CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srikandigayong

Kisah-kisah pendek misteri dan seram dari aku UPDATED 21 April

[Copy link]
 Author| Post time 5-10-2013 03:33 AM | Show all posts
Jap kasi aku draft sikit cerita lain. Aku ni time lain susah sikit nak draft banyak benda nak buat. Kali ni edisi di tempat kerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2013 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
srikandigayong posted on 5-10-2013 03:30 AM
Aritu aku pegi jugak kat Darus Syifa' ni aku nak tanya pasal saka ni la. sebab ada yang bgtau aku  ...

Yela ..nti ang g scan tgk na... Stry lg ye TT x puas baca nih..hehehhehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
srikandigayong posted on 5-10-2013 03:33 AM
Jap kasi aku draft sikit cerita lain. Aku ni time lain susah sikit nak draft banyak benda nak buat.  ...

Wokey2 take ur time..

Kisah kt tmpt kje...weee..menarik2.

*aku sedia mnanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 02:54 PM | Show all posts
Ok sementara siang ni aku cerita dulu benda yang penah jadi kat rumah yg aku tengah duduk sekarang ni kat shah alam. Kang malam aku dah takut nak post

Kisah 1

Dari aku kecik aku duduk kuaters Kastam kat Port Klang sampai la aku habis sekolah dan keje kat Shah Alam. Time tu pun adik2 da start masuk Uni so my parents decided its time to move to Shah Alam for good. Jimat duit minyak sikit. Aku ingat lagi time tu kena ulang alik Port Klang - Shah Alam  hari2 masa minyak naik drastic 2.70 per ltr kot. Ok itu intro

Dulu kami sewakan rumah ni kat orang. Lepas dah renovate tu aku suka la sebab dapat bilik sendiri. Masa kat kuarters kastam tu aku kena kongsi bilik dengan adik2 aku. nanti dah takde la orang nak bising dengan aku kalau bilik bersepah sebab itu bilik aku sendiri kan. Anyway, turned out aku memang belum berani nak tido dalam bilik sorang2.

Malam tu aku masuk bilik adik2 aku. adik aku yang no3 tu kena duduk asrama kat uitm sebab 1st sem memang wajib kan. Jadinya aku tido dengan adik aku no 4 tu. Disebabkan adik aku tau aku takut nak tido kalau bilik gelap dia urut2 gosok2 dulu badan aku sampai tertido (haha sebab aku susah nak tido jadi dia kena buat mcm ni kalau tak aku bising2 kacau dia). dalam pkl 1 pagi tu aku terjaga. ini normal,kadang2 aku terjaga lebih 10 kali satu malam. aku tengok bilik dah pitch black. biasa la kalau dah terbangun tu nak adjust2 posisi tido kan, sekali aku ternampak ada satu benda putih tegak berdiri kat hujung katil. sebab aku tengah mamai lagi masa tu aku cuba utk tido balik. kali kedua kepala aku ni gatal nak toleh balik. aku toleh benda tu ada kat situ lagi. Dalam hati aku mungkin telekung ke ataupun bantal peluk yg takde sarung la tu then aku sambung tido balik.

aku tak tau la kenapa aku ni gatal sangat nak toleh buat kali ke tiga. dan kali ni aku betul2 dah bangun. jadi aku toleh lagi skali. memang betul ada benda putih kat hujung katil aku pun ' @#$^&^% apakah itu pocong ke?' seram sejuk badan aku.cuba nak tido sambil recite surah doa makan pun aku baca skali. sebab dah panik kan. tiba tiba.... adik aku bergerak. terus aku siku dia suruh dia pegi bukak lampu. Bila bilik dah cerah aku tengok takde apa pun kat hujung katil. telekung sangkut kat pintu pun takde, bantal peluk yang takde sarung pun takde jugak. esok tu aku bising kat adik aku jangan tutup lampu lagi kalau aku tido bilik dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 03:08 PM | Show all posts
Kisah 2

Aku rasa benda ni baru jadi dalam sebulan lepas kot tapi ini bukan pengalaman aku. Adik2 aku yang dengar. Malam tu seperti malam malam biasa aku balik lambat. Pegi lepak dulu lepas training. Dalam pukul 1.30am aku sampai rumah. aku tengok bilik adik aku pasang lampu lagi. so aku masuk dalam bilik dia tanya Rabbit (kucing aku) ada dalam bilik dia ke kat luar. pastu aku terus masuk bilik mandi2 semua n skodeng kat forum.

Esok tengharinya bila aku bangun seperti biasa aku akan naik toilet atas utk memerut. masa aku kuar dari toilet atas nak turun bawah tu aku dengar ada bunyi orang berjalan kat atas bumbung, aku stop jap. aku fikir kucing jadi aku jalan balik bunyi tu pun ikut. bila aku jalan dia ikut. bila aku stop pun dia ikut stop.

Masa tengah layan CI channel dengan ayah aku,adik lelaki aku balik. terus dia bukak cerita. Dia cakap malam tadi dia kat atas dengar ada suara perempuan menangis kat tingkap. Pastu dia pegi bukak tingkap dia check dia ckp ingatkan kucing nak mengawan . bila dia tak nampak sapa2 dia baring balik. dia dengar lagi dia pegi check balik. masa aku nak tepuk je dahi dia. kali ke 3 dia check jugak. kali ke 4 dia dengar dia tutup telinga dengan bantal sebab dia ckp semak dengar suara perempuan tu.  At the same time, muka ayah aku dah berubah. sebab dia tengok aku takut dia ckp kucing je tu.

Dengan niat nak kepochi dengan adik perempuan aku,aku ketuk bilik dia n start cerita. To my surprise, dia cakap dia dengar jugak tapi bunyi perempuan ketawa at the very same time adik lelaki aku dengar dalam pkl 12.40mlm mcm tu. Sebab dia ni pun hati kering jugak dia buat bodoh. sampai aku ketuk bilik dia malam tanya pasal rabbit tu dia ckp lepas je aku tutup pintu bilik dia, perempuan tu ketawa lagi.

Nasib baik la dia takde ckp apa2 kat aku malam tu. kalau tak memang aku masuk bilik mak aku malam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 03:09 PM | Show all posts
Thank you momod for the credit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2013 03:55 PM | Show all posts
srikandigayong posted on 1-10-2013 12:35 PM
aku draft dulu la ye cerita2 ni semua dalam word. kang cerita pendek2 orang tak suka.

Cerita 3 :  ...

huisshhh.. bab yang bergolek-golek tu yang aku seram...
apelah rupe dia masa tgh bergolek-golek tu.. gulp!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 11:10 PM | Show all posts
non.sari posted on 5-10-2013 03:55 PM
huisshhh.. bab yang bergolek-golek tu yang aku seram...  
apelah rupe dia masa tgh bergolek- ...

kawan cousin aku cakap org tu golek kanan kiri betul2 dekat dengan cousin aku. tapi dia takde nampak apa pun. tapi cerita kau lagi dasyat punya seram ok. hari tu aku baca siang2 hari pun aku pasang lampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2013 12:30 AM | Show all posts
Ok aku sambung sikit sebelum masuk edisi tempat kerja

Kisah 3

Benda ni pun jadi masa 1st year aku pindah Shah Alam. Tapi bukan la menakutkan sangat. just misteri je.

Petang tu aku baru balik dr keluar dengan kawan kawan aku. Sampai rumah je dalam pukul 7 ptg macam tu la almost maghrib dah. Aku pun masuk la bilik nak tukar baju semua. Pastu rehat jap kat atas katil. tiba tiba aku dengar mcm orang tendang pintu bilik aku kuat gila sampai bergegar. ha kau! tiba tiba kan. aku ingat adik2 aku. dengan hati panas aku bukak la pintu tanya nak apa. aku tengok takde orang. aku bukak bilik adik aku tengok dua2 pun tengah tido. so aku pegi kat living room aku nampak la parents aku.

Aku pun tanya la nak apa. lain kali ketuk je dah cukup jangan tendang2. mak aku masa tu tengah lipat baju. ayah aku tengah ketawa2 tengok tv. dua2 pandang aku muka pelik pastu cakap ' bila pulak orang nak tendang pintu bilik awak?' betul jugak. selalunya main masuk je. Aku cerita la ada macam orang tendang pintu. tau ayah aku cakap apa? ' Awak penat je tu. jangan nak fikir bukan2' aku la pulak yang fikir bukan2.

Tapi baru minggu lepas aku tgh skodeng forum ni la tengah2 malam masa aku tak boleh tido pun aku dengar sekali lagi pintu aku kena tendang sampai bergegar. disebabkan dah pukul 3 lebih malas la aku nak tanya sapa. kang ada makhluk menjawab aku yg pengsan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 12:39 AM | Show all posts
Kisah 4

Ni kisah misteri juga ni bukan seram. Jadi masa 1st year duduk Shah Alam

Dulu masa aku kerja kat warehouse aku boleh kuar sesuka hati aku sebab aku secretary director. Jadi hari tu aku kuar sebab nak pegi amik adik aku balik dr kedah kat ktm. Bila sampai rumah aku pun menggunakan peluang ni utk mengular kejap. ok agak lama juga la aku mengular. hari hari pulak tu kahkahkah

Time ni aku dah kasi adik aku makan jadi dia tertido kat atas sofa. aku pulak tengah tengok E channel pasal Elvis. Tribute to Elvis ke pasal the death of ELvis mcm tu la. Selalunya siang2 aku bukak sliding door tu sebab panas kan. kiranya kalau aku baring atas sofa tu kalau ada orang jalan ke apa aku toleh belakang dah nampak.

tiba tiba..... TING TONG TING TONG (bunyi loceng la ini) aku toleh la belakang aku ingat ada orang jual2 ke apa sebab masa tu pun baru pukul 11 pagi mana ada budak2 sekolah balik lagi. Aku toleh belakang takde orang. bunyi daun kering pun takde. aku biar je la. pastu sekali lagi bunyi. Masa tengah bunyi tu aku tengah tengok kat luar. tapi takde sapa2 pun. Pelik jugak aku ni. Nasib baik la adik aku ada sekali walaupun tengah tido.

Selama aku duduk kat rumah ni sampai sekarang memang takde lagi kejadian macam ni kecuali hari tu. Aku rasa dia nak suruh aku balik office jangan mengular kat rumah la kot haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 11:47 PM | Show all posts
ok hari tu aku janji nak cerita pasal tempat kerja kan. sekarang ni dah tak brapa busy sangat aku cerita mana yang sempat dan aku ingat

Edisi tempat kerja

Kisah 1

Dulu aku kerja kat satu syarikat jepun kat Shah Alam. Lepas kerja satu tahun kami bukak branch lain tak jauh dari HQ. Sebelum shifting barang2 warehouse, budak2 operation kena masuk dulu bersihkan warehouse. Cat safety line dalam office dan dalam warehouse.

Tengahari buta pegi megecat tu sorang budak ni dia tengah cat kat storage area. dia dengar macam ada budak2 tengah ketawa. dia ingatkan budak2 lain yg tengah mengecat kat loading bay. Bila dah lama2 baru dia perasan bunyi tu sebenarnya bunyi budak2 kecik macam tengah main2 lari2. dalam 2 orang. budak ni pun dah cuak gila tiba2 dia dengar satu suara perempuan pegi marah budak2 tu jangan main kat situ. memang dia tak tunggu apa dah terus cabut

Kisah 2

Masa dah shifting tu kami semua stay back sampai 2-3 pagi everyday for about 2 months sebab project baru masuk. Masa tu around 2 pagi aku tengah sort documents. budak2 operation semua kat dalam meeting room. Dalam office aku sorang2. Tiba2 aku terdengar bunyi printer. Aku check la pc aku ingatkan terprint ke apa. memang aku tade guna. tapi memang ada paper yang keluar. Aku pelik la bila masa pulak orang datang set up wifi dalam office tu. sebab hanya exec je yg bole guna. bila aku amik paper tu aku tengok memang takde apa2 printed on the paper. Maknanya kuar paper kosong je.

Tiba tiba...kerusi exec aku bergerak ke belakang sendiri macam ada orang tarik,right in front of my eyes . dengan sepantas kilat aku masuk meeting room tu menyempit kat budak2 operation.

Kisah 3

Masa ni dah banyak cerita2 dari budak2 operation. Bila dorang bagitau kat HOD aku, dia taknak percaya. Dia cakap mengarut. So budak2 ni tak boleh nak buat apa lah kan.

Masa lunch, hod aku ni tak kuar makan. dia lepak kat tingkat 2. Ok jap, kat premis ni bahagian office ada 3 tingkat. 1st floor tu our company. 2nd floor tu company lain but we supply parts to their customers. 3rd floor kosong. Kiranya memang related la kerja2 yg kitorg buat ni dengan company yg kat 2nd floor ni. kalau naik ke tingkat 2 dr dalam warehouse akan jumpa supervisor's room dgn training room. depan sikit baru pintu blakang that other company. Aku tatau la korang faham ke ta. Kalau tak faham aku mintak maaf dulu

Anyway, hod aku ni tak kuar makan so dia lepak kat supervisors room ni utk nap kejap. Suddenly dia terbangun konon2 dapat idea nak tulis kat white board. tengah dia nak tulis tu tiba2 ada orang tumbuk dinding dari training room sebelah. tumbuk dinding kuat gila sampai whiteboard tu jatuh. Dia ni angin la pegi kat sebelah nak tengok sapa yang main2 tu. Bila dia pegi, dia tengok bilik tu gelap. dan memang kalau takde internal training kitorg akan kunci bilik tu. time tu dia tau dia dah kena kacau. dia punya la lari turun tangga sampai kat office dengan muka pucat.

Ha tu la kau tak percaya lagi orang ckp. Padan muka

Kisah 4

Cerita ni pulak bermula kat HQ aku. Warehouse HQ ni ada simpan parts kereta Pero***. Malam tu kecoh kata ada budak lelaki kena histeria kat sana. Aku memang la tak berani nak pegi sana semata2 nak tengok jadi aku tunggu head of security ni balik dan cerita kat kitorang. Kebetulan memang aku ada kerja kan.

Bila HOS ni balik dia masuk office cerita la. Kat area storage part kereta tu memang tempat tinggal orang bunian. Budak yang kena histeria ni taktau lah ada apa perjanjian dengan orang2 kampung tu. Aku rasa dia kawin dengan anak orang bunian ni. Tapi orang bunian tu macam marah kat dia pasal pakai satu tangkal. Memang dorang cakap budak ni pakai satu tangkal yg diberi oleh sami buddha. Budak melayu masalahnya Puas jugak dorang ni nak pulihkan dia. Ada lah dalam 3 jam mcm tu. Masa dorang cerita2 tu aku sambil dengar sambil buat keje. tapi aku dah rasa tak sedap hati.

Habis je keje aku nak balik la. So aku panaskan kereta dulu. Tiba2 supervisor aku ni datang kat aku naik motor (sebab dia pun nak balik jugak) suruh aku bukak tingkap belakang. aku tanya buat apa dia cakap bukak je la. Aku ni marah2 la kata taknak sebab tingkap tu kena roll down manually kan. Aku dah lah nak kena balik Port Klang (masa ni aku belum pindah Shah Alam). Masa tu around 2 pagi jugak lah. yang mamat ni dok paksa2 aku bukak tingkap tetap tak nak cakap kenapa. Last2 dia bukak pintu  baca apa tah pastu pesan suruh balik rumah terus.

Esoknya dia tanya aku ok tak balik smalam. Aku cakap ok je. Pastu baru lah dia cerita. Dia cakap masa aku berjalan ke kereta aku tu dia nampak ada benda warna hitam ikut aku masuk kereta . tu yang gigih suruh aku bukak tingkap. Dia taknak cerita kat aku sebab kang aku takut. Nasib baik la dia tak cerita. Kalau tak memang aku call bapak aku suruh amik kat office.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 07:38 AM | Show all posts
srikandigayong posted on 13-10-2013 11:47 PM
ok hari tu aku janji nak cerita pasal tempat kerja kan. sekarang ni dah tak brapa busy sangat aku ce ...

best citer ko ni..akak sambil breakfast tekun membacanya..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 09:09 PM | Show all posts
kodoklawa posted on 14-10-2013 07:38 AM
best citer ko ni..akak sambil breakfast tekun membacanya..hehehe

haha terima kasihhhh. nanti aku cerita banyak2 lagi kak ye. nak balik kampung jap lagi. ada banyak lagi cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:44 PM | Show all posts
Citer bnyk2 lg best wehhhh

Mula2 aku ingatkan ko lelaki, tp bila dah baca semua baru tau ko pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 12:00 AM | Show all posts
we want more..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:41 PM | Show all posts
TT kau dok shah alam seksyen berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 05:14 AM | Show all posts
antara cerita seram santai...
terbaik~..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 04:59 PM | Show all posts
juliesha posted on 14-10-2013 11:44 PM
Citer bnyk2 lg best wehhhh

Mula2 aku ingatkan ko lelaki, tp bila dah baca semua baru tau ko pompu ...

hahaha aku gigih mencari username yg menunjukkan aku perempuan. in real life pun kalau orang tak penah nampak muka aku tapi tau nama aku pun dorang ingat lelaki. Sabar je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 05:00 PM | Show all posts
edee_91 posted on 15-10-2013 11:41 PM
TT kau dok shah alam seksyen berapa?

Aku? hehe seksyen 20.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 08:30 PM | Show all posts
srikandigayong posted on 16-10-2013 05:00 PM
Aku? hehe seksyen 20.

oh salam perkenalan. aku seksyen 24.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.066151 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list