CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2433|Reply: 0

[Tempatan] Suami isteri dituduh bunuh anak 5 tahun

[Copy link]
Post time 1-10-2013 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Yin Tinn bersama suaminya, Yook Cheang dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh anak perempuannya di Taman Sri Manja tiga minggu lalu.

Petaling Jaya: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lima tahun, tiga minggu lalu.

Tertuduh, kontraktor, Hiew Yook Cheang, 49, dan isterinya, Wong Yin Tinn, 37, didakwa bersama-sama membunuh Mable Hiew, di Nombor 20-3A, Jalan PJS 3/46, Sri Manja Square, Taman Sri Manja, antara jam 7 petang, 13 September 2013 dan jam 8 pagi, 17 September 2013.

Tiada pengakuan direkod


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sebaik tuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aifaa Che Abdullah, tidak menawarkan sebarang jaminan dan meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan sementara menunggu laporan kimia.

Cuba bunuh diri
Mahkamah menetapkan 7 November depan untuk sebutan kes. Pada 19 September lalu, BH melaporkan, seorang kontraktor cuba membunuh diri bersama ahli keluarganya dengan membakar arang di dalam rumah, sehingga mengakibatkan anak perempuannya berusia lima tahun lemas terhidu asap.

Pasangan berkenaan dan anak lelakinya berusia tujuh tahun bagaimanapun terselamat dalam cubaan membunuh diri itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.091693 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list