distance.

Aku dalam hati cakap, mak ai minah ni, bapak sombong. Tadi waktu tunggu turn, elok plak borak ngan aku. Aku plak tak terkeluar sore nak menegur die. Sebab die jalan laju bebenor, tak sempat aku nak panggil. Dalam beberapa belas minit pastu, tamat la solo camp tu dekat zoo. Camne leh tembus zoo tu aku pun taktau. Sedor-sedor jek ada cahaya. Sampai-sampai je kat situ, kitorang disuruh berbaris dalam group yang sama sewaktu kitorang dilepaskan tadi. Aku tengok, aik, takde pun A dalam group aku. Budak seterusnya sampai lepas 15-20 minit aku tiba kat zoo tu. Sampai ke sudah, A antara yang paling last sampai. Huwaa...sape lak yang memotong aku tadi??!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:41 AM | Show all posts
seram gak kisah hantu jadian ni
teringat time skolah dulu - time camping ada gak buat berjalan malam
paling tak leh blah - zaman skolah aku ni panas baran
so ada senior2 menyamar hantu ni - disebabkan aku tekejut dan takut
maka nya jadi baran -  entah datang mana semangat - aku g terajang hantu tu
which turn out - senior - mampuih aku kena belasah balik

*nasib baik orang - kalau betul2 hantu hazab la akuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:30 AM | Show all posts
aku pun time skolah join kem motivasi. ada satu aktiviti tu diaorg buat solo camp. penah jugak lah nampak satu mata. kaler hijau. tak pasti benda apa ntah. kot2 serangga ke. lps join kem tu rasa elergik plak nak masuk hutan.. prefer laut n pantai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 11:42 AM | Show all posts
encikWawad posted on 28-9-2013 10:41 AM
seram gak kisah hantu jadian ni
teringat time skolah dulu - time camping ada gak buat berjalan mala ...

kuat semangat ko nk tendang hantu tu..pasti beliau nyesal tak hengat jadik hantu
aku takde la nak menegur bagai, sebab masa tunggu yang lain2 sampai, aku dengar citer bebudak ni ade yang kena teman sampai penghujung titian tu. Borak punya borak sekali member tu hilang daa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:14 PM | Show all posts
Bole tak nak citer lagik hehe walaupun da lari topik. Alkisahnya palap aku ni memang suka buat aktiviti fizikal sepanjang masa. Kalau Jumaat malam Sabtu tu,start pukul 10 sampai la pukul 12 atau 1 pagi. Kalau hari Sabtu, aktiviti kengkadang start pukul 3 pagi. Ikut la kepala senior aku tu.

Ada sekali tu, kitorang start pukul 3 pagi. So dalam 2.30 pagi dah get ready dengan mata lebam berkumpul kat belakang kantin, tempat biasa kitorang berkumpul. Bila senior dah turun dalam 4 5 orang camtu, kitorang start warming up dan mula la round campus.

Time tu, kitorang lari dalam 2 barisan. Pagi kat kawasan uni aku ni memang sunyi, sume pun masih dibuai mimpi kecuali kitorang. Tiba kat satu kawasan depan tasik, aku terpandang ada satu benda terbang. Memang jelas aku nampak benda tu dengan bantuan lampu jalan, benda tu macam dibungkus kain warna merah, kain tu berkibar dan kepalanya kaler hitam. Tak nampak wajah dengan jelas. Tapi takla rasa takut, almaklumlah ramai-ramai kan, hero la aku ni.

Pas abes aktiviti dalam kol 7 pagi, kitorang lepak mapley sesama. Aku citer la mende yang aku nampak mse lari tadi. Masing-masing cakap tak nampak. Start kejadian tu, asal ada EMA (early morning activity) aku asal berlari je pandang depan. Tak berani aku nak ramah-ramah tengok keliling.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 04:05 PM | Show all posts
isseliparjepun posted on 28-9-2013 01:14 PM
Bole tak nak citer lagik hehe walaupun da lari topik. Alkisahnya palap aku ni memang suka buat aktiv ...

agaknya apa yg tt nampak tu erk.?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x bace matyol tapi t'bace matyo.. Ape kejadah matyo ade dkt bod mps ni.. Skali t'salah bace plk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 08:34 PM | Show all posts
purpledesire posted on 28-9-2013 04:05 PM
agaknya apa yg tt nampak tu erk.?

huu ntah le. Memula pikir positif, burung kot. Tak berani nak guess lebih dari tu.. Tapi bila pikir-pikir balik, takkan besar tu burung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nuc posted on 28-9-2013 12:09 AM
best la tt hijab terbukak...tp semangat kena kuat la....errr..adakah matyol ni ada kaitan dgn kes yg ...

Aku pon terbayang benda yg sama haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:42 AM | Show all posts
isseliparjepun posted on 28-9-2013 01:14 PM
Bole tak nak citer lagik hehe walaupun da lari topik. Alkisahnya palap aku ni memang suka buat aktiv ...

Best laa baca cite2 TT...seram dlm keadaan santai (ade ke???)....gud job..

kalau ada lagi tu sudi2kanlah cite, takyah malu2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 06:31 PM | Show all posts
Alhamdulillah ade gak yang berminat bace. Almaklumlah kite budak baru kat sini..nak share citer pun cuak. Hee

Dulu masa aku kecik-kecik sampai la aku berumur 21 tahun, aku tinggal kat Kg. Jawa, Segamat. Masa tu family aku menyewa kat situ. Kawasan situ, memang kawasan getah sebab rata-rata orang kampung aku tu motong (menoreh). Tapi mak bapak aku tak la. Bapak aku driver. Mak aku suri rumah jek.

Kat umah sewa tu, ada pokok pinang dua batang. Pokok pinang ni, memang la tinggi menggalah tapi akarnya kuat. Selama duduk kat situ, Alhamdulillah la walau ribut sekuat mana pokok tu tak pernah tumbang menghempap rumah papan kitorang tu.

Dijadikan citer, rumah sewa kitorang tu unik sikit. Ada dua bilik (dulu family kitorang orang susah, bukan lahir-lahir jek terus senang). Bilik aku share dengan adik-adik. Mak abah satu bilik. Katil double decker, atas kecik bawah besar. Aku tido atas. Dari tempat aku tido ni, papan yang menyambungkan antara bumbung dengan dinding tu ada ruang sikit. Macam ruang angin-angin camtu. Ruang tu taklah besar sangat, bukaannya dalam 5cm dan panjangnya lebih kurang 5 meter. Dari ruangan ni boleh intai pokok pinang tu dengan keadaan langit kat luar.

Sebelum ni, aku ada dengar citer jiran pasal pokok pinang tu. Katanya bebudak bujang yang lepak malam-malam kat rumah jiran aku ni nampak la benda putih kat situ. Mak aku kata, padanlah muka diorang. Dah memalam buta jejak ke subuh tak reti balik rumah.

Malam tu, rumah dah gelap gelita. Bilik aku ni pakai pelita minyak tu je. Aku plak belum nak tido lagi. Aku pandang la ruang angin-angin tu. Terus nampak luar. Nampak langit, bintang dan...tiba-tiba aku tergamam. Ada macam 2 bijik mata kaler merah memandang tepat ke arah aku. Dari pokok pinang tu lah! Aku cuak. Aku gerakkan kepala aku ke atas, ke bawah, kiri kanan nak pastikan betul ke apa yang aku nampak tu. Dan memang sah mata tu merah macam bijik saga. Aku terus tutup mata. Peluh-peluh aku tido dalam selimut malam tu.

Lagi sekali, masa tu tengah hot la kisah jiran aku nampak cik pon atas bumbung rumah aku. Masa tu jiran aku ni tengah lepak kat jiran depan umah kitorang. Jiran depan umah tu plak ada bukak bengkel motor haram. Sampai tengah malam lajak ke pagi diorang perah minyak. Memang memekak. Sejak diorang nampak cik pon tu, aman kejaplah aku nak tido.

Masa cerita tu tengah hot, ada satu malam tu lepas bapak aku balik kerja, kitorang satu family masuk tido. Aku rasa malam tu pelik sangat sebab keadaan terlalu sunyi kat kawasan kejiranan kitorang tu. Seperti biasa, lampu dah tutup, tinggal cahaya pelita jek malap-malap.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyik mengepak. Macam kain dilibas tapi kuat gila bunyik dia. Macam ada burung besar terbang. Lepas tu, aku dengar bunyik zink (atap rumah) macam kena cakar. Keluar peluh jantan aku masa tu. Panas tapi berpeluh. Aku punya takut, taktau nak cakap cemana. Aku beranikan diri, bangkit dari katil, keluar bilik dan terus aku pergi bukak lampu dapur. Sebab kalau dapur terang, bilik kitorang pun teranglah jugak sebab dinding bilik tak tinggi. Boleh share lampu.

Bila dah terang, baru la aku boleh tido. Esoknya, bapak aku marah sebab tido bukak lampu. Nanti bil karan melambung. Aku cakap la aku takut. Pastu bila mak aku gi kedai, baru la mak aku dapat tau malam tu cik pon meround kawasan kejiranan kitorang. Huhu start tu, aku rela dengar bunyik motor bengkel depan umah bising-bising dari senyap sunyi jek. Lain beb perasaan dia.








Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:47 PM | Show all posts
Huui~
Na'uzubillah.
Janganlah terbukak hijab bagai apa semua.
Ngeri noks~
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.077655 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list