CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4922|Reply: 4

PANGLIMA AWANG @ ENRIQUE MELAKA PENAKLUK DUNIA

[Copy link]
Post time 8-10-2013 05:06 PM | Show all posts |Read mode
PANGLIMA AWANGENRIQUE MELAKA PENAKLUK DUNIA[/url]



Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau merupakan manusia pertama mengelilingi dunia dalam misi ekspidisi Armada Maluku. Apabila sampai ke pulau Cebu ( wilayah Filipina sekarang ) angkatan Spanyol diketuai Ferdinand Magellan mendekat ke Cebu. Ketumbukan tentaranya dibagi kepada beberapa kelompok. Enrique, Rebelo, Pagafetta sentiasa di sisi Magellan bersenjatakan arquebes dan crossbow. Sedangkan pribumi Cebu hanya menggunakan lembing, panah beracun dan lontaran batu.

Di Cebu, Magellan berjaya mengkristenkan lebih 2200 lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Kejayaan ini mengubah pendirian Magellan dari pelayar-pengembara kepada seorang mubaligh dan pengembang agama Kristen. Ini dapat diteliti apabila meneliti memorendamnya kepada Charles V, terdapat kepentingan pribadinya. Raja Humabon adalah alat untuk mencapai impiannya. Setelah berjaya dikristenkan, Humabon diangkat menjadi raja tunggal dan pembesar-pembesar lain harus tunduk dan membayar ufti berupa seekor babi, seekor kambing dan sebakul beras kecuali Si Lapulapu, ketua pribumi Mactan yang menolak mentah-mentah.

Ferdinand Magellan..

Magellan marah lalu melancarkan serangan pada 26 April 1521. Magellan mengetuai sendiri serangan itu untuk menunjukkan keegoannya bangsa Eropa dan dirinya sendiri. Namun, Magellan terperangkap oleh Si Lapulapu. Setelah berlaku satu pentempuran yang dahsyat, Si Lapulapu berjaya mencantas kepala Magellan. Tamatlah riwayat Magellan dalam pertempuran tersebut. Ketiadaaan Magellan, Duerte Barbosa bertindak kelingking mencocok mata terhadap kesetiaan Enrique terhadap Magellan. Dalam satu pertengkaran, Barbosa mengeluarkan perkataan ' anak haram ' dan ' anjing ' kepada Enrique.

Peristiwa pagi Kamis, 1 Mei 1521, merupakan makan terakhir terhadap ekspidisi Armada Maluku apabila Raja Humabon memperdayakan dengan satu jamuan makan makan. Ketika Duarte Barbosa menghadapi makanan, satu serangan mengejut dilakukan dan semua 27 orang bersama Barbosa telah terbunuh. Inilah kali terakhir Enrique menyertai ekspidisi Armada Maluku yang dicatat oleh Pigafetta.

            

Berikut adalah garis masa pengembaraan Enrique Melaka mengelilingi dunia.

1511 -  Melaka jatuh ke tangan Portugis. Akhir Agustus , Panglima Awang ditawan. Beliau dikristenkan oleh Magellan dan diberi nama Enrique ( Enrique of Malacca ) Akhir Desember - belayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque.

1512    Belayar melalui Goa ( India ) memutar ke Tanjung Harapan ( Africa Selatan ) dan sampai ke Lisbon ( Portugal ) pada bulan Juni.

1513    Mengikut Magellan ke Azamor ( Magribi ) Magellan  terlibat dalam peperangan menyebabkan kakinya dengkot.

1515    Pertengahan Agustus, pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto.

1517    Meninggalkan Portugal dan ke Spanyol. 20 September sampai ke Seville. Mengikut Magellan dalam pemutusan dengan orang yang berpengaruh di Spanyol. Diperlihatkkan kepada Raja Spanyol King Charles V di Valladolid oleh Magellan sebagai bukti dia seorang pribumi Melayu. Terlibat dengan persiapan Armada Maluku.

1519   10 Agustus, Isnin ( St. Lawrance's Day )  armada memulakan pelayaran dari Pelabuhan Seville menyusuri Sungai Guadalquirer ke muara di San Lucar de Barameda. 24 Agustus, surat wasiat Magellan ditulis dan dinyatakan tentang hambanya, Enrique serta pembebasan sebagai seorang yang mereka jika semasa dalam pelayaran dengan dibayar pampasan sara hidup 10,000 naravedis. 20 September, Selasa - Magellan memulakan pelayaran sebenar Armada de Maloccus ke Maluku dari San Lucer de Barremada. Panglima Awang sentiasa bersama-sama Magellan dan diletakkan di dalam kapal utama, Trinidad sebagai penterjemah dan dibayar gaji 1500 naravedis. 26 Oktober, Isnin - melintasi Cape Verde dan belayar ke pesisir pantai Liberia dan Sierra Leone. Magellan menghukum penjenayah-penjenayah dari kapal Victoria karena kesalahan meliwat berhampiran Guinea. Oktober - penyaksikan pembunuhan yang diketuai oleh Cartegena tetapi dapat dipertahankan oleh Magellan dan memulakan menyeberang laut Atlantik. 29 November - daratan pertama ditemui di Peranbuco, Brazil selepas menyeberang lautan Atlantik dari benua Afrika. 13 Desember ( St. Lucia's Day ) berlabuh di pelabuhan Rio de Janairo dan berjumpa dengan penduduk asli Brazil. 26-27 Desember - meninggalkan Rio de Janairo, Brazil belayar menghala ke selatan.

1520   31 Maret - sampai ke San Julian. 31 Maret - 24 Agustus ( 5 bulan ) terperangkap di San Julian, Argentina karena cuaca buruk, musim sejuk. 1 April - menyaksikan pemberontakan kedua terbesar dan terakhir - diketuai oleh Quesada de Cartegena di San Julian, Argentina, tetapi dapat dipatahkan oeleh Magellan. Ramai pemberontak ditangkap dan dihukum berat. 24 Agustus - armada meneruskan  pelayaran ke selatan dengan meninggalkan Juan de Cartagena dan seorang padri di situ. Kapal Santiago karam dipukul ribut. 24 Oktober - ekspidisi Magellan menemui tanjung yang dinamakan Cape of the Elevan Thousand Virgins yang merupakan pintu masuk laluan hala ke barat yang sekarang dikenali sebagai Selat Magellan. Kapal San Antonio meloloskan diri belayar pulang ke Spanyol. 28 November, Rabu - sampai ke laut Pasifik. Berada di lautan Pasifik selama tiga bulan dan 20 hari tanpa mengambil sebarang bekalan semasa belayar.

1521   6 Maret - melihat daratan  di kepulauan Marianas atau Lotrunas ( Guam ) ketika menyeberangi lautan Pasifik selama 98 hari dari selat Magellan. 16 Maret, Jumat - pribumi datang membawa makanan seperti yang dijanjikan pada waktu tengah hari. 28 Maret, Kamis - pertama kali muncul dalam laporan Pigafetta apabila berkomunikasi dengan pribumi tempatan, raja Colambu. 1 April ( Good Friday ) - Enrique dihantar oleh Magellan ke pantai untuk membeli bekalan makanan. 7 April - armada sampai ke pulau Cebu. 14 April - mendarat di pantai bersama 40 pelayar lengkap bersenjata. 26 April, Jumat - Raja Mactan menjadikan 2 ekor kambing menerusi anehnya sebagai wakil karena tidak dapat hadir berjumpa Magellan sendiri karena keengganan Si Lapulapu. 24 April, Sabtu - menyertai pertempuran menentang pribumi Mactan dan sentiasa di sisi Magellan. Magellan mati dibunuh Si Lapulapu, manakala Enrique tercedera. 28 April, Ahad - Enrique bertengkar dengan Duaerte Barbosa. 7 Mei, Rabu - pelaut Spanyol diperdaya dengan satu undangan makan yang mengakibatkan 27 orang mati diserang hendap. Pelaut yang tidak menyertai makan malam berjaya melarikan diri dan meneruskan pelayaran ke pulau Maluku. Pakatan membunuh Barbosa didakwa didalangi oleh Enrique bersama-sama raja Hamabon kaitannya dengan peristiwa pertengkaran dengan Duerte Barbosa. Peristiwa inilah merupakan kali terakhir Enrique muncul dalam lipatan sejarah.

Pusaka Panglima Awang-1


                                            Teropong Jalur Lebar kepnyaan Panglima Awang




Last edited by uniq61 on 8-10-2013 05:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2013 05:09 PM | Show all posts
Kisah Panglima Awang


Ilustrasi wajah Panglima Awang
Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman.




Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.

Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Pemuda berketurunan melayu Islam inilah yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat. Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.


Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.


Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511. Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia adalah sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu Islam sendiri.



Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.


Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.


Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda-pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda-pemuda Melaka yang lain.


Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.


Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.


Pelayaran jauh yang memakan masa yang lama ini akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.


Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.


Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya. Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.


Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.


Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.


Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol. Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.


Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.


Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.


Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.


Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.


Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.


Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.


Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.


Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.


Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.


Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.


Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.


Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.


Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Diceritakan Panglima Awang tak pernah sesat
dengan menggunakan kompas ini
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur. Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.


Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.


Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu. Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing.


Fakta Panglima Awang


Walaupun asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih samar-samar malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui, terdapat satu catatan yang ditulis oleh Pigafetta yang mengatakan Panglima Awang sebenarnya berasal dari Sumatera ( anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang.

‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.


Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing di dunia. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Pigafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu. Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu Islam ini dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.

Kita melihat bagaimana liciknya musuh-musuh Islam dalam menutup kewibawaan seorang Melayu Islam yang pertama membuktikan bumi itu bulat. Kita juga melihat kurangnya usaha daripada pihak kerajaan untuk mengangkat kembali sejarah gemilang ini supaya menjadi tatapan masyarakat kini. Sistem pendidikan kita sendiri pun terlalu mengagungkan-agungkan bangsa barat dan menggambarkan tamadun barat adalah tamadun yang jauh lebih bertamadun daripada kita sejak dahulu,kini dan selamanya.


Nah !!! Bagaimana umat Melayu Islam mahu bangkit jika asyik dibuai lena dan propaganda berterusan begini ???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 05:09 PM | Show all posts
Panglima Awang a.k.a Henry The Black



oleh AlongAnaz
(http://alonganaz.wordpress.com/about/)

Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.

Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.

Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.

Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 05:10 PM | Show all posts
Novel Panglima Awang


Novel ini ditulis oleh Harun Aminurrashid yang mengambil kisah hidup Panglima Awang. Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Panglima Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu. Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu termasuklah Panglima Awang dijual kepada Ferdinand Magellan. Jurutulis Sepanyol, Pigafetta ada mencatatkan tentang Panglima Awang terutama mengenai pelayaran Magellan mengelilingi dunia.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 05:11 PM | Show all posts
Panglima Awang manusia pertama mengelilingi dunia




Sebuah laporan sezaman dengan Pigafetta iaitu laporan Maximilian Transsylvania berjudul De Molucis Insulis (1522). Laporan ini menceritakan dakwaan penglibatan Enrique dalam merancang dan memerangkap pelaut Armada Maluku ketika peristiwa “Jamuan Kematian”.


Catatan lain kewujudan Enrique tercatat dalam dokumen sejarah F.H.H. Guillemard (1890) di Lisbon, terutama dalam daftar anak kapal Trinidad dan surat wasiat Magellan. Dalam daftar anak kapal Trinidad yang sebanyak 62 orang, Enrique didaftarkan sebagai jurubahasa dan penterjemah dengan bayaran gaji sebanyak 1500 maravedis [nilai semasa AS$160.50 (RM561.75)].

Surat wasiat yang ditulis Magellan bertarikh 24 Ogos 1519 ketika Armada Maluku berlabuh di muara Sungai Guadalquivir di San Lucar de Barrameda, Sepanyol, merupakan bukti lain kewujudan Enrique. Magellan membuat pengakuan bahawa Enrique ialah hamba tawanannya dari Melaka yang berumur 26 tahun ketika surat itu ditulis.

Magellan juga menuntut pembebasan Enrique daripada belenggu perhambaan sekiranya berlaku kematian semasa pelayaran. Beliau turut menuntut agar hambanya itu dibayar pampasan belanja sara hidup sebanyak 10 ribu maravedis [nilai semasa AS$1070.02 (RM3745.07)].

Enrique juga muncul dalam laporan Martin Fernandez de Navarrete (1837) yang menyatakan;
“Tatkala Magellan berada di India, dalam perkhidmatan Raja Portugis, dia (Magellan) membeli seorang hamba di Melaka, kelahiran Pulau Maluku, demikian menurut sesetengah pengkaji, dan dari Sumatera menurut yang lain; yang dikenali Enrique, dan di Sepanyol dia belajar bahasa Sepanyol secara tekun dan mampu bertutur dengan lancar sekali”.

- Dewan Masyarakat, Jan 2010, Prof Madya Dr. Shaiful Bahri Md. Radzi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065279 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list