CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
Post time 7-10-2013 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Best best best citer ni...sila tambah lagi aerolz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 02:51 PM | Show all posts
Sambung. (Ni dah start benda yang tak berapa nak logik ye. Sila tukar channel anda)

Esoknya kiteorang bergerak untuk masuk hutan.. Si Kila dah okay sikit. Tapi perangai dia pelik semacam. Dia jadi pendiam and suka perhatikan orang. Cara dia pandang pun gilesss la tajam..

Kali ni kiteorang masuk hutan tepi gunung lak. Nak kata kaki gunung tak jugak. Cuma situ banyak gunung. So, kawasan dia sejuk. Lagipun hutan dia jenis hutan terbuka.. Pokok pun macam pokok ru banyak tepi2 tu. Takde penempatan. Yang ada cuma kebun2 orang kampung. Dari kampus ke hutan tu, perjalanan adalah dalam 5 jam. Pastu, bila dah sampai, bus cuma turunkan kami sampai tepi jalan besar je. Untuk masuk ke dalam hutan, kiteorang terpaksa jalan kaki selama 2jam dengan bawak bagpack yang berat. 3tan cuma masuk untuk loading barang-barang je..

MEmandangkan hutan kali ni adalah lokasi yang dah lama tak dimasuki, hutan makin tebal. So, lebih mencabar la kat situ. Aktiviti berjalan seperti biasa. Segala hell dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Bila malam, jadi sejuk beku semua. Sebab kawasan khemah kiteorang masih di camp sementara. Sebab belum buat formasi. Jadinya, kiteorang pasang khemah kat kawasan lapang berlalang tinggi setinggi pinggang aku ni haaa.. haha.. Sebab takde pokok sekeliling, memang sejuk tahap cipan la kan..

Malam tu, Kila kena kacau lagi. Aku tak tau la dia kena rasuk ke ape. Tapi yang pasti dia kena kacau lagi. Setiap kali dia jumpa Adjutan kiteorang, dia akan pandang dengan setajam tajamnya.. Pastu, bahu kanannya nampak la jatuh. Macam tangan orang patah.. KAtanya, sakit. Panas.. Aku pun tak reti la nak nolong kan. Nengok aje la yang termampu..

Hutan tu, bila malam, memang seram. Gelap sangat. Satu lagi, jarak pangkalan khemah setiap peringkat jauh-jauh termasuk lah main camp/markas utama. Malam tu, masa aku baru syok nak baring, aku dengar dorang bising-bising.. Dorang cakap Kila kena kacau lagi. So, dorang bawak la pegi main camp. Aku tengok dari jauh je laa.. Pastu, aku dengar dorang cakap, malam tu jugak dorang gerak balik ke bandar hantar Kila kat rumah Ami. Sebab takde sape reti handle benda macam tu kat hutan. SAtu lagi, sebab tempat kiteorang sangat jauh ke dalam hutan, so Adjutan tak nak la amik risiko. Satu lagi, dia jadi macam bersalah lak, sebab hantuss tu cakap, dia yang langgar anak hantuss tu, tapi Si Kila pulak kena. Itu yang dia serba salah tu.. So, kat camp, tinggallah aku berdua je ngan Lee(skuad perempuan ku jugak) dan beberapa skuad lelaki yang lain. (Sebab ada 3 orang ikut adjutan hantar Kila balik - Si A, Ayie, Si L)

***********************************************

Esoknya semua berjalan macam biasa.. Lusanya,, Si A, Ayie, Si L dan Adjutan kembali semula ke hutan. Kila ditinggalkan kat rumah Ami. Sebab keadaan dia makin teruk.

Tiba-tiba seorang pegawai panggil aku kat camp. Dia suruh aku pack semua barang. Katanya malam tu jugak aku keluar dari hutan tu.

Aku keluar pegi main camp. Aku tanya adjutan.

Aku: Ada apa tuan?
Tuan: Pack semua barang, petang ni kita gerak balik.
Aku: Kenapa tuan?
Tuan: Ami suruh.
Aku: Tak nak la tuan.. (Haha.. berani tak aku mengingkari arahan??!!)
Tuan: Aerolz mesti ikut tuan dan Si A balik. Amin pun ikut sekali. (merujuk kepada abang Ami)
Aku: (buat muka..sebab memang aku tak nak balik. banyak lagi aktiviti nak dibuat, takkan nak ponteng kot..)
Tuan: Dah cepat. Banyak benda kita nak buat kat sana nanti.
Aku: Ye tuan.........

Korang mesti pelik kan kenapa aku lak disuruh ikut balik. Sebab aku memang tau, dorang nak buat sesi pengubatan si Kila tu. Aku memang tak nak la masuk campur kan.. Tapi ni la permulaan kepada aku, Kila dan Si A terlibat dalam ilmu batin, ilmu ubat mengubat ni segala..

*****************************************

Nanti Sambung.. aku nak g kelas jap lagi. Bye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:59 PM | Show all posts
best2
nak lg, nak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 04:34 PM | Show all posts
bravo la aerolz.! haha..best sume citer, ko airforce eh? aku navy..wahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 04:58 PM | Show all posts
aerolz posted on 7-10-2013 02:51 PM
Sambung. (Ni dah start benda yang tak berapa nak logik ye. Sila tukar channel anda)

Esoknya  ...

tuang je kelas tu
teruskan mengarang kat sini


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 05:20 PM | Show all posts
aerolz posted on 7-10-2013 02:10 PM
baiklah baiklah sapeka..

jangan risau, yang best2 akan dishare ye..

hehe..makaseh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2013 07:26 PM | Show all posts
leenaz posted on 7-10-2013 04:58 PM
tuang je kelas tu
teruskan mengarang kat sini

Hahhhh...ni ngajor yg tak baik nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 07:27 PM | Show all posts
medangmru posted on 7-10-2013 07:26 PM
Hahhhh...ni ngajor yg tak baik nih.....

kadang2 otak perlu rehat secukupnya
even pc pun kadang2 kena restart balik
hahahahaha


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 10:11 PM | Show all posts
Sambung.. (Sekali lagi, apa yang akan aku citer ni mungkin tak masuk akal bagi sesetengah pihak, so sesiapa yang tak percaya, anggap je sebagai hiburan. Sebab aku pun tak boleh nak nafikan or nak iakan, sebab aku jugak saksi kebanyakan kejadian ni, tapi aku jugak bukan yang melihat kebanyakan penampakan yang aku ceritakan.)

Aku, A, Amin dan Adjutan sampai di rumah Ami. Setiba di rumah, aku lihat Kila dah sihat nampaknya. Sebab dia tengah sibuk memasak menyiapkan makanan untuk kiteorang.

So, kiteorang pun membersihkan diri yang dah berapa hari tak mandi.. Makan dan rehat segala..

Malamnya,, Ami dan ayahnya panggil semua berkumpul kat ruang tamu. Pastu, Ami tanya aku.

Ami: Aerolz, ko kenapa?
Aku: Kenapa? Tak de ape.
Ami: Ko tak payah tipu aku. Aku tau.

Time ni la first time dalam hidup aku, aku rasa something yang pelik. Sebab Ami pandang aku tepat langsung tak berganjak. Aku rasa satu badan aku panas. Aku jadi gelisah tak tentu pasal. Korang nak tau apa Ami buat kat aku?

Ami baca fikiran aku!

Emm.. Siapa tak percaya? Sila angkat tangan. Aku pun tak percaya. Tapi disebabkan benda tu jadi on the spot kat aku tanpa warning, so, memang aku terpaksa la percaya. Ye, dia baca fikiran aku. And dia memang guna tenaga batin untuk baca fikiran aku. At first memang aku rasa sakit hati sebab privacy aku macam kena robek.. Memang aku sakit hatii..!!! Tapi, dia buat pun ada sebab. So, aku terpaksa faham laa kann..

Ami: Nak cerita ke, nak aku yang cerita kan??
Aku: Okay, aku cerita..

So, aku ceritakan la asal usul family aku. Background parent aku. Bla bla bla blaaa.. Korang mesti pelik kenapa aku boleh tau dia nak aku cerita pasal apa kan.. Masa dia baca fikiran aku tu, dia sempat cakap kat aku suruh citer sal background family semua. Dia bercakap dengan aku guna bahasa hati. Emmm macam mane nak cakap ea.. Macam telepati. Tapi depan mata je.. dan masa aku cerita ni la si Ami ni mencelah.

Ami: Bukan belah ayah ko. Tapi belah mak ko.
Aku: Hmm?? maksudnya. Tak faham.
Ami: Ko bela dari belah mak ko.
Aku: Aku tak bela pape.
Ami: Ko ada saka tu. Ko yang simpan dari kecik. Ko sendiri yang tak boleh hidup tanpa dia dari kecik. Ko nak buang ke tak nak?
Aku: Saka yang mana pulak?
Ami: Minyak yang ada kat kau tu.
Aku: Oh,,, Aku tak tau pun ada benda dalam tu. Memang aku guna dari kecik. Sebab aku akan sentiasa kena dari kecik. So, kalau sakit, aku terpaksa bergantung dengan minyak tu.
Ami: Benda tu dah jadi sebahagian dari darah daging kau. Sebab tu kau selalu sakit. Kau selalu kena kacau. Kau selalu lalui benda pelik-pelik.
Aku: Boleh buang ke? Kalau boleh buang laa..
Ami: Boleh je. Sekarang pun boleh. Janji ko nak buang. Sebelum ko semakin bergantung kepada benda tu, baik ko buang. Benda tu sentiasa dengan kau. Sebab tu, bila Kila dengan kau, kau rasa panas. betul tak?
Aku: Ye, aku rasa panas sejak dia kena rasuk lagi.
Ami: Sebab benda tu saka. Takpe, lepas ni aku buang. Tapi esok ko kena pegi amik botol minyak tu, bagi kat aku, aku buang terus.
Aku: Okay..

Semua kat situ diam je.

Korang tau tak, bila dibaca fikiran dan hati ni, rasa gelisah dia lain. Macam kena selongkar satu badan. Tapi, it's okay. Itu je first and last dia bertindak macam tu kat aku. Sebab dia cakap untuk kebaikan aku jugak.

Botol minyak yang aku maksudkan tu, adalah minyak kayap. Minyak yang dah dijampi serapah. Aku tak tau la korang tau ke tak apa tu kayap. Tapi yang aku tau, sakit laa. Aku memang dari kecik guna minyak tu. Dalam setahun, aku mesti kena 2 3 kali. Tapi bila aku bubuh je minyak tu, sekejap je terus hilang. Dan aku percaya, dari situ la, benda yang ada dalam minyak tu mula makan dalaman aku. Malah sikit sikit buat aku bergantung dan percaya kat minyak tu.Minyak tu, satu family ada. Malah ibu minyak tu, mak aku yang simpan. Orang dulu-dulu memang suka benda macam tu. Even sekarang pun, susah aku nak ubah kepercayaan orang2 tua dalam family kiteorang..

Ami soal siasat aku, sebab dia tau benda tu selalu buat aku terjebak dalam perkara-perkara mistik ni. Dia buat aku nampak yang pelik-pelik tu. benda tu jugak yang buat aku sakit. (tapi ni takde dalam cerita ni la ye.. sorii..) Satu lagi, Ami cakap, dia nampak benda tu bukan elok pun untuk aku. Malah makin memudaratkan. And dia panggil aku sebab nak clearkan aku and Kila serentak. Dia nak ajar something kat kiteorang. Dia panggil A sebab dia tau A ni gifted,,, Dia panggil Adjutan, sebab dia tau Adjutan ni la yang akan selalu dengan kiteorang. So, pendek kata, dia panggil kiteorang sume, sebab dia nak kiteorang 4 belajar something dari dia. Something yang dia jarang ajar kat orang lain sewenang-wenangnya. Dan aku kira, ini semua ilmu kebatinan..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 10:17 PM | Show all posts
yenil95 posted on 7-10-2013 02:20 PM
Best best best citer ni...sila tambah lagi aerolz

Hai yenil. Sudah tambah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 10:17 PM | Show all posts
murninurani posted on 7-10-2013 03:59 PM
best2
nak lg, nak lg...

tentiu tentiu.. ada lagi ada lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 10:19 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 7-10-2013 04:34 PM
bravo la aerolz.! haha..best sume citer, ko airforce eh? aku navy..wahahaha..

Haha. Yup aku airforce. Ow anissa budak navy ea.. Erk, puan ke ni?? kikiki.. Takde cite pape ke time korang camp? Mesti ada kan.. kalau ada meh share sesame kat sini.. nak dengar jugak citer dari budak navy..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 10:21 PM | Show all posts
leenaz posted on 7-10-2013 04:58 PM
tuang je kelas tu
teruskan mengarang kat sini

Haisshh.. Dalam palapes dah puas aku menuang.. TAkkan nak menuang time kelas jugak kot..

Aku dah sambung dah.. hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 10:21 PM | Show all posts
sapeka posted on 7-10-2013 05:20 PM
hehe..makaseh..

i dah sambung dah. jemput masuk ye.. air milo panas, cucur cekodok pun ada sekali nihh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 10:22 PM | Show all posts
medangmru posted on 7-10-2013 07:26 PM
Hahhhh...ni ngajor yg tak baik nih.....

Abe medang, haaa tengok la tu ada yang ngajor yang tak baik la tu.. Cer sekeh sikit kepala dia..

ps makaceh tacang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung malam ni la TT cepat habis sikit.hehe. jangan mara a
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 10:43 PM | Show all posts
zulzaria posted on 7-10-2013 10:30 PM
Sambung malam ni la TT cepat habis sikit.hehe. jangan mara a

Tengah taip. Sabar ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 11:08 PM | Show all posts
So, malam tu, Ami start la buat sesi pengubatan. Gitu la kot orang panggil sesi tu. Dia suruh aku duduk. Then, dia baca-baca something. Pastu aku rasa sakit giless babasss kat belakang aku.

Emm.. Aku tak reti nak explain macam mane cara Ami ni ngubat orang. Tapi dia macam scan la.. Pastu, dia guna jurus. Itu yang aku ingat laa..

Dia buat la benda sama banyak kali. Pastu dia cakap, yang selebihnya, buat sendiri. Then, dia pegi kat Kila lak, dia buat benda sama jugak. And dia cakap benda sama jugak. Katanya, dalam badan kteorang sisa-sisa ada lagi. Sebab dah sebati. So, nak kena buat selalu la.. Kekuatan dalaman diri sendiri pun main peranan.

Lepastu, dia suruh aku, Kila, A and adjutan(tuan) buat macam ape yang dia ikut.

Emmm.. Aku rasa yang ni bab ilmu dalaman, aku tak rasa aku layak cite kat sini. Lagipun, aku belajar pun tak abis. Semua yang diajar malam tu adalah basic.

Ami ajar kiteorang cara untuk pagar diri sendiri (yang di aku penah kena lahar dalam mps ni dulu..) tapi itu la yang dia ajar. Sebab dia kata, untuk membuang apa yang tak elok penah ada dalam badan kita ni, seeloknya dibuat oleh orang tu sendiri. Sebab tu, dia ajar pagar diri. Pastu, dia ajar cara buang bisa dan sisa-sisa yang tak elok tu. Then, ajar cara scan jan jin jun. Pastu, ajar cara tangkap jan jin jun. Last, cara ikat jin tu, cara buang dan cara bunuh.. Semua ni, bukan dalam bidang aku, aku cuma diajar.. Dan semua yang diajar semuanya menggunakan sepenuhnya ayat al-quran.

Tapi sebelum dia ajar semua tu, dia ajar kiteorang macammane nak On kuasa dalaman. Katanya, setiap orang ada kuasa dalaman sendiri. Tapi terpulang kat individu tu sendiri macammana nak guna dan nak tau. Hmmm.. serius, ni first time pengalaman aku dengan benda ilmu dalaman macam ni.

Pada mulanya, dia tunjuk kat kiteorang memang aku sumpah tak percaya. Dia buat scanning. Pastu dia suruh aku try. Lepas aku try, aku terus (erk!!) .. Weii,, memang betul,, Dalam ni aku tak reti nak explain macam mana scanning tu. Scanning guna tangan. Dah ajar semua tu, dia suruh kiteorang bersilat. Time ni memang aku pandang semacam je la kan.. Aku mane reti bersilat.. Tapi dia cakap, dalam masa seminit je, kalau reti stabilizekan and fokus sepenuhnya, memang boleh bersilat. cakap je nak silat apa.. And yes. Malam tu, first time, aku bersilat walaupun langkah aku agak canggung.. hahaha..

Hmmm.. Ilmu dalaman yang diajar kat kiteorang ni aku tak rasa ada campur tangan jin. Tapi, memang tak dinafikan, kalau salahguna, kalau tak fokus, tak cukup amal ibadat, memang boleh ke lain la hala tuju dia. Itu aku tak nafikan laaa..


Then, start malam tu jugak, Ami tak serius bercakap tentang pengubatan ni. Katanya, buat apa takut dengan dorang. Asal kita dijalan Allah, sekali tibai je dorang hanguss. Malam tu, Ami ajar la kiteorang sume basic ilmu dalaman ni. Tapi untuk A, Ami ajar yang lebih advanced. Dia ajar macammana nak scan lebih dalam kat seseorang tu. Dia ajar A cara untuk baca fikiran dan hati orang. Dan sekali ajar je, budak A tu terus expert. Siot je.. Memang abis rahsia kiteorang dia korek dia pecahkan.. Pastu ayah Ami pesan la, ilmu macam ni, nak kena bawak pada jalan yang betul. TAk boleh sesuka hati. Bukan untuk menganiayai orang. Then, Ami ajar A cara telepati dari jauh. Dan aku tak percaya benda tu memang betul2 boleh jadiii.. Sebab kiteorang uji.. dan A boleh buat dengan jayanya.. Sekali lagi, aku rasa siot jee... huhuuu.. Pastu, Ami ajar dia pelbagai jenis jurusssss... Hahahaa..

Aku pun tak tau apa yang aku explain nii.. Aku tak tau la korang faham ke tak.. Apa aku citer ni apa yang aku nampak dan rasa dan alami. So, terpulang la korang nak percaya ke tak. Berkaitan dengan ilmu yang kiteorang belajar tu, aku tak pasti sejauh mana cabang dan kebenaran ilmu tu. Tapi itu la yang aku sempat belajar. Jangan lahar aku, sebab sekarang aku dah tak ingat semua tu.. Banyak dah aku tinggal, sebab aku dah lost contact dengan Ami ni.. So, pendek kata, benda yang aku belajar tu, setengah jalan je laa..
And kalau ada yang macam tergantung tu, anggap je la, aku tapis tapi tak reti tapis sebaik nya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
best2.....cepat smbung yer tt....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 01:42 AM | Show all posts
mamaezah posted on 7-10-2013 09:39 AM
jangan kondem dia yang oiii....kalau dia nak elaborate pasai senjata, tentu benang ni dah tentu bu ...

adik? hahahaha.... statement saya tu cabaran, kalau nak anggap kondem, terpulang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075386 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list