CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12983|Reply: 182

[Tempatan] BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 2-10-2013 09:32 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - BERNAMA


sumber= mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 09:33 AM | Show all posts
vote buying on a massive scale...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:34 AM | Show all posts
teringin nak tengok reaksi macai2 yang hadap bebenor dengan bram brim brom ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:37 AM | Show all posts
berani najib nak cancel....manifesto pilihanraya tu

aku sokong aje BR1M tu tak diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:38 AM | Show all posts
BungaSaffron posted on 2-10-2013 09:34 AM
teringin nak tengok reaksi macai2 yang hadap bebenor dengan bram brim brom ni

Gaji staf gomen jgn tak naik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:42 AM | Show all posts
ngko dah kaya anak beranak bole la ckp camtu, ini bukan soal malas berusaha atau bekerja
tp kalau jurang pengagihan kekayaan makin besar, macam mana yg susah nak survive..
yg kaya bertambah kaya, of coz yg kaya akan jaga tengkolok sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2013 09:44 AM | Show all posts
rasuah secara berselindung  ciptaan umngok.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:44 AM | Show all posts
aku tak kisah sebab aku tak layak dapat brim bram brum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 09:44 AM | Show all posts
jom tengok kem mahathir akan komen mcmn.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:47 AM | Show all posts
kan bagus kalu duit brim bram brum tu digunakan untuk subsidikan minyak,semua dapat merasa sebab harga barang takkan meningkat secara mendadak,ni tidak,munturi yang vongok kate jangan naikkan rega barang tapi peniaga pemborong semua tak nak dengar,depa naikkan juga sebab minyak naik dua posen,tak bersyukur sungguh depa ni

p/s:minyak naik dua posen tapi rega barang naik sampai lima posen,hamdelah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:47 AM | Show all posts
xyah brim brom brum ni..det brim tu bg dkt subsidi minyak yg kononnya dikurangkan tu..so that semua rakyat boleh merasa..kalau bg brim pun bukan semua yg dpt..x fair la..pak jib oh pak jib..otak letak kt lutut ka apa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:48 AM | Show all posts
kat Zimbabwe, Nepal, Myanmar, Indon ada BR1M ka? wat malu jer la wei org m'sia, eh silap org umNGOK
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Brim tu boleh mkn setahun ke? Bodonyee la yg ckp tu..tapi aku xheran pasal brim pendek kta xkebulur pun..yg aku heran psl minyak yg naik 20 sen..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:49 AM | Show all posts
aku sokong dm ckp tu..betul sangat2..macai umnok sila la mara..ada aku kisah..saya tak bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
apsal tak cakap sblm pru arituh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:50 AM | Show all posts

antara janji dan kata2 bekas pm...

dilema team menteri yang menyebabkan negara berhutang berbillion2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 09:51 AM | Show all posts
yeah...baru  puas ati aku

yg memangkah BN sbb dpt brim dulu "lu pikir la sendiri "
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:51 AM | Show all posts
sapp73 posted on 2-10-2013 09:37 AM
berani najib nak cancel....manifesto pilihanraya tu

aku sokong aje BR1M tu tak diteruskan:lo ...

btl tuh..... membazir jer...

bagi je benda lain... senang citer.. turunkan harga minyak..

baru semua org dpt merasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:52 AM | Show all posts
PR dah berbuih mulut cakap cam Tun M nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:54 AM | Show all posts
seronokla mahathir...tanah dia...satu karala boleh duduk macai sedekah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.107851 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list