CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: srikandigayong

Kisah-kisah pendek misteri dan seram dari aku UPDATED 21 April

[Copy link]
 Author| Post time 18-10-2013 12:42 AM | Show all posts
edee_91 posted on 16-10-2013 08:30 PM
oh salam perkenalan. aku seksyen 24.

salam perkenalan juge dekat je rumah kite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 01:26 AM | Show all posts
Meh aku sambung sikit pasal tempat kerja ni

Kisah 5

Tahun 2006 kot, aku tiba2 terasa nak belajar balik. sebab masa tu company yg aku keje tu mcm mementingkan sangat qualification drp experience. Jadi aku buat part time kat UiTM. Aku ni memang bangsa malas nak belajar. Jadi aku gunakan alasan aku jadi secretary boss Jepun yg sangat busy sampai selalu kena skip class. Tapi aku memang banyak keje pun haha tapi tade la sampai tak boleh nak attend class. Alasan nak pegi kuar lepak minum je

Anyway,satu hari ni aku memang letih dan malas sangat nak masuk class. Class aku start pukul 6ptg sampai pukul 11 malam. ada break untuk Maghrib pkl 7.30-8pm. Jadi masa tu aku habis keje pukul 5.30pm kuar makan dulu dalam pukul 7 mcm tu baru aku balik office. So i decided to take a nap kat bilik meeting yang kecik tu. Selalunya aku akan pasang lampu sebab aku tak suka gelap tapi hari tu aku mcm penat sangat. so aku biar je bilik tu gelap. Bukan boleh nap pun sebenarnya. Just rasa nak baring and tutup mata. dalam pukul 7.20pm mcm tu aku bangun. Kiranya nak pegi class la ni kan.

Sofa tu betul2 kat tepi pintu dan berhdapan dengan meja utk meeting tu. Masa aku bangun nak pulas tombol pintu tu tiba2 kerusi kat belakang aku kena tarik. Spontan aku pandang belakang. Memang la takde orang kan. aku terus keluar. Kebetulan masa tu budak2 operation tengah break, tengok aku pucat tanya aku kenapa. Aku cakap je sebab aku bangun terkejut dah lambat nak pegi class


Kisah 6

Kali  ni aku dengan officer aku pulak nak pegi lunch. Masa tu nak lepak seksyen 7. Kalau korang tau dari padang jawa nak ke seksyen 7 tu kan ada kubur apa tah kat laluan motor tu, Masa tu aku ni tak tau kat mana pun. Aku dengar orang cerita je. Officer aku ni pegi lah tanya aku ' Eh bai, sini kan yang ada kubur tu? tapi kat mana eh?'

Lepas je officer aku tanya macam tu terus radio dr Hitz.fm tu bertukar channel lagu cina yang dolu dolu. aku pandang officer aku, dia pandang aku balik. terus aku switch channel. Tetap lagu yang sama. Dah lah masa tu traffic light merah kan. Masing masing diam je duduk tak cakap apa2. Tengahari pun dia nak main radio jugak

Kisah 7

Ok cerita yang ni bukan betul2 dalam office. Tapi aku speku aku mula nya dari office ni.

Toilet perempuan kat office aku ni ada 2 cubicle je. Disebabkan aku dengan officer aku je perempuan kat branch tu, jadi kami dah decide mana satu kami punya toilet. Ok toilet yang aku guna selalunya yg mula2 no1. Couple of weeks sebelum tu ada company mana tah remove siling toilet no 1 ni untuk buat wiring tapi tak reti nak letak balik. Jadi siling kat atas tu melopong je la.

Ada satu malam tu, aku balik lambat sebab kena buat billing. Masa tu dalam pkl 3 pagi. Aku dengan selamba nya masuk toilet sorang2 walaupun office tu tengah kosong. Mula2 aku masuk cubicle aku tu terus aku tengok atas. Aku rasa macam ada orang tengah tengok aku. Since takde benda muncul (Alhamdulillah takde ) aku pun melepaskan hajat dan balik rumah.

Dari dalam kereta tu aku rasa kaki kiri aku sejuk sengat. Aku off aircond and kept driving. Sampai rumah pun kaki aku sejuk gila tapi kali ni sejuknya sampai kat badan. Tapi sebelah kiri je. Kanan still warm. Aku kan memang susah tido, jadi aku test dulu MP3 Quran recital yang aku download sebelum tu kat laptop. Sebab masa tu aku nak pegi vacation. Pegi dengan my chinese bestfriend. Dorang dah lah senang tido. Kang jadi apa2 aku jugak yg susah tak tau nak baca apa. Anyway, masa aku dengar ayat Kursi ke AL Jinn mcm tu lah, aku rasa hati aku ni tak tenteram and badan aku sejuk gilaaaa. Aku jadi pelik, sejuk sampai aku tak boleh tido. Aku memang tido kena pasang aircond, kalau pasang kipas panas sangat. Tapi malam tu, aku pasang kipas paling slow skali tetap sejuk gila.

Fast forward, badan aku sejuk2 dah masuk hari ke 3. Masa hari ke 2 aku ada bagitau kawan kawan aku tapi kitorang takde pulak fikir apa2. Hari ke 3, aku jumpa kawan baik aku ni kat starbucks berdua je. Peliknya kawan aku cakap kerusi ada 4, dua kitorang duduk dua lagi letak bag. Dia cakap aku pegi tarik satu lagi kerusi tepi aku tapi bukan utk sapa2 atau letak apa2. Tengah lepak tu sorang lagi kawan baik aku call bagitau ada ustaz kat rumah dia tengah nak halau something,kebetulan anak dia kena kacau teruk sampai melompat la masa tengah tido tu terkejut orang main cak cak dengan dia. So aku gerak pegi rumah kawan aku ni dengan yg sorang lagi kat starbucks tu.

Ketuk pintu, kami masuk. Memang suasana rumah tu romantik betul. Dim sangat. Aku duduk la sebelah kawan aku sementara ustaz ni pegi menangkap hantu kat rumah tu. Ada la 3 ekor. satu dah kena tangkap,dua lagi terlepas dorang terjun pegi rumah bawah. Pastu kawan aku ni bagitau lah kat ustaz tu suruh tengok2 aku ni. Belum kawan aku ni bagitau, ustaz tu suruh bukak pintu, dia jenguk kat luar pastu cakap 'Oh benda yang mengikut kamu tu kat luar. Tunggu luar je. takut lah tu. Takpe meh sini' Masa tu aku rasa muka aku pucat gila. Badan pun still sejuk.

Masa time ustaz tu baca apa tah kat telinga aku and macam tarik2 dari peha ke jari kaki tu memang kesejukan tu hilang sikit2 ikut tangan dia. Dia bukan sentuh aku pun. macam letak tangan dia atas kaki aku, macam lurutkan ke bawah. Selesai kaki, dia buat kat belakang pulak. masa tu memang aku terasa betul dari sejuk terus getting warmer and warmer sampai tiba2 the warm part terhenti. betul2 kat separuh muka aku. bayang kan, dari hidung ke bawah dah warm tapi mata sampai kepala sejuk. Pastu dia buat lah apa yang patut.

Dah selesai tu dia mintak pen dengan kertas. Kau tau dia buat apa? dia pegi lukis gambar empat2 hantu tu ok aku malas nak describe satu2 nanti aku teringat. Tapi kawan aku ni bongok gila dia pegi tunjuk gambar benda yang mengikut aku masa tu. perempuan dengan mata yg mcm tgh marah. aku nak pijak muka kawan aku tu kang kesian pulak. Then benda yang satu kena tangkap tu, diletakkan kat dalam botol. kitorang ni gatal tenung botol tu tiba bahagian atas botol tu bergoyang, bersepah kitorang lari hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 08:04 AM | Show all posts
tak de cite lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 11:46 AM | Show all posts
nk lg cite best....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 11:51 AM | Show all posts
meremang bulu tengkuk sy
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 12:33 PM | Show all posts
srikandigayong posted on 13-10-2013 11:47 PM
ok hari tu aku janji nak cerita pasal tempat kerja kan. sekarang ni dah tak brapa busy sangat aku ce ...

ni yg buat aku xsng duduk ni...aku selalu tggl sorang at ofis time lunch
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2014 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa...aku ingatkan tade orang baca da. Aku kat luar nanti sat lagi aku update
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 01:58 AM | Show all posts
eh ye la
aku hampir lupa pasal cite TT ni
dulu mmg follow
seb baik ada yg bump benang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 03:57 PM | Show all posts
member pernah cerita ada keluarga bela "rimau". rimau tu diberi makan gula. aku pun tak berapa paham. tapi menakutkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 04:49 PM | Show all posts
Kisah 8

Ok meh aku update sikit sebelum boss balik
Kisah ni tak seram pun sebenarnya. Macam misteri je bagi aku. Kejadian kali ni kat Penang. Masa tu aku masih jobless. Tiba tiba dapat job offer. Harus la aku pegi bercuti tenangkan fikiran walaupun jobless selama 8 bulan kan. Jadinya ke Penang la aku dengan kawan baik aku.

Kitorang gerak from Shah Alam agak lambat sebab driver tak sihat. Disebabkan masa tu orang lain tengah kerja kami stuck dlm traffic jam juga. Ada la dalam pukul 9pm baru check in. Pusing pusing pegi cari makanan dulu. Lepas makan lepak beach dulu. Disebabkan kat situ agak gelap aku ajak kawan aku lepak kat tempat yang bersimen. Aku kan penakut gelap. Tapi dia taknak. Dia tarik kerusi plastic and ajak aku lepak atas pasir.

Masa aku tengah heart to heart talk dengan kawan aku tu tiba tiba mata aku terpandang kat shore. aku nampak macam bayang hitam tengah berdiri. Aku tenung lama jugak lepas tu kawan terus sepak kaki aku. Dia tanya aku nampak apa. Aku geleng je sebab kang dia takut. Aku dok jeling jeling lagi. Tetap berdiri kat situ. Aku ingatkan sebab aku asik focus kat situ jadi benda tu macam terbentuk sendiri ke apa. So aku tenung tempat lain.

Dalam borak borak tu aku terpandang lagi bayang hitam tu. Kali ni ada bayang kedua kat sebelah kanan dia. Pastu muncul bayang ketiga sebelah kiri dia. Last skali bayang ke empat muncul. Terus aku ajak kawan aku balik, tapi.....dia tanak.

Aku saje malas nak pandang sangat bayang hitam tu. Lama-lama jadi satu je balik. Tiba-tiba aku tengok the  whole stretch of air laut tu macam ada cahaya. Bukan cahaya dari boat. Ni macam glowing dr dalam air. Mula-mula glowing dari hujung air tu perlahan-lahan cahaya dr dalam air tu macam mengalir kat gigi air. Of course aku ralit tengok kan. Sampai kawan aku kena tumbuk belakang aku kasi sedar. Dia cakap dia panggil dr tadi. cuit-cuit aku pun aku tak pandang dia. Pastu dia ajak balik

Dan malam tu lampu and aircond on and off tanpa sebab. pukul 3 aku keluar kat reception counter cari orang maintenance tu. Dia cakap elok je takde apa-apa. Aku malas nak layan dah sebab aku penat.

Bila on the way balik dr Penang baru kawan aku berani tanya aku. Dia kata dia risau tengok aku malam tu takut masuk hantu nanti dia tak tau nak buat apa Dia taktau nak cari ustaz kat mana sebab kawan baik aku ni bukan Islam pun. Dia kata cari sami dia tau la kat mana. Haha

Nanti kalau aku rajin aku update lagi. Banyak sangat cerita aku tak tau nak start yang mana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 05:30 PM | Show all posts

Kisah-kisah pendek misteri dan seram dari aku (Updated 21 April )

Kisah 9

Tahun lepas aku pegi melawat mahaguru aku kat Johor. Aku pegi dengan guru muda aku. Cadang memang nak bermalam then esok balik. So lepas sampai tu borak-borak jap dengan dia. Mandi and maghrib sekali.

Meh aku cerita dulu macam mana layout rumah ni. Ok, masuk Pintu utama terus nampak small living room. Jalan ke kanan sikit ada tangga untuk naik ke tingkat atas. Pegi terus ada la ruang tamu utama. Kiri sikit ada laluan ke dapur and bilik mandi tu hujung blah kiri. Haaa macam tu skali hahaha

So malam tu aku tolong mak tok (ni panggilan aku kepada mahaguru aku) masak walaupun aku memang tak pandai memasak. Tolong sana sini kupas bawang semua. The good thing about this house is aku tak rasa takut or insecure. Aku rasa macam rumah aku sendiri.

Anyway, masa semua tengah makan aku nak pegi toilet. Pegi la aku turun bawah kat toilet tepi dapur tu. Pastu aku dengar bunyi air. macam orang tengah amik wuduk. tapi lampu tak bukak ni. Aku tolak pintu tapi kunci dari dalam. Aku pun tunggu la kejap. dah lama sangat aku naik atas. baru aku teringat semua orang kat atas. Habis tu kat bawah tadi sapa? Aku turun balik. Taktau la kenapa aku berani sangat malam tu. Aku pegi balik aku tengok pintu dah terbukak. Aku switch on lampu and tengok lantai kering. Terus aku naik atas.

Malam sikit berborak dengan mak tok and guru  muda aku kat ruang tamu kecik tu. Guru muda tengan urut kaki mak tok sebab biasa la dah tua,kaki dah tak kuat. aku mengadap dorang la ni. tiba-tiba aku terperasan ada bayang hitam kat pintu utama tu. Aku takut nak tengok jadinya dr ekor mata aku ni nampak dia bergerak. Tikar getah tu pun macam ada orang pijak.

On the way balik tu guru muda aku cakap, ada la tu yang datang melawat sebab aku baru first time datang sana kan. Menjenguk2. Gitewwwww


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
TT xde hapdet lagi ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2015 09:28 AM | Show all posts
aaaaa nanti aku update haha sebab aku tengah na ingat cerita. lepas aku draft nanti aku update
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 06:21 PM | Show all posts
srikandigayong replied at 15-5-2015 09:28 AM
aaaaa nanti aku update haha sebab aku tengah na ingat cerita. lepas aku draft nanti aku update

lamenye x hapdet TT
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
TT dah berhenti...lma betul tt meningat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 08:19 PM | Show all posts
Kau perempuan yer? tabik.pandai silt ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2015 09:44 AM | Show all posts
daungugur replied at 3-7-2015 05:13 PM
TT dah berhenti...lma betul tt meningat.

hahahaha aku pun da terlupa. nanti aku update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2015 09:45 AM | Show all posts
Esmiria replied at 23-8-2015 08:19 PM
Kau perempuan yer? tabik.pandai silt ye?

ye saya perempuan cik
silat tu bole la sikit2. utk mempertahankan diri insyaAllah bole
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.278199 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list