View: 3000|Reply: 15
|
Ahmad Tamimi Siregar berehat selepas rawatan jantung di IJN
[Copy link]
|
|
AHMAD Tamimi Siregar Kamaruddin bersama isterinya, Datin Zulhaila Siregar.
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Pelakon popular dan penerbit filem, Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamaruddin, kini berehat di rumahnya selepas menjalani rawatan dan kemudian dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
Ketika dihubungi petang ini, Ahmad Tamimi yang dimasukkan ke IJN pada petang Isnin kerana komplikasi jantung akibat dua saluran darahnya tersumbat berkata, selain berehat beliau juga kini perlu menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor.
"Saya juga perlu jaga makan dan tidur secukupnya. Walaupun terpaksa mengurangkan aktiviti di luar, namun saya masih melakukan kerja-kerja ringan di rumah," katanya.
Menurut Ahmad Tamimi, ketika di IJN, beliau menjalani rawatan angiogram dan angioplasty, iaitu bertujuan memulihkan saluran darah yang tersumbat tersebut.
"Alhamdulillah, prosesnya pemeriksaan dan rawatan berjaya. Saya bersyukur kerana darah yang tersumbat tidak begitu serius iaitu masih boleh diatasi menerusi proses angiogram dan angioplasty.
"Jika tidak, satu pembedahan mungkin terpaksa dilakukan. Saya berterima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali yang merawat dan melakukan prosedur angiogram dan angioplasty ke atas saya di IJN," katanya.
Ahmad Tamimi juga berterima kasih kepada ahli keluarga dan para peminatnya di seluruh negara yang mendoakan kesihatan beliau ketika sepanjang dirawat di IJN. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... i-IJN#ixzz2gYkg75FT
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
patut la lama x nampak berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah tinggi mcm nie. Datuk sedara I baru meninggal 3 minggu lepas - jantung gak - keluar masuk IJN. Next appointment tgh bulan nie tp dia dah takde.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka dia ni berlakun......
|
|
|
|
|
|
|
|
Terus je ade yg ngaku suka dia berlakon...mcm kes wan maimunah... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lama dulu waktu terjumpa Datuk Ahmad Tarmimi tengah riding a motorbike. My driver honk to wave at him, sekali kena marah daaa... hehehe. Dia ingat kita honk sebab marah dia, sekali dia marah kita. Kita nak lambai terus terkedu kena marah... hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
speedy recover....lepas neh makan kena jaga betul2 lah eh dato'....
|
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac posted on 2-10-2013 07:34 PM
Ingat lama dulu waktu terjumpa Datuk Ahmad Tarmimi tengah riding a motorbike. My driver honk to wave ...
marah la member ada heart problem hg pi hon tekejut la tuh...nasib baik dia tak melatah silat atas moto
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo jantung ni ubatnya kena jg mkn je...
yg buat tersumbt tu kan kolestrol...
|
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac posted on 2-10-2013 07:34 PM
Ingat lama dulu waktu terjumpa Datuk Ahmad Tarmimi tengah riding a motorbike. My driver honk to wave ...
entah2 jantung dia lemah sebab terkejutkan hon kete ko tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha kelakar....serigar ni nama org banjar ke |
|
|
|
|
|
|
|
dia orang batak mandaling kalau tak silap
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat sembuh....pelakon yg berjaya membawa apa2 watak dengan jayanya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|