CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lynn9

Cerpen: Episod Cinta Amir~TAMAT~

[Copy link]
 Author| Post time 26-10-2013 06:41 AM | Show all posts
sarizu posted on 23-10-2013 08:39 AM
sambung pls...

cite best ni

Hi Sarizu,  thanks for your support...sorry lambat update citer...bz sket huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 02:58 PM | Show all posts
next......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 06:41 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 31-10-2013 02:58 PM
next......

sorry...pergi bertapa cari idea huhuhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 06:43 PM | Show all posts
Hari Isnin di office aku belek-belek surat khabar.  Cari-cari bilik yang hendak di sewa.  Semuanya aku bulat-bulatkan yang mana patut.  Biarlah aku tolong bayarkan sewa rumah dia dulu sementara dia nak dapat kerja.  Tapi aku nak dia janji yang dia kena bayar balik duit aku.  Aku dah siapkan agreement senang ada black and white ni.  Sekurang-kurangnya ringan sikit beban masalah aku.  Tak betah aku biar dia tinggal dalam rumah aku lama-lama.  Tak sedap hati aku dibuatnya.  Tak tenteram.

Usai kerja aku terus pulang ke rumah.  Tak sabar-sabar nak suruh Zurin call nombor-nombor telefon yang aku dah bulat-bulatkan pagi tadi di office.  Sewaktu aku melangkah masuk ke rumah dia tengah melangut depan TV.  Tak produktif betul minah ni.  Entah apa yang dia buat dari pagi terperap di rumah.  Pergilah keluar cari kerja.  Gerutu aku dalam hati.

Bila dia nampak muka aku dia terus off TV dan menerpa ke arah aku.  Muka macam baru nampak hantu.  Aku mengerut dahi.  Pelik.  

“Awak...err...tadi ayah awak called”

Aku semacam nak koma.  Dunia terasa bergegar seketika.  Alamak! Matilah aku.  Mesti ayah syak yang bukan-bukan.  Aku bersekedudukan dengan perempuan.  Buat kerja tak senonoh.  Aku menepuk dahi.

“Apesal awak angkat phone??” aku mula panasaran.  

Menggaru-garu kepala yang tak gatal.  Dia hanya memandang muka aku.  

“Habis tu awak cakap apa? Tak cakap salah nombor ke apa ke??”

“Err...saya bagitau awak pergi kerja...”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 06:44 PM | Show all posts
Bodohnya minah ni.  Aduh.  Baru aku ingat nak selesaikan satu masalah dah timbul lagi satu masalah.  Aku dah macam kucing nak beranak.  Duduk tak kena berdiri pun tak kena.  

“Habis tu ayah saya tak tanya awak tu siapa?”

“Tanya...” jawab Zurin dengan muka innocent.  Aku lempang juga minah ni.  

“Awak cakap apa??”  Hati aku makin berdebar-debar.  

“Saya cakap...saya...saya..”

“Saya apa??” aku makin tidak sabar.

“Err...isteri awak..”

Aku terduduk.  Hilang seribu kata.  Ini memang kerja gila.  Memang dia sengaja menggali kubur untuk aku.  

“Awak dah gila ke??”

“Awak nak saya mati ke? Aduh...macam tak ada otak!”

Mata Zurin mula bergenang air mata.  Mungkin kerana aku meninggi suara.  Aku meraup wajah dengan kedua tapak tangan.  Matilah aku.

Dia dah mula teresak-esak menangis.  Aku bertambah runsing.  Dia tak tahu dalam hati aku ni dah menangis.  Kalau perempuan aku dah meraung dah.  Aku tanya dia kenapa dia gatal-gatal angkat telefon.  Dia cakap dia ada call tanya rumah sewa, cari kerja so dia tak terfikir yang ayah aku nak telefon.  Hendak-hendak lagi waktu kerja.  

“Dah tu kenapa tak cakap salah nombor?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 06:47 PM | Show all posts
Tak terfikir.  Senangnya dia jawab.  Mati aku.  Aku yang kena makan sepak terajang ayah nanti.  Tentu emak dah mengucap panjang.  

“Yang awak cakap awak isteri saya tu kenapa?”.  Aku jadi semakin buntu.  Berserabut.  Tentu emak dan ayah anggap aku anak derhaka.

“Saya dah panik...takkan nak cakap saya housemate awak..” dia mengesat air mata yang turun laju ke pipi.  Sekali lagi aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  Serasa macam baru kena langgar dengan keretapi.  

“Habis tu apa ayah saya cakap?”

“Dia cakap...bertuah punya anak! Kahwin tak bagitau mak bapak!”

Aku rasa macam nak meraung dekat situ juga.  Tak habis-habis dia nak bagi masalah kat aku.  Lepas satu-satu dia bebankan dekat batu jemala aku ni.  Untuk menambahkan kepanasan hati aku, dia boleh offer nak telefon ayah aku bagitau duduk perkara sebenar.  Nak mampus?

Dah tak ada perkataan yang mampu keluar dari kerongkong aku ini.  Dunia serasa gelap gulita.  Zurin dah buat muka sedih, muka orang bersalah.  Apa lagi nak dikata, cempedak dah jadi nangka.  Semangat aku terasa melayang-layang.  Dengan langkah longlai aku masuk ke dalam bilik.  Merebah badan ke atas katil bujang aku.  

Kepala aku ligat memikirkan alasan apa yang hendak aku berikan pada ayah nanti.  Tentu kisah ini dah jadi cerita sensasi kat adik beradik aku yang lain.  Mesti dia orang dah mengurut dada.  Dan sudah semestinya emak dah menangis teresak-esak mengenangkan aku yang dah jadi anak derhaka.  Ini semuanya kerana Zurin.  Semuanya kerana dia!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2013 09:05 PM | Show all posts
Baik ht sgt la mamat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 08:27 AM | Show all posts
Sudahnya aku capai tuala terus ke bilik mandi.  Nak berendam puas-puas.  Menyejukkan hati yang membara.  Sebenarnya marah dengan diri sendiri.  Sebab terlampau baik.  Inilah padahnya kalau baik tak bertempat.  Nak sangat tolong orang, jadi Superman kan..terimalah padahnya.  

Selesai solat Isya’ hati rasa tenang sedikit.  Barulah aku boleh berfikir secara rasional.  Mengumpul semangat untuk menghadapi apa jua yang akan menerjah di depan mata nanti.  Caci. Maki.  Apa jua bentuk serangan yang aku akan terima dari kebodohan aku sendiri.  

Dengan tangan sedikit menggeletar dan jantung berdegup ke tahap maksima aku gagahkan diri mencapai gagang telefon.  Aku dengar suara emak di hujung corong.  Serasa nyilu di tangkai hati.

“Assalamualaikum mak..”

“Amir….” Pendek saja sendu emak.  Selainnya aku dengar esakkan emak.  Membuatkan aku rasa dosa setinggi gunung menghempap kepala.  Aku dengar suara keras ayah di belakang bertanya pada emak.  

“Apa anak bertuah awak tu nak?” keras suara ayah. Matilah aku.  

Emak tanya kenapa aku sanggup buat perkara-perkara yang memalukan keluarga.  Kenapa sanggup menyorokkan perkahwinan.  

Dah terlanjur ke? Pendek kata semua ayat-ayat spekulasi keluar.  Aku tidak mengiakan atau menidakkan.  Aku cuma menyangkal bab terlanjur tu lah.  Gila apa.  

“Amir minta ampun…minta maaf” itu sahaja perkataan yang mampu keluar.  

Aku berjanji dengan emak yang aku akan balik ke kampung esok dengan “isteri” aku tu.  Walaupun ayah akan penggal kepala aku nanti.  Aku melepas keluh.
  
Bila aku letak gagang telefon.  Zurin keluar dari bilik mengusung beg-beg besarnya ke ruang tamu.  Cepatnya berkemas macam nak balik setahun.  Aku mendongak memandang ke muka Zurin apabila dia berdiri di depan aku.

“Awak…saya minta maaf sebab saya… awak terpaksa hadapi semua ini…”

“Jadi…saya dah fikir masak-masak, lebih baik saya keluar dari rumah awak sekarang..”

Aku bingkas sahaja bangun.  Aku tergelak besar.  Kecil je aku nampak minah ni.  Dah dia tonggang-langgangkan hidup aku senang-senang dia nak blah macam tu saja.  Nak suruh aku terkontang-kating menyelamatkan diri sendiri.

“Saya tak nak menyulitkan lagi keadaan…” sambung dia lagi.  Walaupun dia dah nampak reaksi kucing nak beranak aku tu.

“Eh, awak dah kucar-kacir kan hidup saya…senang-senang awak nak pergi macam tu saja??” Hilang sabar aku dibuatnya.  Dia hanya memandang muka aku dengan riak sedih.  Riak orang bersalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2013 08:28 AM | Show all posts
sarizu posted on 13-11-2013 09:05 PM
Baik ht sgt la mamat ni

tu lah...baik tak bertempat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 08:29 AM | Show all posts
“Habis tu…apa yang saya nak buat?  Apa yang saya boleh tolong awak?”

“Ha! Tau pun kena tolong saya kan…bila dah bagi orang masalah…kena bertanggung jawab faham??”

Dia mula menangis lagi.  Itulah orang perempuan ini.  Tak habis-habis menangis.  Senjata paling kuat.  Tapi kali ini hati aku tak cair.  Makin membara adalah.

“Saya tak kira, awak kena ikut saya balik kampung!”

Dia buat muka terkejut kodok.  Sambil meneguk liur.  

“Ikut awak balik kampung?”

“Ha la! Ikut saya balik kampung jumpa mak bapak saya”

“Tak nak…”

“Tak ada tak nak, tak nak…awak kena juga ikut saya balik kampung!  Siapa suruh awak gatal-gatal cakap awak tu isteri saya? Sekarang ni, “suami” awak ni nak bawa “isteri” dia balik kampung!”

“Saya takutlah…apa yang saya nak buat nanti…”

“Buat bodoh! Sekarang awak pergi kemas baju-baju awak untuk balik ke kampung saya! Esok lepas subuh saya dah nak gerak” ujar aku keras.  
Dia hanya mengekor kelibat aku dengan anak mata.  Memandang lesu.  Melepas keluh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:27 AM | Show all posts
Seronok la dpt balk kg...
Nengok2 mak pak plk bkenan jd mnantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 06:56 AM | Show all posts
Malam itu aku memang tak boleh nak tidur.  Macam-macam yang menjengah ke kepala.  Nak menghadapi hari esok.  Hidup aku selama ini mudah sahaja.  Pergi kerja.  Balik kerja.  Makan ikut dan.  Ikut mood.  Tak perlu nak rasa risau atau takut tak tentu pasal.  Tiba-tiba sejak minah ni muncul dalam hidup aku, habis jadi haru-biru hidup aku.  

Salah dia ke, salah aku?  Kenapa aku baik hati sangat senang-senang nak tumpangkan dia kat rumah aku.  Dari sehari jadi seminggu.  Aku melepas keluh.  Amir…Amir…kenapalah kau bodoh sangat.

Perlu ke aku berterus-terang sahaja dekat keluarga aku.  Yang anak dia ni, cuba nak jadi hero.  Nak tolong orang.  Belajar tinggi-tinggi tapi otak tetap bodoh.  Mesti itu kata-kata yang akan dilemparkan.  Mesti ayah mengamuk bukan kepalang.  Anak dia bersekedudukan dengan perempuan tanpa ikatan.  Mana satu yang lebih complicated ni?  Nak berterus-terang atau teruskan penipuan? Melepas keluh sekali lagi.  Keluh yang panjang dan payah. Last edited by Lynn9 on 15-11-2013 07:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 06:58 AM | Show all posts
Keesokkan paginya, selesai mandi dan solat subuh aku segera bersiap.  Capai dua tiga helai baju sumbat dalam beg galas.  Bila aku kuak pintu bilik, Zurin dah siap menunggu di sofa dengan beg besarnya.  Tak habis-habis dengan beg-beg besar dia tu.  

“Apasal besar sangat beg awak nak bawak ni?  Nak duduk setahun ke?” ujar aku sinis.  Dia hanya menarik muka masam memandang tepat ke wajah aku.  

“Ini saja beg yang saya ada…”

Ya tak ya.  Terlupa pula aku.  Sudahnya aku tarik beg bawah katil suruh dia masukkan baju-baju dan barang keperluan dia dalam beg itu.  Lepas tu kami naik lif turun ke basement.

“Aik…awak ada kereta rupanya..”

Aku hanya memandang kosong ke arah dia.  Dia tanya kenapa selama ini aku naik LRT tak pernah pun tahu yang aku ada kereta.  

“Sebab malas nak tempuh traffic jam”

“Oh….”

Itu pun tak boleh nak fikir.  Mana datanglah minah ni.  Naive sangat.  Kalau aku ni orang jahat senang-senang je aku tipu dia.  Lepas aku panaskan enjin dan cek apa-apa yang patut, kami terus bergerak meninggalkan perkarangan apartment.  

“Kampung awak kat mana ni?”

Aku melepas keluh.  Sambil memandang muka dia yang penuh minat nak tahu.
  
“Muar..” jawab aku sambil lewa.

“Muar? Apa yang best kat Muar tu eh?”

Pagi-pagi lagi dia dah mula panaskan hati aku.  Lebih panas dari enjin kereta aku ni.  Dia ingat yang aku ni nak bawa dia pergi vacation agaknya.  Dia tak tahu ke yang aku nak bawa dia masuk kandang harimau.  Kalau tak aku seorang, dengan dia sekali kena telan.
  
“Awak ingat kita ni nak pergi honeymoon ke?” sinis.

Dia menarik muka.  Mungkin terasa hati dengan jawapan sambil lewa dan sinis aku itu.  Aku tak ada mood nak berborak pagi-pagi ini.  Dan yang paling penting, ini bukanlah perasaan yang sama macam aku rasa bila nak balik kampung macam dulu-dulu.  Ini sama macam perasaan banduan yang nak menuju ke tali gantung.  Dia boleh suka-suka tanya apa yang best kat Muar.  Kalau pun best, tak boleh diguna pakai dalam keadaan sekarang.  Sekarang ni lebih baik banyak berdoa. Last edited by Lynn9 on 15-11-2013 07:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 06:59 AM | Show all posts
Sampai di tol Sg. Besi masing-masing masih melayan perasaan sendiri.  Dan semakin kecut perut aku memandangkan perjalanan dari KL ke Muar cuma 3 jam sahaja.  Aku meneguk liur.  Bila aku toleh ke arah Zurin, dia hanya memandang ke luar kereta.  Entah apa yang dia tengah fikir.  

“Pakai seat belt tu”

Dia buat tak tahu saja.  Sengaja nak menyakitkan hati aku minah ni.  

“Pakai seat belt tu..” ujar aku sekali lagi.  Kali ini dia menoleh sambil menjeling.  Menarik kasar seat belt.  

“Terima kasih Encik Amir, sebab ambil berat pasal saya..”

“Jangan salah faham, bukannya saya risau kan awak cuma risau kalau kena saman dengan polis nanti”

Dia menarik muka masam sekali lagi.  Dia ingat aku kisahkan sangat pasal dia.  Walaupun dalam hati kecil aku ni sebenarnya risau juga hehehehe.  Tapi yang aku lebih risau kalau tak pasal-pasal nanti ada roadblock dah kena saman pula.  Konsep aku hari ini ialah stay away from all troubles.  Sebab ada masalah yang lebih besar kat kampung nanti.

“Awak…saya…saya risaulah..saya takut..”

Apa dia ingat dia seorang saja yang takut.  Yang aku nak mengadap tu mak bapak aku.  Keluarga aku.  Kalau dibandingkan dengan takut dia, ni aku punya takut ni dua kali ganda.  Dia tanya aku apa yang dia perlu buat, perlu cakap kalau keluarga aku tanya nanti.  Betul juga.  Tak terfikir pula aku pasal tu.  Tiba-tiba aku terfikir yang aku mungkin bersikap tidak adil pada dia.  

“Awak cakap je yang kita terpaksa rahsiakan semua ini sebab keluarga awak tak setuju.  Yang selebihnya pandai-pandailah saya settle”.

“Kalau nak lagi selamat, bila ayah saya tanya je, awak menangis.  Asal dia tanya je awak menangis je.  Awak kan terror bab-bab buat muka sedih, muka welfare tu”

Dia menjeling tajam ke arah aku.  Tiba-tiba hati aku jadi sejuk.  Comel juga minah ni sebenarnya.  Cuma perangai innocent tahap gaban dia tu yang membuat aku hangin.
  
“Kalau ayah awak minta surat nikah, macamana?”

Menyebabkan aku menekan brek secara mengejut.  Hampir saja Zurin terhantuk ke cermin depan.
  
“Eh! Awak ni gila ke? Brek mengejut cam tu.  Nasib baik saya pakai seat belt”

“Sebab tu orang suruh pakai seat belt…”

Alamak.  Aku tak terfikir pula pasal itu.  Macamana kalau tiba-tiba ayah suruh aku tunjuk surat nikah.  Kalau keluarga tak setuju, siapa jadi wali?  Sah ke pernikahan kami?  Adui aku jadi runsing lagi.  Nampaknya aku kena fikirkan alasan lain.
  
“Cakap je awak anak yatim piatu.  Sebatang kara”

Aduh…percaya ke mak bapak aku nanti.  Masalah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:47 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 13-11-2013 06:41 PM
sorry...pergi bertapa cari idea huhuhu....

thumbs up lah citer ni....

nak lagiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 10:45 AM | Show all posts
Oleh kerana aku boleh dengar perut Zurin berkeriuk, aku buat keputusan untuk berhenti makan di hentian Seremban.  

“Raksasa dalam perut awak dah minta makan?”

Muka Zurin merah padam.  Malu.  Aku pun memang lapar juga cuma tak ada selera nak makan.  Kalau ikutkan hati aku memang tak berhenti dah.  Teringat masakan emak.  Itu dulu.  Setiap kali balik kampung hati bergelojak.  Tak sabar-sabar nak menjamah masakan emak.  Tapi hari ini, kau lupakan sajalah Amir.  Silap haribulan, kau yang dibuat lauk.  Huhuhu..

“Awak nak makan apa ni?”

Zurin tersengih menampakkan baris giginya yang rata.  Memandang ke muka aku dengan mata bersinar.  Macam masa aku kecil-kecil dulu, bila ayah tanya “Nak aiskrim?”

“Saya nak nasi lemak ngan ayam goreng..kalau ada mee goreng letak tepi sekali eh..ngan telur goreng”

“Ah..lagi satu teh O ais”

Makan ke melantak dia ni.  Tengah runsing macam ni pun berselera dia makan.  

“Time macam ni pun awak selera nak makan…”

Dia hanya tersengih sumbing.

“Ala awak ni…kambing kalau nak kena korban pun tuan dia bagi makan banyak-banyak”

Tergelak kecil juga aku dibuatnya.  Betul juga kata dia.  Pelik betul minah ni sampai ke situ dia kaitkan.  Adakah dia rasa yang dia juga akan jadi macam binatang korban? Sampai licin dia telan semua makanan.  Tak padan dengan saiz badan.  Mana dia simpan semua makanan itu aku tak tahu.  Kalau betul-betul jadi isteri aku, bankrupt aku nak kasi makan macam ni.  

“Errk!! Alhamdulillah…Oops, sorry…”

Sampai terbelahak sendawa.  Tak senonoh betul minah ni.  Suka hati dia je.  Selesai makan kami meneruskan perjalanan yang berbaki kurang dari 2 jam.
  
“Mee bandung famous kan dekat Muar ni…”

“Awak ni ada bela jin ke apa?  Dah sampai terbelahak macam tu pun nak cakap pasal makanan lagi”

“Saya cuma cakap je…untuk minum petang nanti ke…makan malam ke..”

Aku menggeleng kepala.  Ada hati lagi nak fikir pasal minum petang.  Pasal makan malam.  Kalau masih bernafas petang nanti pun dah kira syukur.  Jangan nak fikir pasal mee bandung cik Zurin oi!.  Tadi bukan main lagi cakap risaulah, apa nak cakap nantilah.  Ini aku tengok selamba je dia.  Sibuk nak berkira-kira pasal nak makan apa nanti.  Aku kat hentian Seremban tadi pun cuma teguk kopi panas.  Sebutir nasi pun tak masuk dalam perut lagi.  Pun tak terfikir nak makan itu ini.  Geram pula aku dibuatnya.

“Ala awak ni…gendang-gendut, tali kecapi, kenyang perut..suka hati kan?”

Sekali lagi aku menggeleng kepala.
  
“Eh, awak jangan nak suka sangatlah.  Suka-suka akibatnya duka, tau tak?”

Dia terus menarik muka masam.  Mungkin baru tersedar masalah yang menanti.  Entah kenapa gelagat minah ni menghiburkan juga hati aku.  Walaupun kadang-kadang tu mengundang amarah.  Tapi hati rasa sedikit terhibur dengan gelagat selamba dia.  Zurin..Zurin.
  
Tiba di Tol Pagoh, aku meneguk liur.  This is it.  Amir…kau anak lelaki, jadi beranilah berhadapan dengan segala kemungkinan di hadapan.  Tiba-tiba ada sedikit semangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2013 11:29 AM | Show all posts
Sewaktu membelok ke perkarangan rumah, proton saga biru ayah tiada di laman.  Aku menarik nafas lega.  Senang sikit nak handle emak seorang dulu.  Hati emak cepat sikit lembut.  Muka Zurin berkerut memandang aku.  Tidak berdarah.  Tau pun kecut.  Tadi gendang-gendut lah..tali kecapi lah…padan muka!

Dua kali memberi salam, emak muncul di depan pintu.  Dah aku agak, reaksi emak memang selalu dramatik.  Terus aku kucup tangan emak dan memeluk erat-erat tubuh emak.  

“Kenapa Amir buat perangai macam ni? Kenapa lukakan hati keluarga Mir…”

“Mana mak dengan ayah nak letak muka dekat orang kampung dan sanak saudara Mir…”

Aku tahu hati emak luluh.  Maruah tercalar.  Dosa maha hebat.  Hendak sahaja aku luahkan perkara sebenar pada emak.  Tapi kata-kata hanya tersekat di kerongkong.  Tak terluah.

“Hah! Berani jugak kau balik?” sergah ayah dari belakang.  Zurin yang memerhatikan gelagat aku dan emak sejak tadi.  Terkejut.  Mengurut dada.  
Jangankan dia, semangat aku pun rasa hilang seketika.  Terkejut kodok dibuatnya.  Rasanya muka Zurin sudah tidak berdarah.  Memandang pucat ke arah aku.  Dia tak tahu yang “Superman” ni pun rasa nak terkencing dalam seluar.  

“Dahlah abang…budak ni baru je sampai.  Biarlah dia orang simpan beg semua dulu” emak cuba menenangkan keadaan.

“Itulah awak..biar..biar…itu yang sampai jadi macam ni!” gerutu ayah lagi.  

Kaki aku macam diikat dengan bola besi.  Berat sangat nak melangkah ke arah ayah.  Namun aku gagahkan juga menyusun langkah.  Menarik tangan tua ayah dan mengucup sambil memohon ampun.  Salam waktu raya pun aku tak pernah se”dramatik” ini.  Ayah hanya berdiam.  Mengeraskan hati lelakinya ku kira.  Emak yang mengesat air mata sedari tadi.  Zurin masih tercegat di situ.  Aku kira dia dah kaku kat situ.

“Ni isteri kau ni, tak reti nak salam dengan orang tua?” getus ayah.  Menyebabkan Zurin terpisat-pisat.  Menghulur tangan kepada ayah.

“Apa khabar pakcik..?”

“Hah! Inilah kalau kawin tak beradat, bapa mertua pun kena panggil pakcik!”

Aduh.  Masak.  Aku rasa kalau ada sakit jantung.  Rebah dekat situ juga.  Zurin dah terkulat-kulat menelan liur.  

“Err…ayah..”

Nasib baiklah emak sekali lagi telah menyelamatkan keadaan.  Dia menarik tangan Zurin ke dapur.  Meninggalkan aku berhadapan dengan ayah sendirian. Last edited by Lynn9 on 15-11-2013 11:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 11:04 PM | Show all posts
Dosa tu slm dgn pakcik

Next!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 03:16 PM | Show all posts
best! kita suka!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 06:41 PM | Show all posts
sarizu posted on 15-11-2013 11:04 PM
Dosa tu slm dgn pakcik

Next!

bukan mahram! dosa..
next..jumaat baru leh update. .tgh bz huhuhu..stay tune..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.366440 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list