CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100650|Reply: 548

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
Post time 4-10-2013 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Salam korang. Rindu pulak tetiba nak menulis cerita hantusss ni kat sini. Ye la, tiba-tiba aku rasa meriah pulak MPS ni. Pastu, budak baru @isseliparjepun pulak buat aku tetiba rindu dengan zaman palapes aku dahulukala. So, aku tak rasa aku ada bukak thread pasal cerita hantusss dan misteriusss aku sepanjang 3 tahun jadi kadet palapes. Tapi mod, kalau thread begitu dah ada, bagitau ye.

Baiklah, intro.
Sape-sape yang tau apa itu palapes, congrates. Sape yang tak tahu, palapes tu singkatan untuk pasukan latihan pegawai simpanan samada untuk TUDM or Navy and Darat. Tapi Darat selalu orang panggil Wataniah. So, pendek cite, aku budak Tudm or Airforce. Pasukan ni adalah special untuk budak ipt jek. So, dulu aku masuk palapes ni sebab nak duit.. Duit beb, sape tak nak. Tapi tak sangka la,,, lebih dari duit aku dapat.. hahaha.. aku dapat emas.!! ok tipu je. aku tau tak lawak.

Then, system dalam army ni macam biasa la. Ada senior junior kan. Dalam palapes, budak tahun 1 ialah junior, tahun 2 intermediate, tahun 3 senior. After 3 years training, tauliah agung jadi pegawai muda. Sistem panggilan, macam biasa tuan and puan. Then, aku pulak under ipta kampus cawangan. yang agak terpencil lahh dan dianak tirikan. huhu.. so, sebab tu, training kiteorang hardcore sikit daripada ipt lain dari segi training formal sampai la luar sidang training which are kat level dorm kiteorang.

Intro sal aku lak. Memandangkan aku tak berapa nak femes dalam MPS ni, aku bagitau la sikit yang aku ni memang mudah nak rasa and nampak menda alah ni dari kecik. Tapi sebab kecik dulu adalah budak kecik, so aku tak amik port sangat. But then, after masuk palapes ni baru aku actively involved la.. haha.. sekarang dah retired dari dunia misteriuss.. haha..

Okay, start.

                                                                      *****************************************


Kiteorang baru lepas angkat sumpah. So, maknanya official lah aku jadi kadet palapes airforce. Then, ada seminggu orientasi. Kiteorang panggil MSK (Minggu Suai Kenal). bunyinya macam mesra sangat. Tapi sebenarnya itulah minggu yang kena tortured abis like hell.. Bab tu aku tak reti nak citer, rasa sendiri baru tau la.. Haha.

Macam biasa, mesti ada solo camping. Solo camping ni dalam ladang sawit je. Aku excited gila sebab aku tak pernah solo camping. Tapi aku end up dengan tak ikut pun aktiviti tu. Sebab masa dalam perjalanan aku buat hal. MEmandangkan palapes is about skuad, orientasi ni memang amat highlight kat bab per'skuadan' tu. sebelum pergi solo camping, kiteorang buat group masing2 dalam 10 orang each group. Then mata ditutup dengan necktie. Pastu berjalan in line. Aku budak first dalam line tu, so aku kena pimpin oleh inter yang incharge.

Malam tu sunyi. Sebab student lain sume dah tidur, kteorang je buat benda gila kol 3pagi buta tu. Dalam aku jalan sambil dipimpin oleh puan aku, tiba-tiba aku mengeras. Tak bergerak. So line aku stop la. Pastu, puan aku tiba-tiba bawak aku keluar dari line. Then member belakang aku tarik aku and jerit-jerit "puan.. jangan ambik skuad saya.. aerolz aerolz!!!(nama tipu) jangan keluar dari barisan.." member aku jerit. sebab rule aktiviti tu jangan bagi kawan hilang dari line. tapi aku ikut je puan aku. sebab aku pun tiba-tiba kaku kan..

then, member yang lain teruskan aktiviti, aku lak ditinggal kat tepi jalan. puan aku bukak penutup mata aku. dia tanya aku okay tak. aku pelik. kenapa? dia cakap masa aku stop tu, kiteorang kat bawah pokok besar. then aku tiba-tiba genggam tangan dia kejap sangat. pastu kelakuan aku macam pelik. nafas aku pun macam kuat sangat. so, sebab tu dia keluarkan aku dari line sebab risau jadi ape2 masa solo camping tu. . . puan aku cakap, masa aku genggam tangan dia tu, dia rasa meremang satu badan. and macam something tengok dia dari atas pokok. tapi aku tak tau nak cakap ape, sebab aku penat kan. so aku tak amik port sangat...

Tak seram kan.. tapi itulah permulaan kisah aku sepanjang 3 tahun dalam palapes ni.



                                                           ******************************************

Okay aku banyak skip sepanjang sem aktiviti punya cerita. tapi takpe, tak penting. Hujung semester. Adalah untuk annual training/latihan tahunan. Kiteorang ada 2 minggu annual camp. Seminggu kat mes, seminggu dalam hutan. Tahun itu, kiteorang masuk hutan ladang kelapa sawit di daerah A.

Sebagai seorang junior, aku sangat la awkward sebab first time masuk hutan. Dalam army punya style lak tu. Ko ingat nak camping unggun api nyanyi guna gitar ke ape??? tak!!! 2jam setengah perjalanan, dengan seminggu sebelum tu punya aktiviti, penat memang tak hingat la kan.. Bila dah sampai ladang tu, aku tak sabar turun dari bus. Sebab aku memang tak tahan nak terkucil. Siap tanya kat senior lagi.. "uan nak g toilet.." "Banyak cantik ko punya toilet, ko ingat kita ni pegi mall ke ape ada toilet.. pegi gali toilet sendiri laa.." haha padan muka aku dan member.. Sebab kiteorang ni junior, so tenaga kerja adalah peranan utama kami. Skuad yang lain tengah loading barang2 dari bus and trak 3 tan. Dalam dorang busy loading barang tu, aku and 3 orang skuad perempuan aku redah la semak. Sebab nak membuang kan.

MEmandangkan aku dah tak tahan sangat, aku terus carik port yang tersembunyi sikit, and melepaskan hajat. Tapi tengah aku buat proses tu, aku baru terperasan aku membuang kat atas busut. Kecik je busut tu. comel semacam. Pastu, aku sempat la cakap dalam hati, sori, aku mengucil atas rumah ko hehehee.. Aku senyum je.. Dah abis semua aku citer kat member aku sal busut tu. Nama dia A. Dia ni boleh nampak hantu. Pastu dia diam je. Aku pun buat dont know je la kann..

Untuk hari pertama tu, macam biasa, hell hell hell  je la kan.. i mean tortured la dalam bahasa biasa..

                                                           ********************************************


Bila senja menjelang. Kiteorang kena buat perimeter. Guna tali sekeliling khemah. Khemah dalam bulatan. Sebab malam, adalah aktiviti ambush mengambush. Iaitu, pegawai2 akan ambush camp peringkat masing-masing. So, kiteorang mesti sentri(berjaga - dengan styer(senapang) ditangan hahaha) la.. Kiteorang mesti memastikan pegawai tak dapat masuk dalam kawasan kiteorang dan tangkap ketua platun yang berada ditengah camp. Kalau berjaya di ambush, memang kena hell teruk la malam tu kann.. Selain itu, kerja pegawai2 ni jugak adalah mencuri styer. Siapa hilang styer tu memang naiya laa.. Dalam hutan styer tu ibarat suami isteri masing-masing. 24jam tak boleh berenggang.

Malam tu, macam biasa aku sentri. Dengan nyamuk banyak. Ngantuk pulak tu. Terlelap la jugak. Time tu, aku berjaga dengan member aku yang sorang lagi. Gelap dan sunyi je. Aku agak pegawai kiteorang plan ambush jam 3pagi kot. Sedang mata aku melilau diluar kawasan perimeter yang gelap tu, tetiba aku nampak kelibat. Macamane nak cakap ea. Macam lembaga hitam. Tapi aku tak nampak muka la.. Gelap kot.. Tapi dia sembunyi-sembunyi. Maksud aku dia lari sekejap ke pokok tu, sekejap ke pokok tu. Time tu, aku just menyangkakan pegawai kiteorang nak ambush. Ye la, mesti la buat penyamaran kann dalam gelap..

Tapi sekejap je aku nampak kelibat tu, nafas aku terus tak tentu. Time tu aku sedar tak sedar lah.. Member aku pelik la kenapa kan. badan aku dah sejuk beku dah. Dorang terus bawak pegi main camp. Pastu dorang cakap kuku aku dah biru muka aku dah pucat dah. Pastu mata aku tengok depan je. Aku pun tak tau kenapa la kan.. Tuan puan yang lain dah tak sedap hati dah. Dorang memang dah agak aku mesti kena something. Something aku pun tak tau la kan.. sebab time tu, aku cuma rasa dada aku sakit tak dapat nak bernafas. Pastu dorang bawak aku pergi hospital kat daerah tu. Masuk emergency. Masuk air dua botol. Doc just cakap aku tak cukup air.

Tapi dalam aku sedar tak sedar sepanjang ke hospital tu, aku ingat lagi.. aku nampak jip tentera yang aku naik tu melanggar kayu balak sebesar lori melintang tengah jalan. Time tu aku just mampu tengok je, aku menjerit dalam hati nak cakap kat depan ada kayu balak besar.... Tapi bila jip tu lalu, elok je tembus.. Pastu aku diamkan aje..

Pasal lembaga hitam tu, time dalam jip aku nampak la sekali kat depan bonet jip. Pastu sekali kat hospital. Dari jauh la. Aku pandang je. tapi tak tau ape. Dan aku pun tak tau kenapa aku boleh jadi macam tu malam tu.. Bermula lah segalanyaaa...
Last edited by medangmru on 26-10-2013 08:42 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 02:12 AM | Show all posts
Memang tak seram. Aku tau aku tak reti bercerita sebab tunggang langgang. Haha. Lantak la, yang penting aku melepas rindu dengan pengalaman dolu dolu..

Sambungan..

Malam tu selepas dari hospital dah abis masuk air semua dalam badan, baliklah kiteorang masuk semula ke dalam hutan. Tapi aku tak dibenarkan masuk dalam khemah kiteorang la. Aku tidur kat Rsat. Tempat medic. So, sape-sape yang sakit bagai, stay kat situ la.. Aku tak nak sebenarnya, tapi sebab itu adalah satu arahan, aku terpaksa.. Time tu dah pukul berapa entah, ada la 2 3 ketul kadet junior jugak dalam tu yang sakit. Sedap je dorang tidur. Staf medic suruh aku tidur sebelah budak pompuan ni.. So, aku tidur la... Aku tak kenal sebab dia budak uni lain.

Esok paginya, bila aku bangun, budak pompuan yang tidur sebelah aku tu, tanya la mcam2 kan. aku jawab tak jawab je la.. pastu tiba-tiba dia tanya, "malam tadi perasan tak ada orang lain tidur kat tengah-tengah kita berdua?" Aku cakap je la tak tau. Sebab aku tidur mati kan.. Mane nak ingat dunia dah..

Dia citer la lepas aku tidur sebelah dia tu, dia terjaga la pastu dia toleh kat aku. And alangkah terkejutnya dia sebab dia nampak ada orang tidur kat tengah-tengah antara kiteorang berdua. pastu makhluk yang baring tu pulak takde kepala.. Macam mane rupa dia, aku tak tanya lanjut lagi la.. Aku takut aku sendiri pun cuak kan.. Aku diam je laaa.. Siot jeee.. Takkan sampai aku tidor pun dia ikut sekali kannn..

Serius aku tension jugak la gangguan sepanjang aku join training tu.. tapi best dapat duit. hahahaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:27 AM | Show all posts
Okay ni cerita dari kawan aku nama A tadi (yang boleh nampak hantu tu.)

tapi masa dalam training yang sama la..

Si A ni kecik je orang nya. Tapi sixth sense punya budak lain sikit ooo dia punya perangai. Dia ni memang dah boleh nampak benda alah ni dari kecik dah. Tapi dia kalau nampak dia buat tak tau je la.. Tapi kiteorang tau kalau dia nampak tu, muka dia lain. And dia akan jadi pendiam. Sebab boleh beza kerana dia ni banyak mulut sikit. So kalau dia diam and tengok kat satu tempat tu semacam je, memang ada la..

Yang ni dia citer bile dah balik tu.

Malam tu macam biasa la.. JAga camp masing-masing. Tapi kerana junior adalah junior mana nak faham sangat konsep. Sebenarnya tak boleh bawak makanan luar time sebab kiteorang disediakan ransum (makanan army) untuk elak kiteorang membuang air besar dalam hutan. ye la mane ada toilet flush kan.. toilet hutan je laa..

Malam tu kiteorang meronggeng la kat khemah kiteorang. Lepak2 sambil makan jajan. entah siapa yang seludup bawak aku pun tak tau. Ketua platun punya khemah adalah port kiteorang lepak. Khemah dia ni kat bawah batang pokok besar. Pokok ni batang je. Tapi besar dan kaler hitam. Tak de daun dah.. Pokok dah mati. Mana dapat nak tebang kann..

Tengah sedap2 lepak makan jajan tu, kiteorang gelak-gelak la kan.. Tapi si A ni je yang diam. Sebab dia tau ada makhluk lain perhatikan kiteorang yang tengah gelak sakan dari atas pokok tu. Nak tau dia nampak ape? Dia nampak kak pon yang rambut panjang mengurai lepak landing atas batang pokok tu.. Tersengih je tengok kiteorang. Dah tu, landing lama lak tu.. Kiteorang abis lepak baru dia terbang.. Cakap je la nak join lepak sekaki kann.. MAlu malu pulak. Hahahaha..

Pengajaran, dalam hutan, ko jangan nak terkinja-kinja macam mak bapak ko punya tanah. Ada lagi makhluk lain dalam hutan tu.. Sebagai contoh, kak pon..!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:39 AM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR NI)

Aku ngade ngade sikit letak gambar,, ni khemah medic. tempat aku tidur lepas dari hospital tu.
dimana ada makhluk takde kepala tidur sebelah aku.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 10:38 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:53 AM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR NI)

ni lak gambar kiteorang kena hell awal pagi. warming up kata kan.. bersama styer kesayangan masing2.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 10:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 03:21 AM | Show all posts
apa beza styer dengan m16 ek? wah bestnya kau dpt jd tentera...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2013 04:04 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 4-10-2013 03:21 AM
apa beza styer dengan m16 ek? wah bestnya kau dpt jd tentera...

tentera simpanan je. sekarang dah jadi pegawai, tak aktif dah. malas. cawangan kiteorang dah kena bubar. tak best duk cawangan orang lain.

beza styer dengan m16 ea? styer yang kteorang pegang tu. m16 lak budak darat salu guna. even time menembak pun, kteorang guna styer, darat guna m16. styer ni ada teropong kalau nak shoot. m16 lak takde. pastu m16 kalau nak cekah, main cekak bawah. styer lak cekah atas. kiranya styer ni kena kuat tangan la.. kalau tak, memang tak keluar la peluru dari magazine/kelopak tu.. tapi aku lagi suka la menembak guna styer walaupun selalu stop wages/stuck. sebab m16 dah lama2 nak cekah tu, panassss.. huhuu.. then menembak guna pistol glock lagi best dari menembak senapang. huhu..itu je la yang aku tau beza antara dua binatang tu.. main guna je. tak pakar ponn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 04:17 AM | Show all posts
Sebab aku tak dapat tidur, aku nak sambung jugak cerita aku nihh..

Ni cerita dari Si A jugak.

Sebelum buat khemah, kteorang kena buat formasi. Formasi ape tah lupaa.. Alaaa imagine je, macam askar nak pegi berperang so kena ada plan nak dirikan khemah kat mana, tinjau lokasi mane tau laluan musuh ke ape ke kann.. Bila dah buat khemah tu, as a juniors kiteorang memang masih ditahap lembap bin cipan la kan..

Sebab dah seronok buat round defend/bulatan dan select tempat khemah masing-masing, semua tebang la segala pokok dan semak disekeliling kan.. sebab tu kan hutan, mesti la tebang apa yang patut nak dirikan khemah and nak gali lubang kubu kat sebelah untuk sentri.

Tapi kalau lah betul2 kiteorang ni nak pergi serang hendap musuh, pastu buat khemah dalam kawasan terbuka umpama padang jarak padang tekukur, aku konfirm kiteorang lah camp first yang kena ambush.. sebab memang botak kawasan tu kiteorang kerjakan. yang tinggal cuma pokok tunggul sebatang tempat kak pon landing tengah2 tu je. Memang naya la kteorang kena bebel malam tu sebab botakkan kawasan sentri.

Dalam seronok menebang tu, Si A ni sebab melilau sangat matanya.. terpandang la satu kejadian. Ada sorang budak laki dari uni lain ni. Dia syok je tebang pokok yang satu tu. Pokok tu kecik je.. Besar lengan aku ni je haaa.. (aku kurusss hokayy.. haha) pastu tinggi, ada daun sikit-sikit. Tapi budak laki tu tebang punya tebang pokok tu tak jugak tumbang. Memang tak logik la kan.. Pokok kecik cekeding je kot.. Memang batang dia dah half terpotong dah. Kalau ikutkan, kalau tolak guna tangan pun dah boleh tumbang. Tapi pokok tu degil tak nak tumbang. Macam lekat. Macam something menahan daripada tumbang.

Nak tau ape Si A ni nampak? Dia nampak ada budak kecik tahan batang pokok tu daripada tumbang. Katanya muka budak kecik tu macam marah je.. Aku tak tanya lak kan tu anak sape dari mane kan.. Tapi budak lelaki tu tadi last2 mengalah.. and biarkan aje.. Si A ni tengok je laaa.. Pastu aku tak tanya dah mane budak kecik tu pegi. Si A just bagitau yang lepas budak laki tu blah, terus tumbang pokok tu..

So pengajaran lagi, bila ko dalam hutan, jangan ko sukati nak tebang pokok.. marah anak jin  yang duduk situ. hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2013 04:39 AM | Show all posts
(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

ni m16, nampak kiri lelaki tu dia pegang tempat cekah tu, kat bawah.




(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

ni lak styer. tempat cekah yang kat bawah tempat teropong tu..


(SORRY AKU TERPAKSA DELETE GAMBAR  INI..)

ni machine gun. yang rambo guna tu. haha. jarak tembakan atas 1000meter. kuat ooo bunyi dia macam orang berperang.. kiteorang guna menda ni sampai terbakar hutan.. hahaha..


time ni kiteorang aktiviti menembak. tempat ni lagi angker. dilain masa aku ceritakan.. Last edited by aerolz on 18-10-2013 10:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:59 AM | Show all posts
best gila cerita TT...........

ok cepat sambung, toksah dok melangut lagi........apa jadi pas tu, ni mama nak tanya, adik ni boy ke girl???

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 10:43 AM | Show all posts
aerolz posted on 4-10-2013 04:04 AM
tentera simpanan je. sekarang dah jadi pegawai, tak aktif dah. malas. cawangan kiteorang dah kena  ...

upload lah lg gmbr..

oh styer cmtu.. kalau styer ni masuk dalam air rosak tak?? ke sama cm m 16 mati kelemasan dalam air?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 10:48 AM | Show all posts
laki aku tenera selalu blk bw makanan ransum klu dia duty ... ade roti air mineral aku ler tukang makan.biskut dia keras betul...aku suke makanan dlm paket dia tu ader nasi goreng sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:24 AM | Show all posts
syok lah baca... siap ade gamba2... best2.... sambung lagi tt... a'ah lah you nie boy or girl?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:43 AM | Show all posts
mau lagikkk....
skg ko dh pencen ke...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:58 AM | Show all posts
mamaezah posted on 4-10-2013 09:59 AM
best gila cerita TT...........

ok cepat sambung, toksah dok melangut lagi........apa jadi pas tu, ...

adik ni gegerl la mama....
boleh tahan ati kering jugak die ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:11 PM | Show all posts
masa dkat u dulu slalu dengaq budak2 palapes dok kawad pg2 time weekend
awai sunguh..org dok tidoq lg depa kawad dah, hehe
btw syiok cita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 12:29 PM | Show all posts
best baca.
mau lg plsss....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 01:11 PM | Show all posts
Syiok baca..nak lagi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:21 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 4-10-2013 10:43 AM
upload lah lg gmbr..

oh styer cmtu.. kalau styer ni masuk dalam air rosak tak?? ke sama c ...

Entah la rosak dia macam mane. sebab kiteorang masuk air, air siap keluar masuk lagi dari muncung styer tu. sebab tu selalu stop wages. rosak celah mane aku pun tak tau. tak pakar. sebab tu kalau masuk hutan, macam compass macthing/pandu arah, kiteorang mesti tutup yang muncung kat depan tu dengan kondom.. supaya tak masuk selut tanah bagai. kalau tak mau patah jugak la nak cekah bagi tanah keluar.. lagipun bila buat aktiviti pandu arah, kiteorang tak tembak pun, sebab disediakan peluru kapur je.. tapi pernah jugak la member aku terguna nak menembak sebab nak takutkan anjing hahahaa..!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 02:23 PM | Show all posts
mamaezah posted on 4-10-2013 09:59 AM
best gila cerita TT...........

ok cepat sambung, toksah dok melangut lagi........apa jadi pas tu, ...

Jap lagi sambung yee.. Banyak citer pendek-pendek je.. Sebab saya kalau nak citer, terus abiss.. Misteri tak misteri, biarkan aje jadi misteri

Adik ni gegerl. Nama je boboyss.. Kesian kite selalu kena salah jadi lelaki sebab nama, nak tukar nama, sayang lak... sentimental tuhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076236 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list