CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
 Author| Post time 12-10-2013 11:48 PM | Show all posts
rendangayam posted on 12-10-2013 11:14 PM
tt nk tanya baca perintah tu apa???

Baca perintah ea??

Basically la ye, seperti ape yang saya tau.. Baca perintah tu, adalah sesuatu yang mesti dibuat sebelum serang hendap.

Serang hendap ni, saya penah briefly explain kan.. Belajar macamana nak serang hendap musuh. Tapi dalam tentera kan ada taktikal dan formasi nya sendiri. Bukan main serang je.. Antara taktikal nya seperti penyamaran semasa nak serang hendap. Pergerakan setiap ahli dalam kumpulan. Mesti bergerak ikut kedudukan masing2. Pastu ada formasi lompat katak dan ulat bulu. (ni pergerakan semasa nak serang hendap..lupa dah..hehe.) Pastu ada formasi diamond.. em ape lagi eaa.. lupa.. (ni semua jenis2 pergerakan seksyen dalam platun - dalam platun ada group lagi iaitu 3 jenis seksyen - pastu ada ahli dengan kedudukan masing2 la.. ) Bab training serang hendap ni, saya paling suka time ketua platun jerit.. "Musuh di hadapan, siapa nampak tembak bertubi-tubi..!!! Bang bang bang bang..!!!) Perghhh time ni rasa feeling berperang betul2 je.. Bila dah dapat arahan macam tu, kiteorang mesti otomatik meniarap ke tanah dan tembak di mana arah musuh yang dilaungkan.. Pastu, bila dah dapat serang musuh, buat la round defend. Kan ada 3 seksyen(group) so, dengan formasi yang diguna, dapat la kepung kawasan musuh.. Bila dah kepung musuh, pegi ke tengah, cek keadaan musuh yang dah tumbang (ni ada cara dia jugak la.. ) pastu.. ada train untuk bom grenade jugak.. Ni kot2 kita ada guna grenade ke.. So, sape yang baling grenade tu, akan bagi arahan.. "Grenade..!!" Jadi, semua otomatik meniarap dan push up still. Dan kira "saturibu,duaribu,tigaribu,empatribu,limaribu,enamribu,tujuhribu,Booomm!!" lebih kurang gitu la.. lupa samada kira dari belakang or depan.. Bab serang hendap, ni je la yang ingat kot.. Kalau ada yang salah, harap maafkan. dah lama dah..

Pastu, baca perintah ni.. adalah arahan yang dikeluarkan sebelum buat serang hendap.. Kan nak buat serang hendap, so kena tau mana kawasan musuh. Jadi, sebelum buat serang hendap, kena survey dulu kawasan yang nak diserang.. Survey sampai kena tau grid mane kawasan hutan, kawasan kampung, kebun ke ape ke kan.. grid mane nak serang musuh. mane tempat TBS(tempat berhenti sementara-maincamp sementara) dan lain2.. Semua yang disurvey ni nanti akan masuk dalam model.

Model ni, adalah macam model binaan jugak la.. tapi memang fully dari tanah, batu-batu, kapur warna warni (untuk bezakan mana kampung/paya/sungai), lumut(untuk buat hutan-nampak real sikit), pastu ada grid untuk set mane tempat nak serang musuh dll.. Model ni pendek kata macam peta yang bersaiz besar lah ye.. tapi buatan sendiri.. (Umpama model ni slide besar dalam hutan..pastu baca perintah adalah presentation..)

Dah siap model, baca perintah akan dimulakan. Ketua platun akan baca perintah.. Apa yang terkandung dalam baca perintah, macam... present kat ahli kumpulan apa yang bakal dilakukan time serang musuh nanti.. contohnya, ketua platun akan cakap mana tempat nak serang musuh, mana kawasan kampung, musuh tu ada tendency tak nak serang kawasan kampung, sumber makanan musuh dari mana, pukul berapa musuh keluar masuk kawasan dorang, ketua musuh siapa, apa senjata dorang guna, tahap bahaya dorang macam manee dan lain-lain lagi la.. bila dah tau semua kekuatan dan kelemahan musuh, boleh lah atur mcamane nak serang hendap musuh..

Begitu la sedikit sebanyak yang saya ingat tentang apa itu serang hendap, baca perintah dan buat model.. Dalam banyak2 baca perintah kiteorang selalu fail.. huhuuu.. Ketua yang berdedikasi adalah ketua yang pandai baca perintah.. hahahaha..

Ada terkurang terlebih, mohon ampun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 11:51 PM | Show all posts
azrain98 posted on 12-10-2013 11:37 PM
macam ikrar?

putrajaya ea?? kekekee.. tak jauh pun.. marathon je..

apa itu baca perintah, ada saya explain sikit kat post baru.. dah lama, tak tau la tepat ke tak.. takut jugak ada otai yang lahar.. mane tak nya, 3tahun kadet pun masih tak reti benda basic gitewww..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 12:03 AM | Show all posts
aerolz posted on 12-10-2013 11:51 PM
putrajaya ea?? kekekee.. tak jauh pun.. marathon je..

apa itu baca perintah, ada saya exp ...

ye arr marathon jauh cam gi Rawang

baca betul explaination tu...jadi point dia perintah ni mcm arahan??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 12:12 AM | Show all posts
azrain98 posted on 13-10-2013 12:03 AM
ye arr marathon jauh cam gi Rawang

baca betul explaination tu...jadi point dia perintah ni m ...

yup macam arahan. Sebab memang semua dalam askar adalah arahan. command and do. command and do. commando! haha.

Tapi kalau fikir balik kenapa Baca Perintah. Sebab benda tu adalah bagi arahan, (tapi more kepada meeting laa..) and  diskas pasal taktikal yang akan dilakukan..

Ke aku yang explain berbelit2?? hahaa.. Sebab maybe aku explain dari jiwa seorang askar kot, tapi civil cara dia fikir lain.. kot.. huhuu ampun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 12:35 AM | Show all posts
aerolz posted on 13-10-2013 12:12 AM
yup macam arahan. Sebab memang semua dalam askar adalah arahan. command and do. command and do. co ...

sila sambunglagi
saya keje malam
bosan ni


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:58 AM | Show all posts
khatam dah baca thread tt ni.. mmg best...

er ada dpt tauliah x bg readers yg dah khatam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2013 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
by the way TT, bole tak ko describe mcm mana rupa si selempang tu? kalau ko x penah tgk, maybe berdasarkan penjelasan dr A atau Amin. tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 01:45 PM | Show all posts
otai_g posted on 13-10-2013 02:58 AM
khatam dah baca thread tt ni.. mmg best...

er ada dpt tauliah x bg readers yg dah khatam?

Tauliah? Kalau aku bagi tauliah, tak layak la kot.

Tauliah momod je la ye.. Tauliah abang medang. Hihii.. Jangan mare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2013 01:52 PM | Show all posts
apalancut posted on 13-10-2013 01:05 PM
by the way TT, bole tak ko describe mcm mana rupa si selempang tu? kalau ko x penah tgk, maybe berda ...

Aku tak penah tengok si selempang. Dan kalau ada pape, dorang jarang cerita detail. ini aku boleh la cerita sikit2 sebab aku banyak jadi saksi and mengalami sama kejadian tu.. Mungkin ada yang detail tu, sebab aku banyak ikut dorang, and ada part yang aku tak boleh tau pun aku tau.

Tapi dari yang aku ingat masa Ami cakap kat A, time si selempang ni kat atas tiang lampu tu, aku dapat bayangkan selempang tu, badan dia besar, muka buruk, pendek kata, antara jin dia ni kira pendekar la. gagah bentuk tubuhnya. berkedut seluruh tubuhnya.(macam sisik) pastu jantan. Kenapa aku boleh bayangkan, ingat lagi tak time tu aku ada on ilmu dalaman? salah satu yang dipelajari adalah cara scan and tengok rupa jin tu. Tapi aku selalu nafikan la apa yang aku nampak. aku anggap bayangan je..(ni ramai yang tak percaya, jadinya aku memang banyak skip part ni.)

tu je la boleh aku describe. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih TT. nak tau gak rupa canneh. kot2 ada mirip2 Monster Inc ke apa ke. hahaha silap2 gagah perkasa, tp ghope Minion. ahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 02:37 PM | Show all posts
apalancut posted on 13-10-2013 02:00 PM
terima kasih TT. nak tau gak rupa canneh. kot2 ada mirip2 Monster Inc ke apa ke. hahaha silap2 gagah ...

haha.. ye la tu,, nak bayangkan, boleh bayangkan macam monster tu.. kalau minion?? aku pun nak bela jadi pet.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:54 PM | Show all posts
aerolz posted on 13-10-2013 12:12 AM
yup macam arahan. Sebab memang semua dalam askar adalah arahan. command and do. command and do. co ...

masih berjiwa askar rupanya...hahahah tak rindu ngan hutan ke ...hutan rindu kamu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 11:46 PM | Show all posts
Masuk tahun ke 3, aku jadi seorang senior.

Dalam banyak-banyak kejadian, ini adalah kejadian yang paling mengarut pernah jadi kat aku. Jadi, siapa-siapa yang tak percaya, itu terpulang. Sebab even aku pun, sampai sekarang susah nak percaya..

Kejadian ini jugak adalah kejadian terburuk yang berlaku sepanjang 3 tahun aku dalam palapes. Sebab melibatkan hidup dan mati ramai orang. malah kejadian ni pun pernah masuk newspaper masa tu. Disebabkan kejadian ni jugak, aku bertekad untuk terus berpaling dari hal mistikus ni,, aku cuba hidup senormal yang mungkin sehingga ke hari ini..

Aku rasa, aku pernah post kisah ini dalam satu benang, tapi aku lupa,, jadi aku karang semula mengikut apa yang masih aku ingat.. Dan ini kisah benar sebenar-benarnya.


Hujung tahun ke-3 sudah hampir. Maknanya, tidak lama lagi tauliah. Menghabiskan zaman kadet. Dan kem tahunan tahun itu merupakan kem tahunan terakhir yang aku join. Tahun itu, kami melakukan kem berterusan. Iaitu 3 minggu secara berterusan. 2 minggu peringkat kem. dan 1 minggu peringkat hutan. Tahun itu jugak merupakan satu kejutan buat kami, sebab adjutan kami telah ditransfer ke uni lain. Makanya, adjutan baru muncul. Adjutan perempuan, Mem.

Adjutan baru yang lebih strict dan garang buatkan keadaan lebih sukar dan menakutkan untuk kami. Lebih2 lagi, kami peringkat senior. Komitmen yang tinggi untuk training, persediaan tauliah, pemantauan junior dan inter malah prestasi pelajaran kami,,, sangat teramat ditekankan oleh beliau. Masa itulah, kami merindui adjutan lama kami.. sob sob sobb..

Sebelum pertukaran adjutan, khabar angin tersebar luas tentang adjutan perempuan yang baru,, garang, tegas, dan ...................,, Walaupun belum bersedia dengan pertukaran itu, kami redha seredha nya.. huhuu.. Lagipun, untuk kem tahunan kali ini, adjutan lama masih bersama kami, pendek kata, beliau pun hybrid punya adjutan.. Sebab banyak lagi perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum menyerahkan kami sepenuhnya kepada adjutan baharu..

Kem berterusan bermula..

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:31 AM | Show all posts
lagi2... nak sambungan..


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
aerolz posted on 13-10-2013 11:46 PM
Masuk tahun ke 3, aku jadi seorang senior.

Dalam banyak-banyak kejadian, ini adalah kejadian yan ...

Uuuuuuuuuu....sambung2!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 12:00 PM | Show all posts
Hai TT...
Sy SR je,n jarang nk bagi komen apa2 dlm mana2 cerita.
Tabik spring kental buat TT sbb berjaya mbuatkan sy BOOKMARK pages cik TT.. Heheeee..

Xsabar tunggu final story dr cik TT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2013 03:29 PM | Show all posts

Semuanya bermula disini. Kisah kali ni aku tak tau samada aku nak highlight kejadian tu, atau apa yang jadi pada diri aku. Walaupun aku sentiasa anggap semua tu kebetulan dan atas kehendakNya, jauh dalam lubuk hati aku, sampai sekarang masih membuat aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. apapun, sebagai hamba yang banyak kekhilafan dan serba kerdil ini, aku tetap percaya, allah itu maha mengetahui lagi maha besar atas segala sesuatu yang terjadi dan Dia kehendaki.

Pandu Arah.

Untuk aktiviti pandu arah kali ni, aku tak dapat ikut. Berikutan kejadian yang berlaku sebelum ini(antara kisah yang aku tidak ceritakan di sini),, aku di disqualifiedkan dari mengikuti aktiviti tersebut. Lebih-lebih lagi atas pemerintahan baru Mem, keadaan menjadi lebih tegas untuk aku. Masa ni la betapa aku rindu kat adjutan lama sebab kalau dia, mesti dia bagi aku join pandu arah. Aku ingat lagi, masa inter pun aku ditegah untuk ikut, tapi tuan yang back up aku sampai aku boleh join pandu arah.. sayang tuan. hihi

Memandangkan kali ini pertandingan pandu arah hanya melibatkan 3 kumpulan dari uni kiteorang iaitu 10 orang kadet setiap group, dan jumlah keseluruhan kadet pada ketika itu adalah 31, sememangnya, secara automatik aku dikeluarkan.. huhhh.. sampai sekarang aku tak puas hati.. Tapi apa boleh buat, itu juga merupakan satu arahan. Suka atau tidak, aku terpaksa ikut.

Bermula lah pandu arah pada hari tersebut. Oh ya, aku lupa,, cuma junior sahaja tidak dimasukkan dalam pertandingan, mereka cuma diwajibkan dalam mengikuti latihan pandu arah sahaja. pendek kata, untuk junior, pandu arah kali ini adalah pelajaran basic untuk mereka.

Seperti biasa, setiap group akan dihantar ke checkpoint masing-masing. memandangkan aku seorang sahaja kadet yang tinggal, makanya aku duduk bersama pegawai-pegawai yang lain. Aku ingat lagi, masa tu, aku ditugaskan dalam mengambil makanan(fitik) di mess untuk para pegawai. Tapi tidak lah sebanyak seperti biasa sebab kadet semua masuk hutan. Sekadar untuk di makan oleh para pegawai. Hmm.. masa tu jugak ada la seketul dua kadet inter yang tak join pandu arah jugak disebabkan masalah tertentu. Memandangkan aku satu2nya senior yang tinggal, aku la yang terpaksa lead fitik masa tu. Tapi ofkos la bukan aku yang angkat2 semua barang kan.. senior kata kan.. hehehee

Group last dihantar ke checkpoint dorang. Masa tu, kebetulan aku naik sekali 3 ton yang dorang naik..Sebab jadi fitik kan,, nak kena amik makanan kat mess,, itu yang aku naik sekali tu.. Jadi, aku sempat la memerhatikan dorang dilepaskan kat checkpoint tu, sebab tunggu adjutan naik sekali 3 ton, jadi kiteorang pun terpaksa la tunggu sekali.

Time ni la benda pelik ni berlaku kat aku.. Untuk pertama kalinya, aku tau ini bukan dejavu. Sebab aku tau dejavu tu macam mana.. Tapi kali ni lain. Aku dapat satu bayangan.

MAsa ni, 3ton parking kat tepi jalan besar. dimana kawasan group terakhir dilepaskan. Aku duduk je dalam 3 ton, merajuk katanya,, tapi sempat jugak la aku menjenguk dorang yang tengah baca peta tu.. masa ni pun pegawai ramai je yang naik moto pegi ke checkpoint tu.. memantau katanyaa.. Masa ni la, aku berdiri kat dalam tengah2 3 ton tu.. Aku rasa something yang sangat pelikk..

Aku jadi terpaku sekejap. Sebab perasaan yang aku rasa tu, memang satu rasa yang sangat negatif dan buat aku jadi sangat janggal. Aku ingat lagi, didepan mata aku macam ada satu skrin layar terpasang. Memaparkan kejadian-kejadian yang kurang enak la dipandang. Aku jadi keliru tiba-tiba. Sebab aku ingatkan aku tengah berhalusinasi.. Aku cepat-cepat tutup mata dan balik ke alam nyata. Tapi bila aku bukak mata, ternyata apa yang aku nampak tadi masih berlegar2 kat depan mata aku. Adakalanya aku rasa macam ada cip dalam kepala otak aku ni,,, sebab skrin kejadian tu, umpama video dimain berulang-ulang tanpa henti.. Buat aku jadi pening dan sakit kepala..

Apa yang aku nampak bukanlah keseluruhan kejadian. Macam,,, keluar satu2 scene2 tertentu.. yang aku tak dapat nak describe and explain masa tu.. Aku tak tau korang faham ke tak apa yang aku try cakap, tapi macam tu laa.. Aku kira lebih kepada bayangan, mungkin. Sebab slide scene2 yang keluar tu, cepat sangat.. tapi berulang-ulang sampai aku hafal apa yang aku nampak.. Tapi time tu aku memang tak faham.. Aku jadi pening pastu aku menggeletar.. Aku menggeletar sebab scene yang last yang aku nampak buat aku jadi takutt.. Aku diam,,, dan aku duduk tak bercakap apa2...

Nak tau ape yang aku nampak? Mula2, masa aku jenguk dorang kat checkpoint pelepasan tu, aku tengok la pegawai aku ni naik moto kat seberang jalan. Pastu, dalam masa sama, ada satu lori batu yang besar ni lalu tepi 3 ton yang aku naik tu,, laju semacam sampai aku rasa 3 ton tu nak terbalik jee.. Time ni la,, bayangan scene yang aku nampak tu muncul dalam kepala otak aku ni..

Apa yang aku nampak adalah, moto yang pegawai aku naik tu (Puan M), eksiden.. memang eksiden.. aku siap boleh hafal no plat moto tu.. Pastu ada scene lain jugak, eksiden jugak, moto yang sama. Then, scene seterusnya aku nampak A dalam hutan(aku pasti yang ni masa pandu arah), and yang last paling menakutkan. aku nampak 3ton eksiden.

Tak logik kan. memang tak logik. Time tu, aku rasa nak hentak je kepala aku kat lantai 3 ton.. sebab, satu, aku tak faham apa yang aku nampak, then, aku tak faham kenapa aku mesti terbayang benda yang bukan2 tu,, lagi satu, aku tak faham apa yang berlaku sebenarnya.. Buat aku jadi blurr.. seblur blurnyaa.. Yes,, aku blank seketika sampai aku diam sepanjang perjalanan ke mess tu,, dalam masa sama aku takut.. sebab sebelum tu pun, pernah jugak beberapa kali bayangan gila macam tu, masuk dalam kepala otak aku.... and benda tu betul2 terjadi..

Memandangkan beberapa pengalaman yang lepas terhadap bayangan yang bukan2 tu menjadi kenyataan apabila aku menceritakan kat orang lain, kali ni, aku bertindak untuk berdiam diri. berharap semuanya adalah mimpi siang aku semata-mata.. dan berharap takde apa yang berlaku. cuma halusinasi aku semata-mata. Yes, aku sangat berharap takde apa berlaku masa tu..

Malam tu, aku sorang2 je kat kolej. Tapi ada la beberapa orang pegawai yang temankan aku.. Nak naik bilik, aku jadi takut pulak sebab tak de sorang pun manusia kat level.. Jadi, akhirnya aku tunggu la jugak kat bawah sambil tunggu budak junior balik dari pandu arah.(sebab junior kan jarak dorang tak jauh.. sebab tu kejap jee..)

Time ni, aku duduk dalam bilik tv. Tengok tv. masa ni la aku dengar bunyi bising kat depan blok.. Oooohh, budak junior dah sampai. Aku hepi laa,, ada jugak geng kann.. aku pergi la tengok kat depan.. tengok dorang penat2, duduk rehat,, warming down sume kann.. Masa ni, aku jenguk dari dalam lobi je. Time ni la,, aku terdengar perbualan pegawai aku ni,, pegawai M yang bawak moto masa aku kat atas 3 ton tu.. Dia tengah bercakap kat sorang lagi pegawai,, dorang cakap berbisik la,, tapi aku tak jauh dari situ, aku dengar laa.. dorang lak tak tau aku kat situ.. aku apa lagi, pasang telinga laa..

Pegawai M: Wehhh.. tadi aku eksiden..
Pegawai T: Haaa..?? Ko biar betul.. Ko okay tak??
Pegawai M: Okay jee.. Luka sikit tangan ngan lutut.. Tapi jangan bagitau kat Mem ngan Tuan tau..
Pegawai T: Okay2.. Kalau mem tau, teruk kita kena.. Pastu ko naik moto Hadi kan??
Pegawai M: Yee.. itu yang aku risau tu,, moto Hadi ada calar sikit kat depan.. Tak berani la aku bagitau kat dia..
Pegawai T: Weh,, dah la Hadi tu tak suka kalau moto dia calar sikit.. Takyah bagitau dia. Diam2 je..

Masa ni laaaaaa,, darah aku terus menyirap naik atas muka.. Bukan sebab puan aku tu luka ke apa.. tapi mata aku cepat je tengok moto Tuan Hadi kat depan blok tu,, Cepat2 aku turun, belek no plat moto Tuan Hadi tu.. Moto yang Puan M bawak sampai eksiden.. SAhhhh..!! Memang moto tu.. Memang no plat moto tu yang aku nampak tadi.. MAsa ni aku gabra gila. Sebab aku jadi takut,, takut satu persatu kejadian yang aku nampak jadi kenyataan..

Aku terus lari kat Puan M, tanya dia pasal eksiden moto tu.. Dia terkejut la macammane aku tau kan..Aku cakap la aku curik dengar, time tu memang sikit lagi aku nak kena marah kann.. sebab menyibuk hal pegawai.. tapi aku terus citer apa yang aku nampak sumee,, setiap detail yang aku nampak aku bagitau kat dia.. pastu aku cakap la,, aku takut setiap kejadian tu akan jadi kenyataan.. Seperti yang aku agak, Puan M just cakap, semua tu kebetulan jee,, mungkin sekadar menyedapkan hati aku.. Then, aku just angguk je laaa.. And anggap semua tu pun kebetulan jee..

Malam tu, aku tidur sorang dalam bilik. Level kosong.. Mungkin sebab aku terkejut dan kecewa dengan apa yang terjadi, jadi, aku macam tak pedulik dah rasa takut sorang2 kat level tu.. Ada la jugak pegawai aku ketuk pintu tanya aku okay ke tak,, aku cakap je la aku okaayy.. Malam tu, aku tidur awal sikit. Memandangkan ada kesempatan nak rehat lama ni, aku rehat je laaa.. Dan aku pun zzzzzzzzzz...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 03:44 PM | Show all posts
aerolz posted on 14-10-2013 03:29 PM
Semuanya bermula disini. Kisah kali ni aku tak tau samada aku nak highlight kejadian tu, atau apa  ...

cita ko dh makin suspen la weh
truskan erk bercerita
aku nk tanya satu bnda neh
cmna ngan ko punya saka tu?
dh buang ka?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 04:03 PM | Show all posts
cektim posted on 14-10-2013 03:44 PM
cita ko dh makin suspen la weh
truskan erk bercerita
aku nk tanya satu bnda neh

Aku lagi suspen nak tulis nihh.. gila laaa,, dari malam tadi aku taip,, baru pagi ni siap.. 3 hari aku fikir semula nak cite ke tak nak cite ke tak.. sebab kali ni aku cite detail lebih sikit,, sebab aku banyak terlibat sama..

Takut pun ada jugak nak reveal cite ni, sebab banyak tak logik, takut ramai tak caya.. pastu takut aku lak, lain sikit.. aku takut, benda tu berulang lagi.. penat weehh nak hadapi benda tak masuk akal nii..


saka tu ea?? entah laaa.. aku pun tak tau.. last aku cek ngan Ami tu je laa.. pastu aku malas nak amik tau lagi pasal benda tu.. dari Ami banyak benda yang aku belajar, sampai aku nampak saka tu benda kecik jee.. aku tak bongkak, tapi dari pengalaman, aku belajar yang takde sebab untuk kita takut dengan jin and syaitan ni.. tapi mesti lebih memusuhi dorang.. 3tahun aku fight perasaan takut aku, sebab banyak encounter benda mistikus tak logik ni,, last2 aku takde feel pape dah.. even sampai sekarang pun, aku rasa aku dah berjaya splitkan diri aku dengan benda2 ni.. cuma seminggu yang lepas je, perasaan tu datang balik lepas aku cite hal kiteorang belajar ilmu dari Ami.. tu jee.. perggghhh,, pesal aku cite banyak benda ngan kau nii.. kikikii..

okay2,, jup lagi aku sambungg.. tengah carik kekuatan untuk menaip nii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 04:07 PM | Show all posts
waheedatul posted on 14-10-2013 12:00 PM
Hai TT...
Sy SR je,n jarang nk bagi komen apa2 dlm mana2 cerita.
Tabik spring kental buat TT sbb b ...

hai waheedatul..

tenkiu sebab sudi baca cite saya yang tak seberapa ni.. apa2 pun, ni je yang mampu saya share.. pengalaman masing2 lain2 kann..

yup, ni adalah final story saya.. sekarang tengah try nak abiskan la ni.. sabar ye menungguu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082024 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list